Posted by: wanhassan | March 24, 2010

KATAK GEMOK ZAHRAIN

alau Ibrahim Ali dikenali dengan gelaran Raja Katak, apa gelaran yang sesuai buat si Zahrain ni agaknya Datuk Abdul Ghapur Salleh kata umpan yang dibagi kepada Ahli Parlimen Bayan Baru ini besar, sebab itu dia lompat..

Umpan?? Takkan ikan kot.. bukan semua ikan boleh melompat..

Datuk Abdul Ghapur Salleh juga telah berkata Sekarang sudah jadi Bebas dan kemudian nanti mahu masuk Umno. Jangan terima orang seperti ini. Kalau dia boleh gigit ketua dia, dia boleh gigit ketua kita juga ish.. takkan nak gelar dia dengan nama binatang yang mengigit tu, rasa kejam sangat la pulak..

Sebelum itu tegas Ghafur dalam nada marah “Kalau mahu tubuh kerajaan pusat Pakatan Rakyat mesti ada sekurang-kurangnya 30 Ahli parlimen yang lompat. Kenapa Bayan Baru memilih-milih dan sebut lapan nama sahaja? Apa sebab dia sebut nama saya? Saya tak pernah terumpan, tak pernah terpujuk dan tak penah pun ke Taiwan. Senarai anggota yang pergi ke Taiwan pun sudah diketahu kenapa dia tak sebut itu? Ini kenyataan orang tak ke sekolah,”.

Takkan nak gelar Zahrain ni Ahli Parlimen yang tak bersekolah pulak..

Tapi… Datuk Abdul Ghapur Salleh juga telah berkata “Mungkin sekarang sudah gemuk, sudah kenyang, jadi macam-macam tohmahan, saya tidak tahu perjanjian dia dengan parti pembangkang, saya tidak tahu, saya bukan pernah di sana, tapi kenapa libatkan saya yang tidak ada dosa ini,”

Gemuk?? Ha.. aku rasa yang ni sesuai buat Zahrain..

Zahrain Katak Gemuk.. ha.. ha.. ha.. sesuai tak?

Dibawah ini laporan penuh bagaimana Zahrain dibidas begitu teruk sekali oleh Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh sehingga Zahrain nak menangis… korang tengok gambar tu betul-betul..

Hampir seminggu selepas pendedahan Datuk Zahrain Hashim, Datuk Abdul Ghapur Salleh marah terhadap wakil rakyat Bayan Baru itu kerana menamakan beliau sebagai antara lapan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang kononnya diumpan bagi menyertai rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan pada 16 Sept 2008.

“Saya sudah katakan saya tidak pernah diumpan, tidak pernah dipujuk dan tak pernah pergi Taiwan, bererti saya bukanlah golongan yang dipujuk untuk lompat.

“Jadi bererti umpan yang dibagi kepada rakan mungkin tidak cukup, jadi tidak lompat, umpan yang dibagi kepada Ahli Parlimen Bayan Baru ini besar, sebab dia lompat,” kata Ahli Parlimen BN Kalabakan ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: