Posted by: wanhassan | May 16, 2010

toke judi,orang kelantan…weh

TUMPAT, 15 Mei: Tindakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin yang berasal dari Kelantan dilihat mencemar imej Serambi Mekah negeri ini apabila terlibat meluluskan lesen perjudian bola sepak piala dunia Jun depan.

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Ahmad Yakub berkata, lebih memalukan apabila Awang Adek juga seorang Melayu yang beragama Islam.

“Kita di negeri ini amat malu kerana ada orang Kelantan terlibat sama dalam urusan kelulusan lesen ini dan ia tidak menghormati langsung maruah negeri Kelantan yang terkenal dengan gelaran Serambi Mekah dan begitu kuat menentang unsur judi dalam pelbagai bentuk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis penyerahan rumah kepada warga miskin di kampung Bukit Wakaf Bharu hari ini.

Tindakan tersebut juga jelasnya seolah-olah telah menghina agama Islam dan negara ini juga menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Beliau juga berkata Dewan Ulamak PAS Pusat akan menghantar satu memorandum bantahan kepada pihak berkenaan terhadap sikap kerajaan dalam hal ini.

” Kalaulah dengan memberi lesen judi dapat membendung perjudian itu adalah satu tanggapan yang salah dan sanggupkan kita pula member lesen kepada mereka yang ingin melakukan pencurian agar dapat mengurangkan berlakunya kecurian di negara ini” katanya lagi.

Sementara itu ketika ditanya perkembangan Tabung Serambi Mekah setakat ini, beliau yang juga Pengerusi Tabung tersebut berkata sehingga kini hampir RM5 juta dapat dikumpul.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: