Posted by: wanhassan | April 24, 2010

JUMLAH DIJANGKA KELUAR MENGUNDI 80%

KUALA KUBU BARU, 24 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kira-kira 80 peratus daripada 63,701 pemilih berdaftar akan menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, esok.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata keadaan cuaca yang baik pada sebelah pagi dan tindakan SPR dan polis membuat perancangan teliti bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar adalah antara faktor jumlah pengundi dijangka meningkat berbanding 75.24 peratus pada pilihan raya umum lepas.

Justeru, beliau meminta pemilih yang akan mengundi di 48 pusat di Parlimen Hulu Selangor supaya keluar awal pada waktu pagi kerana cuaca dijangka hujan menjelang petang.

“Pengundi tidak perlu bimbang mengenai keselamatan kerana pasukan keselamatan sudah meningkatkan kawalan bagi memastikan proses mengundi berlangsung tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau persiapan pilihan raya kecil itu.

Abdul Aziz berkata SPR menjangkakan keputusan penuh diketahui sebelum pukul 9.30m malam jika semuanya berjalan lancar kerana pengiraan undi dilakukan di pusat mengundi sebaik tempoh mengundi tamat pada pukul 5 petang.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) P.Kamalanathan dan Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu, Abdul Aziz menegaskan SPR tidak akan teragak-agak meroboh ‘‘barong panas’’ ataupun khemah yang didirikan parti bertanding di luar pusat mengundi bagi tujuan kempen esok.

Beliau juga mengingatkan calon parti yang bertanding agar mematuhi Akta Pilihan Raya kecil 1954 dan berhenti berkempen selepas 12 tengah malam ini.

“Saya juga tidak mahu lihat upacara meraikan kemenangan calon pada pilihan raya itu nanti,” katanya sambil memberitahu bahawa enam pasukan penguatkuasa akan memantau perjalanan kempen pilihan raya kecil itu, yang memasuki hari terakhirnya hari ini.

Mengenai dakwaan Zaid bahawa terdapat pengundi yang dipindahkan ke kerusi Parlimen lain, Abdul Aziz berkata pemindahan pusat mengundi dari satu tempat ke tempat lain dibuat semata-mata bagi memberi keselesaan kepada pengundi.

“Misalnya, pusat mengundi di Sekolah Tamil dekat Kuala Kubu Baharu dipindahkan ke sekolah Dato Haji Kamaruddin atas alasan kesesakan lalu lintas,” katanya. — Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: