Posted by: wanhassan | February 4, 2010

KETUA MUSLIMAT PAS PASIR PUTEH MENINGGAL

BEKAS Ketua Dewan Muslimat Pas Malaysia, Hajjah Kalthom Othman, 62 telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 2:00 pagi di hospital Universiti sains Kubang Kerian (HUSM) Kota Bharu akibat stroke. Menurut menantunya Abdul Shakur Shaari yang memaklumkan khabar dukacita itu, Allahyarham terjatuh di bilik air di rumahnya Asar petang semalam.

Mulanya Allahyarham dibawa ke hospital Tengku Anis sebelum di rujuk ke HUSM.

Allahyarham meninggalkan suami, Hussein Abdullah dan dua orang anak, Norasila dan Siti Barizah.

Jenazahnya dikebumikan selepas solat Zohr di perkuburan Padang Siam berhampiran Masjid Ibrahim bandar Pasir Puteh.

Allahyarham merupakan serikandi Pas yang tidak asing di Kelantan. Kehebatan yang sering disebut mengenainya ialah sebagai tokoh pidato handalan. Beliau merupakan anak didikan bekas Ketua Dewan Muslimat, Asmah Abdul Kadir yang juga kelahiran Pasir Putih. Sepenjang hayatnya menjawat beberapa jawatan penting dan menjadi tenaga utama menggerakan perjuangan Pas sehingga ke saat-saat akhir.

Kemunculannya dalam arena politik bermula selepas Pas kalah teruk tahun 1978. Bakatnya tercungkil menerusi pertandingan pidato dan di sinilah Allahyarham mula melangkah kaki ke gelanggang perjuangan.

Sepenjang hayatnya Allahyarham telah memegang berbagai jawatan penting dalam dewan Muslimat dari peringkat kawasan, negeri dan pusat.

Tahun 2003 – 2005 menjadi ketua dewan Muslimat Pas Malaysia. Allahyarham juga pernah dilantik menjadi senator dari tahun 1991 – 1997 dan merupakan senator wanita pertama Pas dari Kelantan dan selepas kemenangan Pas tahun 1990.

Dalam pilihan raya umum 2004 Allahyarham menangi kerusi Parlimen Pasir Puteh mengalahkan Dato Che Mi Che Mat. Bagaimana kerusi itu terpaksa diserahkan semula kepada calon Umno itu apabila mahkamah mengistyharkan kerusi berkenaan dibatalkan dan kemenangan diberikan kepada Che Min.

Dalam pilihan raya umum 2008 Allahyarham tidak bertanding di mana-mana kerusi. Komitmen kepada parti dan perjuangan masih diteruskan walaupun tanpa jawatan penting. Sehingga ke saat akhir Allahyarham merupakan Ketua Dewan Muslimat Pas Pasir Putih dan pegawai Halaqah. Al Fatihah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: