Posted by: wanhassan | June 2, 2010

PKR menggunakan sistem tarbiyah PAS

KOTA BHARU, 30 Mei – Wakil Selangor, Adun Rawang Gan Pei Nei mencadangkan agar PKR menggunakan sistem tarbiyah untuk mendidik ahlinya agar tidak lagi melompat parti. Beliau berkata kegagalan parti menangani isu lompat parti seharusnya tidak timbul sekiranya ahli dan wakil-wakil rakyat dalam PKR diberi tarbiyah terlebih dahulu.

Gan Pei Nei menegaskan penghapusan Biro Tata Negara amatlah wajar namun ia seharusnya digantikan dengan konsep tarbiyah.

Konsep Tarbiyah yang sememangnya dilaksanakan dalam PAS adalah satu sistem pendidikan yang dilaksanakan sejak awal penubuhannya dan amat berkesan dalam melahir seorang pejuang parti yang mempunyai jatidiri dan intergriti.

Menurut Pei Nei, melalui tarbiyah, ahli dan pimpinan PKR akan dididik dalam dua aspek besar iaitu rohani dan jasmani.

Gan juga berharap tindakan dapat diambil kepada mana –mana ahli yang melanggari peraturan yang ditetapkan dan menyarankan agar mana-mana kakitangan dalam kerajaan negeri yang engkar dengan peraturan maupun dasar kerajaan negeri dibuang daripada pengurusan dan petadbiran negeri.

Perwakilan dari Terengganu Dr Sazali Hassan turut menyokong Gan dan meminta pemimpin dan ahli PKR ditarbiyah. Beliau berkata, isu keluar parti memang menjadi isu penting bagi pemimpin bawahan yang sentiasa berdepan dengan rakyat secara langsung.

Sementara itu wakil dari Perak Baldip Singh pula berharap PKR dapat memertabatkan perlembagaan negara sebaik mungkin sekiranya dapat mentadbir negara ini.

“Kita amat kesal sehingga kini sudah banyak pencabulan dalam hak perlembagaan negara oleh umno/BN semenjak kemerdekaan dicapai lebih 50 tahun lalu,”ujar beliau.

Baldip juga berharap isu seperti yang berlaku di Perak dalam krisis mengangkat Speaker keluar dari Dewan Undangan Negeri adalah satu perbuatan biadap yang dilakukan oleh pimpinan Umno.

Menyentuh isu persempadanan dalam pilihanraya yang dilakukan kini, ia amat mengecewakan kerana akan banyak menyusahkan parti Pakatan Rakyat.

Beliau juga membangkitkan isu pemecatan 817 ketua kampung yang dilakukan oleh kerajaan BN kini amat tidak adil dan melanggari hak mereka yang telah dipilih secara pengundian.

Perwakilan wanita Hasnah Hashim pula membidas kerajaan BN yang begitu mudah menyerahkan dua telaga minyak kepada negara Brunei dan kerugian yang dianggarkan adalah melebihi RM320 billion.

“Cuba bayangkan dengan wang sejumlah itu apa yang kerajaan Malaysia dapat laksanakan kepada rakyat, tetapi itu hanyalah angan-angan sahaja,”kata beliau.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: