Posted by: wanhassan | May 18, 2010

awang adik kaki judi

Zaid Kaki Botol Awang Adek Kaki Judi?

SEMASA pilihan kecil Hulu Selangor baru-baru ini, calon PKR, Zaid Ibrahim dihentam dan dikeronyok sampai jadi macam kain buruk oleh UBN. Fitnah dan cacian dilemparkan kepada Zaid, seolah-olah Zaid sedikit pun tidak mempunyai perasaan. Mereka menggunakan medium politik menghalalkan tindakan mereka mmemfitnah dan mencerca Zaid sesuka hati.

Tuduhan paling kejam ialah Zaid sebagai kaki botol dan kaki judi kuda. Zaid pun terasa dengan tuduhan itu sehingga mengambil tindakan menyaman pihak yang melemparkan tuduhan itu kepadanya itu. Pemimpin Umno juga seorang demi seorang bangkit mempersoalkan Zaid seolah-olah mereka tidak pernah terlibat berada dalam budaya jahiliah itu. Semuanya syok menjadi alim sehingga melupa apa yang ada dalam kain sarung sendiri. Mereka juga ikut sama mengamalkan budaya jahiliah itu.

Mereka yang ditangkap berkahlwat, melakukan persundalan dengan budak juga turut mempertikai moral Zaid. Begitu juga dengan bloger dan Fb berjiwa Islam tetapi menyokong UBN, turut nmengecam Zaid semahu-mahunya. Cara mereka kecam semacam mereka tidak bertamadun dan ada peri kemanusiaan.

Kita bersetuju dengan tindakan mereka. Kesalahan dan dosa Zaid wajar dikecam, dengan harapan menimbulkan keinsafan kepada Zaid dan juga orang lain. Maka itu kita tidak mempersoalkan tindakan para pembela Islam dalam Umno itu. Mudah-mudahan ahli Umno semuanya tidak terlibat dengan judi dan menjamah botol air kencing syaitan seperti Zaid!

Tahniah atas kepekaan itu semua. Benarkah mereka syok alim seperti mana dikatakan itu? Benarkah mereka pejuang Islam. Dan sejauh manakah keikhlasan mereka menegur Zaid itu untuk kebaikan bersama? Rasanya apa yang mereka lakukan itu boleh dipersoalkan sampai ke akhirat. Cuma apa yang hendak ditanya, kenapa mereka tidak berbuat begitu kepada kroninya sendiri. Apakah arak dan judi akan halal selagi seseorang itu menjadi ahli Umno dan mereka dikecam bila meninggalkan Umno?

Kenapa dikatakan begitu? Kerana bila mana Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussein (yang beragama Islam) (foto) memberi bayangan kerajaan akan meluluskan lesen perjudian bola sepak piala dunia, semua mereka yang bangkitkan bagaikan Hang Jebat menghentam Zaid itu diam membisu sejuta bahasa. Tidak ada seorang dari kalangan yang galak berkokok di Hulu Selangor dulu membantah cadangan Awang Adek Hussein itu.

Pertubuhan Perkasa juga yang kononnya memperjuang Melayu dan Melayu itu Islam, tidak kedengaran sekelumit suara berhubung cadangan Awang Adek Hussein. Mungkin mereka diam kerana itu berupa cadangan. Masih boleh dimaafkan lagi. Tetapi selepas semingu Awang Adek melontarkan cadangan itu lesen judi itu pun dilulukan, mereka tetao juga tidak ‘berketek’. Untuk pengetahuan Perkasa lesen itu diluluskan kepada syarikat Berjaya.

Kenapa tidak ada Hang Jebat Umno bangkit mempersoalkan kelulusan lesen berkenaan. Kalau presidennya jahil mengenai judi tetapi masih ada pemimpin lain yang tahu serba sedikit mengenai Islam. Itu timbalan presiden Perkasa Kelantan, Asyraf Wajdi Dasuki tentu memahami sejauh mana halal dan haram judi. Ataupun kalau beliau keliru boleh bertanyakan ayahnya, Dasuki Ahmad.

Perkasa juga yang kononnya hero Melayu jadi diam membisu. Apakah kerana mereka juga ada saham dalam perjudian maka mereka bersetuju dengan keputusan itu? Kenapa, apakah mereka menajdi bacul apabila dari kalangan mereka sendiri bergelimpangan dengan maksiat.

Saya nak ingatkan bloger dan Fb Islam yang menyokong UBN. Kalau hendak menjadi penegur dan pendakwah, dakwahlah juga apa yang ada di sekeliling anda. Jangan bertindak kuman di seberang nampak, gajah di birai mata tidak terpandang.

Tindakan kerajaan berslogankan 1 Malaysia meluluskan lesen judi itu menerima bantahan daripada orang ramai, kecuali dari kalangan Umno. Umno menjadi terkutip dengan kelulusan itu sebab ia melibatkan Najib Razak sendiri. Hanya seorang ahli MT yang mempersoalkannya, Puad Zarkasi. Tahniah Puad. Yang lain semuanya jadi sedungu yang telinga mereka masuk air kerana kuat menyelam.

Seperti mana disenaraikan Husam Musa ramai yang membantah kelulusan lesen judi berkenaan. Antaranya, penasihat Agama Johor, Noh Gadut, Presiden Peguam Muslim Malaysia, Mohamad Ralip, bekas penasihat agama Istana Negara, Hassan Din al Hafiz, dan tidak ketinggalan juga Mufti Perak Harussani Zakaria berserta beberapa yang lain. Semua mereka membantah kelulusan lesen berkenaaan.

Saya rasa Husam boleh senarai dan cari serangkai nama lain yang membantah. Tetapi saya tetap yakin ia tidak akan memberi apa-apa makna. Lesen itu tetap akan diberikan. Saya percaya sebelum meluluskan lesen itu Umno tidak melihat dari segi nilai agama, tentang haram dan halalnya. Apa yang Umno lihat dari segi berapa keuntungan yang akan diperolehinya.

Pada saya kelulusan lesen itu akan menguntungkan Umno kerana itu Umno membisu. Saya setuju dengan pendapat mengatakan kelulusan lesen itu bagi membolehkan Umno mengumpul dana bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Tidak ada sebab dan keuntungan lain kepada Umno daripada kelulusan lesen itu melainkan komisyen bagi dana pilihan raya.

Selamanya orang tahu Umno berdepan dengan pilihan raya dengan wang. Jadi untuk berdepan dengan rakyat pada pilihan raya umum ke-13 Umno kena kumpul sebanyak mungkin wang. Umno akan jadikan wang itu untuk membeli undi Melayu. Umno tahu kalau mereka tidak membeli undi, mereka tidak akan memperolehinya. Wibawa, intergriti dan keagungan Umno sudah lama hilang dan lenyap. Umno tidak lagi dapat memperagakan diri asalnya tanpa menempelkan ringgit di dahinya untuk memancing rakyat.

Soalnya kini dengan apa yang berlaku di Hulu Selangor dan Sibu tempoh hari, apakah wang masih relevan untuk membantu kemenangan Umno? Saya merasakan tidak dan Umno kini sedang kehilangan modal besar untuk mereka gunakan dalam pilihana raya. Modal itu ialah wang, apa lagi wang judi.

Justeru, elok kalau Umno memikirkannya. Mencari mekanisme lain untuk memastikan parti itu terus mendapat sokongan rakyat. Janganlah dalam masa yang sama Umno melakukan dua kali dosa, merasuahkan wang kepada rakyat, dan mengambil wang dari perjudian. Ia sangatlah buruk dan busuk. [wm.kl. 6:10 pm 17/05/10]
Posted by mso
Labels: Perjudian – Umno


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: