Posted by: wanhassan | November 28, 2009

konspirasi

Wujud konspirasi jatuhkan Nik Aziz

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sedar konspirasi pihak tertentu, yang didalangi ‘Kolonel Mat’ untuk menjatuhkan beliau sudah lama dan berterusan.

“Usaha ini bukan baru, usaha ini selama-lama. Kita parti ni seperti orang berniaga, kalau kita pergi ke kedai A dia nak jatuh kedai B, pergi kedai B dia nak jatuh kedai A.

“Begitu juga parti politik, saya bawa parti Islam. Kita ada Ibrahim Libya, kena bunuh. Kita ada 13 Mei Tok Guru di Kelantan ini kena ‘bubuh’ dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman beliau di Pulau Melaka, semalam.

Ditanya siapa dalang di sebalik konspirasi tersebut, beliau berkata: “Ini cerita lama. Saya sebut nama (Kolonel Mat) semalam fasal ini barang sah dan sahih.”

Mursyidul Am Pas itu menyifatkan dalang itu sebagai salah seorang yang khianat kepada Kelantan.

Ulasan

Apa yang diberitahu oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang “Kolonel Mat” sebagaimana yang berita di atas sememangnya wujud. Akan tetapi bukan sebagaimana yang kebanyakan blogger paparkan di dalam blog masing-masing. Bukan al-marhum ayahanda kepada “kickdefella” dan juga bukan sebagaimana yang digambarkan oelh orang-orang yang memusuhi Dato Husam Musa.

“Kolonel Mat” hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja yang sedang memerhati tingkah laku dan gerakkerja beliau. Siapa dia, tinggal di mana, asal usul dari mana, berkawan baik dengan siapa hanya beberapa orang itu sahaja yang tahu. Apapun “Kolonel Mat” sememangnya wujud.

Modus operandinya dengan menyelinap beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin tertentu dengan perancangan yang licik. Sememangnya tidak disedari oleh pemimpin tersebut dengan gaya strateginya “sayang kepada PAS” dan mahukan PAS lebih berwibawa dengan menukar pemimpin-pemimpin tertentu.

Beberapa orang blogger juga terlibat dengan perancangan beliau dan kadangkala menggunakan media massa. Licik tetapi tetap tidak lepas dari pemerhatian orang-orang tertentu. Blogger-blogger ini pula begitu ghairah mengatur susun siapa yang mereka mahu jatuhkan dan siapa yang perlu dinaikkan. Seolah-olah PAS ini parti mak bapak dia.

Apapun yang dominan dalam gerakkerja ini adalah UMNO. “Kolonel Mat” adalah dari spesis itu cuma bermuka-muka dengan PAS dan pimpinannya. Walau bagaimanapun diharapkan :kolonel Mat” menyedari bahawa selain dia merancang, ada orang lain juga merancang terhadapnya dan sudah pasti perancangan Allah s.w.t adalah terbaik dan benar.

Kita tengoklah nanti apakah “Kolonel Mat” berhenti dari kerja-kerja jahat beliau atau kita yang kena hentikannya. Apapun “kolonel Mat” kena sedar beliau sudah dikenali……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: