Posted by: wanhassan | April 17, 2010

PRK HULUSELANGOR : HARI PENAMAAN CALON

Empat Serah Borang Pencalonan

HULU SELANGOR, 17 April (Bernama) — Empat orang, termasuk dua calon bebas telah menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen kerusi Hulu Selangor 25 April ini.

Calon Barisan Nasional (BN) P.Kamalanathan menyerahkan borang pencalonannya pada kira-kira pukul 9.25 pagi.

Sebelum itu, Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di pusat Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor dan menyerahkan borang sebaik sahaja pusat penamaan calon dibuka 9 pagi.

Dua calon bebas yang turut menyerahkan borang pencalonan mereka ialah bekas Naib Pengerusi MIC Hulu Selangor S. Chandran dan peniaga Johan Mohd Diah.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai perarakan penyokong-penyokong BN dari Bangunan Umno Hulu Selangor manakala PKR diketuai oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih 1,000 anggota polis berkawal untuk menjaga keselamatan, termasuk menggunakan helikopter.

Penamaan calon yang dibuka pukul 9 pagi berakhir sejam kemudian dan waktu bantahan ditetapkan dari pukul 10 pagi hingga 11 pagi.

Setakat ini, proses penamaan calon berjalan lancar.

Sementara itu, Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal cedera ringan apabila terkena dawai berduri akibat diasak oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) ketika hendak masuk ke pusat penamaan.

Kejadian itu berlaku kira-kira 9.25 pagi apabila polis hanya membenarkan 100 orang pemimpin dan penyokong setiap parti yang bertanding memasuki Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru.

Ketika tiba di dewan itu, Samy dan Shafie terjatuh akibat diasak oleh para penyokong yang cuba memasuki pusat penamaan itu dan mereka terkena dawai berduri yang diletakkan oleh pasukan keselamatan untuk mengawal keadaan.

Mereka kemudiannya dirawat di sebuah ambulans yang diletakkan di dalam pusat penamaan. Samy cedera di lutut kanan manakala Shafie cedera di siku.

— BERNAMA


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: