Posted by: wanhassan | June 25, 2010

PEMUDA UMNO TINGGAL BAS

TAHNIAH diucapkan kepada Dewan Pemuda Pas kerana mendahului Pemuda Umno dalam membantah pemberian lesen judi bola sepak. Dewan Pemuda Pas awal-awal lagi telah membantah pemberian itu dengan mengadakan tunjuk perasaan di perkarangan-perkarangan masjid sebaik saja Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussein mengumumkan cadangan kerajaan untuk memberi lesen perjudian itu.

Ketuanya, Nasrudin Hassan (foto) bersama saf kepimpinannya terus menggerakkan kempen membantah pemberian lesen berkenaan. Hasil bantahan Pemuda Pas itu orang ramai menyedari akan bahaya perjudian berkenaan. Ekoran itu juga berbagai pihak turut menyatakan kesalan dan bantahan mereka berhubung perkara itu.

Dalam soal ini bolehlah dianggap Pemuda Pas yang mempeloporinya manakala pergerakan Pemuda Umno ketinggalan bas dalam hal ini!

Setelah dua minggu Pas mengadakan bantahan, hari ini baru Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyatakan pergerakan itu juga turut membantah pemberian lesen judi bola itu. Katanya keputusan itu setelah ditanya pandangan rakan-rakannya dalam MCA dan MIC.

Cara Khairy untuk memutuskan soal pemberian lesen judi itu menunjukkan kelemahan Pemuda Umno. Pemuda sepatutnya tidak perlu merujuk kepada pemuda MIC dan MCA dalam memutuskan perkara itu. Soal yang jelas haramnya Pemuda Umno tidak perlu berbincang sebalik langsung membuat keputusan. Apakah sekiranya pemuda MCA dan MIC tidak bersetuju maka pergerakan pemuda Umno juga rela bersubahat dengan maksiat dan jenayah itu?

Bukankah pergerakan itu juga ada biro agama dan turut dianggotai oleh ustaz-ustaz mudanya ada yang berkelulusan universiti Al Azhar dan Madinah. Bahkan ada Exconya yang pernah mencabar dan mengajak Nik Abdul Aziz untuk berdebat. Apakah keilmuan ustaz muda dalam pergerakan pemuda Umno belum cukup ilmu untuk mengharamkan perjudian. Kalau Mursyidul Am Pas berani dicabar apakah mereka begitu naif untuk menghukumkan soal judi?

Bantahan Khairy itu juga dibuat setelah Dr Mahathir Mohamad menyatakan pendiriannya mengenai pemberian lesen berkenaan. Kata Mahathir kalau beliau masih berkuasa nescaya lesen itu akan membenarkan lesen berkenaan. Apakah keputusan Khairy itu sebagai menempal Mahathir. Sebelum ini Mahathir berkali-kali mengkritik dan menyinis Khairy termasuk kemenangan menanti bekas Perdana Menteri ke 4 itu sebagai ketua pemuda disebabkan rasuah.

Apakah tindakan Khairy membantah judi itu kerana semata-mata mahu mengambil pendirian bertentangan dengan idoanya itu? Sekali lagi diucapkan tahnizah kepada Dewan Pemuda Pas semoga dewan itu akan lebih peka dan terus bergerak untuk membenteras rasuah dan maksiat. Pemuda Pas jangan saja menjadi juara dalam isu-isu semasa sebaliknya harus istiqamah dan serius dalam membenteraskan maksiat dan perjudian yang sudah lama bersarang di negara ini seperti empat nombor ekor, toto, pelacuran, rumah urut dan sebagainya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: