Posted by: wanhassan | June 14, 2010

kerajaan tiada duit utk biasiswa tetapi utk istana …

Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengakui bahawa kerajaan tidak mempunyai keupayaan bagi membiayai pengajian para pelajar yang bijak yang semakin ramai dinegara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata rakyat perlu menerima hakikat ini walaupun ianya merupakan satu keputusan yang tidak disenangi ramai.

“Kita harus mengatakan yang sebenarnya. Kita tidak mampu menanggungnya. Sama seperti bagaimana ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak mereka ke luar negeri untuk melanjutkan pengajian mereka, kerajaan kini tidak mampu menanggungnya.

“Kita tidak mempunyai keupayaan dari segi kewangan yang membolehkan kita untuk menghantar setiap pelajar cemerlang ke luar negeri,” katanya lagi.

Nazri, yang adalah menteri yang bertanggung jawab terhadap Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (PSD) , beliau menjelaskan keputusan cabinet yang telah membatalkan 1,500 tawaran Biasiswa yang telah ditawarkan kepada para pelajar yang akan mengambil Sarjana di Luar Negeri.

Dia menegaskan kerajaan telah menghabiskan berbilion ringgit untuk menyediakan biasiswa pada setiap tahun dan kini tidak lagi mampu untuk menyediakannya kerana semakin ramai pelajar yang cemerlang. – The Malaysian Insider

Itu kata Nazri Aziz, katanya kerajaan kini tidak lagi mampu untuk menyediakan biasiswa bagi membiayai pelajar yang cemerlang untuk menyambung pelajaran keluar negeri.

Kalau Kerajaan sendiri sudah tidak mampu menyediakan biasiswa untuk menyambung para pelajar yang cemerlang menyambung pelajaran keluar negeri, kepada siapa lagi Ibu Bapa hendak berharap?

Biasiswa diperlukan oleh para pelajar yang bijak kerana ibu bapa mereka tidak mampu untuk menyara kos pengajian mereka, dan bagi ibu bapa yang mampu mereka tidak memerlukan biasiswa untuk membiayai pengajian anak mereka.

Nampaknya anak-anak yang ibu bapanya terdiri dari orang yang miskin akan terus berada didalam kepompong kemiskinan kerana mereka tidak mampu untuk membiayai pengajian anak mereka ke peringkat yang lebih tinggi, bagi mendapat pekerjaan dengan pendapatan yang lebih tinggi.Sesuai dengan cita-cita Najib untuk menjadikan negara ini Negara berpendapatan Tinggi dalam masa yang sam harga barang juga tinggi..

Kasihan anak bangsaku..

Kerajaan tidak lagi mampu untuk membiayai Biasiswa mereka untuk meneruskan pengajian.. tetapi cuba baca berita dibawah..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: