Posted by: wanhassan | July 10, 2009

choklat nisan umno menjelang pilihanraya manik urai

“Keputusan kabinet yang di umumkan oleh Muhyiddin Yasin semalam yang memansuhkan PPSMI bermula 2012 merupakan langkah terdesak UMNO dalam menghadapi pilihanraya kecil di Manek Urai. Kabinet juga yang telah meluluskan strategi baru untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.

Malah keputusan kerajaan untuk melaksanakan semula Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek Sains Dan Matematik dalam bahasa Malaysia, dan pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil di ajar dalam bahasa ibunda masing-masing berkuat kuasa pada 2012 adalah tidak berbaloi.

Ramai pemerhati melihat keputusan Muhyiddin itu adalah”political survival” UMNO di pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai ini. Persoalan timbul, kenapa umumkan pemansuhan PPSMI 2012 ketika kempen pilihanraya di Manek Urai rancak berjalan ? Kenapa 2012 dipilih untuk memansuhkan PPSMI? Sepatutnya tindakan itu boleh segerakan jika mereka melihat kepentingan rakyat perlu di utamakan. Di fahamkan projek mega PPSMI ini yang dianggarkan menelan belanja mencecah RM6 billion termasuk kontrak dengan pihak pembekal buku, komputer serta peralatan lain telah dimonopoli oleh kaum kerabat serta kroni-kroni terapat UMNO.

Semasa pelaksanaan PPSMI di buat pada 2003 kerajaan melakukan dengan tergesa-gesa tanpa membuat kajian mendalam mengenai impak dasar ini kepada masa depan pelajar. Sekarang kerajaan berkira-kira pula untuk memansuhkan dasar “gila” ini sepertimana di ucapkan ole Prof. Di Raja Ungku Aziz. Wajarkah kerajaan berbuat demikian ataupun ada maksud tersirat supaya di mansuhkan PPSMI pada 2012 untuk menjadi satu lagi “modal politik” UMNO pada PRU ke 13 nanti ?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: