Posted by: wanhassan | June 18, 2010

PARLIMEN PENUH DENGAN SAMPAH-SAMPAH

KUALA LUMPUR 17 Jun – Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyifatkan Dewan Negara kini seperti dipenuhi dengan ‘sampah sarap’ apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik ke dalam Kabinet terlalu ramai Senator yang sebenarnya tidak pun dipilih dan diperlukan oleh ahli parti mereka sebagai pemimpin.

Sebagai contoh, G Palanivel yang tidak dilantik sebagai calon bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor dan digantikan dengan p Kamalanathan. Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara dan kemudiannya dilantik pula sebagai Timbalan Menteri. Persoalannya mengapa bukan Kamalanathan yang dipilih,” kata Salahuddin.

Beliau mendedahkan bahawa MIC telah melakukan satu kajian dan hasil daripada analisis tersebut merumuskan sekiranya Palanivel masih dipilih sebagai calon bagi PRK Hulu Selangor, Barisan Nasional akan kalah.

“Jadi mengapa kerajaan masih melantik orang yang tidak diyakini oleh parti yang diwakilinya, yang mana minda dan pandangannya tidak lagi diperlukan untuk menggerakkan dan memimpin parti. Kebiasaannya kita akan buang benda-benda yang tidak berguna, yang akhirnya menjadi ‘sampah sarap”,” tegas beliau lagi.

Salahuddin turut mempersoalkan tindakan Perdana Menteri yang melantik terlalu ramai Senator dari kalangan MCA seperti mana yang berlaku dalam rombakan terbaru Kabinet.

“Jika kita lihat kepada pelantikan tersebut, saya rasa rakyat Malaysia tidak yakin dengan barisan Kabinet Perdana Menteri hari ini, katanya.
Kabinet Penuh Dengan ‘Sampah Sarap’

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: