Posted by: wanhassan | February 14, 2010

Enjin Jet: Bapak Borek Anak Rintik, Sama-sama Kencing Berlari.

“Perkara pertama yang difikirkan apabila membaca kenyataan Najib berkaitan kehilangan enjin jet, “La…lagu ni ketua kerajaan kita..’tebolahnya dia”. “Kedua-duanya adalah enjin yang sangat lama…bukan enjin canggih. Jadi ia bukan satu aset strategik kepada negara. Ia bukanlah seperti enjin Sukhoi atau F-18”, kenyataan Najib selaku ketua kerajaan Malaysia.

Kenyataan itu boleh ditafsirkan “Kalau hangpa nak curi pun, nak songlap pun tak pe, barang lama dibolehkan, curi aje, kalau barang baru hati-hati sedikit. Selaku bapak kepada bapak pencuri ni tak kisah sangat, janji buat senyap-senyap”.

Kenapa Najib boleh berkata sedemikian seolah-olah tidak mengambil kira kenapa harta sebegitu boleh dilesapkan begitu mudah. Bagaimana sesuatu yang penting dianggap remeh-temeh. Apa yang dipertikaikan kenapa kelengkapan pertahanan akhirnya berada di Uruguay dan selaku ketua kerajaan boleh memberi kenyataan begitu. Apabila bercakap pandang-pandang, taklah orang mengutuk sakan.

Bukannya perkiraan tentang kemampuannya dan aset strategik tetapi yang digegerkan kenaapa begitu mudah ia boleh berhijrah sebegitu juah ke Uruguay. Bagaimana ia melepasi sehingga ke sana. Mayat nak pergi keluar negara pun perlu pelbagai tapisan. Enjin jet hilang hanya dua yang kena. Adakah ia dikeluarkan tanpa melibatkan pihak-pihak lain.

Jadi puak-puak yang dikepalai Najib menganggap tiada pentingnya apabila sesuatu yang penting itu hilang. Sebab itu penyakit membalun harta rakyat begitu mudah dibereskan dan dipulun mereka kerana bapak borek anak rintik juga Najib kencing berdiri Zahid kencing berlari dan sama-sama lari.
Jangankan hilang Rosmah udah le ye!Kut-kut meracau lagi teruk.


Responses

  1. kalau dah jenis manusia tidak bertanggungjawab, itu je le jawapannya, dia bukan ada rasa apa2 pun, nak malu kat rakyat, jauh sekali le kalau manusia jenis ni, sori ye pak menteri


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: