Posted by: wanhassan | April 30, 2010

musa hassan harus letak jawatan

Pakatan saran Musa berundur untuk pulih imej polis
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 30 April: Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berundur dari jawatan itu bagi memulihkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang semakin tercalar ekoran insiden seorang remaja yang mati ditembak anggota mereka Isnin lalu.

Mereka yang terdiri daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Adun Sri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Segambut, Li Lip Eng dan beberapa penyokong siang tadi menghantar satu memorandum ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menuntut Musa berbuat demikian.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Kapten Komander Supretendan Ali Ahmad.

Selain memorandum, satu aduan rasmi kepada Pengarah Jabatan Tatatertib PDRM, Datuk Abdul Razak juga dibuat.

Nurul Izzah ketika bercakap kepada pemberita berkata, tindakan mendesak Musa itu bukan bermakna mahu bermusuhan dengan polis tetapi demi membantu mereka memulihkan imej serta profesionalisme PDRM.

Bagi Nik Nazmi pula, selain perletakan jawatan oleh Musa, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga perlu mempertimbangkan semula cadangan sebelum ini bagi menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC).

IPCMC, jelasnya dilihat mampu menjadi agen semak dan imbang kepada penyalahgunaan kuasa polis dan memberi keadilan kepada mangsa.

Li Lip Eng pula ketika mengulas kenyataan Musa yang memberi kata dua untuk menarik semula anggota dari mengawal keselamatan jalan raya, beliau berkata, dengan kenyataan berbaur ugutan itu dan wajar untukya meletakkan jawatan.

“Dia sepatutnya terbuka dan bertanggungjawab rakyat memprotes kenyataannya, harus bersedia berundur,” katanya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: