Posted by: wanhassan | October 5, 2010

PENCERAMAH DARI GETING AYAH LAH MAKI TOK GURU.

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Umno Besut enggan memberi sebarang komen berhubung gesaan PAS kawasan Besut yang meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) itu meminta maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gesaan itu dibuat selepas Nik Aziz dikatakan telah dikritik secara keras dan dilabelkan “gila” oleh penceramah jemputan Umno yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Padang Luas Jumaat lalu.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Besut Nawi Mohamad ketika dihubungi The Malaysian Insider enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut kerana perlu berbincang dengan pucuk kepimpinan bahagian itu.

“Saya tidak boleh kata apa-apa mengenai perkara itu.

“Saya perlu bincang dulu dengan Ketua Umno Bahagian (Datuk Seri Idris Jusoh),” katanya.

Semalam PAS Besut memberi tempoh 24 jam kepada Umno bahagian itu memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz yang disifatkan sebagai Tok Guru “gilo” (gila).

Penceramah jemputan dalam ceramah yang bertajuk “DAP Anti Islam” pada 1 Oktober lalu dikatakan menggelarkan Mursyidul Am PAS itu “gilo” berulang kali.

Sekiranya, Umno Besut gagal berbuat demikian sebelum pukul 12 tengah hari ini, PAS kawasan tidak akan teragak-agak mendapatkan nasihat peguam bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit.

Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad semalam berkata, pihaknya telah meneliti kandungan ucapan penceramah jemputan itu, Abdullah Sa’amah yang dianggap biadap.

“Kami telah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan yang dibuat oleh penceramah jemputan, Abdullah Sa’amah (bawah) yang memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis.

“Beliau (Abdullah) menggelar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila) dan diulang berkali-kali,” katanya.

Menurutnya lagi, situasi tersebut tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mewarnai emosi serta pemikiran penceramah ke arah suatu bentuk ketegangan kepada isu keagamaan dan perkauman.

Malah kata beliau, PAS Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPN) kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik.


Responses

  1. Alah..sy sy0r kan,saman je abdulah sa’mah tu kt mahkamah.bi0 die reti sket,cara nk bcakap after day..tp..biasenye,0rg yg maki hamun t0k guru,x lama..akn bac0i..x pcye,nt sma2 kta tng0k nt..jtuh cm 2 jek nt..

  2. Tok Guru Pondok Geting & UMNO Besut tu dah keterlaluan…saman jgn x saman

  3. Malang sekali orang kita, masih dok memaki hamun sesama sendiri. Di mana agama kita. Di mana tata susila bangsa kita. Kerana fahaman politik yang berlainan, sanggup mencaci sesama kita.
    Cuba kita ibaratkan bila kita sama-sama duduk didalam kedai kopi bersama, disatu meja. Adakah kita sanggup mencaci hamun sekiranya kawan kita minta kopi dan kita minta teh. Citarasa masing-masing. Kedua-dua ingin menghilangkan dahaga.
    Dalam politik juga kita mempunyai pilihan sendiri. Kedua-dua untuk membela rakyat. Kenapa kita kenah bercerai-berai kerana perbezaan citarasa.
    Jangan kerana perbezaan politik/citarasa kita dihumban kedalam neraka jahanam diakhirat nanti.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: