Posted by: wanhassan | May 17, 2010

SIBU TOLAK BN,SABAH MENANTI GELORA THUNAMI

Jika rakyat Sibu, Sarawak berani menolak Barisan Nasional (BN), Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sabah, Ahmad Thamrin Jain yakin pengundi Sabah yang selama ini mewarnai kanvas politik dengan pertukaran kerajaan, pasti akan menyertai gelombang tsunami politik.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau menyifatkan rakyat Sabah sudah lama memerhati senario politik tanah air dan ternanti-nanti gelora tsunami politik yang kini sudah menyeberang Laut Cina Selatan.

Buat pertama kali, calon pembangkang menang pada pilihan raya kecil di Sarawak apabila Wong Ho Leng dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Sibu walaupun Parlimen ini dianggap kubu kuat BN.

Thamrin yakin kejayaan Pakatan Rakyat di Sarawak pasti memberi kesan besar terhadap politik di Negeri Bawah Bayu ini.

“Kita yakin ini satu gambaran, ertinya kebangkitan rakyat yang berkehendakkan perubahan. Saya yakin reaksi Sabah lebih hebat dari Sarawak. Ini kerana berdasarkan sejarah politik, Sabah ini biasa untuk menukar pemerintah.

“Jadi, kita yakin rakyat Sabah akan menyertai arus perubahan yang berlaku di seluruh negara,” katanya.

Lebih-lebih lagi penerimaan rakyat Sabah terhadap Pakatan Rakyat meningkat dari masa ke semasa. Pendek kata, rakyat Sabah sudah bersiap sedia melakukan perubahan politik pada pilihan raya umum akan datang.

“Atas dasar kesedaran ini, rakyat lebih fokus untuk menyokong Pakatan Rakyat bagi menyumbang kepada perubahan pemerintah di peringkat nasional,” katanya, apatah lagi Sabah sarat dengan lambakan isu panas.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: