Posted by: wanhassan | November 9, 2009

PAS PARTI DOMINAN UNTUK GANTI UMNO

Exco Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan optimis PAS akan menjadi sebuah parti dominan bagi menggantikan Umno dan Barisan Nasional(BN)dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Menurut beliau lagi Seminar Memperkasakan PAS yang telah diadakan baru-baru ini harus dilihat sebagai satu tindakan yang baik bagi memperkasakan parti dan memperbetulkan kepincangan dan kekhilafan yang ada.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Selangor berkata,pandangan yang diberikan oleh dua tokoh akademik seperti Dr.Aziz Bari dan Dr.Abu Hassan Hasbullah harus dijadikan sebagai titik tolak untuk kepimpinan PAS muhasabah diri dan melihat kekurangan yang ada bagi memperbaiki keadaan supaya apa yang dihasratkan untuk menjadikan PAS sebagai parti dominan selepas Umno dan BN itu menjadi realiti.

“Seminar ini juga adalah keterbukaan dimana terdapat ruang yang luas untuk memperkatakan apa sahaja yang dilihat mampu dan boleh diperbaiki untuk kebaikan bersama.

PAS juga dilihat oleh rakyat sebagai salah sebuah parti yang akan menjadi pemangkin kepada mereka dalam mencapai aspirasi kehidupan yang sejahtera sekiranya Umno dan BN itu tidak lagi menjadi pilihan mereka.

“PAS bukan sebuah parti yang melampau atau ekstrim.Pandangan dan pendapat yang berbeza bukan satu platform kearah perpecahan sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.Ia juga berlaku dalam BN dan Umno serta parti komponen mereka.Oleh kerana itu saya optimis kecelaruan yang berlaku ini hanyalah bersifat sementara dan tidak akan menggugat kesepaduan yang telah sedia ada dalam PAS.”

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pertandingan futsal terbuka bagi merebut Piala Ketua Pemuda PAS Malaysia peringkat negeri Pulau Pinang yang telah diadakan di Safira Sport Planet, Seberang Jaya baru-baru ini.
Posted by Siasah at 4:12 PM

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: