Posted by: wanhassan | June 27, 2009

CALON PAS N41 – MANIK URAI

umumcalon1
calon

MANEK URAI LAMA, 27 Jun – Teka teki siapakah calon PAS di Manek Urai akhirnya terjawab sudah. Pengumuan tersebut disempurnakan Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tepat jam 11.30 malam tadi, dekat sini.

Pengumuman yang menamakan Bendahari PAS kawasan Kuala Krai, Fauzi Haji Abdullah itu disambut dengan perasaan penuh yakin oleh hadirin bahawa kemenangan akan berpihak kepada PAS pada pilihanraya 14 julai nanti.

Menurut pihak urusetia penerangan, Fauzi yang menjadi calon pilihan PAS itu merupakan calon pilihan rakyat tempatan, malah beliau dikatakan mendapat kepercayaan tinggi dari penduduk tempatan untuk menggalas jawatan yang ditinggalkan Paksu Wei itu.

Malah, penduduk tempatan yang ditemui semuanya mengiakan kenyataan tersebut, “sememangnya calon kali ini calon pilihan dan tak patut kalah,” ujar Ismail, 54 yang merupakan anak jati tempatan.

“Seperti yang dijangkakan, sememangnya nama Fauzi yang akan diumumkan malam ini,” tambah sekumpulan pengundi muda ketika ditemui akhir majlis tersebut.

Majlis pengisytiharaan di padang sekolah yang berhadapan markaz Unit Peti Undi (UPU) Manek Urai Lama itu dipenuhi kira-kira 40 ribu orang yang rata-ratanya penduduk tempatan.

Majlis yang dipengerusikan Ustaz Baihaqi Atiqullah itu turut di hadiri pimpinan PAS Pusat, pimpinan PAS Kelantan, Exco-exco Kerajaan Negeri Kelantan, ahli-ahli parlimen PAS, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution.
banner_depan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: