Posted by: wanhassan | September 9, 2009

Kepala lembu: Tuduhan di bawah Akta Hasutan dan perhimpunan haram

Kepala lembu: Tuduhan di bawah Akta Hasutan dan perhimpunan haram

Seramai 12 penduduk Seksyen 23, Shah Alam yang terlibat dalam perhimpunan membantah pembinaan kuil di hadapan bangunan Sultan Salahuddin Jumaat lalu dengan membawa kepala lembu sebagai simbolik pimpinan kerajaan negeri Selangor “ibarat lembu dicucuk hidung”, hari Rabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret bagi menghadapi dua tuduhan berlainan.

Di Mahkamah Sesyen enam daripada mereka dituduh bersama-sama berniat pada 28 Ogos 2009 di depan Bangunan Sultan Salahuddin Abdu Aziz Shah, dalam satu perhimpunan haram membawa dan memijak kepala lembu yang boleh menimbulkan rasa tidak puashati terhadap penganut agama Hindu dan dengan itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan Acara Jenayah.

Mereka ialah Mohd Azmir Mohd Zain, Ahmad Suhairy Zakaria, Mohd Hilmi Ni, Ibrahim Sabri, Ahmad Mahayudin dan Eyzva Ezhar.

Hakim Hasbi Hasan yang mendengar sebutan kes berkenaan kemudiannya menetapkan ikat jamin RM4,000 setiap seorang dan menetapkan 21 Oktober depan sebagai tarikh perbicaraan.

Kesemua yang dituduh diwakili oleh Datuk Salahuddin Saidin yang dibantu oleh enam peguam lain manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Dasuki Mokhtar.

Sejurus prosiding sebutan kes berkenaan selesai di Mahkamah Sesyen, keenam-enam mereka kemudiannya di bawa pula ke Mahkamah Majistret bagi menghadapi tuduhan menghadiri perhimpunan haram.

Selain mereka, enam lagi penduduk yang terlibat dengan perhimpunan tersebut didakwa atas tuduhan menghadiri perhimpunan haram di tempat yang sama pada 28 Ogos lalu. Mereka ialah Jainudin Yusof, Mohd Junit ramli, Mohd Nordin Zakaria, Jamil Mohamad Isa, Rahimuddin Harun dan Azhari Shaari.

Kesemua mereka dituduh mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di bawah Perkara 27(5) Akta Polis. Sebutan kes didengar di hadapan Majistret Norkamilah Aziz. – 9/9/2009

Tak dekat sangat ke…?

Satu tempat baru – cuma 100 meter dari lokasi rancangan asal di Seksyen 23 Shah Alam telah dikenalpasti untuk bina kuil Hindu yang cetuskan kontroversi. Satu kenyataan pejabat MB Selangor hari ini kata ia terletak 400 meter dari kawasan perumahan seksyen berkenaan.Lokasi asal ialah 300 meter.- 7//2009

Penunjuk perasaan sambil pijak kepala lembu akan didakwa

Penunjuk perasaan dan kalangan mereka yang bercakap sambil memijak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam pada 28 Ogos lepas akan didakwa.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata beliau berpuas hati dengan fakta dan bukti yang dikumpul oleh polis bahawa penunjuk perasaan terbabit perlu dihadapkan ke mahkamah.

Dalam satu kenyataan Isnin, beliau berkata polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung bantahan oleh penduduk Seksyen 23 Shah Alam kepadanya tengah hari Isnin.

Abdul Gani berkata mereka yang membawa dan bercakap sambil memijak kepala lembu akan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan secara pilihan menurut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Mereka dan penunjuk perasaan yang lain juga akan berdepan satu lagi pertuduhan mengikut seksyen 27 (5) Akta Polis kerana berhimpun secara haram.

Pada 28 Ogos lepas, penduduk Seksyen 23 Shah Alam mengadakan bantahan berikutan cadangan menempatkan semula sebuah kuil Hindu di kawasan berkenaan. – 7/9/2009

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: