WACANA : PILIHANRAYA BEBAS,REALITI ATAU ILUSI 12/1/2012 – KTC KOTA BHARU KELANTAN
Posted in Uncategorized
JOM UBAH
PESTA PANTAI – PANTAI BISIKAN BAYU SEMERAK
Posted in Uncategorized
PENJELASAN TENTANG HUKUM HUDUD OLEH YANG AMAT ARIF KETUA HAKIM SYARIE KELANTAN
PROGRAM CAKNO RAKYAT DUN SEMERAK 2010
Posted in Uncategorized
PILIHANRAYA UMUM 13(PRU 13) 11.11.2011????
Posted in Uncategorized | Tags: 11.11.2011, ADUN SEMERAK, PRU 13, semerakloni
PENJELASAN ISU MAT INDERA OLEH SU AGUNG PAS DAN MAT SABU
Posted in Uncategorized | Tags: isu mat indera, komunis, mat indera, penjelasan mat sabu
HIMPUNAN ANAK-ANAK KELANTAN DI PERANTAUAN – 30 JULAI 2011 – SEMUA ANAK-ANAK KELANTAN DI LEMBAH KELANG DI JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI
HIMPUNAN ANAK-ANAK KELANTAN DI PERANTAUAN – 30 JULAI 2011 – SEMUA ANAK-ANAK KELANTAN DI LEMBAH KELANG DI JEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI
Posted in Uncategorized
IJTIMAK PILIHANRAYA PAS KELANTAN 2011
Posted in Uncategorized
Mengapa panik apabila PAS sebut Negara Berkebajikan?
Negara berkebajikan didefinisikan sebagai satu konsep kerajaan di mana negara mempunyai peranan utama dalam melindungi dan mempromosi kesejahteraan ekonomi dan sosial rakyatnya. Ia berdasarkan prinisp-prinsip keadilan peluang, pembahagian kekayaan sama rata dan tanggungjawab awam kepada mereka yang tidak mampu mendapatkan keperluan bagi menjalani kehidupan biasa.
Negara berkebajikan moden termasuklah Norway dan Denmark yang menggunapakai satu sistem dipanggil model Nordik. Negara berkebajikan membabitkan pemindahan secara terus peruntukan daripada kerajaan kepada perkhidmatan disediakan seperti kemudahan kesihatan, pendidikan dan juga secara terus kepada individu. Negara berkebajikan dibiayai melalui pengagihan semula pencukaian dan dirujuk sebagai sejenis ekonomi ‘ bercampur-campur’ – Wikipedia
Negara Berkebajikan bukan satu konsep baru; jika dilihat daripada definisi ini, ia sudah berkembang di negara-negara Eropah sejak abad ke-19 lagi. Kalau dirujuk kepada sejarah Islam, kebajikan rakyat menjadi antara perkara keutamaan Rasulullah s.a.w. sejak terdirinya negara Islam Madinah lebih 1,400 tahun lalu. Rukun Islam ketiga (ada menyatakan keempat) iaitu zakat adalah manifestasi keadilan Islam di mana orang berada mengeluarkan sebahagian kecil harta mereka yang sudah mencukupi syarat untuk diagihkan kepada lapan asnaf yang layak menerimanya termasuklah golongan miskin dan papa kedana (fakir). Ertinya rakyat daripada golongan kurang berkemampuan tidak sama sekali diabaikan, pemerintah wajib menyantuni mereka; salah satu caranya dengan memberikan hak mereka yang telah terhimpun dalam baitulmal negara.
Berdasarkan fakta ini, kita amat hairan mengapa ada pihak cepat melenting apabila PAS mengetengahkan idea Negara Berkebajikan melalui Ucapan Dasar Presiden pada muktamarnya yang ke-57 baru-baru ini. Dalam membidas pihak yang seolah-olah mempersenda-sendakan agenda perjuangannya, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata idea Negara Berkebajikan daripada apa yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dan bukannya datang daripada idea mana-mana individu lain termasuk negarawan tersohor dunia termasuklah Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN dan Presiden Umno, Najib Razak.
Jadi, tiada apa perlu didengki atau ditakuti daripaada gagasan yang baik seperti Negara Berkebajikan itu. Sewajarnya sesuatu yang baik disokong (pemimpin Umno mendakwa konsep itu ditiru daripada mereka menunjukkan ia sesuatu yang positif) dan jika benarlah ia sudah dilakukan oleh kerajaan Umno-BN sewajarnya pihak berkenaan meningkatkan program kebajikannya kepada rakyat marhaen. Sehubungan itu jangan susahkan rakyat dengan menaikkan harga barangan keperluan dan kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air seperti yang berlaku baru-baru ini. Adalah tidak wajar sebuah kerajaan berkebajikan mengheboh serta mengungkit-ungkit betapa banyak subsidi sudah diberikan kepada rakyat pada ketika ia mengambil keputusan menaikkan harga sesuatu barangan atau perkhidmatan. Juga, adalah tidak wajar untuk sebuah kerajaan berkebajikan menakut-nakutkan rakyatnya sendiri dengan menguar-uarkan pelbagai perkhidmatan seperti kesihatan akan diswastakan di mana rakyat marhaen terpaksa menanggung beban tinggi kos rawatan.
Pada kita, jika benar pihak Umno-BN sudah berfungsi sebagai kerajaan berkebajikan, tidak ada apa perlu ia gusarkan daripada lontaran idea PAS dengan Negara Berkebajikannnya. Namun apabila pihak berkenaan menunjukkan rasa cemasnya termasuk cuba mempotretkan bahawa ia sudah lama menjalankan peranan berkenaan, kita yakin ia tidak berbuat demikian dan kini tersedar daripada mimpi panjang dan demi untuk meraih undi dan sokongan terpaksalah memperlekeh usaha murni pesaingnya. Lontaran idea Negara Kebajikan pada peringkat awal ini sudah pun menunjukkan kejayaan; pihak lawan terpaksa bangkit sedar, sekali gus membawa keuntungan besar kepada rakyat marhaen!
Posted in Uncategorized | Tags: ADUN SEMERAK, CHERANG RUKU, negara berkebajikan, SEMERAK, semerakloni, umno pasir puteh, WAN HASSAN, YB WAN HASSAN
KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN AJK PAS PUSAT 3/6/2011
PENGERUSI TETAP
Tuan Haji Ustaz Abu Kasim
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Tuan Haji Hussin Ismail
PRESIDEN
Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji
TIMBALAN PRESIDEN
Mohamad Sabu, Hj – 420 undi
NAIB PRESIDEN
1. Husam Musa , YB Dato’ – 660 undi
2. Mahfuz Omar, YB Dato’ – 616 undi
3. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi
AHLI JAWATANKUASA KERJA
1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz – 527 undi
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr – 702 undi
8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi
11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
13. Mazlan Aliman, – 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ Ustaz – 470 undi
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. – 765 undi
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi
17. Nuridah Salleh, Ustazah – 416 undi
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi
*******************************************************************************
LAMAN WEB PIMPINAN PAS PASIR PUTEH :
http://www.semerakloni.com
http://www.paspasirputeh.com
Posted in Uncategorized | Tags: KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN AJK PAS PUSAT 3/6/2011, PAS, PASIR PUTEH
MESYUARAT AGUNG PAS KAWASAN PASIR PUTEH KALI KE 52-30 APRIL 2011 TAMAN REHLAH PANTAI BISIKAN BAYU SEMERAK
Posted in Uncategorized | Tags: ADUN SEMERAK, MAT SABU, PARTI ISLAM SEMALAYSIA, PAS, PAS PASIR PUTEH, semerakloni
SELAMAT MENGUNDI KEPADA RAKYAT SARAWAK
Posted in Uncategorized | Tags: BETING MARO, PRN SARAWAK, SARAWAK
Gelombang merah, penyambung fitnah Umno
March 30, 2011
Gelombang merah, penyambung fitnah Umno
Oleh: Wan Nik Wan Yussof,
Bahang pilihan raya sudah hangat terasa. Ia cukup menghangatkan berikutan berlakunya 16 siri pilihan raya kecil semenjak pilihan raya umum Mac 2008. Malah cukup menghangatkan bila kehadiran pilihan raya umum negeri Sarawak pada 16 April nanti. Cukup menghangatkan lagi, apabila terdedah mahupun didedah beberapa siri isu panas berkaitan politik. Terbaru adalah didedahkan video seks hitam putih cukup ‘klasik’ oleh tiga individu “Datuk T” yang mengaitkannya dengan seorang tokoh pembangkang.
Ekoran dripadanya, isu panas itu sudah mematikan populariti ‘gelombang merah’ jajaan Umno Kelantan pimpinan Datuk Seri Mustapa Muhamad. Namun, gelombang merah yang sudah dijaja begitu hebat bersama baju merah sudah hampir “meminar” pandangan mata rakyat Kelantan.
Apa pun, tekad Umno Kelantan menggunakan strategi politik massa untuk memukau rakyat Kelantan dengan warna merah itu tetap diteruskan. Ini kerana asas gerakan yang diceduk daripada strategi politik Umno Terengganu pada pilihan raya umum 2004 sudah dijadikan model ikutan Mustapa bagi menjayakan misi merampas tampuk Menteri Besar daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Oleh itu, sehangat mana sekalipun hawa politik Kelantan, misi gelombang merah mesti diteruskan demi impian dan peluang yang ada.
Manek Urai mengkhayalkan Umno
Ada kalangan Umno sendiri menganggap gelombang merah sebagai platform untuk mengkhayalkan ahli dan pemimpin Umno yang sudah ‘segar’ ekoran lonjakan undi BN di Manek Urai dan kembali semula menawan Dun Galas. Ada logiknya kerana kesan pasca pilihan raya kecil Manek Urai dengan mengambil kira upaya Umno mengurangkan majoriti PAS sebanyak 6.36 peratus, maka pihak Umno yakin akan dapat menawan sekurang-kurangnya 18 Dun.
Keyakinan itu dibina berasaskan 18 Dun berkenaan, didapaati PAS menang agak tipis pada PRU 2008. Dun-dun tersebut ialah Galas, Dabong, Tendong, Guchil, Gual Periok, Bukit Tuku, Wakaf Bharu, Jelawat, Semerak, Melor, Pulai Chondong, Temangan, Selising, Kemuning, Limbongan, Gaal dan Perupok. Apabila dicampurkan dengan Dun yang sudah dikuasai Umno, iaitu Kok Lanas, Nenggiri, Paloh, Kuala Balah, Bukit Bunga dan Pengkalan Kubor, maka pihak Umno layak mendakwa bahawa peluangnya boleh menguasai 6 campur 18 bersamaan 24 Dun daripada 45 Dun. Jumlah itu sudah cukup bagi Umno mendakwa parti BN akan merampas Kelantan pada PRU ke-13 nanti.
Menang di kubu sendiri
Begitu pula, pilihan raya kecil Galas sudah meluaskan ‘lubang hidung’ pemimpin Umno di Kelantan untuk terus tersenyum. Masakan tidak, lonjakan undi Orang Asli telah menyumbang kemenangan besar BN di kubu sendiri. Justeru pencapaian Umno telah melonjak sebanyak 10.25 peratus undi di Galas. Biarpun dokongan Orang Asli itu bukanlah satu kes yang mewakili kesemua Dun di Kelantan. Sementara undi Melayu masih utuh dengan PAS.
Apa pun, kemenangan BN di Galas pada pilihan raya kecil November 2010 lalu sudah cukup bagi BN mendakwa dan menyakini dapat merampas Kelantan dari PAS dalam pilihan raya umum akan datang. Ini bermaksud, selain 24 Dun yang boleh dimenangi berasaskan keupayaan mengurangkan undi PAS di Manek Urai, maka Dun-dun tambahan yang boleh dimenangi ialah mana-mana Dun dimenangi PAS di bawah 59 peratus. Dun tersebut ialah Gual Ipoh, Mengkebang, Manek Urai, Pwengkalan Pasir, Chetok, Kelaboran, Kadok, dan Tawang. Ini bermakna Umno boleh menang hingga 32 Dun dan PAS hanya mampu bertahan 13 Dun sahaja.
Retorika gelombang merah
Justeru, analisis peluang bagi Umno pasca dua pilihan raya kecil––Manek Urai dan Galas––sudah menggembirakan BN di Kelantan. Oleh kerana itu, pihak Mustapa selaku pengerusi perhubungan begitu yakin dengan sambutan rakyat.
Di sebalik keyakinan itu, gelombang merah telah dijadikan retorika kempen bagi menggerakkan rakyat Kelantan menolak PAS. Pelaksanaannya dimulai dengan pelancaran gelombang merah di peringkat negeri pada 5 Februari 2011 lalu. Sasarannya adalah untuk menguasasi 400 ribu pengundi muda negeri Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Berikutan itu, nampaknya agenda setting Umno kini sedang memasuki musim pelancaran gelombang merah di peringkat bahagian. Sehingga kini, antara bahagian yang sudah terlibat ialah Kota Bharu, Pasir Mas, dan terbaharu bahagian Pasir Puteh.
Di Pasir Mas, ia dilancarkan pada hari Ahad, 6 Mac bertempat di Sekolah Kebangsaan Dato’ Hamid 2 dsihadiri 1,000 orang. Di Pasir Puteh pula, dilancarkan pada Isnin, 21 Mac juga di sekolah, iaitu di Sekolah Sri Aman dan didakwa dihadiri 7,000 orang. Satu kehadiran yang disifatkan oleh Pemuda Umno Kelantan sebagai kejayaan.
Berdasarkan pemerhatian majlis pelancaran itu, sudah jelas Umno melalui pengerusi perhubungannnya sudah menipu rakyat dan menyalahgunakan jentera kerajaan Pusat untuk menjayaka impian politiknya. Di antara asasnya ialah pertama menggunakan padang sekolah, mengadakan pelancaran pada hari bekerja, memaksa kakitangan awam termasuk guru dan kakitangan jabatan supaya hadir meramai majlis dan sudah tentu sejumlah kewangan jabatan telah digunakan berlapikkan penganjuran program kerajaan.
Sebagaimana berlaku di Pasir Puteh, jemputan kepada orang ramai adalah majlis pemimpin bersama rakyat mirip anjuran agensi kerajaan bukannya Umno. Namun apa yang berlaku majlis menyarung baju merah itu turut disulami dengan ucapan Mustapa selaku pengerusi Umno Kelantan yang diisi dengan kata nista, fitnah dan penipuan di depan mata rakyat. Tiada ucapan pengarah mana-mana jabatan kerajaan.
Apa yang jelas, Umno sudah bersifat mempolitikkan pentas kerajaan apabila Mustapa sendiri menyebar fitnah atas isu-isu yang dihangatkan oleh media TV dan surat khabar serta blogger mereka. Antaranya ialah mempolitikkan isu Bazar Tok Guru, pembangunan tanah oleh Ladang Rakyat dan bekalan air bersih Air Kelantan. Justeru antara yang memberi publisiti murahan ialah TV3 dan blog “Gelombang Merah: Dari Galas ke Kota Darulnaim” sudah berlagak juara rakyat kerana berjaya mendedahkan isu-isu fitnah yang terkutuk di sisi Islam.
Mungkin sudah sampai masanya Umno menilai diri, betapa perjuangannya yang sudah huduh di mata rakyat Kelantan ditolak. Justeru, apa pun yang Umno lakukan untuk kembali berkuasa harus ditolak sekali lagi oleh rakyat Kelantan.
Posted in Uncategorized | Tags: Gelombang merah, penyambung fitnah Umno
lagi pendedahan
- Membongkar Konspirasi Politik Terkini -
Video sex : Bekas pengawal peribadi Megat Junid ditawar RM500 ribu
26 March 2011 20:25
Bekas Pegawal Peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, hari ini mendedahkan beliau ditawar imbuhan RM500,000 oleh ahli perniagaan Datuk Shyzryl Eskay Abdullah untuk menjadi saksi dalam kes saman Eskay terhadap Syarikat Merong Mahawangsa.
Sangsi dengan sogokan yang ditawar itu, Mohamad Mahti Abdul Rahim bertindak membuat surat perjanjian namun Eskay enggan menandatangani surat berkenaan.
Sebalikknya Eskay naik marah dan membawa Mahti berjumpa dengan bendahari PERKASA, Datuk Shuaib Lazim yang juga dikatakan rakan perniagaan Eskay.
Shuib kemudian menyakinkan Mahti bahawa beliau tetap akan mendapat imbuhan berkenaan jika Eskay menang kes itu dengan keseluruhan pampasan bernilai RM40 juta, menurut Mahti.
Eskay sebelum ini menfailkan saman terhadap syarikat Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan Datuk Yahya A. Jalil kerana mendakwa beliau tidak dibayar RM20 juta sebagaimana dijanjikan, setelah mendapatkan projek Jambatan Bengkok di Johor untuk Syarikat Merong Mahawangsa.
Mahti berkata seorang peguam yang mewakili Eskay dalam kes saman itu menghubunginya semalam setelah beliau mendedahkan dendam Eskay terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Peguam itu meminta Mahti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut kerana bimbang ia akan “mengganggu” keputusan kes saman Eskay.
Semalam Mahti membuat pendedahan bahawa Eskay menyimpan dendam terhadap Anwar Ibrahim dan bertekad untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang itu.
Mahti berkata Eskay memberitahunya bahawa beliau amat marah kerana Anwar enggan memberi keterangan dalam sebuah kes tuntutan saman membabitkan ahli perniagaan itu.
Eskay adalah satu daripada tiga Datuk T yang mendalangi fitnah video lucah untuk dikaitkan kepada Anwar sejak Isnin lalu.
Selain Eskay, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shuaib yang dikatakan penasihat kepada syarikat baja milik Eskay.
Mahti semalam menyifatkan Eskay sebagai ‘Si Kitol’ – watak dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.
Mahti, seorang bekas pegawai polis berkerja dengan Allahyarham Megat Junid yang menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dan kemudiannya Menteri Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dari tahun 1984 hingga 2000. – tvs
Posted in Uncategorized
Matlamat menghalalkan cara.
Matlamat menghalalkan cara.
Demikian rumusan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malayasia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin terhadap isu video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menceritakan pengalamannya dibawa ke menonton video tersebut, Badrul berkata, tayangan dibuat dalam skala yang besar dan amat terancang melibatkan individu-individu terlatih.
Ini katanya, hanya mengesahkan gerakan ini adalah kesinambungan konspirasi terhadap Anwar.
Seperti dalam filem perisikan, Badrul diminta menanti di satu kawasan neutral terlebih dahulu.
Beliau terpaksa menukar- nukar kenderaan beberapa kali sebelum tiba di lokasi tayangan.
Setibanya di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, tubuhnya diperiksa oleh anggota- anggota keselamatan.
“Saya merasakan hampir mustahil PM tidak tahu akan perkara ini.
Babak seterusnya kita boleh jangka.
Polis akan berkata video itu sahih, dan polis telah serbu lokasi kejadian dan menemui DNA Anwar Ibrahim.
Kemunculan video ini hanya membuktikan konspirasi I dan II sekarang ini didalangi oleh UMNO BN,” ujar Badrul.
Beliau berkata demikian di program Fokus Berita terbitan TV Selangor.
Ketika disoal pengacara, Badrul yakin pasukan keselamatan turut dilibatkan dalam konspirasi ini berdasarkan kepada percanggahan kenyataan di antara pihak berkuasa dan Dato Syazryl Eskay.
“Ini konspirasi jahat yang melibatkan individu dalam pasukan keselamatan.
Polis kata dia telah ambil keterangan dari Dato Eskay dan dilepaskan dengan jaminan polis.
Saya telah ditahan 32 kali, dan saya tahu bahawa mereka yang diambil keterangan perlu menandatangi setiap mukasurat kenyataan yang diambil.
Eskay kata dia tidak tandatangan apa-apa.
Polis tipu atau Eskay tipu ?,” ujarnya lagi.
Badrul mengakui masyarakat umum yang tidak rapat dengan Ketua Pembangkang itu boleh terkeliru dengan pelakon utama video berkenaan yang seiras Anwar.
Meskipun ia memfitnah, Badrul berkata, ada kemungkian video yang kini dalam kawalan polis itu akan bocor ke ruang maya.
“Video mungkin asli, maksudnya tiada kacau ganggu dalam imej itu, tetapi pelakon dalam video itu nampak seperti Anwar Ibrahim, tetapi ia bukan Anwar Ibrahim.
Contohnya, pelakon Ben Kinsley mendapat 11 anugerah kerana menghidupkan watak Mahatma Gandhi, namun mereka yang rapat kepada pemimpin itu tahu itu bukan Gandhi kerana kita tidak boleh menipu bahasa tubuh
Posted in Uncategorized | Tags: Matlamat menghalalkan cara.
satu malaysia kena sapu
Korang redha jelah dengan apa yang tersirat dalam perjuangan nie. Kita jangan risau sangat kalau kita semua dah tak tinggal apa lagi untuk hidup di tanah air kita sendiri. Kita semua kena ikhlas dengan seikhlas-ikhlasnya untuk serah apa semua yang kita ada untuk menampung keperluan hidup ketua negara yang kita sayang-sayang nie.
Kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia tak membantu pemimpin ni semua, siapa lagi. Kita semua wajib!!! tutup mata bila harta kita dirompak, harta negara kita dicuri, hak kita dirampas.
Jika ada walau secupak beras sekalipun yang tinggal di rumah, hendaklah semua tu di kumpul dan didermakan kepada pemimpin yang kita sayang nie. Mereka pasti tak segan silu menerimanya. Walau pun kita berlapar hingga kebulur, itu bukan satu hal yang besar. Yang penting ‘Pemimpin Didahulukan!, Tenkuk Mereka Diutamakan!’.
Tak sukar untuk kita lakukan semua tu. Senang saja, iaitu kita hanya perlu menganggap yang diri kita ni seorang hamba abdi kepada mereka. Hanya dengan menanamkan rasa bertapa hinanya diri kita ni berbanding mereka nescaya berjayalah kita menjadikan mereka pemimpin yang terhebat didunia.
Kita perlu berbangga kerana hanya negara kita saja dalam dunia nie yang memiliki ciri-ciri pemimpin terhebat didunia nie. Kerana rakan-rakan yang setaraf mereka banyak dah jatuh tersungkur dek kerana kebangkitan rakyat mereka seperti UMNO Mesir (30 tahun), UMNO Tunisia (23 tahun), UMNO Yaman (33tahun), dan UMNO Libya (41 tahun).
Hanya negara kita saja yang berjaya mengekalkan kecemerlangan mengazab rakyat mereka selama 53 tahun!. Bangga tak kitaaa?!!!. Kita mesti kekalkan dan pertahankan pemimpin kita nie kerana mereka adalah satu-satunya hero yang tinggal kerana semua rakan UMNO mereka dinegara lain dah tersungkur menjadi sebuah lagenda negara mereka. Jadilah kita hamba sejati di negara sendiri selama-lamanya. Tolong pertahankannn!!!!!.
SAPUUUUU!!!!! MALAYSIAAAAA!!!!
Posted in Uncategorized
Demo DNA: Satu lagi ‘wayang kulit’ Umno-BN cuba tutup pendakwaan songsang yang haru-biru
Siri tunjuk perasaan anjuran Umno bagi mendesak Datuk Seri Anwar menyerahkan sampel DNAnya adalah hanya untuk melengkapkan cubaan pihak berkuasa mengguna bukti reka cipta untuk mensabitkan ketua pembangkang itu.
Peguambela Anwar, R. Sivarasa berkata hakikat yang cuba disembunyikan oleh pemimpin Umno dan media arus perdana adalah wujud bukti terang-terangan mengenai usaha memalsukan keputusan ujiani DNA terhadap Anwar bersabit tuduhan fitnah liwat dua.
“Bagi saya demo-demo yang dibuat oleh pihak Umno jelas berniat jahat dan dibuat bagi mengelirukan rakyat sebab bagi saya ini menunjukkan mereka kurang faham mengenai isu sebenar dalam kes ini. Isu sebenar dalam kes ini, sampel-sampel DNA yang diuji dan dibentangkan dalam mahkamah yang kononnya daripada badan Saiful, memang bagi kita sampel DNA itu telah dimanipulasikan dan terdapat aspek yang meragukan dan direka untuk memberi gambaran bahawa DNA Anwar telah ada di sana,” katanya.
Menurut beliau, pemimpin tertentu dalam Umno tidak dapat lari dari hakikat bukti DNA yang di bawa ke mahkamah sebenarnya tercemar dengan keterangan-keterangan bercanggah doktor dan pegawai penyiasat.
“Kalau saya Datuk Seri Anwar, tentunya saya pun mengambil pendirian kenapa saya harus memberikan sampel untuk melengkapkan sesuatu keputusan yang saya tahu memang dipalsukan,” kata Sivarasa. Sebab itu kita menolak sama sekali desakan mana-mana pihak untuk meminta Datuk Seri Anwar untuk memberikan DNA sebab isu pokok dalam kes ini adalah sampel DNA telah direka. Dan itu jelas daripada semua keterangan dari dulu sampai sekarang,” katanya.
Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Zulkefly Ahmad berkata siri tunjuk persaan itu jelas cuba mengalihkan tumpuan masyrakat mengenai ketelusan dalam proses pengumpulan bukti.
“Hari ini, yang mesti dipertikaikan adalah bukannya ada atau tidak DNA Datuk Seri Anwar sama dengan sampel dari Saiful tetapi yang lebih penting ialah bagaimana sampel yang diambi dari Saiful dijalankan ujikaji, antara lain apa yang dikatakan sebagai ‘chain of custody’,” jelas beliau.
Percanggahan jelas antara keterangan Saiful , laporan doktor dan peri laku polis sendiri yang terbongkar di mahkamah jelas menzahirkan Anwar menjadi mangsa penganyaian, kata Dr Zul.
“26hb Saiful mendakwa diliwat,tetapi 28hb baru segala ujikaji itu dibuat. Namun pada sampel yang dikenalpasti oleh pakar Australia, tarikhnya adalah 26hb, pada hari dia diliwat. Macam mana sampel diambil pada 26, tapi dia pergi hospital pun pada 28? Itupun sudah cukup untuk ‘mempertikai atau
mencabar kesahihan sampel itu,” tegas beliau lagi.
Dalam pada itu, Dr Dzul turut mempersoalkan samada benar atau tidak sememangnya semen Anwar yang dijumpai pada Saiful.
“Persoalan saya adalah benarkan semen DNA Datuk Seri itu wujud? Atau yang wujud itu hanya DNA tercemar yang “ditanam” dan dimasukkan dalam semen dubur Saiful, ” soal beliau.
Semalam 19 Mac, Perdana Menteri Najib Razak sendiri melanggar arahan mahkamah dengan menyatakan sokongan kepada tunjuk perasan anjuran juak-juak partinya untuk mendesak Anwar memberikan sampel DNA beliau.
Tindakan Najib selaku Perdana Menteri itu dilihat untuk memberi tekanan kepada Hakim Zabidin Mohd Diah yang sebelum ini memutuskan polis memperolehi bukti sampel DNA secara tidak sah. Susulan itu pendakwaraya memohon hakim untuk mengarahkan Anwar memberikan sampel baru sungguhpun tidak ada peruntukan undang-undang sedemikian.
Najib membuat desakan terbuka mahukan Anwar memberikan sampel DNAnya setelah tunjuk perasaan anjuran penyokong beliau hanya mendapat sokongan hambar walaupun diberi liputan meluas oleh media kawalan Umno. Esok Hakim Zaibdin akan mendengar hujah peguam Karpal Singh kenapa permintaan pendakwaraya itu harus ditolak.
Posted in Uncategorized
video lucah
KONSPIRASI MADEY DAN MAT MONGOL
APA PERANAN ZIONIS APCO?
nota:
siapa dibelakang najib?
apa pernan apco?
semua ini perlu dijawab
VIDEO SEKS PALSU: MAHATHIR , NAJIB BERTANGGUNGJAWAB
Fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah disaat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk terus berkuasa.
Oleh itu penerbitan video seks palsu bertujuan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengejutkan.
Walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Tamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam Umno, Mahathir Mohamad dan Najib Tun Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab
Ini kerana kedua-dua tokoh memainkan peranan penting menyuburkan budaya fitnah dengan memberi ganjaran dalam bentuk wang dan pangkat kepada mereka-mereka yang sanggup menjadi alat bagi menjayakan sesuatu fitnah.
Pada tahun 1998, Anwar difitnah melakukan liwat dalam satu konspirasi oleh Mahathir yang turut melibatkan hakim, polis, Peguam Negara serta beberapa individu. Rekod menujukkan mereka diberi ganjaran besar.
Hakim Mahkamah Tinggi, Augustine Paul dinaikkan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan kemudiannya Hakim Mahkamah Persekutuan.
Manakala Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Pajan Singh Gill dan Datuk Richard Malanjum dinaikkan pangkat sebagai sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Datuk Ariffin Jaka juga dinaikkan dari Hakim Mahkamah Tinggi menjadi Hakim Mahkamah Rayuan.
Mereka dinaikkan pangkat lebih awal berbanding hakim-hakim yang lebih senior ketika itu seperti Gopal Sri Ram, Mokhtar Sidin, Denis Ong and Abdul Kadir Sulaiman.
Peguam Negara, Mohtar Abdullah dinaikkan pangkat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.
Pegawai penyiasat, Musa Hassan meroket daripada ke SAC2 kepada SAC1, Pengarah Siasatan Jenayah dan kemudiannya Ketua Polis Negara. Timbalan Pendakwaraya, Abdul Gani Patail dinaikkan sebagai Peguam Negara.
SAC 1 Mohd Rodwan Mohd Yusof dilantik menjadi Ketua Polis Melaka.
Individu lain seperti seperti Azizan Abu Bakar yang pada asalanya adalah seorang pemandu telah mendapat ganjaran dan djadikan pengarah sebuah syarikat.
Kemudian fitnah ini diteruskan oleh Najib mencipta satu lagi konspirasi baru, kali ini tuduhan rekayasa dibuat dengan Anwar dituduh meliawat Saiful Bukhari Azlan. Apakah ada yang percaya bahawa Saiful dan pemain-pemain lain yang menjayakan skrip fitnah ini tidak diberi ganjaran?
Ummi Hafilda Ali kini berceramah ke seluruh negara memburukkan Anwar. Malaysiakini baru-baru mendedahkan pengakuan seorang ahli perniagaan, Baginda Minda yang mendakwa bahawa seorang menteri senior menawarkan sehingga RM10 juta kepada Ummi Hafilda untuk berbohong terhadap Anwar di dalam mahkamah.
Natijahnya, Mahathir dan Najib seolah-olah memberi mesej kepada rakyat bahawa mereka digalakkan memfitnah dengan ganjaran besar menanti. Malah mereka juga akan dilindungi.
Kerana itu, Rahim Tamby Chik dan individu-individu tersebut berani membuat video seks palsu, iaitu fitnah terbesar dan terjijik setakat ini di Malaysia.
Najib dan Mahathir mesti memikul tanggungjawab!
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
25 Mac 201
Posted in Uncategorized
TOK GURU PERJELAS ISU ARKED UDA
Posted in Uncategorized
PRK DUN MERLIMAU – HARI PENAMAAN CALON
*******************************************************************************************
SEKITAR PENAMAAN CALON DUN MERLIMAU
9:05
admin:
Sesi penyerahan borang pencalonan secara rasminya dibuka. Ia berlangsung selama sejam dan diikuti sesi bantahan, juga selama sejam.
Saturday February 26, 2011 9:05 admin
9:02
admin:
Calon PAS masuk ke pusat penamaan calon bersama beberapa pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.
Saturday February 26, 2011 9:02 admin
8:47
admin:
Keadaan di sekitar pusat penamaan calon sejak awal pagi tadi tenang dan terkawal.
Saturday February 26, 2011 8:47 admin
8:46
admin:
Bob Lokman yang baru menyertai PAS turut menyertai perarakan pagi ini.
Saturday February 26, 2011 8:46 admin
8:44
admin:
Calon BN, Roslan Ahmad kini melihat borang pencalonan yang akan diserahkan padanya di Politeknik Merlimau.
Saturday February 26, 2011 8:44 admin
8:42
admin:
Hampir 10 ribu penyokong PAS sampai di pusat penamaan calon.
Saturday February 26, 2011 8:42 admin
8:30
admin:
Cuaca pagi penamaan calon ini cerah. Tiada tanda-tanda mendung atau hujan.
Saturday February 26, 2011 8:30 admin
8:29
admin:
Isteri calon, Shakila Mohamad turut berarak diiringi YB Zailah dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah.
Saturday February 26, 2011 8:29 admin
8:28
admin:
Turut sama perarakan calon, Timb Presiden PAS, Nasarudin Mat Isa; YB Datin Seri Wan Azizah; Pesuruhjaya PAS Melaka, Abd Ghani Abd Rahman; Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad dan MB Selangor, Dato Seri Khalid Ibrahim.
Saturday February 26, 2011 8:28 admin
8:18
admin:
Penyokong PAS mula bergerak menuju ke pusat penamaan calon
Saturday February 26, 2011 8:18 admin
8:11
admin:
Setiausaha PAS, Mustafa Ali, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin tiba.
Saturday February 26, 2011 8:11 admin
8:09
admin:
Calon PAS, Yuhaizad Abdullah tiba diiringi 20 buah motorsikal berkuasa tinggi.
Saturday February 26, 2011 8:09 admin
8:07
admin:
Helikopter PDRM sudah mula berlegar-legar di ruang udara sekitar tempat penamaan calon, Dewan Politeknik Merlimau.
Saturday February 26, 2011 8:07 admin
8:06
admin:
Hampir 15 buah bas tiba di Ladang Merlimau. Jumlah anggaran penyokong PAS kini mencecah 10 ribu orang.
Saturday February 26, 2011 8:06 admin
8:04
admin:
Pimpinan PAS mulai berkumpul dengan himpunan penyokong PAS. Kelihatan YB Dato’ Seri Nizar dan YB Dato’ Abdul Halim.
Saturday February 26, 2011 8:04 admin
8:01
admin:
Bilangan penyokong PAS bertambah 6000 orang dengan penyertaan penyokong dari negeri luar Melaka.
Saturday February 26, 2011 8:01 admin
7:58
admin:
Trafik menuju ke Pusat Penamaan calon sehingga Taman Merlimau Utara ditutup sejak jam 6.30 pagi tadi.
Saturday February 26, 2011 7:58 admin
7:52
admin:
Penyokong BN : Arah pekan Merlimau iaitu di sebelah kanan pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.
Saturday February 26, 2011 7:52 admin
7:51
admin:
Dua jalan berbeza ditetapkan ketika proses penamaan calon pilihan raya kecil Dun Merlimau pagi ini. Penyokong PAS : Padang Majlis Perbandaran Jasin dari arah Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).
Saturday February 26, 2011 7:51 admin
7:46
admin:
Proses penamaan calon bagi PRK Merlimau bermula 9 pagi Sabtu di Dewan Politeknik Merlimau.
Saturday February 26, 2011 7:46 admin
7:40
admin:
Kira-kira 3000 penyokong Pakatan Rakyat sudah mula berkumpul di Ladang Merlimau.
Saturday February 26, 2011 7:40 admin
7:37
admin:
Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung.
Saturday February 26, 2011 7:37 admin
7:37
admin:
Penamaan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, hari ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PAS yang diwakili Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka Yuhaizad Abdullah dan Barisan Nasional (BN) yang diwakili Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin, Roslan Ahmad.
************************************************************************************
Nama : Haji Yuhaizad bin Abdullah
Umur : 38 tahun
Pekerjaan : Ahli Politik
Alamat : Batu 23 ½ Kg. Chinchin
77000 Jasin Melaka
Nama Isteri : Shakila binti Mohamad
Pekerjaan : Guru
Bil. Anak : 04 orang
Kelayakan Akademik : Diploma Tasawwur Islam
Sijil Kemahiran MARA Kejuruteraan Mekanikal
Pengalaman Kerja : Juruteknik SIEMENS Semiconductor – 1994-1998
: Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (KOHAMAS) 1998-2000
: Pegawai Tadbir BORNEO Security Melaka – 2001-2003
: Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi 2003-2007
: Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Multimedia University 2010
Jawatan Dalam Parti
Kawasan : Timbalan Yang DiPertua Kawasan Jasin
: Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Jasin
Negeri : Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka
: Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka
: Pengerusi Lajnah Mobilisasi & Demokrasi Negeri
: Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional Negeri
Pusat : Ahli Jawatankuasa Lajnah Mobilisasi & Demokrasi
: Ahli Jawatankuasa Lajnah Pekerja & Peneroka Bandar
: Ahli Jawatankuasa Jabatan Pilihanraya Pemuda Pusat
Pengalaman NGO : Mantan Bendahari Gerakan Belia 4B Kaw. Chinchin
: Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Kompleks Guru Daerah Jasin
: Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Amal Caw Melaka
Pengalaman Luar Negara : Menyertai Seminar Al Quds di Makkah Al Mukarramah Disember 2009
Posted in Uncategorized | Tags: MERLIMAU, PENAMAAN CALON PRK MERLIMAU, PRK MERLIMAU
PRK KERDAU – HARI PENAMAAN CALON
.
BIODATA RINGKAS
Nama : Hassanuddin bin Salim
Usia : 43 Tahun
Tempat Lahir : Kg. Loyang, Sanggang
Asal : Kampung Loyang Mukim Sanggang, Temerloh, Pahang
Pekerjaan : Usahawan
Kelulusan : 15 tahun dalam Industri Pembinaan dan Ukur Tanah
: Pernah berkhidmat dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur untuk
Industri minyak dan gas dan antaranya pembinaan hospital temerloh
: Pernah berkhidmat di Sudan dalam industry minyak dan gas
Kegiatan Masyarakat : Pengerusi Surau Ar-Rahman Taman Tinah, Seberang Temerloh
Jawatan Parti : Bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pahang
: Kini, Setiausaha PAS Kawasan Temerloh dan Ketua Penerangan PAS Pahang
:
Mewakili PAS dalam P’raya 2004 (Lanchang) dan 2008 (Kerdau)
Posted in Uncategorized | Tags: KERDAU, PENAMAAN CALON DUN KERDAU, PRK KERDAU
PRK TENANG – PAS LAWAN UMNO
LABIS, 22 Jan – Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara PAS dan Barisan Nasional.
Selepas tiga bantahan ditolak, Pegawai pengurus pilihan raya Md Asri mengumumkan Normala Sudirman, 38, dan calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon yang layak bertanding.
Calon PAS, Normala Sudirman, 38, menghantar borangnya pada pukul 9.10 pagi selepas calon BN. Borang calon PAS Normala Sudirman dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.
Tenanng adalah pilihanraya kecil kali yang ke-14 selepas pilihanraya umum 2008 dan tiada pencalonan dari calon bebas.
Pilihanraya kecil ini yang pertama kali di Negeri Johor. Kerusi Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.
*********************************************************
Biodata Calon
Biodata Calon PAS Dun Tenang Puan Normala Sudirman
Tarikh lahir : 6 Jun 1973
Tempat lahir : Kampung Serom 3, Muar, Johor
Bapa :Sudirman Suratman – Bekas Ketua Peserta FELCRA, Bekas Pengerusi Koperasi FELCRA Sekijang
Ibu :Mukmini Yahya – Peneroka FELCRA
Pendidikan: Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Kemelah
Sekolah Menengah Tenang Stesen
Sekolah Menengah Paduka Tuan
Sekolah Menengah Datuk Bentara Dalam
Maktab Tuanku Bainun
Suami :Makrof Abd Mutalib
Politik:Ketua Dewan Muslimat PAS Labis
Naib Ketua Dewan Muslimat Johor
Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat
Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Tenang

Posted in Uncategorized | Tags: NORMALA, PENAMAN CALON PRK N05 TENANG, PRK N05 TENANG, TENANG
agama di celah kehidupan
agama di celah kehidupan
(Sedutan Tazkiraz Jumaat)
Tiada siapa fasih untuk bercakap mengenai kehidupan. Segala jenis kehidupan. Kerana tiada siapa pun boleh mendefinasikan kematian, lawan kehidupan yang boleh memperkenalkan kehidupan itu secara jelas dan kejap. Justeru manusia asyik berbalahan mengemudi kehidupan sendiri, apatah meladeni kehidupan lain di sekelilingnya semenjak dahulu sampailah bila – bila pun.
Kita datang daripada tiada. Daripada kosong, lalu menjadi ada dan hidup. Titik ilmu kita bermula di situ. Kemudian kita akan tiada dan mati, lalu titik ilmu berakhir di situ. Kita menjadi tanah setanah – tanahnya. Kita mati kutu di situ tanpa petunjuk satu pun untuk memperkenalkan kehidupan dan kematian kita yang tercetus sekitar 70 tahun perjalanan masa!
Jika ada manusia perkasa melayarkan enjin dan kuasa otak fikirnya buat meneropong apa yang sebelum air maninya atau apa yang selepas tanahnya, dia pasti akan keluar dan kembali dengan kebingungan, kebuntuan dan kalah. Atau, jika dia enggan mengalah lalu menghunus ego dan keras kepalanya lalu menjawab itu dan ini, maka dia tidak akan lebih selain menyumbang sangkaan, teka – teki dan keraguan yang menambahkan sesat dan pesong manusia seluruhnya.
Itulah kehidupan 70 tahun kita yang penuh rahsia yang disirat kejap. Bayangkan bagaimana jika disumbat otak ini untuk memikirkan berjenisan lagi kehidupan lain yang berbilionan banyaknya di alam semesta ini. Yang lahir hari ini dan sedia mati esok seperti episod hidup sesetengah serangga yang merayap halus di bumi atau yang telah lahir wujud dan hidup semenjak jutaan tahun dulu dan entah bila hujung hayatnya akan menyembah lantai kematian. Bayangkan betapa terbebannya akal ini untuk memikirkan.
Berfikirlah berat – berat. Atau, berfikirlah ringan – ringan. Ah, kebanyakan manusia memilih jalan yang kedua. Enggan menerima kesukaran dalam kehidupan. FirmanNya: “Dan Kami tunjukkan manusia dua jalan. Maka dia enggan mendaki yang sukar.” – al Balad: 10-11
Sekarang, anda lihatlah pada manusia dan kehidupan. Ada seribu satu tafsiran mengenai kehidupan dan manusia memilih sesuka hati dan sekehendak mereka jugalah jika mahu menukarkannya pada bila – bila masa sahaja. Masing – masing ada pegangan, cara dan matlamat untuk dikejar sepanjang hidup sebelum mati itu tiba – tiba datang menyentap tanpa tawar – menawar dan belas kasihan lagi. Hidup adalah realiti yang mesti dikecapi dan mati adalah bagai hantu!
Mari melihat permainan manusia mengejar kelazatan hidup atau mari melihat manusia membina syurga sendiri. Jika mahu hidup mewah, wang dan harta adalah sandaran dan bekalan. Jika tidak, anda dibebani hutang lalu menjadi buruan dan ketakutan. Jika mahu kuat dan tersohor, kuasa adalah sandaran dan tongkat. Jika tidak, anda akan rebah dan terhina sekali. Jika mahu kedudukan dan dihormati, sokongan dan anak buah adalah sandaran dan tiang. Jika tidak, anda akan ditendang dan dicemuh.
Harta itu sedikit. Kuasa itu terhad. Sokongan itu akan hilang. Jika manusia merebuti harta, kuasa, kedudukan dan sokongan, mereka akan saling bertembungan, lalu wujudlah persengketaan dan peperangan. Syurga yang diidam, neraka yang terhidang.
FirmanNya: “Adakah manusia akan memiliki apa saja yang diidamkannya? ( Tidak ) Maka milik Allahlah akhirat dan dunia ini.” – al Najm: 24-25
Kehidupan di dunia ini terlalu kecil untuk dijadikan syurga. Ia terlalu besar pula untuk disusun atur dengan kehendak sendiri. Ia begitu jauh untuk menjadi milik kita. Dunia ini, kita dimiliki lebih mudah difahami daripada kita memiliki. Kita diumbang – ambing oleh satu ketentuan yang begitu teguh dan pasti.
Inilah hasil dan akibat ‘berfikirlah ringan – ringan’. Inilah hasil keseronokan, bersenda gurau dan bermain – main di sekeping papan di tengah – tengah lautan luas dan ganas. Kehidupan ini selalu saja memuntahkan laharnya yang kejam untuk membunuh segala harapan.
Tetapi lahar kehidupan tidak kejam mutlak. Ia memang membakar tetapi rupanya ia turut membajai kehidupan di depan. Ia rahsia dan bagai umur yang memanjangkan kehidupan untuk dihuni kebenaran dan kekudusan.
Manusia, daripada kesakitan yang dialami dan ujian yang ditempuhi akan turut dikurniai ruang, buah – buah dan masa untuk kembali berfikir. Merenung jauh dan jauh ke dalam. ‘Berfikirlah berat – berat’. Ia satu desakan yang tidak boleh ditolak mentah – mentah lagi. Ia lahir bersama kehidupan yang penuh rahsia dan hijab ini.
Manusia layak berfikir berat – berat. Ia bukan haiwan binatang untuk berfikir mudah – mudah dan ringan – ringan. Manusia bukan binatang yang hidup untuk memakan dan dimakan! Manusia hidup untuk menyumbang kepada kehidupan.
Akhirnya, manusia mula berfikir dan bercakap mengenai hakikat kehidupan. Manusia mencuba – cuba memerhati kehidupan dan apa yang mengelilinginya. Mereka mula mengesani kewujudan yang gagal disentuh panca indera, tetapi dikesan oleh hati, akal dan rasa. Ia mengesan tanda dan menanda kesan. Kesan menjadi begitu bernilai untuk mengenal hakikat.
Nasi lebih dikenal pada kesan kenyangnya, bukan putih lembutnya. Lembu lebih dikenal pada tanda tapak kaki dan tahinya, bukan wajah dan susuknya. Manusia lebih dikenali pada kesan akhlak dan ilmunya, bukan pada rupa paras dan jasadnya. Kesan adalah isi. Isi adalah hakikat. Hakikat itulah jawaban yang pasti betul.
Di sini, manusia tiba – tiba menemui satu kewujudan yang sedia wujud bersama kehidupan. Ia dikendong kehidupan dan kehidupan menjadi cantik jika dihiasinya. Malangnya, ia biasa saja dikotori atau ditinggalkan dek kegalakan dan kealpaan manusia.
Kewujudan itu adalah ugama. Tahukah anda bila ugama mencipta sejarah kewujudannya? Ya, ia wujud semenjak manusia dikesan kewujudannya. Bila? Manusia dan ugama akan saling bergandingan menjawabnya untuk kita.
Ugama bukan lahir dari akal. Akal itu melahirkan pemikiran. Agama bukan pemikiran. Ia datang dari luar akal. Ia didatangkan untuk membantu akal ketika akal buntu dan terdampar. Ia datang bersama komponennya yang di luar hasilan akal. Ia datang bersama perutusan nabi dan kitab, wahyu dan mukjizat serta makrifat dan alam ghaib. Ia bersifat perutusan daripada satu kuasa yang agong yang menguasai kehidupan alam raya.
Itulah ugama. Saya akan menulis mengenai kehidupan ini dan ugama ini. Selepas harta, kuasa, pangkat, wanita, kedudukan, kesihatan dan sokongan yang menjadi idaman, bagaimanakah jika kita mula melihat ugama sebagai idaman yang lebih baik daripada semua itu? Agama adalah manisan kehidupan. Marilah mengenal kehidupan melalui jalan ugama.
Posted in Uncategorized | Tags: agama di celah kehidupan
FIKRAH JUMAAT
Bukan mudah untuk membentuk fikrah dan cara berfikir manusia supaya selari dengan kehendak Al Quran & As Sunnah lebih-lebih lagi di zaman ini yang mana manusia kebanyakannya bertuhankan aqal dan bangga dengan pendapat masing-masing. Rasulullah SAW berjuang tanpa jemu dan tanpa mengenal erti penat dan kecewa selama 23 tahun untuk mengubah cara berfikir manusia daripada berfikir dan memahami sesuatu di atas dasar kufur dan syirik kepada pemikiran yang asasnya adalah Islam dan Iman. Meruntuhkan JAHILIYYAH adalah satu pekerjaan yang payah melainkan dengan kemudahan dari Allah SWT. Rasulullah SAW & para da’ie sepanjang zaman bertungkus lumus membina Islam di atas runtuhan Jahiliyyah. Setelah pemikiran Islam terbina,memelihara kerangka pemikiran Islam agar sentiasa suci dan terpelihara dari penyelewengan adalah satu kerja lain yang sama payahnya. Para ulama’ berjaga malam dan bersengkang mata menulis serta mengarang kitab hasil penelitian dan kajian mereka terhadap nas-nas syara’ demi memelihara kesucian Islam. Kerana jihad merekalah Islam terpelihara sehingga hari ini dengan izin Allah SWT.
AKHIRAT LEBIH BAIK DAN LEBIH KEKAL
Yang telah Islam dan beriman pun masih terpesona dengan tipu daya kenikmatan dunia apatah lagi yang belum Islam dan tidak beriman. Kerana itulah Rasulullah SAW menyuruh kita supaya senantiasa memperbaharui Iman siang dan malam,pagi dan petang bahkan setiap nafas ditarik dan dilepas Rasulullah berpesan jangan sekali lupakan Tuhan yang menciptakan.
Ajaran sekular yang sudah sebati dalam masyarakat telah menambah parah penyakit gila dunia ini. Ubatnya tiada lain ialah mesti mantapkan ilmu dan selalu ingatkan mati serta akhirat. Untuk ingat mati pula perlukan mujahadah yang sungguh-sungguh kerana apa yang ada di sekeliling kita semuanya mengajak kita ingatkan dunia berbanding akhirat.
Perjuangan sekular ialah untk memisahkan agama dari kehidupan dunia. Bila agama dipisahkan dari kehidupan maka bermulalah kehancuran dan kebinasaan. Kemuncaknya, lupa dosa pahala, tak peduli halal dan haram dan akhir sekali lupakan hidup bertuhan.
Mengembalikan manusia kepada kehidupan beragama dan rasa bertuhan adalah jihad besar di zaman ini. Mulakan dengan diri dan keluarga kemudian sebar luas kepada ummah.
Institusi pendidikan adalah medan penting dalam dakwah dan seruan ini. Medan ini harus dimanfaatkan sebaiknya. Sebab itulah para da’ie dan ulama’ bersusah payah membuka madrasah. Para Ahlullah membuka suluk. Para Habaaib membuka rubath. Semuanya kerana pentingnya medan tarbiyyah dan pendidikan dalam mengembalikan ummah kepada kebenaran serta kecintaan kepada akhirat.
Posted in Uncategorized | Tags: FIKRAH JUMAAT
PRK DUN TENANG JOHOR – PENAMAAN CALON 22 JAN 2011,HARI MENGUNDI 30 JAN 2011
Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Labis, Johor ditetapkan pada 30 Januari (Ahad) depan.
Manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 22 Jan, (Sabtu) kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.
Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.
Menurut Abdul Aziz (kanan), seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.
Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.
Posted in Uncategorized
MB KELANTAN BEBAS RASUAH – SPRM
DIPETIK DARI SINAR HARIAN ONLINE (EDISI KELANTAN)- 16 DIS 2010
Nik Aziz bebas rasuah
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup dua kes berprofil tinggi membabitkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung dakwaan menerima tajaan sebanyak RM65,000 oleh sebuah syarikat swasta untuk mengerjakan haji pada awal tahun lalu.
Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil berkata, SPRM turut mendapati Nik Abdul Aziz bebas daripada tuduhan salah guna kuasa dalam pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
“Hasil siasatan SPRM dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail mendapati tiada sebarang tuduhan boleh dibuat kerana Nik Abdul Aziz tidak pernah meminta pembiayaan kos tersebut malah tidak melaksanakan haji pada hujung tahun lalu.
“Manakala pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi lebih kepada pertukaran nama jawatan iaitu daripada Ketua Pegawai Operasi kepada CEO PMBK,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat PPO bersama SPRM semalam.
Menurutnya, dalam enakmen PMBK Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar mempunyai kuasa penuh untuk melantik pegawai dan kakitangan PMBK.
“Bagaimanapun, SPRM mendapati wujud kelemahan dalam sistem pentadbiran berhubung pelantikan pegawai kerajaan negeri yang menyebabkan tatacara pelantikan boleh disalahgunakan oleh pihak tertentu.
“PPO meminta SPRM menasihatkan semua Kerajaan Negeri supaya membuat penambahbaikan dalam sistem pentadbiran yang telus untuk mengelak konflik berkepentingan berlaku,” katanya.
Sebelum ini, Nik Abdul Aziz didakwa menerima pakej mengerjakan haji sebanyak RM65,000 oleh pemilik sebuah syarikat pada 2009.
Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan terdapat bukti baru dalam siasatan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan bekas Pengerusi Eksekutif Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajuddin Ramli.
“Memang terdapat bukti baru dan dakwaan mengatakan SPRM tidak membuat siasatan terhadap Tajuddin adalah tidak benar kerana ia masih dalam siasatan.
“Kita tidak boleh dedahkan apa-apa kerana ia masih dalam siasatan kerana terdapat saksi-saksi baru dan berharap mereka dapat tampil ke hadapan supaya kes ini dapat diselesaikan,” katanya.
Tajuddin didakwa menyebabkan kerugian MAS sebanyak RM8 bilion semasa menerajuinya pada tahun 1994 hingga 2001.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, SPRM turut tidak meneruskan pendakwaan terhadap Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong kerana didakwa tidak mengisytiharkan dirinya sebagai Pengarah dan mempunyai pegangan saham dalam sebuah syarikat.
Posted in Uncategorized | Tags: NIK AZIZ BEBAS RASUAH
APA RASIONALNYA PAS GANTI UMNO
Berikut sedutan bahagian pertama kertas kerja Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad bertajuk “PAS Ganti Umno: Rasional & Tindakan” yang telah dibentangkan dalam “Seminar PAS Sedia Ganti Umno” pada 13 Nov 2010, di Auditorium MBSA yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Bersambung pada keluaran akan datang.
PAS dan Umno merupakan parti yang menjadi persaingan dalam politik Malaysia. Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, manakala PAS ditubuhkan pada 24 hb Nov 1951.
Sasaran kedua-parti ini adalah orang Melayu yang beragama Islam. Masing-masing cuba untuk meraih sokongan. PAS sebagai sebuah parti yang menjadikan Islam sebagai dasar, sedangkan Amno berjuang atas perjuangan bangsa.
Walaupun amalannya lebih kepada kebendaan dan tidak menjadikan Islam sebagai rujukan dalam tindakan. Maka sudah sampai masanya PAS menggantikan Umno, ertinya orang Melayu perlu menyertai PAS sebagai wadah penyelamat di negara ini.
Ini memandangkan Umno semakin kehilangan arah. Umno telah menjadikan ahlinya semakin kehilangan fokus, tidak lebih daripada mengejar status dan kemewahan. Agenda perjuangan sudah tidak ada, kalau pun mereka bercakap soal memperjuangkan bangsa, tetapi tetap menyalah bangsa lain. Sedangkan apa yang mereka buat hampir setengah abad kepada bangsa sendiri ketika mereka diberi kuasa mereka buat tidak faham.
Inilah yang menjadi tanda tanya di kalangan anak-anak muda, walaupun bapa mereka penyokong tegar Umno namun generasi yang terdedah dengan maklumat dan hidup dalam dunia yang berbeza dengan zaman bapa mereka. Orang melayu perlu mencari bahtera penyelamat, maka parti yang mempunyai landasan yang jelas, terbukti dan teruji ialah PAS.
Rasional kenapa Umno perlu diganti dengan PAS
Sejak awal lagi penubuhan Umno ialah untuk melawan Malayan Union sahaja. Bukan untuk mempertahankan Islam. Islam hanya alat, bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Kalau soal tudung yang menjadi nas yang qat’ei dalam al-Quran, pemimpin wanita, puteri dan isteri pemimpin tidak ambil kisah. Maka apa yang hendak diharap untuk mereka bercakap perkara yang lebih besar mengenai Islam.
Apabila Islam tidak mendasari dalam perjuangan maka modal pembangunan akan lapuk, kerana minda rakyat semakin berubah dan maju terutama generasi muda, mereka tahu apa tanggungjawab sebuah kerajaan yang memerintah. Siapa yang memerintah semuanya akan membuat pembangunan. Hujah pembangunan hanya sesuai di zaman 60an sahaja dan kawasan majoriti orang jahil. Sedangkan Islam relevan sepanjang masa sehingga hari qiamat.
Dasar Umno yang pragmatis (ikut suasana)
Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang dipakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah airkah. Cuma seperti yang disebut oleh seorang pemimpin umno, perjuangan Umno hanya untuk perut sahaja dalam satu forum. Maka sekarang mereka bergaduh bukan kerana bangsa tidak terbela, agama dihina. Tetapi kerana perut sekarang sudah keroncong. Tiga negeri sudah jatuh ketangan Pakatan rakyat.
Maka banyaklah peluang terlepas, terutama negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Tidak hairanlah kepada kita bekas Menteri Besar Selangor sudah naik minyak dan berani lawan arus. Kerana lubuk emas sudah terlepas ke tangan orang lain. Contohnya Dato’ Seri Khir Toyo marah kenapa terlalu banyak tol, dan harga barang terlalu mahal, suaranya semacam suara kita sahaja.
Islam hanya kuda tunggangan Umno
Ia bukan menjadikan Islam sebagai pedoman. Peralatkan Islam untuk kepentingan politik. Oleh kerana pengundi Manik Urai adalah orang yang kuat berpegang dengan agama maka tajuk Islam yang menjadi fokus dalam kempen.
Sehingga Tan Sri Muhyiddin mengatakan undi BN juga masuk syurga. Kita boleh melihat pemimpin Umno turun naik ke masjid dan surau. Wanita Umno dan puteri Umno turut bertudung dan berbaju kurung. Di Manik Urai dan Galas mereka tidak pakai seluar ketat baju sendat fasal kawasan ini kuat agama. Berbeza di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang kerana kawasan itu kurang sikit penghayatan agamanya. Inilah wajah Umno boleh bertukar corak, kerana mereka menjadikan Islam sebagai tunggangan.
Program Islam sebagai alat politik
Memperkenalkan slogan Islam seperti Islam hadhari yang merupakan program penerapan nilai-nilai Islam, yang dipakej semula dengan botol baru.
Waktu diistiharkan penerapan nilai-nilai Islam berlakunya zaman kebangkitan Islam abad ke-15. Kebangkitan rakyat Afghanistan menyerang Russia yang menceroboh negara mereka. Mereka bangun dengan senjata iman dan kelengkapan yang serba dhaif. Waktu itu juga Revolusi Islam Iran yang berjaya menggulingkan regim Shah Iran di bawah kepimpinan seorang ulamak Al-Marhum Ayatullah Khomeini.
Bahang kebangkitan ini juga menjalar di kalangan rakyat Malaysia, suara untuk menyeru pihak pemerintah supaya kembali kepada Islam yang syumul kedengaran segenap rantau. Terutama di kalangan generasi muda yang berada di kampus dalam atau di luar negeri.
Waktu itu, Dr Mahathir atas nasihat pakar-pakar strategi telah melancarkan penerapan nilai-nilai Islam bagi membendung kebangkitan Islam. Beliau sedar arus ini tidak boleh dilawan kalau tidak ia akan hanyut di bawa arus. Maka beberapa program atas nama penerapan nilai Islam ditubuhkan antaranya mendirikan Universiti Islam Antara Bangsa, Takaful, Bank Islam, Kursus Bina Insan.
Pada peringkat awal memang nampak hebat dengan adanya Slogan Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, mempercepatkan jam selama 30 minit untuk melihat dan mengejar kemajuan. Sebenarnya projek seperti ini diadakan ialah hendak melambatkan kebangkitan Islam sahaja dan perkara ini bukan menjadi matlamat asas mereka untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh.
Ini hanya program politik untuk mengekalkan kuasa dan memperalatkan agama untuk memancing sokongan rakyat. Kenyataan Dr. Mahathir dalam bukunya “The Malay Dilema” dalam halam 15, membuktikan dakwaan ini “Kerajaan masih lagi melaksanakan projek-projek seperti mendirikan masjid dan balai raya.
Pelaksanaan projek ini dijalankan bukan kerana segala kemudahan tesebut difikirkan perlu, tetapi kerana anggapannya yang salah kononnya langkah-langkah ini dapat memancing undi di di dalam pilihanraya yang akan datang”.
Peralatkan Melayu untuk kepentingan peribadi
Kononnya atas nama Melayu untuk bela Melayu, walaupun pada hakikatnya, hanya batu loncatan sahaja. Menggunakan Perkara 153 dalam perlembagaan untuk mengaut keuntungan peribadi dan keluarga, akhirnya Melayu terus merempat di bumi sendiri.
Di mana tempat Umno kuat disitu melayu merempat. Contohnya apa yang berlaku di Kampung Plentong Tengah Johor Baharu hampir 290 buah rumah yang ditolak dan dihalau, walaupun mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun.
Yang menjadi pendinding dan perunding ialah pemimpin Pas, PKR dan DAP. Seramai 28 orang ditangkap kerana mempertahankan rumah mereka daripada diroboh pada 16 Disember 2009. Pemimpin Umno hanya datang lima tahun sekali untuk hendak menagih undi. Mereka membiarkan melayu susah, maka senang untuk mendapat keistimewaan untuk membantu Melayu. Sebab itu berbagai-bagai dasar yang dibuat gagal untuk membela melayu. Seolah-olah ia dirancang supaya mereka senang untuk memfaridkan harta negara dengan membiarkan orang melayu susah.
Sikap individualistik
Sikap yang hanya pentingkan diri dan kaum keluarga bukan untuk bangsa dan agama. Akhirnya rakyat sudah naik mual dengan gelagat pemimpin Umno. Parti hanya menjadi sebagai batu loncatan untuk memperkaya anak menantu, sedangkan rakyat di bawah kais pagi makan pagi. Matlamat masuk Umno ialah untuk mengumpul kekayaan sebanyak mungkin. Sikap metrealistik yang sudah berakar umbi dalam Umno sukar untuk diubah. Memegang jawatan sebagai tiket untuk kaut keuntungan.
Melahirkan pemimpin yang tidak berakhlak, penuh dengan skandal.
Seperti yang berlaku kepada bekas ahli parlimen Gombak, bekas ahli Ampang Jaya dan Ketua Wanita Umno Kelang. Kebetulan mereka ini tidak bernasib baik kerana media dapat tahu. Banyak lagi kelakuan yang tidak senonoh yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Malahan apabila kita bercakap dengan ahli Umno mengenai gejala yang tidak bermaruah, maka mereka mengatakan ini adalah lumrah.
Umno tidak membela agama.
Kita boleh melihat apa yang Umno sudah lakukan untuk membela agama. Orang murtad Umno diam membisu. Nampaknya Umno sanggup berdiam dalam isu murtad. Selama 62 tahun kewujudan Umno kita tidak dengar Umno bertindak sesuatu untuk mengadakan undang-undang murtad. Isu pengabaian terhadap agama mengenai murtad adalah satu contoh sahaja. Banyak lagi isu mereka yang mengguris perasaan orang Melayu Islam.
Orang Agama (ulama) Umno hanya subang tembaga.
Peranan golongan agama hanya untuk menjadi peluru melawan Pas sahaja dan tidak lebih daripada itu. Peranan mereka hanya untuk tukang baca doa, tahlil dan marhaban.
Mereka bukan dijadikan rujukan untuk mengemudi negara. Sebaliknya sijahil yang menjadi kepala, manakala si alim menjadi pengikut. Apabila ini terjadi banyak dasar yang bertentangan dengan Islam telah berlaku.
Ketika Datin Rosmah Mansur menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam (FFI) di Monte Carlo Monarco pada 9 Ogos 2010.
Orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur. Mana suara ustaz umno apabila kerajaan BN di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Banyak lagi bukti orang agama di dalam Umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu.
PAS mencabar umno berikan bukti, peranan orang agama di dalam umno berkesan untuk mempertahankan Islam dan menentang kemungkaran. Orang agama di dalam umno hanyalah membesarkan tembolok sahaja. Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan PAS.
Hujah mereka mengenai orang bukan Islam tidak boleh masuk masjid, ditolak dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri yang mengharuskan orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri. Rakyat mula berkata, Umno haram duit judi, tetapi halalkan judi. Pendapatan judi 2009 2.3 bilion.
Rakyat Malaysia berbelanja arak RM1.7 bilion setahun, nombor 10 tertinggi di dunia. Ke manakah pergi orang-orang agama di dalam Umno yang berkelulusan tinggi, antaranya ialah Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Dato’ Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin.
Persoalannya di manakah suara mereka sekarang? Perkasakan Islam di dalam Umno? Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu, tenangkah jiwa orang agama di dalam Umno yang bergelumang dengan parti yang menyuburkan maksiat? Ilmu yang mereka belajar bertentangan dengan parti yang mereka sertai.
Dasar Umno putera bukan Bumiputera.
Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku dalam Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato’ Zainal Osman – Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.
Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan sebagai satu contoh yang ketara. Wang royalti dicabul, sebanyak 118 projek kerajaan Pusat dibekukan sejak RMK 6 1991. Apakah layak Umno hendak mendakwa mereka sebagai tulang belakang orang Melayu? Apakah slogan kuat Umno perkasa Melayu menjadi realiti?
Posted in Uncategorized | Tags: APA RASIONALNYA PAS GANTI UMNO
Mengisi Hijrah 1432 dgn Iman & Taqwa
Mengisi Hijrah 1432 dgn Iman & Taqwa
Besok 1 Muharram 1432 Hijrah, pasti kita tidak akan lepas dari mengingati peristiwa Hijrah. Justeru Hijrah 1432 bakal menjadi tonggak permulaan bulan kalender Islam untuk umat Islam mengambil suatu sikap lebih maju dari segi iman dan taqwa. Lantaran hijrah Rasulullah SAW beserta para sahabatnya ke Madinah telah berumur 1432 tahun. Maka peristiwa hijrah baginda Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah perlu dimaknakan secara pasti.
Demikianlah peristiwa bersejarah yang patut dikenang dan dapat dijadi proses transformasi spiritual ke arah membina jatidiri muslim. Di dalamnya terkandung makna dan pengisian kerohanian untuk sebuah pengorbanan sejati yang mengapresiasikan perjuangan mengedepankan kepentingan misi Iman dan Taqwa, agar ia tetap lestari dan terjaga dari kepunahan.
Ambillah pengajaran daripada sejarah Nabi-nabi agar kita sendiri sedia menyahut perintah Allah (al-Quran, Surah Yusuf:111) “Sesungguhnya dalam kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. Itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman”.
Apa pun Hijrah yang disambut kali ini hendaknya mendapat kebaikan yang bakal menambahkan lagi kebaikan yang sedia ada. Maka kita tidaklah sesekali bersikap lemah menghadapi cabaran tahun baru Hijrah ini. Ia sesuai dengan peringatan Allah SWT (Al-Qur’an Surah Ali Imran:139) “Dan janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi jika kamu orang-orang yang beriman”.
Semoga Allah memberkati hidup ini, dan kita semua tetap mengharapkan keredhaan-Nya serta syafaat Nabi kita Muhammad SAW.
Posted by WaniBrah at 5:04 PM
Posted in Uncategorized | Tags: Mengisi Hijrah 1432 dgn Iman & Taqwa
WAJARKAH NAJIB NAIKAN HARGA PATROL,DISEL,MINYAK N GAS
1. Semua orang boleh faham bagaimana harga minyak di pasaran antarabangsa kini naik mendadak ekoran beberapa keadaan yang menyumbang ke arah itu seperti peperangan dan ancaman kepada laluan dagang yang melibatkan laluan eksport minyak. Tanpa dinafikan juga peranan kuasa besar dunia yang senantiasa manipulasi prestasi ekonomi dunia dengan kuasa politik mereka untuk terus menguasai empayar ekonomi dunia terutama dalam sektor aliran bahan mentah dunia seperti minyak dan sekaligus menekan negera – negara lemah yang sedang membangun.
2. Namun bagi sebuah kerajaan terlebih dahulu mesti mempunyai rancangan yang komprenhensif agar bukan sahaja negara tidak tewas dalam manipulasi ekonomi tersebut sekaligus tidak mengainaya rakyat yang menjadi pengguna secara langsung . negara mesti memiliki penampan yang kukuh bagi mengelak negara terseret dalam kancah ” kekecohan ekonomi ” dunia . Terkini melibatkan lonjakan harga minyak di pasaran dunia.
3. Penampan yang saya maksudkan boleh dilihat dalam beberapa aspek . Antara yang penting juga ialah bagaimana negara atau kerajaan yang memerintah dan mentadbir mengurus pegangan pembendaharaan negara dengan cermat , jimat dan bistari agar keupayaan hasil negara tidak lenyap dan hangus begitu sahaja ekoran terbuang pada projek mega yang tidak bermanafaat dan pembaziran pada perlaksanaan projek yang tidak diurus secara bijak dan berhemah .
4. Negara kita begitu banyak sekali kes – kes pembaziran yang melibatkan jutaan ringgit dan ini boleh dirujuk semula kepada laporan audit negara yang jelas menunjukkan urus tadbir kewangan negara sangat banyak kepincangan yang berpunca dari nafsu rakus dan tidak teliti dalam mengurus dana negara .
5. Sebagai contoh peruntukan jutaan ringgit melalui bajet negara pada institusi atau projek yang tidak mendatangkan hasil lumayan serta manafaat kepada rakyat terbanyak .
6. Kerajaan sewajarnya mengamalkan dasar jimat cermat yang serius bukan sekadar berjalan kaki ke Parlimen sehari sebagai gimik tidak mahu menggunakan minyak yang naik harga sedang hari – hari yang terpaksa pula menggunakan kenderaan justeru ia satu keperluan yang tiada siapa mahu mempertikaikannya.
7. Jimat cermat dalam semua aspek pengurusan dana negara akan menghasilkan tabungan yang memadai untuk mengekang kenaikan harga minyak meskipun dunia berdeppan dengan kenaikan tersebut dan ia memberi keselesaan dan keutamaan kepada rakyat . Sesuailah dengan slogan rakyat di dahulukan , Jika ini situasinya , maka bukan rakyat didahulukan tetapi rakyat yang kena dulu .
8. Kerajaan sewajarnya sedar , rakyat awam tidak mampu mengekang kenaikan harga minyak dan juga akhirnya kenaikan harga barangan keperluan yang lain jika kerajaan tidak bersedia menampung bagi pihak mereka . Bukankah hasil mahsul negara adalah anugerah Allah untuk dinikmati oleh seluruh penduduk negara ini ? sementara kerajaan diberi mandat melalui pilinhanraya hanya untuk menjadi pentadbir dan pengurus yang bijak dan pintar terhadap hasil mahsul tersebut, supaya rakyat tidak terus terbeban dengan kenaikan harga minyak ini .
9. Jika kerajaan gagal untuk menampung bagi pihak rakyat dan menampan tekanan atau kekangan kenaikan harga minyak di peringkat antarabangsa , maka rakyat akan dihimpit derita dan sengsara . Bukan kerana mereka menjadi mangsa kepada lonjakan harga minyak dipasaran dunia tetapi mereka menjadi mangsa kepada kerajaan yang mereka pilih kerana menghabiskan dana negara sehingga tidak mampu untuk menampung bagi pihak rakyat agar mereka tidak perlu membayar harga minyak yang tinggi sebagai pengguna . Sementelah pula kenaikan harga minyak itu kelak akan membawa risiko kenaikan harga barangan keperluan yang lain . Akhirnya rakyat yang miskin terus tertindas.
10. Dana tampungan atau tampanan yang saya maksudkan itu selayaknya tidak dibaca sebagai subsidi sebagaimana sebelum daripada ini . Kerana sememangnya dana yang terhasil dari perolehan negara itu menjadi hak rakyat atau rakyat berhak menikmati dana tersebut agar mereka tidak perlu membayar harga minyak dan barang keperluan lain dengan harga yang jauh mengatasi kadar pendapatan mereka. Malangnya dana atau tabungan itu tidak wujud kerana ia hangus dan terbuang begitu sahaja ekoran salah urus dan silap tadbir , lalu kerajaan terpaksa menaikan harga minyak .
11. ….. atau kenaikan harga minyak ini sememangnya dirancang oleh kerajaan kerana mereka mahu mengelak dari beban dan tanggungjawab yang sepetutnya mereka galas sebagai sebuah kerajaan , sebaliknya rakyat pula terpaksa menanggung. Secara jujurnya saya minta supaya kerajaan UMNO dan BN mencontohi bagaimana kerajaan Pakatan rakyat mengurus kewangan negeri yang mereka kuasai sehingga mendapat pujian ketua audit negara . Bukan sahaja pandai dan bijak mengurus tetapi berani berjimat dan cekal mengambil langkah cermat biarpun berdepan dengan tekanan politik dan ekonomi dari kerajaan pusat .
12. Kelantan sebagai contoh , mampu berdikari , bijak berjimat dan tabah mencari dana sehingga mampu bertahan selama 20 tahun memerintah serta mentadbir dalam tekanan yang hebat dari kerajaan pusat yang kononnya memperjuangkan ketuanan melayu . Dulunya mereka menempelak bagaimanalah Kelantan mampu bertahan kerana ia dipimpinan hanya oleh seorang Tok Guru Pondok dan mereka bertaruh kononnya Kelantan hanya mampu bertahan 3 bulan sahaja ? Realitinya , kerajaan itu telah berusia lebih 20 tahun .
13. Ironinya , 20 tahun itu berlangsung dengan membesar dan membangun malah mampu melunaskan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat yang tidak pernah henti menindasnya. Sekaligus memperbaiki kedudukan di carta kemiskinan negara , bukan lagi kedua miskin tetapi kini telah berada pada tangga keenam . Terengganu yang kini saban waktu dibekalkan wang ehsan oleh kerajaan UMNO dan BN kekal berada pada tangga kedua negeri termiskin di negara kita . Entah kemana duit minyak itu diangkut ?
14. Kalau boleh saya tanya soalan nakal , saya nak tanya …. kerajaan menaikan harga minyak ni betul betul kerana harga minyak di pasaran dunia naik atau kerana negara habis duit buat main kapal layar di Terengganu ? habis duit buat main jet di Langkawi ? maaf , saja saja jer tanya ! kerana sedar soalan ini agak nakal .
Posted by Nasrudin Hassan
Posted in Uncategorized | Tags: DISEL, MINYAK N GAS, WAJARKAH NAJIB NAIKAN HARGA PATROL
KETUANAN MELAYU SUDAH LAMA MATI
Ketuanan Melayu ini sudah lama mati. Ketuanan yang berprinsipkan kepada hak utama di tanah air ini terhakis bukan sahaja dengan penjajahan yang dilakukan atas negara kita ini tetapi dengan pengamalan sistem pemerintahan demokrasi yang berasaskan kekuasaan politik. Kekuasaan politik yang menjadi terus kepada kekuatan inilah yang mampu menjadi senjata yang membunuh ketuanan Melayu yang sering dilaungkan sebelum ini. Hak Melayu yang di peruntukkan dalam perlembagaan tidak pincang. Ia cukup untuk menunjukkan bahawa elemen ketuanan itu ada. Peruntukkan yang memberi ruangan tetap kepada ketuanan itu wujud dalam konteks yang amat daif sekali. Apa perlunya ketuanan pada nama, kuat pada kulit dan tinggi pada khayalan sedangkan hakikatnya berbeza. Namun kenapa ketuanan yang diperuntukkan yang bukan merujuk kepada tuan dan hamba tetapi merujuk kepada hak keistimewaan seakan tidak menggambarkan kekuatan dan prioriti bangsa Melayu itu sendiri. Di mana silapnya? Adakah perlembagaan yang memperuntukkan hak Melayu itu cukup untuk melindungi Melayu tetapi kenapa realitinya amat berbeza. Adakah cabaran kaum lain dan kehadiran mereka menjadi punca terbunuhnya ketuanan Melayu? Adakah pengamalan demokrasi yang ada hari ini menjadi sebab utama terkorbannya Ketuanan Melayu? Adakah alasan di atas bersesuaian dengan hakikat matinya Ketuanan Melayu dan ia dapat diterima dalam era moden hari ini?
Posted in Uncategorized
SPR semakin berusia semakin kacau
Misi SPR adalah mendukung system demokrasi berparlimen dan menjamin hak rakyat untuk memilih wakil mereka dengan mengurus, mengawal selia dan mengendalikan pilihan raya secara adil dan bebas. Manakala visinya pula dalah menjadi sebuah institusi demokratik yang cemerlang dan mendapat kepercayaan rakyat.
Baru-baru ini apabila ada aura-ura yang Najib Tun Razak mahu panggil pilihanraya awal maka pimpinan Pakatan Rakyat yang menguasai negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan mengeluarkan kenyataan dan pandangan bahawa tidak semestinya dewan-dewan negeri-negeri berkenaan turut akan dibubarkan.
Kini baru 2 tahun 8 bulan sejak pilihanraya umum ke 12 pada Mac 2008 lalu sedangkan satu penggal parlimen atau dewan negeri adalah 5 tahun. Bagi kerajaan negeri-negeri PR sudah pastilah tempoh 5 tahun itu perlu bagi mengikis segala saki-baki ketempangan dan kepincangan kerajaan yang terdahulu dan memperkenalkan pembaharuan baru demi membela nasib dan kebajikan rakyat serta membawa pembagunan kepada negeri-negeri yang dikuasai.
Isunya mengapa perlu kerajaan negeri-negeri ikut rentak dan tari Najib? Kalau Najib mahu uji kepercayaan rakyat terhadap beliau, biarlah beliau uji. Mengapa perlu negeri-negeri PR terbabit dalam ujian Najib itu sedangkan agenda kita lebih besar dan menjurus kepada kepentingan umum rakyat dan negeri.
Tiba-tiba Timbalan Pengerusi SPR yang misi dan visinya hebat di atas masuk campur, menyampuk dan member ulasan.
Kata Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR, hentikanlah cakap-cakap mahu mengadakan pilihanraya berasingan kerana ia hanya mengakibatkan pembaziran dari segi tenaga dan wang rakyat. Inikah badan yang mahu menjadi sebuah institusi demokratik yang cemerlang dan mendapat kepercayaan rakyat? Isu yang diketengahkan adalah isu yang sewajarnya dibahaskan sesame orang politik, sejak bila SPR dibenarkan berpolitik sekali?
Kerja SPR adalah mengurus dan mengendalikan pilihanraya, kerja politik tinggalkan pada orang politik.
Sewajarnya Wan Ahmad kalau serius dan berani mahu beri nasihat, nasihatkanlah BN, jangan ghairah sangat mahu panggil pilihanraya awal. Ia rugi dan membazir. Mengapa pula pimpinan PR yang mahu mengelakkan kerugian dan pembaziran itu pula yang ditempelak?
Inilah wajah sebenar SPR yang terpaksa dihadapi oleh rakyat. Demokrasi bagi mereka adalah mengangguk dan mengiakan apa sahaja kata PM dan pmpinan pusat. Kita sangkakan setelah lebih 50 tahun Merdeka, SPR dengan misi dan visi yang agung di atas, akan berubah menjadi sebuah badan yang semakin menjunjung demokrasi, rupanya semakin lewat usianya, semakin kacau dan meracau ia
Posted in Uncategorized | Tags: SPR semakin berusia semakin kacau
50 Tahun Umno Memerintah, 90 Peratus Isi Rumah Miskin Adalah Melayu
PETALING JAYA 29 Nov – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno menipu orang Melayu bahawa parti tersebut memperjuangkan hak serta mendakwa meningkat taraf ekonomi orang Melayu tetapi bukti menunjukkan keadaan adalah sebaliknya.Merujuk kepada laporan Parlimen (Hansard) Anwar berkata daripada lebih 60,000 isi rumah yang berada di bawah paras kemiskinan berdasarkan pendapatan RM800, lebih 90 peratus terdiri daripada orang Melayu.
Justeru itu beliau berkata Umno berusaha menymbunyikan kegagalan dan pengkhianatan mereka terhadap bangsa Melayu dengan memfitnah bahawa Pakatan Rakyat dan KEADILAN akan menghapuskan hak keistimewaan Melayu sekiranya mereka memerintah.
Walaupun diberi peluang oleh rakyat untuk memerintah negara selama lebih 50 tahun, Umno telah memungkiri janji terhadap menjaga kebajikan serta hak orang Melayu.
“Dalam parlimen pada 2007 lalu, disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800.
“Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan berkenaan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Jadi bagaimanakah mereka (Umno) boleh mendabik dada mengangkat ketuanan Melayu,” kata Anwar ketika menyampaikan ucapan penggulungan Persidangan Kongres Nasional Tahunan Ke-7, 2010 di Dewan Sivik MBPJ petang semalam.
Berhubung barisan kepimpinan pusat parti yang baru dipilih Anwar mahu mereka berganding bahu dan bekerja keras bersama-sama anggota parti untuk merealisasikan usaha parti mempertahankan hak keistimewaan Melayu.
Menurutnya, ahli parti perlu menyemai keikhlasan dalam memperjuangkan perjuangan parti dan bangkit menghadapi segala cabaran dan tentangan khususnya dari Umno.
“Saya melihat kongres kali ini lebih penting dari kongres sebelumnya dengan barisan pimpinan baru yang dipilih serta cabaran serta serangan yang dihadapi sepanjang proses pemilihan ,” kata beliau lagi.
Tegas Anwar kongres yang selesai semalam adalah penting untuk membuka lebaran baru dalam memastikan usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada PRU- 13 kelak.50 Tahun Umno Memerintah, 90 Peratus Isi Rumah Miskin Adalah Melayu
Apa guna ketuanan Melayu jika pencuri pimpin negara
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Tidak ada guna jika ‘ketuanan Melayu’ hanya diguna untuk mempertahankan pencuri dan perompak sebagai pemimpin negara,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Sebaliknya beliau menegaskan, Melayu hanya akan terus menjadi tuan jika pemimpinnya bermaruah dan maruah orang Melayu adalah dengan Islam.
Melayu akan terus jadi tuan kalau Melayu itu bermaruah, dan maruah orang Melayu adalah Islam.
“Tidak ada guna kita pertahan ketuanan Melayu, kalau pencuri jadi tuan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu ‘ketuanan Melayu’ yang cuba ditanam oleh Umno dalam pemikiran orang Melayu.
Jelasnya, Umno bertindak demikian kerana hanya mahu mengekalkan kuasa mereka, dan mahu memugar kembali kepercayaan orang Melayu kepada parti itu yang sudah luntur.
Sedangkan katanya, yang menjadikan Melayu lemah adalah sikap pemimpin Umno sendiri yang merosakkan kepercayaan itu.
Kepercayaan itu bukan sahaja pudar di kalangan Melayu, malah turut terkesan kepada bukan Melayu.
Menyedari hakikat itu, PAS katanya membawa pendekatan dakwah agar orang Melayu bermaruah dengan Islam.
Hasilnya, PAS diterima sebagai tuan, bukan sahaja oleh Melayu malah bukan Melayu juga.
“Orang bukan Islam boleh terima pemimpin Melayu di kalangan PAS untuk jadi pemimpin dia.
“Orang bukan Islam boleh terima Tok Guru Nik Aziz jadi pemimpin dia di Kelantan, Datuk Seri Ustaz Azizan di Kedah, Datuk Seri Nizar di Perak dahulu,” katanya.
Posted in Uncategorized | Tags: Apa guna ketuanan Melayu jika pencuri pimpin negara
PRU13: PAS perlu strategi baru?
Tak percaya? Umnolah punca bangsa Melayu dihina sekarang!
Umnolah yang menjadi penyebab mengapa bangsa Melayu hari ini dihina di tanahair sendiri, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan Naib Presiden Umno, Dato’ Zahid Hamidi kepada media.
PAS cuba memberi jawapan kepada Zahid yang tercari-cari punca mengapa hak orang Melayu sering dipertikaikan di buminya sendiri. Zahid cuba membentuk persepsi orang Melayu kononnya mereka dalam keadaan terancam, dengan harapan mereka akan menyalahkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam isu ini.
Kata Ustaz Idris, ini taktik lama Umno untuk memulihkan tenaga yang semakin lemah dan tidak berpengaruh lagi. Strategi ini adalah seperti kata pepatah Arab “Dia pukul orang, dia mengadu bahawa orang lain pukul dia; dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia”, ujarnya lagi
Hakikatnya, tegas beliau, Umnolah yang menyebabkan bangsa Melayu hilang jati diri dan lemah kuasa politik, sehingga mengakibatkan politik dendam yang berlubuk di dalam hati pemimpin parti Melayu itu lebih mengutamakan Umno-Putera, sekaligus Melayu jadi bangsa yang merempat di bumi sendiri.
Jelasnya, Umno cuba memutar-belitkan sejarah di Pulau Pinang kononnya Melayu terpinggir sejak pemerintahan Pakatan Rakyat, walhal Umno-Gerakan lah yang memerintah negeri itu hampir 51 tahun lamanya, sehingga menyebabkan Melayu merempat.
“Zahid cuba nak salahkan Melayu yang sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur. Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin Umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri.
“Selama 53 tahun Umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini. Banyak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal,” tegas beliau.
Ustaz Idris mendakwa, pemimpin Umno sepatutnya malu kepada pemimpin parti lain di negara ini yang gagal mengangkat mertabat bangsa sendiri.
“Ke mana pergi nilai saham khas Bumiputera RM54 bilion? RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion. Ke manakah pergi tanah rezab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957? Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar,” soal beliau.
Katanya, Umno sebenarnya tidak layak untuk menjaga hak orang Melayu, ia ibarat seperti menyuruh serigala menjaga kambing.
“Sudah sampai masanya Umno berundur dan orang Melayu pula meninggalkan parti itu dengan menyertai PAS sebagai ganti kepada Umno yang nazak,” pintanya.
ulasan KONGRES PKR oleh MSO
Ulasan Kongres PKR
Kongres Yang Mantap Terhebat
RASANYA sudah lebih lima kali saya menghadiri kongres PKR termasuk sewaktu parti itu dikenali dengan nama Keadilan. Bahkan kongres pertamanya semasa parti itu bernama Parti Keadilan Nasional (Keadilan) di sebuah hotel di ibu kota Kuala Lumpur. Saya juga hadir kongres yang diadakan di Dewan Tokong di Ipoh Perak yang mana lokasi kongres itu berlangsung menjadi ejekan pihak musuhnya.
Dalam beberapa kesempatan itu saya merasakan kongres yang baru berakhir tadi lebih berjaya dan bersemangat dari beberapa kongres yang berlalu sebelum ini. Dalam kongres semalam begitu terserlah semangat di kalangan penyokong, ahli dan juga saf kepimpinan sendiri. Agenda untuk menakluki Putrajaya kian berkembang dalam minda setiap yang hadir.
Apakah kejayaan semalam disebabkan komitment tinggi atau dendam semua ahli PKR yang mahu meletakkan parti berkenaan sebagai pengemudi kepada Pakatan Rakyat untuk menuju ke Putrajaya? Begitu yang saya nampak. Ancaman, kecaman dan pemburukan oleh bekas rakan mereka menyebabkan ahli bangkit untuk membela parti itu. Serangan ke atas PKR dari segenap jerung dan pelbagai cara telah menjadi bajak dan pupuk menyuburkan iman perjuangan ahli dan pemimpinnya.
Sekiranya PKR dapat meneruskan semangat yang terkopak semalam, tidak syak lagi ia akan menjadi parti yang kian dewasa dan berkembang. PKR akan menjadi semakin mantap dan kukuh. Orang yang paling gembira dengan kejayaan itu semalam tentulah Pemimpin Umumnya, Anawar Ibrahim. Ini dapat disaksikan dengan keseronokan beliau untuk bertemu orang ramai. Walaupun beliau sudah membuka pintu kereta untuk pulang, tetapi turun kembali kerana merasaikan begitu sayang untuk meninggalkan perwakilan yang berdiri dan menanti untuk bersalaman dengannya.
Jarang suasana begini berlaku dalam keadaan. Selalunya selepas selesai kongres semua akan berebut untuk pulang kekadang tidak sempat pun bersalam dengan pemimpin.
Secara ringas dalam waktu terbatas ini, menyimpul kejayaan kongres semalam dapat dikatakan ia memberi pukulan maut kepada musuh PKR yang sedang berusaha keras untuk melebur lumatkan parti berkenaan. Harapan mereka untuk melihat berlaku kejutan besar di hujung kongres itu berkubur ditimbus oleh semangat tinggi ahli-ahlinya yang sedia berdepan dengan apa saja ancaman musuh.
Mulanya terdengar desas desus mengatakan kongres itu akan berakhir dengan satu ledakan. Sebuah saluran tv telah bersedia membuat liputan langsung bagi menunjukkan apa bakal berlaku kelak. Kononnya dengan liputan itu akan memperlihatkan masalah dan kejelakan sebenar di dalam PKR.
Siaran langsung bertujuan untuk mendedahkan kekecohan itu adalah untuk dijadikan bukti. Sebelum ini laporan kononnya berlaku perpecahan, kekecohan dalam PKR yang dibuat oleh media tertentu sudah tidak dipercayainya. Justeru siaran langsung itu disuluh untuk merakam kekecohan yang berlaku untuk dijadikan bukti sahih.
Tetapi apabila apa yang diharapkan semalam tidak berlaku, ia sangat mengecewakan para kuda tunggang atau ‘tengkorang’ musuh PKR terutamnya pihak Umno dan Barisan Nasional yang didokong oleh pemuda sepak kertas di dalam parti berkenaan. Sebaliknya dengan apa yang dipersaksian semalam benar-benar merujakan dan membuat mata mereka terbeliak. Menjadikan mereka terpaksa mencari idea baru bagaimana hendak merobohkan tembok kebal yang dibina PKR.
Ada beberapa aspek lain yang saya lihat ia menggembirakan ahli dan penyokong PKR. Antaranya ialah ketulusan para pemimpin meluahkan pandangan dan kritikan mereka. Begitu juga dengan janji dan azam. Terutamnya oleh Mustapa Kamil Ayub yang sedang dijejaki dan dipujuki oleh Umno agar meninggalkan PKR.
Apabila Mustapa Kamil menegaskan bahawa dia sesekali tidak akan meninggalkan PKR ia melegakan banyak pihak. Bukan sahaja Anwar tetapi para penyokong juga. Sesungguhanya penegasan Mustapa Kamil memberi kekuatan baru kepada PKR. Ya, walaupun kalau tertakdir tanpa Mustapa Kamil, PKR tetap juga akan hidup. Tetapi dengan pengakuan ikhlas, penuh diplomasi itu ia seolah-olah memberi satu sinar baru kepada PKR dan membunuh musuh secara pukal.
Boleh dikatakan semua pemimpin baru diberi peluang untuk berucap menggulungkan kongres. Setiap yang muncul saya lihat penuh bersemangat dan memberi gambaran keikhlasan dan kesungguhan. Luka-luka yang berlaku semasa proses pemilihan sudah sembuh semuanya tanpa pun meninggalkan parut lagi. Hubungan mesra sikap terus terang menjadi penawar terbaik merawat segala kecacatan.
Selain Mustapa Kami yang berucap memberi semangat pengukuhan, Saifuddin Nasution Ismail selaku Setiausaha Agung berjaya menghidupkan suasana kongres. Cara pengolahan pidatonya, kupasan, kritikan dan menjawab kritikan cukup bernas dan bijaksana. Pada saya Saifuddin bagaikan sebuah pedang tajam yang menikam kita tanpa disedari.
Tidak terlampau kalau dikatakan Saifuddin Nasution adalah setiausaha agung yang dilahirkan PKR secara berkebetulan yang tidak ada tolak bandingnya. Untuk 10 tahun akan datang PKR tidak akan memperolehi seorang setiasusaha yang bukan saja rajin tetapi sarat dengan ilmu siasah seperti beliau.
Kali ini pilihan Anwar untuk menjadi nadi kepada parti berkenaan tidak salah. Pemilihan Saifuddin itu mengganti bekas setiausaha yang busuk tepat dan mungkin kerana ianya dibuat menerusi sembahayang istikarah.
Demikian juga dengan Mohamad Azmin Ali yang dilihat tokoh kontroversi dan banyak tidak disenangi orag dalam PKR. Janji dan ikrar baru beliau sebagai Timbalan Presiden hendaklah benar. Semoga Azmin tidak akan jadi seperti Azmin sebelum ini yang dibenci sehingga mengundang seorang bernama Zaid Ibrahim untuk menentangnya. Apapun ternyata antara Azmin dengan Zaid, Azmin terhebat dan di sinilah rahsia kejayaan seorang yang setia dalam perjuangan dan setia kepada Anwar serta yang rasional dan bukan mabuk. [ttdi.kl 10:00 am 29/11/10]
Posted in Uncategorized
UMNO PUNCA MASAALAH DI MALAYSIA
Permuafakatan yang ikhlas dan saling hormat menghormati serta toleransi dalam agama yang diperjuangkan oleh negeri-negeri Pakatan Rakyat menyebabkan Umno berasa iri hati dan sedia melakukan apa saja untuk merobohkan ikatan teguh antara PKR, PAS dan DAP, lapor TVSelangor.
kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Umno cuba melaga-lagakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS sebagai alat DAP.
“Saya nak tanya…. adakah Umno alat MCA? PAS mendekati DAP berlandaskan Islam dan membawa Islam ke dalam DAP dan pendekatan ini diterima baik oleh DAP.
“Bolehkah Umno bercakap berkenaan Islam kepada MCA ataupun MIC? Tidak boleh, sebab dia sendiri (Umno) tidak ada penerapan Islam!” katanya pada persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat di Shah Alam pagi tadi.
Menurut Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS, Islam tidak menyatakan apa-apapun berkenaan bangsa kerana dalam Islam semua manusia adalah bersaudara. tidak kira sama ada mereka beragama Islam ataupun bukan Islam.
Kesimpulannya adalah Umno merupakan penyebab utama semua masalah di negara ini yang menyebabkan berlakunya kekacauan berkaitan kaum dan agama.
“Kerana kekacauan sebeginilah ulama Umno dahulu keluar Umno dan menubuhkan PAS, itu sejarah!” katanya.
TG Nik Aziz juga mengambil contoh bencana banjir di Kedah yang berlaku baru-baru ini menunjukkan topeng kejahatan Umno yang cuba mempergunakan kesempatan mempolitikkan keadaan ketika itu.
Menurutnya, Sultan Kedah yang merupakan juzuk mewakili seluruh kerajaan telah turun padang melawat kawasan dan mangsa banjir, namun dua menteri Umno cuba memburukkan kerajaan Pakatan dengan mendakwa kerajaan Kedah ‘lepas tangan’ semasa banjir.
Ini, katanya menunjukkan bahawa mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati sistem raja Melayu asalkan matlamat mereka iaitu memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat berhasil.
Kenal siapa kawan, siapa lawan
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam ucapannya berkata pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat sewajarnya mengambil berat berkenaan dengan ‘siapa kawan, siapa lawan’.
Lim berkata sekiranya perkara itu tidak dititkberatkan, ia akan membawa kehancuran kepada diri mereka sendiri.
“Jika kita tidak dapat bezakan (siapa kawan, siapa lawan), yang akhirnya hancur kita sendiri.” Justeru, katanya adalah penting bagi pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengenali golongan itu supaya semua lawan boleh menjadi kawan melalui transformasi yang dilaksanakan.
Beliau berkata, semasa Pakatan Rakyat menjadi pembangkang, tidak ada pihak yang mahu menjadi kawan tetapi ramai yang bertindak sebagai lawan.
“Tapi apabila Pakatan Rakyat jadi kerajaan, ramai yang jadi kawan,” katanya.
khalid ibrahim itu turut melontarkan persoalan kepada peserta sama ada mereka berkemampuan untuk menjinakkan seekor harimau.
“Kalau tak boleh jinakkan, tapi ia dapat dikawal,” katanya.
Lim juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya mengekalkan nilai-nilai yang dipopularkan kepada rakyat iaitu senang didampingi dan mudah diterima.
“Kita kekalkan kita berjiwa rakyat,” katanya.
Pertahan keyakinan rakyat
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula pada ucapannya menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya mempertahankan keyakinan rakyat.
azizan abdul razak, katanya kerana Umno dan BN sentiasa berusaha memecahkan keyakinan itu dan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.
Menurut Azizan , ini kerana BN tahu bahawa kemenangan yang dicapai oleh Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu adalah kerana perpaduan.
Justeru, katanya BN menggunakan media massa untuk meretak dan memecahkan perpaduan tersebut.
“Mereka (media) timbulkan suasana supaya orang tak yakin dengan kita,” katanya
Posted in Uncategorized | Tags: UMNO PUNCA MASAALAH DI MALAYSIA
Laman web yb semerak – www.semerakloni.com
Posted in Uncategorized | Tags: CHERANG RUKU, ebsite, KELANTAN, laman web, PASIR PUTEH, pertandingan laman web, SEMERAK, semerakloni, WAN HASSAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Disini ambo ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Haya Haji.
Mari kita doakan agar para tetamu Allah di Mekkah selamat dan mendapat haji Mabrur..
Posted in Uncategorized
MCA mahu ambil syarikat judi, apa kata Umno
MCA mahu ambil syarikat judi, apa kata UMNO
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke hari ini meminta Umno menyatakan pendirian mereka terhadap parti komponen Barisan Nasional, MCA yang dikatakan sedang berusaha mendapatkan pegangan saham ke atas firma perjudian Tanjong PLC.
Loke yang juga ahli Parlimen Rasah berkata, ini kerana Umno bermati-matian menuduh Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan wang judi untuk memberi bantuan kepada orang miskin di negeri itu.
“Kita nak minta pandangan Umno jugalah. Apa pandangan pemimpin-pemimpin Umno sekiranya ada rakan mereka dalam Barisan Nasional mengambil alih satu syarikat perjudian, Tanjong PLC yang memiliki saham dalam perjudian.
“Mereka begitu beria-ia membangkitkan isu di Pulau Pinang kononnya ada sumbangan daripada kelab lumba di Pulau Pinang bagi kepada kerajaan negeri dan kita bagi kepada orang miskin dan mereka kata ini wang haram dan kita tidak menghormati orang Islam dan sebagainya,” kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Loke turut mempersoal rancangan badan pelaburan MCA, Huaren Holdings Sdn. Bhd untuk mendapatkan firma perjudian ke atas syarikat perjudian ketiga tebesar di Malaysia itu selepas Berjaya Sports Toto dan Magnum.
“Pertama sekali, adakah benar mereka merancang untuk berbuat demikian? Jika betul, di mana autoriti moral MCA? Adakah ia (MCA) entititi perniagaan atau sebuah parti politik?” soalnya.
Beliau juga mempersoalkan tindakan MCA yang hanya berdiam diri rancangan Kementerian Kewangan sebelum ini yang bercadang meluluskan lesen judi sukan di negara ini.
“Adakah kerana mereka menyokong rancangan itu kerana mereka juga ada perancangan untuk melabur dalam perniagaan perjudian?” soalnya.
Menurut Loke lagi, terdapat konflik kepentingan apabila MCA diwakili oleh seorang timbalan menteri kewangan yang keputusannya memberi impak kepada industri perjudian.
“MCA masih adalah sebahagian daripada kerajaan. Meskipun mereka tidak berkuasa, tetapi mereka tetap sebahagian daripada kerajaan dan ini mungkin menyebabkan konflik kepentingan, katanya.
Loke berkata jika MCA meneruskan hasratnya untuk terbabit dengan industri perjudian, DAP akan terus memanjangkan isu berkenaan.
Posted in Uncategorized | Tags: apa kata Umno, MCA mahu ambil syarikat judi
Majlis Sukan Kelantan tidak sah
Majlis Sukan Kelantan tidak sah
KOTA BHARU, 10 Nov: Majlis Sukan Negeri (MSN) yang kini dipengerusikan Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub didapati bercanggah dengan Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971.
Subseksyen 7(a) akta itu menjelaskan pengerusi hendaklah dilantik oleh menteri dengan berunding dengan menteri besar atau ketua menteri negeri itu.
Manakala 7(b) menjelaskan dua orang timbalan pengerusi yang dilantik oleh menteri besar atau ketua menteri negeri itu, seorang daripadanya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri.
Namun apa yang berlaku di Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang pelantikan pengerusi MSN tidak pernah dirundingkan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, Menteri Besar menjelaskan sehingga kini beliau tidak pernah ditemui menteri atau MSN bagi pelantikan pengerusi badan sukan itu.
”Saya bukan seorang peguam, namun dari awal lagi pelantikan pengerusi MSN tidak ikut apa yang tercatit dalam akta.
”Saya mendapat pengesahan daripada Menteri Besar pagi tadi sebelum beliau berlepas ke Makkah,” katanya menjawab soalan tambahan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini.
MSN Kelantan sejak 1990 diketuai pemimpin Umno. Sebelum ini badan itu dipengerusikan bekas Adun BN Dun Selising, Amran Mat Nor.
MSN dalam banyak keadaan mengambil sikap berkonfrantasi dengan kerajaan negeri.
Malah pengerusi MSN yang dilantik tanpa persetujuan kerajaan negeri tidak pernah datang mesyuarat biar pun dijemput.
Menjawab soalan asal dikemukakan Wan Hassan Wan Ibrahim (PAS-Semerak) Abdul Fattah berkata, menteri yang bertanggungjawab tidak pernah merundingkan dengan kerajaan negeri mengenai pelantikan pengerusi dan anggota lembaga MSN sebagaimana dikehendaki di bawah akta.
”Saya berharap pihak MSN mengambil perhatian terhadap masalah tersebut. Bukan hasrat kerajaan negeri untuk mempolitikkan bidang sukan.
”Kerajaan negeri tidak diberi suara mengenai pelantikan pengerusi MSN di Kelantan sekarang, sedangkan ia bidang kuasanya termaktub dalam Akta Majlis Sukan Malaysia,” katanya.
Malah, kata beliau sejak 2004 kerajaan negeri berkali-kali menjemput pengerusi MSN datang mesyuarat, namun tidak diendahkan.
Malah, katanya biar pun cuba diketepikan dalam MSN, namun kerajaan negeri tetap membantu membangunkan sukan di negeri ini.
Menurutnya atlet-atlet yang berjaya dalam acara sukan Malaysia turut diraikan kerajaan biar pun program itu tidak mendapat kerjasama MSN.
”Oleh itu kita minta kerajaan pusat insaf terhadap perkara yang berlaku di Kelantan sekarang. Kerajaan negeri memberi jaminan tidak akan mempolitikkan bidang sukan, biar pun ada pihak bertindak sebaliknya,” katanya.
Abdul Latif ketika ditemui kemudian berpendapat keseluruhan organisasi MSN yang ada sekarang tidak sah kerana secara terang-terangan melanggar akta
Posted in Uncategorized | Tags: Majlis Sukan Kelantan tidak sah
ISU MSN KELANTAN DAN BANJIR DI KEDAH : SEMUANYA HENDAK DIPOLITIKKAN
ISU MSN KELANTAN DAN BANJIR DI KEDAH : SEMUANYA HENDAK DIPOLITIKKAN
11 November 2010
Umno sering menuduh PAS mempolitikkan semua perkara. Namun hakikat sebenarnya Umnolah yang sebenarnya berbuat demikian.
Contoh terbaru mereka mempolitikkan perlantikan Pengerusi Majlis Sukan Negeri tanpa berbincang dengan Menteri Besar Kelantan dan kerajaan negeri. Mereka melantik Ketua Umno Bahagian Machang, Ahmad Jazlan Yaakub dengan membelakangkan Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 di mana Subseksyen 7(a) akta itu menjelaskan pengerusi hendaklah dilantik oleh menteri dengan berunding dengan menteri besar atau ketua menteri negeri itu.
Manakala 7(b) menjelaskan dua orang timbalan pengerusi yang dilantik oleh menteri besar atau ketua menteri negeri itu, seorang daripadanya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri.
Dalam isu banjir di Kedah juga mereka menyalurkan bantuan kepada Umno Kedah dengan membelakangkan kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri walaupun bantuan itu dibuat atas nama kementerian. Sepatutnya jika bantuan itu atas nama kementerian ia mesti disalurkan melalui kerajaan negeri atau agensi-agensi kerajaan bukannya kepada Umno.
Jelas sekali kerajaan pusat dan Umno tidak dapat menerima kekalahan mereka di negeri-negeri PR pada PRU 12 dulu sebab itu mereka masih bermimpi bahawa Umno adalah kerajaan di negeri-negeri tersebut
Kerajaan Kelantan mendakwa pelantikan pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan selama ini adalah tidak sah kerana tidak mematuhi peruntukan sedia ada.
KL 10 NOV 10: Kerajaan Kelantan mendakwa pelantikan pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan selama ini adalah tidak sah kerana tidak mematuhi peruntukan sedia ada.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Ab Fattah Mahmood (Gambar) berkata antara peruntukan itu, Kementerian Belia dan Sukan perlu berbincang dengan Menteri Besar Kelantan terlebih dahulu sebelum melantik pengerusi MSN itu.
“Kementerian Belia dan Sukan melalui menteri perlu mengadakan perbincangan untuk melantik pengerusi (MSN) tetapi kementerian tidak pernah berbuat demikan (mengadakan perbincangan).
“…dan dengan itu saya boleh katakan pengerusi yang dilantik ini adalah pengerusi haram (tidak sah) kerana ketidakpatuhan perkara ini,” katanya ketika menjawab soalan Wan Hassan Wan Ibrahim (PAS-SEMERAK) di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darul Naim di Kota Bharu hari ini.
Pengerusi MSN Kelantan ketika ini adalah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang juga timbalan presiden persatuan bola sepak Kelantan dan ketua Umno bahagian Machang. Ab Fattah berkata bagaimanapun kerajaan negeri tidak ada kuasa untuk memilih dan melantik pengarah MSN kerana terpulang pada pihak kementerian dan MSN sendiri.
Sementara itu beliau meminta agar semua pihak tidak mempolitikkan industri sukan negeri ini kerana ia tidak memberi kebaikan kepada semua pihak. “Tidak benar dakwaan kerajaan tidak menepati janji untuk diberikan kepada MSN terutamanya dalam membangunkan sukan negeri ini,” katanya. (Sumber Berita, BERNAMA)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa Kementerian Belia dan Sukan buat begitu.. main kayu tiga? Hanya kerana PAS parti Islam. Mereka takut bila PAS cuba buktikan Islam mampu membangunkan rohani dan jasmani insan, walaupun melalui sukan. Ertinya sukan pun diIslamkan..
BN Dan Rasuah Bagai Aur Dengan Tebing Posted on Tuesday, November 09 @ 23:37:16 PST
Artikel Oleh Hafizi Pauzi
PARIT BUNTAR, 10 Nov :- Rentetan keputusan Pilihan raya pilihan raya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi 2010. TPM, Mahyudin dengan lantang menyatakan bahawa rakyat menyokong serta memihak kepada BN, berdasarkan kepada keputusan PRK di Galas dan Batu Sapi, di tempat tersebut mereka menang, lalu berkokoklah pemimpin BN bahawa rakyat terima mereka, kononnya 1Malaysia telah diterima dari setiap lapisan masyarakat.
Senario politik Malaysia kini tidak boleh diumpamakan seperti Kelantan yang telah membenamkan Negeri Sembilan 2-1 dalam final Piala Malaysia baru-baru ini, pasukan Kelantan layak bersorak dan berbangga menang kerana mereka bermain bersungguh-sungguh dengan strategi yang jitu dan betul.Walaupun Negeri Sembilan mendahului pada separuh masa pertama dengan 1 – 0 namun pada separuh masa kedua Kelantan Berjaya menyumpat dua gol.
“Apa yang berlaku di dalam ruang lingkup politik BN, hanyalah sogokan perkhabaran kosong, tiada faktor fakta sebenar, hanya retorik politik yang penuh unsur pembohongan,” demikian menurut Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong ketika ditemui di sini.
Tambahnya lagi, rakyat inginkan situasi politik yang bersih, tetapi bagaimana kepincangan institusi politik boleh pulih selagi media dikawal dan disalah guna oleh BN, kita dapat lihat sendiri, Pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah diberi peluang walau seminit untuk berkempen di televisyen serta radio di Malaysia, kami juga warganegara yang punyai hak.
Kerja jahat sebegini layak kita terjemahkan sebagai undang-undang sarkis, peraturan yang sepatutnya tidak mendapat tempat di hati bangsa-bangsa yangmengaku telah bertamadun. Tegas Drs. Khalil.
Menurutnya lagi yang juga merupakan Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, BN pasti akan menghadapi kesukaran untuk menang di mana-mana PRK baik di DUN mahupun Parlimen jika tanpa wujudnya sogokan rasuah, janji-janji pembangunan sempena pilihan raya, fitnah jahat, ugutan, penipuan serta amalan politik sarkis (tutup ruang media) terhadap Pakatan Rakyat. Sedangkan Negara jiran (Indonesia) telah memperuntukkan bajet untuk parti pembangkang bagi mengelakkan dari berlakunya politik wang.
Selain itu beliau menekankan bahawa Rakyat Malaysia memerlukan pembelaan dalam aspek kebajikan, segala bentuk kebajikan yang membela seluruh dengan jumlah 26juta rakyat Malaysia mestilah diagihkan secara berterusan bukannya bermusim, persoalannya mengapa BN hanya manumpukkan wang dan agihan pembangunan tersebut di setiap kali berlakunya pilihan raya kecil,
“Tak kan tunggu wakil rakyat mati baru dapat pembangunan” sindir Dr. Khalil .
Posted in Uncategorized
Putrajaya bukan ‘harta’ milik parti politik, biar rakyat putuskan TERKINI @ 09:16:47 AM 11-11-2010 Oleh Boo Su-Lyn dan Dzulfikar Mashoor
November 11, 2010
PETALING JAYA, 11 Nov — Pertubuhan bukan kerajaan pilihan raya adil, Bersih 2.0 mengingatkan parti-parti politik agar tidak mendakwa Putrajaya adalah milik mereka ketika mempersiapkan jentera bagi menghadapi saingan pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan tahun depan.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seringkali menggunakan tema “Menuju Ke Putrajaya” dalam ceramah dan kempen manakala dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno bulan lalu, Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri dan Presiden Umno, mahu Putrajaya dipertahankan walau apa pun terjadi.
“Putrajaya bukan milik mana-mana pihak, tetapi kepunyaan rakyat Malaysia, kita (rakyat) akan menentukan siapa yang layak memiliki Putrajaya,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada majlis pelancaran pergerakan itu di sini malam tadi.
“Kita, rakyat, akan memutuskan siapa yang akan mentadbir Putrajaya,” kata beliau pada majlis dihadiri sekitar 600 orang.
Bersih 2.0 dilancarkan sebagai badan madani, sebagai sebuah badan bebas berbanding 2005 yang digerakkan oleh parti-parti politik.
Pada 2007, Bersih mengadakan demonstrasi besar-besaran di ibu negara meminta diadakan pilihan raya bebas. Bersih 2.0 diberi nafas baru di sebaliknya gesaan PAS dan Parti Keadilan Rakyat pertengahan tahun ini akan badan itu digerakkan semula bagi menuntut pilihan raya umum ke-13 yang adil.
Ia tidak dipimpin oleh ahli-ahli politik. Kelmarin ia mengadakan pertemuan sulung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan memorandum 11 perkara bagi memperbaiki sistem pilihan raya negara agar telus dan adil.
Menurut Ambiga, sistem demokrasi yang adil dan bersih akan mendorong rakyat memilih pemimpin impian mereka masing-masing.
Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam berkata, kerajaan dan SPR sepatutnya menerima 11 tuntutan Bersih 2.0 iaitu pembersihan sepenuhnya daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal elak pengundian berganda dan penyelewengan undi, reformasi proses pengundian, kebebasan pada semua parti untuk mengakses media, memanjangkan tempoh berkempen minimum 21 hari, pendaftaran automatik serta umur turun mengundi diturunkan dari 21 tahun ke 18 tahun dan proses kewangan pilihan raya diurus dengan telus.
“Semua parti mesti memberi perhatian dan angkat cadangan-cadangan ini, kalau SPR masih tidak mendengar dan meletakkan cadangan ini di belakang, kita tahu ke mana kami harus pergi (dan) apa yang kami wajar buat,” katanya.
Antara yang hadir pada majlis pelancaran ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Teresa Kok (Seputeh), Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang) dan Adun Pandamaran Ronnie Liu.
Ambiga berkata, Bersih 2.0, yang diterajui Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) dan kumpulan wanita Empower, merupakan satu gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan.
Dalam pada itu, Dzulkefly menegaskan, kewujudan Bersih bukan bertujuan untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum mendatang.
“Apa yang kami mahukan dalam Bersih, pada akhirnya muncul sebagai satu institusi demokrasi yang matang,” kata beliau.
Majlis pelancaran juga diserikan dengan persembahan masyarakat Orang Asli dan Tugu Drum Circle serta komedi hasil karya aktivis sosial Hishamuddin Rais.
Sementara itu, Hishamuddin memberitahu The Malaysian Insider bahawa Bersih 2.0 mesti diteruskan walaupun tidak lagi dibayangi ahli-ahli politik pembangkang berbanding sebelum ini.
“Pada saya, meneruskan proses Bersih yang pertama, perjuangan ini menarik (dan) kita tengok perjuangan jawatankuasa ini (juga) mesti diteruskan kerana ada respons positif daripada SPR.
“Tidak timbul soal mereka (Bersih 2.0) ahli politik atau tidak, ini pergerakan madani dan mereka mesti bekerjasama dengan semua pihak termasuk pemimpin-pemimpin parti politik.
“Tetapi saya masih was-was dengan penolakan penggunaan dakwat kekal, katanya SPR akan memperkenalkan teknologi baru yang pada saya akan mereka akan memperkenalkan penggunaan komputer,” katanya.
“Sesiapa yang mengendalikan komputer itu, maka dia akan mengendalikan jumlah undi, di sini bukan soal siapa yang mengira mengundi, tetapi siapa yang menjumlahkan undi,” ujar beliau.
Tinjauan The Malaysian Insider menunjukkan orang awam juga menerima baik kemunculan Bersih 2.0.
“Ia merupakan perjuangan demokrasi, satu perbezaan yang besar kalau dipimpin oleh ahli politik kerana ia akan jadi berat sebelah. NGO ini mesti bergerak luas dan tidak terbatas pada mana-mana pihak,” kata Kamaruddin Mohamad, 52, seorang guru.
Pegawai perunding kanan perakaunan Gopalan Narayanan, 51 pula mempunyai pelbagai sebab tersendiri menyertai Bersih 2.0.
“Nombor satu, nak beri sokong. Nombor dua, nak lihat sokong rakyat pada Bersih 2.0. Nombor tiga, nak jumpa kawan-kawan.
“Saya ada ikut daripada berita, tetapi tidak ikut Bersih 1.0 dulu, kali ini saya memang nak tahu Bersih 2.0 ini apa sebenarnya,” jelas Gopalan yang sokong had kelayan mengundi 18 tahun yang disyorkan memandangkan seseorang itu boleh berkahwin apabila sampai umur 16 tahun.
Nurul Fariza Alian, 36 yang merupakan suri rumah memberitahu The Malaysian Insider, penampilan Bersih 2.0 yang bebas daripada pengaruh politik kepartian adalah sesuatu yang positif.
“Saya suri rumah, tetapi suami seorang pegawai kerajaan, apabila Bersih 2.0 bebas, kami lebih mudah ikut, tidak takut-takut lagi,” jelas Fariza.
Siti Zaidatul Akma Mohamad pula percaya kelahiran Bersih 2.0 akan memperkukuhkan amalan demokrasi di negara ini.
“Saya merasakan lebih bertenaga sekarang. Saya, kini lebih yakin dengan apa yang kita perjuangkan,” kata Siti Zaidatul, seorang pengurus berusia 42 tahun.
“Untuk merasai sebuah negara yang adil, kita perlu berkerja keras untuk mendapatkan terma betul mengenai demokrasi… seperti apabila Datuk Ambiga membacakan apa yang Bersih mahukan,” kata beliau.
Umnolah punca bangsa Melayu dihina sekarang!
Umnolah yang menjadi penyebab mengapa bangsa Melayu hari ini dihina di tanahair sendiri, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan Naib Presiden Umno, Dato’ Zahid Hamidi kepada media.
PAS cuba memberi jawapan kepada Zahid yang tercari-cari punca mengapa hak orang Melayu sering dipertikaikan di buminya sendiri. Zahid cuba membentuk persepsi orang Melayu kononnya mereka dalam keadaan terancam, dengan harapan mereka akan menyalahkan PAS dan Pakatan Rakyat dalam isu ini.
Kata Ustaz Idris, ini taktik lama Umno untuk memulihkan tenaga yang semakin lemah dan tidak berpengaruh lagi. Strategi ini adalah seperti kata pepatah Arab “Dia pukul orang, dia mengadu bahawa orang lain pukul dia; dia memaki orang, dia mengadu orang lain memaki dia”, ujarnya lagi
Hakikatnya, tegas beliau, Umnolah yang menyebabkan bangsa Melayu hilang jati diri dan lemah kuasa politik, sehingga mengakibatkan politik dendam yang berlubuk di dalam hati pemimpin parti Melayu itu lebih mengutamakan Umno-Putera, sekaligus Melayu jadi bangsa yang merempat di bumi sendiri.
Jelasnya, Umno cuba memutar-belitkan sejarah di Pulau Pinang kononnya Melayu terpinggir sejak pemerintahan Pakatan Rakyat, walhal Umno-Gerakan lah yang memerintah negeri itu hampir 51 tahun lamanya, sehingga menyebabkan Melayu merempat.
“Zahid cuba nak salahkan Melayu yang sering bertolak ansur, sehingga akhirnya ditolak secara beransur-ansur. Hakikat yang berlaku, orang Melayu tidak bertolak ansur, sebaliknya pemimpin Umno yang terlalu bertolak ansur, menyebabkan Melayu terpinggir di negeri sendiri.
“Selama 53 tahun Umno memerintah, mereka gagal untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini. Banyak dasar-dasar yang dibuat cantik, tetapi oleh kerana pelaksanaannya yang diberikan kepada pemimpin ynag mengkhianat amanah ini maka akhirnya semuanya gagal,” tegas beliau.
Ustaz Idris mendakwa, pemimpin Umno sepatutnya malu kepada pemimpin parti lain di negara ini yang gagal mengangkat mertabat bangsa sendiri.
“Ke mana pergi nilai saham khas Bumiputera RM54 bilion? RM52 bilion sudah lesap, hanya tinggal RM2 billion. Ke manakah pergi tanah rezab Melayu 3 juta hektar yang ditinggal oleh penjajah pada tahun 1957? Pada tahun 1995 tanah rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar,” soal beliau.
Katanya, Umno sebenarnya tidak layak untuk menjaga hak orang Melayu, ia ibarat seperti menyuruh serigala menjaga kambing.
“Sudah sampai masanya Umno berundur dan orang Melayu pula meninggalkan parti itu dengan menyertai PAS sebagai ganti kepada Umno yang nazak,” pintanya
Posted in Uncategorized | Tags: Umnolah punca bangsa Melayu dihina sekarang!
Bukan dalih baru: PAS terpaksa berdepan agensi Kerajaan Pusat sebagai jentera Umno-BN
Punca PAS kalah di Galas
Punca PAS kalah di Galas secara mudah boleh difahami daripada prestasi undi yang raih antara dua pilihan raya, iaitu daripada pilihan raya umum 2008 kepada pilihan raya kecil 2010. PAS berkurang undi hanya 265 undi sahaja.
Ini mungkin faktor undi terapung yang beralih kepada BN. Puncanya ialah kerana kekuatan jentera kempen PAS yang tidak dapat menguasai undi terapung yang pernah dicapai 2008. Maka nilai 265 undi itu jika dinisbahkan dengan undi PAS 2008 ialah 6 peratus. Impaknya PAS kekurangan undi popular 10.25 peratus.
Apa pun disebabkan upaya BN menarik 1,571 undi atau 41.85 peratus dibandingkan dengan undi BN 2008, maka undi terapung, malah undi peribadi yang pernah dicapai Arwah Chek Hashim telah beralih kepada BN.
Demikian pula, analisis khas mendapati populariti PAS kalangan pengundi Orang Asli didapati hanya merosot pada kadar 17 peratus atau 66 undi dinisbahkan dengan undi PAS 2008 sebanyak 387 undi. Berbeza dengan BN yang mencapai lonjakan 75 peratus atau 567 undi dinisbahkan dengan undi BN 2008.
Realiti tersebut membuktikan penggunaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia dikira berkesan membawa kepada lonjakan undi maksimum pengundi Orang Asli keluar mengundi BN. Apakah isu ini wajar diamalkan dalam sistem demokrasi di Malaysia?
Sehubungan itu, pilihan raya kecil Galas kali ini menyaksikan suatu kerakusan kuasa state ke atas aparatusnya demi survival dominasi BN dalam mengukuhkan hegemoni! Jelas punca kekalahan PAS kali ini banyak disumbangkan oleh penggunaan maksimum jentera Kerajaan Pusat selain kelemahan persiapan dalaman PAS sendiri dalam menghadapi pilihan raya kecil
Posted in Uncategorized | Tags: Punca PAS kalah di Galas
Sultan Mohamad Ke V, Tok Guru Akan Berangkat Ke Makkah Esok
Sultan Mohamad Ke V, Tok Guru
Akan Berangkat Ke Makkah Esok
10/11/10
ESOK Sultan Mohamad Ke V akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan fardu Haji esok. Ikut bersama dalam rombongan Sultan Kelantan itu ialah Dato’ Bentara Setia, Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik bersama isterinya, Tuan Sabariah Ishak.
Speaker Dun Kelantan Nasaruddin Daud juga akan bersama rombongan berkenaan. Lain-lain kenamaan yang akan bersama rombongan Sultan ialah Menteri Perdagangan Dan Industri Antarabangsa, Mustapa Mohamed dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Fatmi Salleh.
Menteri Besar akan berlepas dari Kota Bharu jam 6:00 petang. Penerabangan rombongan di Raja itu dijangka pukul 3:00 petang.
Semasa di Makkah rombongan di Raja katanya akan menginap di Darul Tauwid. Semoga rombongan Haji Sultan Kelantan dan YAB MB Kelantan selamat
Posted in Uncategorized




















Recent Comments