Posted by: wanhassan | June 12, 2009

“Intailah aku sementara
nampak”…..
7 Jun 2009SHAH ALAM, – Rangkap ketiga pantun yang disampaikan mantan Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu cukup memberi erti yang sangat mendalam kepada hadirin Muktamar PAS ke-55.

“Tuai padi antara masak, nanti jangan layu-layuan, Intailah aku sementara nampak, nanti jangan rindu-rinduan,” kata Hj Mohamad Sabu ketika mengakhiri rangkap pantunya sebelum menamatkan ucapan penangguhan Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, dekat ini hari ini.

Bacaan pantun Hj Mohamad Sabu disambut dengan laungan takbir yang sangat gemuruh oleh perwakilan dan para pemerhati.

Selain itu, beliau juga secara seloroh berkata “…pergilah pimpinan-pimpinan muda ke Parlimen, ke DUN dengan berpakaian kemas , cantik dan elok…..biarlah Abg Mat keluar masuk ke mahkamah…”. Tegasnya lagi kerana keesokan hari (Isnin) beliau akan ke mahkamah kerana kes BERSIH selama 5 hari bermula 8-12 Jun 2009 dan pada 24-26 Jun 2009 pula untuk kes PROTES.

Terdahulu diawal ucapannya, Hj Mohamad Sabu yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Abang Mat’ mengutarakan beberapa isu membabitkan membedah demokrasi seperti isu rampasan kuasa di Perak, pelanggaran undang-undang oleh pihak polis, Umno/BN terhadap kuasa speaker di Perak selain isu memantapkan gerakan memansuhkan ISA.

Hj Mohamad Sabu juga menegur secara sinis kisah-kisah beberapa pimpinan PAS yang di kalangan ulama yang akhirnya menyertai Umno.

Beliau memberi contoh, Dato’ Nakhaie Ahmad yang digolongkan sebagai ulama (Ahli Majlis Syura dan Naib Presiden) yang akhirnya menyertai Umno hingga kini.

Hj Mohamad Sabu mahu PAS kekal dengan ideologi perjuangan tatkala melihat Umno/BN yang dikuasai Dato’ Seri Najib Tun Razak merosakkan kerajaan.

-Dipetik Dari HarakahDaily.Net-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: