Posted by: wanhassan | March 6, 2010

Rakyat semakin benci pada BN

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak melihat bahawa BN kini telah menjadi kuat berikutan beberapa ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan keluar parti.

“BN jangan menganggap dengan apa yang berlaku kepada pembangkang, BN akan automatik menjadi kuat. Setakat nak harap jadi kuat dan menang hanya kerana pembangkang sedang menghadapi masalah saya ingat harapan itu akan meleset.” – katanya kepada pemberita selepas perasmian sebuah restoran di Putrajaya hari ini.

Tun Abddulah mendesak BN agar melaksanakan janji pilihanraya dan juga reformasi dalaman yang dilaung-laungkan hingga menyebabkan beliau terpaksa meletakan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno sebelum ini.

Beliau adalah korban pertama dalam reformasi yang dicanangkan Umno-BN selepas kekalahan teruk BN pada Pilihanraya Umum 2008. Ketika BN menang besar pada 2004 Tun Abdullah disanjung melangit, namun dengan kekalahan paling teruk dalam sejarah BN pada 2008 ramai pemimpin ada ahli Umno mahu beliau berundur secara terhormat.

Tun Abdullah jelas masih melihat kekuatan Pakatan Rakyat tidak tergugah kerana yang keluar parti itu hanyalah Ahli Parlimen yang dalam Pilihanraya akan datang belum tentu akan bertanding lagi. Kedudukan Pakatan dan BN dalam pilihanraya akan datang adalah dari undi rakyat dan kedua-dua pihak masih dilihat mempunyai pengaruh yang seimbang.

Setakat ini sudah 3 orang ahli parlimen PKR telah mengumumkan keluar parti sebagai ahli parlimen bebas, tetapi tidak mengistiharkan menyokong BN. Mereka adalah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: