Posted by: wanhassan | June 16, 2010

DAP mahu saman Keshvinder, Hee ingkari janji setia Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 16 Jun — DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua wakil rakyatnya dari Perak – Keshvinder Singh dan Datuk Hee Yit Foong — kerana melanggar kontrak kesetiaan yang mereka tandatangan selepas pilihan raya umum 2008.

Keshvinder keluar DAP semalam manakala Hee awal tahun lalu.

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham (gambar) menegaskan perjanjian yang mereka tandatangan memerlukan wakil-wakil rakyat yang hendak keluar parti mengosongkan kerusi mereka dan bayar RM5 juta sebagai denda.

“DAP Malaysia akan memfailkan saman. Pada prinsipnya, kepimpinan tertinggi sudah bersetuju dengan ini, saya sudah berbincang dengan beberapa pemimpin kanan termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan
Grab a Celcom Blue Bear(TM) and stand to walk away with RM10,000!

Karpal Singh dan mereka bersetuju.

“Bagaimanapun sebagai menghormati keseluruhan kepimpinan parti, kami hanya akan memfailkan saman selepas jawatankuasa eksekutif pusat parti mengadakan mesyuarat 28 Jun,” kata beliau pada sidang media di lobi bangunan hari ini.

Kepimpinan DAP Negeri Sembilan dan Perak telah meminta wakil rakyat yang dipilih menandatangai perjanjian kesetiaan selepas pilihan raya umum 2008 bagi mengelakkan tindakan lompat parti.

Di Perak, wakil-wakil rakyat yang bertindak keluar dikehendaki menandatangani perjanjian setia dengan bersetuju akan mengosongkan kerusi dan membayar denda RM5 juta.

Dalam tindakan mengejutkan semalam, Keshvinder yang juga seorang peguam mengumumkan keluar dari DAP untuk menjadi wakil rakyat Bebas disebabkan kecewa dengan pimpinan pembangkang di Perak yang berpolitik berlebihan sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.

Timbalan ketua DAP M. Kulasegaran pula memberitahu setiap jawatankuasa negeri parti diberikan hak untuk memutuskan bagaimana hendak memastikan kesetiaan wakil-wakil rakyat yang dipilih.

“Ini kerana tiada undang-undang antimelompat parti di negara.

“Untuk memastikan kesetiaan wakil-wakil rakyat, kami mengenakan kaedah ini, setelah calon-calon diberi lampu hijau untuk bertanding atas tiket DAP, mereka dikehendaki menandatangani kontrak ini,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun Ngeh menjelaskan, jika Hee dan Keshvinder memenuhi terma dan syarat kontrak, tindakan undang-undang tidak akan diteruskan.

“Kami akan menghantar surat tuntutan. Jika mereka mematuhi, tidak perlu membawa isu ini ke mahkamah,” katanya.

Ngeh juga berkata, DAP hanya sekarang memutuskan untuk bertindak demikian selepas mendapati bahawa wakil rakyat yang keluar parti tidak harus menerima manfaat daripada tindakan mereka melompat keluar parti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: