Posted by: wanhassan | June 19, 2010

BN BERANIKAH MENGADAKAN PRK BATU

SECARA tektikal dan perundangan sama ada kerusi Parlimen Batu kosong atau tidak terletak di tangan Speaker Parlimen, Pendikar Amin Mulia. Itulah peruntukan undang-undang seperti mana dimaktubkan dalam Perkara 153 Perlembagaan Negara. Tetapi hakikatnya keputusan itu bergantung kepada budibicara Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Najib Razak.

Mengikut proses mahkamah sudah jelas kerusi itu menjadi kosong bilamana wakilnya, Tian Chua (foto) dalam rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman denda ke atasnya RM3,000 dikurangkan kepada RM2,000.

Seperti mana kata peguam terkenal Karpal Singh jelas menurut perlembagaan hukuman RM2,000 atau lebih menyebabkan Tian Chua hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen.

Beliau merujuk kepada kes yang menimpa Ahli Parlimen Menglembu, Fan Yew Ting pada 1975 yang dijatuhi denda RM2,000 ekorana kesalahan di bawah Akta Hasutan menyebabkan Fan Yew hilangan kelayakan.

Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nampaknya tidak berani membuat apa-apa kenyataan berhubung keputusan mahkamah itu. Ini tidak seperti biasa selalunya SPR cepat dalam membuat ulasan dan pendiriannya. Kali ini SPR menyerahkan kepada Speaker Parlimen. Apakah ini menggambarkan SPR yang selama ini dilihat condong kepada parti memerintah kurang berani dan bersemangat kali ini?

Kita maklum kenapa sebab musababnya. Keadaan berlaku mungkin kerana kawasan Batu bukan kawasan selamat untuk BN kalaupun diadakan pilihan raya kecil. BN mungkin merasa ‘rohok’ untuk menang. Dalam pilihan raya lalu Tian Chua yang bertanding atas tikit PKR menang dengan majoriti 11,517 Beliau dapat memperolehi 29,785 mengalahkan Lim Sin Pin (BN) yang meraih sebanyak 20,330.

Walaupun kuasa memutuskan kedudukan Tian Chua itu terletak kepada Speaker, saya tidak percaya kalau ia tidak dirujuk kepada Perdana Menteri. Kini terpulang kepada PM. Kalau beliau yakin dengan kajian Merdeka Centre yang beliau kini mendapat sokongan 72% tidak ada sebab untuk Najib tidak menasihati Speakar agar mengistyharkan kerusi itu kosong.

Tetapi Najib harus ingat berdepan dengan kawasan Parlimen Batu, bukan sama dengan Hulu Selangor atau Kuala Terengganu, apa lagi Bagan Pinang di Negeri Sembilan. Batu adalah kawasan bandar di mana sikap pengundinya sukar dibentuk.

Jadi jalan selamat dan untuk tidak memenatkan badan elok kalau Najib menasihati Speaker supaya jangan istyharkan kerusi Parlimen Batu kosong dan biarlah Tian Chua kekal sebagai anggota dewannya. Sebaliknya kalau Najib teringin mengujui sejauh mana penerimaan rakyat terhadap pentadbirannya serta slogan 1 Malaysia di Batu silakan…. bisa saja! [wm.kl. 9:00 pm 18/06/10]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: