Posted by: wanhassan | March 6, 2010

Khairy tak ada moda, Cari Publisiti

Mungkin kerana rasa terpinggir dalam Umno maka Khairy perlu memaksa diri mencuri apa sahaja peluang yang ada untuk melonjakkan namanya. Biar nanti puak Umno bertepuk tangan, hebat Khairy sebagaimana pernah mereka tepuk bersorak semasa Pak Mertuanya PM dahulu.

Kata Khairy:

“Biasanya parti yang paling banyak anggota Parlimen itu yang diberi penghormatan untuk jadi Ketua Pembangkang tetapi sekarang ini mereka masih memberi penghormatan kepada Datuk Seri Anwar.

“Mungkin mereka terutamanya PAS tak yakin dengan Lim Kit Siang (Anggota Parlimen Ipoh Timur dan veteran DAP), jadi mereka terpaksalah masih lagi memberi sokongan kepada Anwar.

Khairy mahu menangguk di air keruh berikutan keluarnya beberapa ahli parlimen meninggalkan PKR. Dengan DAP sekarang memiliki majoriti kalangan pembangkang di Parlimen, maka DAP lah yang patut jadi Ketua Pembangkang, sekurang-kurang begitulah modal Khairy, Ketua Pemuda Umno.

Pada PRU yang pertama tahun 1959, iaitu parlimen Malaya yang pertama selepas Merdeka. Parti-parti pembangkang telah memenangi 24 kerusi di Dewan Rakyat. Ketika itu tiga parti dengan perwakilan terbesar adalah PAS dengan 10 kerusi Front Sosialis dengan 8 kerusi dan PPP 4 kerusi. Bakinya dimenangi oleh beberapa parti kecil termasuklah Parti Negara yang diwakili bekas Presiden Umno, Dato Onn Jaafar yang menang 1 kerusi di Terengganu.

Ketika itu menurut Allahyarham Ahmad Boestamam tiada jawatan ketua pembangkang namun salah seorang dari ahli parlimen akan ditempatkan paling kanan untuk mewakili mereka, seakan ketua pembangkang hari ini. Dan kesemua parti pembangkang telah bersetuju yang penghormatan diberikan kepada Dato Onn untuk bertindak sebagai whip pembangkang.

Ini bermakna biasa-biasa yang disebut oleh Khairy itu tidak benar.
Kalau dengan 1 kerusi Dato Onn boleh jadi Ketua Pembangkang apa salahnya jika semua bersetuju Dato Seri Anwar kekal sebagai Ketua Pembangkang?

Nasihat kepada Khairy: banyak lagi isu lain boleh diketengahkan, jangan sampai orang cap YB sebagai Ketua Pemuda tak ada modal!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: