Posted by: wanhassan | June 14, 2010

Kos bina Istana Negara baru naik sekali ganda

KUALA LUMPUR, 14 Jun — Kos pembinaan Istana Negara yang baru kini bernilai lebih RM800 juta, termasuk kos menaik taraf jalan dan pembinaan persimpangan bertingkat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng berkata perubahan kos itu, berbanding kos asal RM400 juta diumumkan sebelum ini, disebabkan kos asal tidak meliputi harga rundingan dan tidak menyeluruh.

Beliau berkata pembinaan bangunan baru di Jalan Duta itu terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta).

“Istana Negara merupakan mercu tanda dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia yang mana kemudahannya mestilah melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri estetika khusus. – Berita penuh baca di SINI

Dan juga sila baca berita ini

Parlimen pindah ke Putrajaya, kos RM800 juta

June 09, 2010
KUALA LUMPUR, 9 Jun – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan membina bangunan baru Parlimen di Putrajaya manakala bangunan sedia ada akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Katanya belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung perkara itu.
“Benda ini akan dibawa balik ke Jemaah Menteri untuk dibincangkan, kita akan timbang dari semua aspek dan fikir cara mana yang terbaik tetapi belum ada keputusan muktamad mengenainya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata pembinaan bangunan baru Parlimen dijangka menelan kos RM800 juta manakala RM150 juta pula diperlukan untuk menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada.
berita penuh sila baca di SINI

Nampaknya kerajaan Barisan Nasional lebih mementingkan untuk membina Istana dan juga Bangunan Parlimen yang baru sedangkan untuk menjadikan Negara ini maju kita memerlukan lebih ramai cerdik pandai yang memerlukan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.

Mereka lebih mementingkan membina Istana dan Bangunan Parlimen yang baru yang sudah tentunya menjanjikan komisyen buat kroni mereka dari memberikan biasiswa buat anak Bangsa Malaysia..

Mereka lebih pentingkan komisyen buat kroni dari melahirkan pelajar yang cemerlang yang akan memimpin Malaysia di masa hadapan..

Bila agaknya Kerajaan Barisan Nasional ini akan sedar bahawa Isana yang baru dan Bangunan Parlimen yang baru itu tidak akan membawa kita kemana.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: