Posted by: wanhassan | July 1, 2009

Kerajaan Kelantan akan menggunakan saluran politik dan diplomasi untuk mendapatkan bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion daripada kerajaan pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri juga mendapatkan pandangan dari beberapa firma guaman mengenai aspek teknikal, namun langkah itu masih di peringkat strategi.

Beliau berkata pihaknya yakin isu tuntutan royalti minyak dapat diselesaikan melalui saluran politik dan diplomasi, lapor Bernama.

“Saya yakin Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) akan pertimbangkan surat yang diberikan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya menjawab soalan ADUN
Pengkalan Kubor (PAS), Datuk Noor Zahidi Omar di sidang DUN Kelantan hari ini.

Husam berkata, beliau yakin kerajaan pusat akan mempertimbangkan pemberian royalti itu kerana Terengganu, yang pelantar minyaknya terletak 220 kilometer di perairan negeri itu menerima bayaran royalti minyak.

Katanya, pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer dari perairan Kelantan, maka jarak lebih dekat itu mewajarkan kerajaan pusat membuat bayaran royalti minyak kepada Kelantan.

Beliau berkata nama pelantar minyak berkenaan juga menggunakan nama bahasa Melayu, iaitu antaranya pelantar bunga raya, pelantar cakerawala dan pelantar bintang.

Katanya kesemua nama pelantar di dalam bahasa Melayu membuktikan
ia milik syarikat Malaysia, sekaligus Kelantan juga berhak membuat tuntutan royalti minyak.

Beliau berkata, kerajaan negeri hanya meminta antara RM850 juta dan RM1bilion dari kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum.

Beliau berharap tiada diskriminasi dilakukan terhadap Kelantan dalam bayaran royalti itu seperti yang pernah berlaku kepada Terengganu semasa PAS memerintah pada 1999 hingga 2004 iaitu peruntukan itu ditukarkan kepada wang ehsan.

Advertisements

Responses

  1. TAHNIAH 3X alhamdulillah walaupun menang majoriti sikit syukur kpd ALLAH yang masih menyayangi ore manek urai. Kalu ngundi besar bahaya 65 ni keno pakat gi noreh manek urai blako


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: