Posted by: wanhassan | June 16, 2010

PAS KEKAL BERSIH

Ya PAS juara Piala Malaysia untuk pertandingan bola politik,selepas Pilihanraya Umum 2008,gawang PAS tidak mampu dibolosi oleh UMNO.

Setakat ni DAP dah dibolosi dengan 2gol hasil hantaran belakang Najib melalui umpanan Muhyiddin.Sementara PKR sudah lebih tujuh gol dibolosi UMNO dengan berbalas 1.

Kehebatan ayam tambatan UMNO yang bernama Zambry yang diimport dari India ternyata mengancam jentera serangan PKR yang diketuai oleh Anwar,Azmin dan Saifuddin.Zaid yang sekadar memanaskan bangku simpanan musim ini selepas cedera bila PKR berkunjung ke Hulu Selangor dijangka hanya akan dapat diturunkan sewaktu musim baru bermula tidak lama lagi.Apatah lagi bilamana Tun selaku pengerusi belakang FAM sudah memberikan signal untuk perlawanan baru bermula.

PAS yang dibarisi pemain terbaik hasil dari gabungan muka lama dan baru dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk berhadapan kelab gergasi paling kaya di dunia yang bernama UMNO.Usaha UMNO yang cuba membeli pemain-pemain terbaik PAS sebelum musim perlawanan baru bermula,dilihat tidak berjaya dek kerana pemain-pemain berkenaan diberi kata dua oleh pengurus pasukan mereka yaknilah Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Serangan PAS sangat digeruni terutamanya gerakan lincah penyerang berbahaya mereka yang diketuai oleh Hj Hadi,Nasaruddin dan Mahfuz.Nasaruddin yang dilihat gandingan ideal bersama dengan penyerang brpengalaman Hj Hadi dijangka mampu merempuh benteng pertahanan UMNO yang diketuai oleh Zahid Hamidi.Sementara itu barisan pertahanan PAS yang diketuai oleh Mustafa Ali memberikan ingatan kepada semua pemain pertahanan PAS agar bersedia menghadapi senjata rahsia UMNO terutama ‘hantaran belakang’ dan juga ‘hantaran hantu’.

Tindakan UMNO yang mengambil pemain kurang berpengalaman Khairi Jamaluddin untuk dijadikan nadi melalui bahagian tengah dijangka akan memberikan kelebihan kepada PAS dalam perlawanan nanti.Kekaliberan pemain tengah PAS yang baru dimasukkan yang bernama Nasaruddin Hassan Thantawi pastinya mampu menghidupkan bahagian tengah PAS.

Sementara itu pemain lipas kudung PAS Mahfuz,mengharapkan agar Mat Sabu juga dapat dimasukkan sebelum perlawanan baru bermula.Mat Sabu yang juga merupakan penyerang berpengalaman dan popular PAS dijangka mampu menarik ribuan peminat ke stadium.Musim lalu Mat Sabu mengalami kecederaan ringan hasil terjahan luar jangka yang dilakukan oleh pemain yang tidak dikenali yang bernama Tok!

Dengan perkembangan semasa yang berlaku maka UMNO semakin gusar memikirkan cabaran yang mereka hadapi bilamana bertemu PAS nanti.Penyokong kuat PAS yang ditemui yang bernama Yussainee Yahya mengharapkan agar PAS mampu membenamkan UMNO biar mampus terus agar piala yang dinanti-nanti menjelma juga akhirnya.Tapi hakikatnya apa yang perlu dibimbangi PAS ialah mutu pengadian perlawanan yang kelihatan ketara lemah.Keceluparan mulut pengadil perlawanan Abd Aziz Yusof jelas sekali memperlihatkan beliau berat sebelah untuk mengadili perlawanan nanti.

Mengulas perkembangan semasa bekas penyerang veteran UMNO Abdullah Badawi meramalkan UMNO akan menang besar kerana mereka pasti berjaya mendapatkan pemain import dari PDRM yaknilah Musa Hasan yang bijak mengelecek bola menggunakan water canon dan juga belantan serta perisai.Maka pertemuan.Maka bersediakah PAS untuk membenamkan UMNO yang juga merupakan kelab gergasi terkaya di dunia.Berjihadlah PAS,ALLAHU AKBAR!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: