Posted by: wanhassan | January 20, 2010

Royalti: Ceramah Ku Li dipindah ke stadium kerana sambutan hangat

Royalti: Ceramah Ku Li dipindah ke stadium kerana sambutan hangat

Berita Oleh: adie79

“KOTA BARU, Lokasi ceramah perdana berhubung isu royalti petroleum 28 Jan ini, yang akan disampaikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah, dipindahkan ke Stadium Sultan Mohd IV di sini ekoran sambutan menggalakkan daripada rakyat negeri itu.

Sebelum ini ia dirancang untuk diadakan di Dewan Utama Kelantan Trade Centre (KTC).Pengerusi bersama Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Dr Abdul Halim Yusof ketika dihubungi berkata pihaknya terpaksa mengubah lokasi ceramah memandangkan permintaan yang terlalu besar.

Saya mendapat tindak balas ini melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan seeloknya ceramah itu diadakan di stadium supaya kesesakan tidak menghalang laluan jalan raya bila ia dibuat di dewan KTC.

“Dan hari Jumaat lepas Gegar telah maklumkan perkara ini kepada Tengku Razaleigh dan Tengku juga setuju ceramah itu diadakan di stadium,” katanya.

Program ceramah perdana melibatkan bekas pengerusi itu adalah salah satu dari siri ceramah secara roadshow yang akan dianjurkan Gegar di seluruh Malaysia.

Ia diadakan bagi memberi penerangan dan penjelasan tentang royalti petroleum mengikut Akta Pembangunan Petroleum 1974 dari perspektif orang yang bertanggungjawab membuat draf undang-undang berkaitan.

Dalam pada itu difahamkan satu taklimat berhubung wang ihsan juga akan diadakan di salah sebuah hotel di Kota Baru sebelum ceramah perdana tersebut berlangsung.

Program tersebut dianjurkan Umno Kelantan.

Difahamkan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Mustapa Mohamad sendiri akan menyampaikan taklimat berkenaan.

Advertisements

Responses

  1. kena rajin sikit menulis ni…baru ramai penjenguk

  2. tak dang nak nulis weh,lo ni program kerajaan banyak sehingga april,baru lega sikit


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: