Posted by: wanhassan | June 2, 2010

ANTI YAHUDI : ANTARA RETORIK & REALITI Kongsi oleh Us Fadli Telaga Papan

ANTI YAHUDI : ANTARA RETORIK & REALITI
Kongsi
Hari ini pada pukul 4.10 ptg
Suka atau tidak, bangsa Yahudi sedang menguasai dunia ketika ini. W/pun kuantitinya hanyalah 13 juta tetapi bangsa ini menguasai hampir semua lapangan. Siapa yang menguasai media antarabangsa, spekulator matawang terhebat, pemilik APCO, jenama Intel dan banyak lagi. Dikatakan mempunyai risikan terhebat disamping memiliki senjata terkini dan berbahaya. Dalam wacana akademik, semacam tidak ilmiah jika tiada nota kaki dari sipengarang Yahudi. Tokoh sarjananya terlalu ramai dan menjadi kekaguman serta rukun akademia. Biasalah, ilmu boleh diambil dari sesiapa sahaja.Kerana ia adalah barang yang hilang bagi orang Mu’min kata Sayyidina Ali k.w. Keduanya, perlu diakui bangsa ini amat tekun dan hebat dalam penyelidikkan.

Mereka dididik secara Islam yang sebenar. Seperti juga bangsa Jepun dan Korea. Berdisiplin, menghargai ilmu, berfikir, berstrategik/sistematik. Bagi Yahudi bangsa lain adalah ‘goyyem’ (lembu), dan mendapat pahala besar jika dibunuh. Kata mereka, Yahudi adalah bangsa pilihan Tuhan. Merekalah yang berhak mewarisi dunia ini. Doktrin inilah yang diajar dan ditanam kepada generasinya sedari alam kandungan. Perlu tahu asal usul dan jatidiri. Perjalanan sejarah bangsa ini cukup tragik. Bangsa pelarian dan dihina di mana-mana. Terkenal dengan jahat dan tidak berpegang pada janji. Berapa ramai Rasul pilihan telah dibunuh secara kejam. Nabi Musa a.s Rasul yang menyelamatkan mereka dari kekejaman Firaun akhirnya ditentang dan diperlekeh. Nabi Zakaria a.s digergaji hidup-hidup. Kemuncaknya, mereka tidak mengiktiraf kerasulan Nabi Muhamad saw hanya kerana bukan dari kalangan mereka. W/pun mereka tahu tentang kemunculan insan agung ini ribuan tahun sebelum kelahirannya. Bangsa yang tidak tahu mengenang budi dan suka memporak perandakan masyarakat.

Nabi Muhamad saw, diracun oleh Sirru bin Barra’ (Yahudi dari Bani Quraizah). Peha kambing bakar yang diracun dapat bercakap ketika mencecah bibir baginda. Bisa racunnya cukup dahsyat. Menyelinap terus ke seluruh tubuh baginda yang suci. Menjadi asbab juga kepada kewafatan baginda. Perancangan Yahudi untuk bernegara sendiri begitu strategic. Cita-citanya Berjaya pada tahun 1948. Sayyidina Umar yang membuka Baitul Maqdis tentunya orang yang paling sedih dengan peristiwa ‘nakbah’ (malapetaka) ini. Khutbah pertama Sayyidina Umar r.a ketika di Baitul Maqdis ini dinukilkan dengan tinta emas dalam sejarah Islam. Katanya : Kami adalah satu kaum yang dimuliakan Allah kerana Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain dari cara Islam tunggulah saat kehinaan !. Tepat sekali telahan beliau. Dan inilah yang berlaku pada hari ini.

Serangan kepada armada kemanusiaan sehari dua ini bukanlah kemuncak kezaliman bangsa laknat ini. Malah, insiden ini terlalu kecil berbanding dengan musibah rakyat Palestin. Hanyir darah dalam penyembelihan manusia di perkhemahan Syabra dan Syatila tahun 1982 masih belum kering. Bagaimana janin rakyat Palestin dijadikan menu harian kepada anjing-anjing tentera Israel. Kanak-kanak disembelih hidup-hidup di depan ibu bapa mereka. Tujuannya untuk menimbulkan trauma yang mendalam kepada penentang Yahudi. Inilah mekanisme psikologi yang digunakan oleh Jeneral Ariel Sheron.

Tetapi mereka silap. Khasiat susu ibu yang bercampur darah yang diminum oleh anak-anak Palestin hari itu telah melahirkan generasi baru Palestin yang maha kental. Kemuncak penentangan dizahirkan melalui gerakan Intifadah yang muncul diakhir tahun 1980-an. Anak Palestin tidak akan menyerah kalah. Tetap melawan w/pun bersenjatakan batu jalanan. Ketika anak-anak kita ke sekolah setiap pagi dan meminta pelbagai benda. Anak-anak Palestin sedang berjuang untuk hidup mencari alas perut dan menyelamatkan nyawa di dalam hujan peluru. Ketika kita lena diulik kedinginan ‘ekon’, mereka tidur beralaskan bumi berbumbungkan langit diiringi irama bom dan peluru hidup !. Benarlah kata Dr. Syarkib ar salam : Jika diseluruh dunia umat Islam telah hancur, jangan kamu ingat tiada lagi orang Islam di dunia ini. Kerana di sana masih ada lagi nadi yang akan sentiasa berdenyut, itulah umat Islam di Palestin!. Mereka tidak akan hancur. Kita tidak akan hancur.

Darah Palestin adalah darah kita. Derita mereka adalah derita kita. Airmata mereka adalah airmata kita. Kita berkongsi kiblat yang pertama (Baitul Maqdis), satu kiblat dan satu Rasul. Sanggup Negara Arab rantau Teluk membiarkan sudara mereka hidup dalam hujan peluru dan kebuluran. Pernah tentera Mesir melepaskan racun ke dalam terowong yang digunakan untuk membawa bekalan makanan. Kita perlu ingat sejarah perang Yom Kippur. Pertembungan Jeneral Mosshi Dayan dan Gamal Abd Nasir. Terbaru, bagaimana tentera Yahudi yang dianggap tercanggih didunia itu telah diaibkan oleh tentera Hizbullah dari Selatan Lubnan. Khaibar…khaibar Yahudi. Satu ungkapan yang digeruni regim haram ini. Rupanya mereka tidak sekebal mana. Tidak sehebat yang dicanangkan. Ingat nama Salahuddin al Ayubi. Kuburnya hanya mampu dipijak oleh Jeneral Elenby setelah Kerajaan Uthmaniyyah jatuh ke tangan British pada 1925. Itupun setelah dibantu oleh 40K tentera Arab Islam yang sekongkol dengan Inggeris atas semangat kebangsaan/nasionalis. Kenapa orang Turki yang memegang tampuk pemerintahan. Bukankah Arab yang lebih mulia. Inilah propaganda yang ditanam penjajah kepada dunia Islam sehingga kini. Berjuang untuk bangsa, bukan Agama .

Akhirnya. Kita sebenarnya memiliki segalanya. Hasil mahsul yang melimpah, umat yang ramai dan bijak serta dibekalkan dengan senjata paling ampuh untuk menjadi bangsa dihormati. Kata Gladstone : Umat Islam hanya boleh ditewaskan setelah mereka meninggalkan alQuran!. Fikir-fikirkan..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: