Posted by: wanhassan | November 9, 2010

Seandainya Belia Harapan Negara

Seandainya Belia Harapan Negara
9 November, 2010
By Ooi Chun Sean

Belia Harapan Negara. Begitulah bunyi slogan yang sering dilaungkan tetapi sejauh manakah dasar-dasar yang dilaksanakan sejajar dengan apa yang dilaungkan?

blind voting

“Belia Harapan Bangsa, Belia Harapan Negara“, “Belia tulang belakang Negara“, slogan-slogan itu memang manis didengar, dan semasa berada di bangku sekolah, ada sedikit masnis dirasai hati semasa mendengar slogan ini diutar oleh pemimpin-peminpin negara semasa berhujah di televisyen.

Adakah slogan-slogan ini selaras dengan realiti? Adakah dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan benar-benar selaras dengan apa yang ingin disampaikan oleh slogan ini? Ataupun semua slogan ini dilaungkan hanya sebagai pencuci mulut selepas dihidangkan makanan bersahaja, sebagai pemanis untuk mendapat senyuman manis yang tampil buat seketika sahaja? Ataupun slogan-slogan ini telah menjadi satu senapang dalam peperangan politik semata-mata untuk mencapai matlamat pihak tertentu?

Semenjak saya menjejak kaki di pintu menara ganding, tidak pernah saya merasai yang kerajaan negara kita mementingkan golongan belia ataupun menampilkan apa jua langkah-langkah yang menujukkan pihak kerajaan mementingkan golongan belia. Sememangya tidak boleh dinafikan bahawa terdapat pelbagai usaha dan dasar, mahupun polisi telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha yang dikatakan untuk menbangunkan belia di negara ini. Namun itu hanya usaha fizikal sahaja, lantas hampir kesemuanya hanya dapat memenuhi keperluan fizikal sahaja. Keperluan mental dan jati diri masih belum dipenuhi. Hal ini sedemikian kerana golongan belia masa kini boleh diibaratkan sebagai burung yang telah dicabut sayapnya. Keadaan ini lebih ternyata buat mereka yang masih menuntut ilmu di insitut pengajian tinggi seperti universiti.

Golongan mahasiswa merupakan sebahagian daripada belia negara kita, malangnya kebebasan mereka telah dihadkan oleh AUKU dan Akta Universiti sendiri. Mengapa belia yang tidak terpengruk dalam universiti boleh mendapat hak untuk memasuki bidang politik sedangkan mereka yang memilih untuk melanjutkan ilmu ke universiti kehilangan peluang dan hak ini?

index

Saya berasa hairan dengan pelaksanaan dasar ini. Undang-undang telah menwajibkan belia yang mencapai umur 21 tahun diwajibkan untuk mendaftar sebagai pengundi, justeru diberikan hak tidak langsung oleh undang-undang untuk memilih parti-parti politik yang akan menjelajah sistem pentadbiran Negara. Ini juga bererti mahasiswa yang dilarang melibatkan diri dalam bidang politik sebenarnya terlibat secara tidak langsung dalam membuat keputusan politik ketika membuang undi.

Slogan-slogan seperti “undilah dengan bijak“, “undilah peminpin yang berupaya dan berkaliber“, sentiasa hangat diluangkan oleh calon-calon politik mahupun kerajaan melalui pelbagai saluran media masa. Kalian mahasiswa, tidakkah anda berasa lucu mendengar laungan slogan ini? Kerajaan menyeru agar rakyat mengundi dengan bijak, tetapi bagaimana seorang pengundi yang dinafikan peluang dan hak untuk memahami latar belakang politik parti dan calon dapat mengundi dengan bijak? Saya sering tertanya-tanya, apakah kriteria yang patut menjadi panduan kepada mahasiswa semasa mengundi?

Berkemungkinan kerajaan berniat baik – bimbang akan kebajikan mahasiswa yang mudah diperalatkan oleh pihak yang tidak berniat baik untuk memajukan ajenda sendiri. Mungkin… Realitinya, ini bukan satu jalan penyelesaian. Sampai bilakah mahasiswa akan dilindungi di bawah tempurung gelas? Memang wajar mahasiswa tidak dibenarkan menjadi wakil parti politik tetapi mahasiswa patut diberi peluang dan dipulangkan hak untuk menghadiri aktiviti-aktiviti termasuk ceramah politik untuk mendedahkan minda mahasiswa kepada dunia dan falsafah politik, dan hanya dengan kebebasan ini barulah mereka dapat mengundi dengan bijak.

Sesudah itu, peruntukan dalam belanjawan untuk diagihkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti dan program-program pembangunan belia juga tidak mencukupi. Persatuan-persatuan belia seringkali terpaksa menghentikan projek-projek kerana kekurangan sumber kewangan. Alasan yang diberikan oleh kerajaan? Kerajaan menghadapi masalah sumber kewangan dan peruntukan-peruntukan tertentu terpaksa dikurangkan.

Bukankah Belia Harapan Negara? Mengapakah subsidi dan elaun kepada pihak-pihak tertentu tidak dikurangkan tetapi golongan belia pula yang menjadi mangsanya?

Setelah meneliti isu-isu dan kes-kes yang berkaitan dengan mahasiswa dan belia baru-baru ini, saya berpendapat bahawa Belia tidak dapat lagi menjadi harapan Negara, sebaliknya Negara yang perlu menjadi harapan Belia!

Sebagai seorang belia, saya sendiri tidak dapat merasakan ataupun tidak dapat mengamalkan bagaimanakah gologan belia akan dipentingkan oleh kerajaan. Seandainya belia harapan negara, maka polisi-polisi negara haruslah tidak mengongkong golongan belia, tetapi membantu membina minda dan daya belia agar kami dapat memenuhi harapan negara.

Nota: Ooi Chun Sean adalah seorang pelajar jurusan undang-undang yang masih mengejar impian di universiti.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: