Posted by: wanhassan | July 14, 2009

TERKINI – DI MANEK URAI

3.56 petang – Beberapa pemerhati daripada MAFREL masih kelihatan berada di peti undi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.

3.50 petang – Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab – dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.

3.47 petang – Di Temali, calon PAS tiba di pusat pengundian. Beliau disambut oleh kira-kira 150 penyokong dan diiringi dengan bacaan doa

3.46 petang – Seramai 150 hingga 200 penyokong PAS kembali berkumpul di hadapan pusat pengundian Sungai Peria

3.30 petang – Timbalan Perdana Menteri berlepas ke Kota Bharu daripada MRSM Kuala Krai dengan menaiki helikopter

3.20 petang – Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin sampai di MRSM Kuala Krai

3.09 petang – Di Sungai Peria, dua orang petugas muslimat PAS dari Kuala Kangsar, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah akibat balingan batu dari kumpulan penyokong BN

3.00 petang – Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh

2.55 petang – Calon PAS, sebentar tadi tiba di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama. Keadaan di sana tenang berikutan tiadanya petugas perayu undi dari BN.

2.53 petang – Di Sungai Peria, kedua-dua penyokong PAS dan UMNO mula berehat. Aliran pengundian semakin berkurangan

2.50 petang – Perayu-perayu undi BN mula meninggalkan tempat di Manek urai Baru. Hanya kelihatan 5 orang puteri Umno sahaja di sana, lagak gayanya pasif seperti malu mahu merayu undi.

2.49 petang – Di Manek Urai Baru, pihak SPR telah membenarkan pemerhati barung dari PAS berada bersama barung SPR selepas berunding dengan pihak polis oleh YB datuk Takiyuddin

2.46 petang – Pengundi luar berpihak kepada PAS. Sebanyak 81.75 % daripada 2200 orang telah keluar mengundi.

2.38 petang – SPR menjangkakan sebanyak 85 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

Calon PAS, Abe Uji sedang berada di UPU Manek Urai Lama

2.30 petang – Mengikut culaan selepas 75% keluar mengundi, PAS mendahului lebih kurang 1000 undi.Jika peratus undi bertambah, BN mungkin akan kalah teruk

2.00 petang – Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat di UPU Chuchu Puteri

1.50 tengahari – Anak-anak Abe Uji turut serta mengiringinya dalam sesi konvoi ke tempat-tempat pengundian.

Di Lata Rek setekat jam ini, petugas Pas masih kelihatan kuat meraih undi berbanding petugas BN yang nampaknya semakin putus asa, namum pada masa yang sama masih melalukan perangai yang tidak baik.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang telah melawati 4 buah UPU memberitahu, PAS mendahului 52%.

1.14 petang – calon PAS kini berada di Sekolah Kebangsaan Kg karangan, major

1.10 petang – Sehingga jam 12 tengahari tadi, kira-kira 68.4 peratus atau 8,475 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini.

12.59 tengahari – Pusat Pengundian Laloh – Dilaporkan, Seorang tua yang tidak mengundi pada tahun 2008 telah dibawa keluar oleh wanita UMNO Pulau Pinang tanpa pengetahuan penjaganya.

Wanita UMNO Pulau Pinang tersebut membawa orang tua tersebut bersama kad pengenalannya ke pusat pengundian Sk Laloh.

Walaubagaimanapun orang tua tersebut telah ditinggalkan bersendirian di dalam pusat pengundian dan kad pengenalannya tidak bersamanya.

Kini Mafrel sedang menguruskan isu tersebut, dan melaporkan kad pengenalan tersebut hilang. Orang tua itu sekarang ini berada di dalam pondok pos SPR.

Calon PAS juga kini kelihatan berada di pusat pengundian tersebut

12.34 tengahari – Peratusan keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi kira-kira 57%

12.30 tengahari – Keadaan di Pria kembali terkawal oleh pasukan polis

12.19 tengahari – Pusat pengundian Pria – keadaan tidak terkawal ekoran penyokong kedua-dua pihak menyerbu ke dalam tempat pusat pengundian

Ini bermula ketika pegawai spr datang memasuki pusat pengundian, ia telah diikuti pula oleh kereta berlambang Dacing. Penyokong PAS tidak berpuas hati dan mnyerbu pusat pengundian tersebut. Akhirnya penyokong BN turut menyerbu sama. Penyokong kedua2 pihak juga salin baling botol dan batu antara satu sama lain. Polis dilihat tidak dapat mengawal keadaan yang semakin teruk itu.

11.59 pagi – Peratus keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi ini sudah mencecah 57.6 peratus atau 7,085 pemilih menunaikan tanggungjawab – tiga jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.

11.46 pagi – Pertambahan crowd penyokong PAS di Sungai Sok bertambah 500 orang, BN hanya 300 orang sahaja.

11.46 pagi – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sedang meninggalkan Sekolah Kebangsaaan Manek Urai Lama, menuju ke tempat mengundi lain.

11.43 pagi – Keadaan di Sungai Peria diberitakan tegang, keadaan sekarang kelihatan kedua-dua penyokong parti bertanding berbalinagn botol. Polis sedang cuba mengawal keadaan.

11.38 pagi – Di Manek Urai baru, pengundi semakin berkurangan, kerana ramai pengundi yang telah keluar pagi tadi. Peratusan keluar mengundi 52%.

Keadaan semakin lengang, provokasi antar dua parti juga sudah tiada.

11.35 pagi – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sekarang berada di Sekolah Kebangsaaan Manek Urai Lama.

11.30 pagi – Bilangan crowd PAS di Sungai Peria meningkat 350 orang berbanding UMNO lebih kurang 250 orang sahaja, keadaan saling memprovokasi tetapi masih dalam keadaan terkawal.

11.22 pagi – Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.

Mereka meminta identiti mereka. Polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan mereka beredar dari situ.

Penyokong PAS itu turut mengoyak pelekat tersebut sambil melaungkan ‘penyamar’.

11.22 pagi – 200 orang penyokong PAS mula merapati pagar di sebelah pejabat kisdar, tempat pembayaran pengundi.

Jalan dari Kuala Krai – Manek Urai ketika ini sesak tidak bergerak.

11.20 pagi – Calon PAS, Abe Uji bersama pengiringnya masuk ke tempat pengundian di Sekolah Kebangsaan Lata Rek, bertemu dengan penyokong-penyokong PAS.

11.15 pagi – Lata Rek ketika ini, petugas semakin bertambah 4 kali ganda berbanding BN, mereka bertakbir, bertahmid dan bersama membaca doa Qunut Nazilah.

Sementara itu, petugas BN masih dalam keadaan pasif, tidak bergerak meraih undi mereka.

11.05 pagi – Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kelihatan sampai di UPU Manek Urai Baru.

10.58 pagi – Menurut Ketua Muslimat Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, di Lata Rek bilangan keluar mengundi ikut saluran 127 daripadanya penyokong PAS, manakala 20 lagi penyokong BN.

Setakat ini 50% bagi ketiga-tiga saluran telah keluar mengundi.

10.57 pagi – Di Temalir – lebih 40.59% pengundi telah keluar mengundi.

10.50 pagi – Di SK Manek Urai Lama, kira-kira 250 penyokong PAS balas-membalas sorakan dengan lebih kurang 200 penyokong BN.

Penyokong PAS menjerit “rasuah” dan “Altantuya” (Shaariibuu) kepada lawannya, dan kedengaran ungkapan lucah dari arah kumpulan BN yang berada di seberang sebatang jalan kampung.

10.45 pagi – Di UPU Manjor – 400 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mengundi, masih berbaki 646 pengudi lagi yang masih tidak keluar mengundi.

10.35 pagi – Peratus keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi ini sudah mencecah 38.3 peratus atau 4,706 pemilih menunaikan tanggungjawab – dua jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.

10.30 pagi – Daripada UPU Temalir, keadaan penyokong kedua-dua parti saling berhujah sesama mereka tetapi keadaan terkawal. Walaubagaimanapun penyokong PAS dilihat lebih bersemangat berbanding BN. Nisbah penyokong PAS : UMNO = 60 : 40.

10. 27 pagi – Dari kubu kuat UMNO, UPU Manjor, polis kelihatan ramai berada di pintu utama masuk ke kawasan mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Karangan, saluran 1 dan 2 semakin ramai yang telah mengundi, saluran 3 masih lagi kurang dan lengang.

Kawasan Kota Raja yang diketuai Dr. Siti Mariah Mahmod membantu keadaan di sana.

Manakala, petugas Pas UPU manjor dalam masa yang sama sedang menyediakan jamuan makan tengahari untuk para petugas PAS, 2 ekor kerbau dimaklumkan tumbang.

10. 25 pagi – Di UPU Laloh suasana agak tegang apabila penyokong BN dan PAS menyerbu sebuah rumah pengundi berebut untuk membawa pengundi ke tempat pengundian. Pengundi tersebut dimaklumkan pengundi luar.

9.50 pagi – Calon Pas, Abe Uji sedang berada di Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri, calon terpaksa menaiki matorsikal berikutan jalan masuk ke tempat pengundi yang sesak.

Keadaan disana dilaporkan tegang, muslimat dan puteri UMNO saling berperang mulut.

9.45 pagi – Di Pusat mengundi Manek Urai Lama, anggota keselamatan polis menggunakan sebuah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) meleraikan ketegangan yang berlaku disana.

Laporan memberitahu, ketegangan berpunca dari Umno Ketereh yang cuba membuat provokasi antara mereka dan PAS Ketereh. Umno Ketereh didakwa cuba melepasi had kawasan merayu undi parti masing-masing.

9.35 pagi – Di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru ketika ini, hanya saluran 1 dan 2 yang memenuhi dewan tempat mengundi, di saluran 4 masih ketara sedikit bilangannya waktu ini.

9.15 pagi – Laporan dari peti undi Sungai Sok, calon PAS, Abe Uji dengan diiringi isterinya, Kak Nah sedang bertemu dengan pengundi-pengundi di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.

Keadaan tegang disana berikutan pertembungan petugas perayu undi Muslimat PAS dan Wanita Umno, provokasi yang diberitakan dimulakan pihak Wanita Umno itu walaubagaimanapun dapat dikawal petugas keselamatan PAS.

9.10 pagi – Helikopter peronda polis mulai sesak diudara, memantau keseluruhan tempat seolah-olah Manek Urai di duduki pengganas.

9.08 pagi – Laporan dari 9 tempat mengundi, saluran 3 masih lagi lengang. Hanya saluran 1 yang di penuhi pengundi.

Kemungkinan pengisytiharaan cuti umum hari ini menyebabkan golongan muda dari saluran 3 mengambil sikap untuk mengundi tengahari nanti.

9.04 pagi – Laporan dari Sekolah Kebangsaan Manek Urai, takbir dan selawat bergema mengiringi pengundi-pengundi PAS.

9.00 pagi – Sementara itu, laporan dari Sekolah Kebangsaan kampung Karangan UPU Manjor, jalan ketika ini sesak berikutan laluan sempit menuju tempat mengundi.

Petugas jentera PAS lebih menguasai keadaan dalam merayu undi, hanya sebilangan kecil kumpulan puteri Umno kelihatan di kawasan tersebut.

Turut kelihatan pimpinan Muslimat, Dr. Siti Mariah Mahmud memerhati keadaan di sana.

8.30 pagi – Setelah 20 minit melihat keadaan di Sungai Peria calon Pas, Abe uji menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sok pula.

8.29 pagi – Kebanyakkan yang turun mengundi awal pagi ini adalah dari saluran satu.

8.20 pagi – Abe Uji telah masuk ke dalam tempat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria memerhati perjalanan proses pembuangan undi yang sedang berlangsung.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat telah beredar menuju ke tempat pengundian lain.

8.00 pagi – Kesemua 9 tempat mengundi rasmi telah dibuka.

Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sekarang berada di Sekolah Kebangsaaan Peria menyakskan pengundi-pengundi membuang undi.

7. 40 pagi – Suasana di empat-tempat pengundian meriah terutamanya di tempat calon PAS berada. Orang ramai sudah mula beratur untuk menyemak saluran mengundi masing-masing.

7. 30 pagi – Orang ramai mulai bertumpu di pusat-pusat pengundian.

7.00 pagi MANEK URAI, 14 Julai – Jalan utama Gua Musang – Kuala Krai kelihatan mula dipenuhi kenderaan, trafik bergerak lancar dari kedua-dua arah.

Laluan menuju ke tempat-tempat pengundi masih boleh dikawal. Di kiri kanan bahu jalan perayu-perayu undi mulai kelihatan.

Petugas jentera PAS mula mengambil posisi kerja masing-masing, mereka kelihatan lebih bersemangat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: