Posted by: wanhassan | April 21, 2010

Assalamaulaikum, Beberapa malam lepas aku melihat kelibat calon MIC Hulu Selangor di kaca TV di mana ketika itu beliau sedang bercakap mendakwa pihak pembangkang menyerang peribadinya.

Tetapi tidak jelas apakah bentuk serang peribadi tersebut.Apa yang menarik perhatian aku ialah kilauan di lehernya yang menyebabkan aku berminat untuk terus melihat wajahnya.Ada selilit rantai yang berkilau di lehernya di mana menurut perkiraan aku yang bodoh ini bernilai ribuan ringgit.Kemudian aku terlihat gambarnya di forum TKO sedang bersalam dengan Muhyidin dan mencium tangannya sendiri.

Bukan aksi cium tangan sendiri yang menarik perhatian aku, tetapi selilit gelang tangan yang turut bersinar di lengannya.Sekali lagi aku menjangkakan harganya ribuan ringgit juga.Rengkasnya, calon MIC ini nampaknya terdiri daripada mereka yang gemarkan kemewahan.Dan kegemaran ini tipikal bagi orang orang India yang bersama sama MIC termasuk presidennya yang amat mencintai wang besar. Tak percaya, tanya EZAM sesumpah yang pernah menyimpan akaun peribadi presiden MIC itu.

Jadi kali ini aku nak sahkan dakwaan calon berkenaan mengenai serangan peribadi kepadanya kerana aku akan menyerang kegemaran beliau ini yang selalunya dianggap peribadi oleh kebanyakan pendokong BN.Tetapi serangan ini aku tujukan kepada pengundi Hulu Selangor bukan kepada calon terbabit.Aku ingin bertanya pengundi di Hulu Selangor, apakah kreteria calon pilihan mereka?Apakah seorang yang cintakan kemewahan yang menjadi pilihan atau seorang yang mahu melihat keadilan di tegakkan?Kalau gaya hidup yang mewah menjadi pilihan maka pilihlah calon MIC ini, sebaliknya kalau keadilan yang dituntut, Zaid Ibrahim adalah pilihan yang tepat.

Kalau gaya hidup yang mewah yang dipilih, calon MIC kali ini merupakan manusia yang beruntung kerana setelah dipilih menjadi MP, beliau akan mempunyai asses yang lebih luas kepada dana milik rakyat dan bakal menjadikan dana rakyat ini milik peribadinya.Apa lagi, belanja sakanlah beliau nanti.Kalau sekarang, rantai dan gelangnya sudah berharga ribuan ringgit, barangkali selepas menjadi MP, sebuah proton perdana akan digantung dilehernya dan sebuah produa avanza di lilit di lengannya.Itu belum lagi melihat isterinya(kalau ada isterilah).

Memang tulisan aku ini adalah serangan peribadi aku kepada calon MIC ini yang namanya aku lupa, Kamal apa entah.Beliau boleh umumkan di kaca TV atau di dada akhbar mengenai serangan ini.Lepas tu pergilah jumpa ahli lembaga pengarah MAIKA HOLDING, samaada mereka setuju atau tidak dengan serangan aku ini.Atau tanya YB Gopalakrisnan apakah betul ini gaya hidup pemimpin MIC?

Itu belum lagi diambil kira perkhidmatan yang bakal di perolehi oleh penduduk Hulu Selangor sekiranya beliau menang PRK nanti.Apakah nanti beliau akan melayan segala kerenah penduduk dan berusaha untuk menolong penduduk yang dalam kesusahan atau hanya akan muncul di majlis majlis galmour sahaja? Seorang yang hidup dengan gaya hidup mewah umumnya diketahui sebagai seorang yang kedekut.Jadinya tidak salah untuk menjangka calon MIC ini akan mengelak untuk berjumpa dan menolong rakyat kalau tidak ada feadah untuk dirinya.Sudah banyak pengalaman yang dilalui oleh orang orang India mengenai perkara ini.Kalau tidak, mengapa muncul HINDRAF yang menentang gaya hidup ini dan membela nasib orang India?Majoriti orang India sudah nekad dan bersedia untuk menukar pemerintah tetapi bagaimana dengan orang melayu terutama penghuni tanah rancangan FELDA?Apakah masih lagi mahu menobatkan seorang India yang gemar kepada kemewahan menjadi pemimpin mereka?Soalan ini hanya boleh dijawab oleh pengundi melayu Hulu Selangor buat masa sekarang.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: