Posted by: wanhassan | June 16, 2010

Rupa – rupanya ada kisah lain selain dari tuduhan menerima bayaran RM20 Juta atau 1/5 dari RM20 Juta itu untuk keluar Parti..

Kisah yang tidak berkaitan dengan RM20 Juta itu berkisar dan diwarnai dengan Komplot, Curi dan Peras Ugut, malah jumlah yang dikatakan terlibat juga tidaklah mencecah jutaan Ringgit.

Dan seperti biasa yang dituduh sebagai dalangnya ialah UMNO.

Kisah ini telah diceritakan oleh A. Sivanesan ADUN Sungkai yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak dan juga Ahli Parlimen Ipoh Barat M . Kulasegaran.

Kisah dikatakan bermula dengan kehilangan RM45,000.00 dari Firma Guaman yang dimiliki oleh Keshvinder Singh, ADUN Malim Nawar dari DAP yang telah mengumumkan keluar Parti menjadi ADUN Bebas yang menyokong BN tengah hari tadi.

Walaupun Keshvinder menafikan UMNO sebagai dalang tindakannya itu, Timbalan Pengerusi DAP Perak A Sivanesan telah mendakwa sebaliknya.

Menurut ADUN Sungkai itu, Keshvinder telah menceritakan kepadanya hal kehilangan RM45,000.00 itu kepadanya ketika mereka berjumpa sekitar tiga minggu yang lalu.

Keshvinder telah menceritakan kepada Sivanesan bahawa salah satu seorang kakitangan yang bertugas di Firma Guamannya telah menggelapkan RM45, 000 wang pelanggannya dan dia sedang cuba untuk menyelesaikannya.

Malangnya sebelum Keshvinder menyelesaikan isu itu berita penyelewangan itu telah sampai kepada pihak UMNO.

Apabila pihak UMNO mendapat tahu hal itu , mereka mula menekan Keshvinder menggunakan isu itu terhadapnya dan dalam menekan mereka juga memujuk Keshvinder agar keluar DAP.

Sivanesan juga telah menyarankan agar Keshvinder membuat laporan polis.

Selain dari menceritakan perkara itu kepada Sivanesan , Keshvinder juga telah mendedahkan perkara ini kepada beberapa pemimpin DAP yang lain termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran.

Sivanesan juga telah mencabar Keshvinder untuk menyangkal bahawa dia telah menceritakan masaalah ini kepadanya dan beberapa pemimpin DAP yang lain.

Kulasegaran telah mengesahkan hal ini dengan menambah dan mendakwa bahawa kakitangan Keshvinder yang dipercayai telah menggelapkan wang RM45,000.00 itu dan melarikan diri mempunyai hubungan dengan UMNO.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: