Posted by: wanhassan | May 7, 2010

NAJIB YANG MEMULAKAN PENGGUNAAN MASJID UTK POLITIK

Tindakan Utusan Malaysia (30 April 2010) yang menyiarkan rencana bertajuk “Nik Aziz, Sultan Selangor dan… ” kelolaan Lukman adalah berniat jahat terhadap individu tertentu, khususnya Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Realitinya, titah Sultan Selangor dibuat dalam kenyataan umum kepada semua pihak. Sedangkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz cukup menghormati dan tiada pun program kempen di Hulu Selangor yang menggunakan pentas masjid. Melainkan berita yang tersebar adalah telah dipandu oleh pemimpin Umno yang bimbang dengan kemungkinan kalah di kawasan pengundi Melayu.

Apa yang jelas, BN yang gunakan masjid untuk tujuan politik (lihat gambar). Sebaliknya, tiada satupun program Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang diatur melibatkan ceramah di masjid seperti yang dihebohkan. Berikut adalah program dua hari (23 & 24 April) Tuan Guru Datuk Nik Aziz di Hulu Selangor.

23 April 2010:

4.35 petang – berlepas dari Airport Kota Bharu

5.30 petang – tiba di KLIA Sepang

8.10 malam – sidang media bersama calon & pimpinan Pakatan Rakyat

8.30 malam – ceramah di Asam Kumbang, KKB

9.30 malam – ceramah di Rasa.

11.30 malam – kembali rehat di rumah Kelantan Kuala Lumpur.

24 April 2010:

8.00 pagi – bertolak ke Felda Sungai Tengi

9.30 pagi – tiba di Program Himpunan Warga Felda Kebangsaan ke-2, Sungai Tengi

11.30 pagi – bertolak ke Kg Koskan bertemu masyarakat India.

1.15 petang – solat zohor & jamak takdim di Suaru An-Nadwah

2.30 petang – bertemu pengundi di Kalumpang bersama

5.00 petang –perjumpaan pengundi di Dewan Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali.

6.00 petang – balik ke tempat rehat & solat jama’ maghrib & isya’

9.45 malam –ceramah umum KeADILan di Mini Stadium KKB.

12.00 malam – pulang ke Kuala Lumpur

25 April

8.00 pagi bertolak ke KLIA Sepang balik ke Kota Bharu.

Harapnya semua yang keliru dengan isu hubungan titah Sultan Selangor yang dikaitkan dengan kononnya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz engkar titah itu mendapat gambaran sebenar. Jangan mudah terpengaruh dengan mainan media perdana milik Barisan Nasional.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: