Posted by: wanhassan | April 4, 2010

MEMANDA HEBAT…

Oleh: lanik

“Gegak gempita jadinya 1Malaysia hari ini. Media2 pro kerajaan berlumba2 menyiarkan kehebatan Sang Memanda dalam mengemudi Bahtera Merdeka.

Berjela2 ulasan yang diberikan oleh lidah pengarang akhbar totok mereka. Komen dari makhluk2 pilihan juak mereka tampak terlalu keterlaluan dalam memberikan pujian. Penilaian yang langsung tidak berpijak di bumi nyata.

Media elektronik juga turut bersekongkol menyiarkan HIKAYAT DONGENG ini pada waktu perdana pula. Semua nya mengisahkan tentang kehebatan melangit Sang Memanda mereka, biarpun nilainya hanyalah pada tahap gaban saje. Hebat hanyalah dalam kandang yang tak pernah faham makna kehebatan yang sebenarnya.

‘HEBAT’…terlalu mudah untuk diucap atau dilafazkan. Tapi apakah hebat itu mencapai tahap pencapaian yang benar2 boleh diistilahkan hebat? Komen oleh DR. Chandra Muzaffar yang mengatakan Sang Memanda ini paling hebat di kalangan memanda yang lalu, dikira agak keterlaluan. Pujian yang merapu sebegini mungkin bisa menghiris hati nurani Sang Memanda yang pernah menjuarai carta lagu2 Blues selama 22 tahun berturut-turut. Apa tidaknya, takkanlah rekod pencapaian selama lebih dari 2 dekad hanya mampu dipadamkan oleh Sang Memanda yang hanya pandai berslogan persis seorang penglipurlara, dalam hanya tempoh masa setahun . Penilaian yang agak dangkal oleh seorang cendikiawan politik.

Menilai kehebatan seorang pemimpin bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Terlalu banyak kategori yang perlu diambilkira dan dibuat penilaian yang seikhlasnya. Waiima dalam menilai kehebatan dan kemujaraban sesuatu produk kesihatan pun, ia memerlukan lebih dari satu pemerhatian. Tumpuan bukan hanya kepada kesan2 baik yang didatangkan, tapi harus mengambilkira berapa banyak pula kesan sampingan yang dihasilkan jika mengambil produk berkenaan.

Pemimpin yang benar2 hebat tentunya berupaya mencetuskan VISION yang hebat juga. Vision ini pula biarlah berpijak di bumi yang nyata dan ada upaya untuk direalisasikan. Jikalau sebaliknya, ia hanya layak dipanggil ANGAN-ANGAN saja. Selain itu, yang paling penting beliau juga mesti berupaya untuk menyakinkan pengikut-pengikutnya bahawa visi ini adalah yang terbaik untuk mereka. Tunjukkan juga jalan kepada mereka, bagaimana mereka boleh mencapainya. Adakah ini sudah berjaya dilakukan oleh Sang Memanda mereka? Kalau sekadar pandai berkata-kata saja, ia hanya layak digelar MEMANDA PENGLIPURLARA yang TERhebat di kalangan sekelian MEMANDA.

Pemimpin yang hebat semestinya membuat PERKARA YANG BETUL serta MELAKSANAKANNYA DENGAN BETUL..dan bukannya membuat PERKARA YANG HANYA DIFIKIRKAN BETUL pada diri sendiri saja. Jikalau slogan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN hendak dihayati, ia umpamakan langit dan bumi. Apa yang nyata, rakyat tetap didahulukan untuk hidup susah..rakyat tetap didahulukan dalam menikmati kenaikan harga barangan.. dan rakyat tetap didahulukan dalam membayar cukai yang hampir tidak munasabah.Apakah ini juga melayakkan si MEMANDA dipanggil pemimpin TERhebat di kalangan sekelian MEMANDA?

Seorang pemimpin yang hebat, seharusnya juga berkebolehan mempengaruhi dan menyatukan sekelian rakyat marhein di bawah pimpinannya. Apakah kecelaruan di dalam saf UBN akhir2 ini mengambarkan betapa lemahnya tahap pimpinan yang ada? Kegagalan mentarbiyahkan diri sendiri serta pengikut adalah punca sebenar kepada segala pergeseran yang kelihatan seakan2 tiada penghujungnya..MCA makin panas membara,,,MIC dengan MAKKHAL SAKTInya…GERAKAN sudah ada ura2 mau berantakkan.

Akhir kalam, jika begini dinamakan HEBAT..sesungguhnya ia sememangnya hebat, tetapi TERHEBAT di kalangan yang paling TIDAK HEBAT.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: