Posted by: wanhassan | June 4, 2009

PRK MANIK URAI

PUTRAJAYA, 28 Mei (SK) : Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di Putrajaya hari ini tekah mengumumkan piliharaya bagi Dun Manik Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calon di adakan pada 6 Julai.

Pilihanraya dipanggil susulan kekosongan kerusi itu yang ditinggalkan penyandangnya Ismail Yaakub apabila pulang ke rahmatullah 22 Mei lalu.

Ismail, 60, daripada Pas memenangi kerusi Manik Urai sejak pilihanraya umum 1985 kecuali pada 2004. Pada pilihanraya umum ke-12, Ismail yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas Kuala Krai menewaskan Mohamed Zulkifli dari Barisan Nasional dengan majoriti 1,352 undi.

Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan parlimen Kuala Krai.

SPR akan menggunakan daftar pemilih yang dikemaskini sehingga Jumaat lalu.

Dun Manik Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang turut terdiri daripada Dun Dabong, Guchil serta Mengkebang.

Advertisements

Responses

  1. APA KATA KALAU UMNO MASUK BERTANDING ATAS LAMBANG UMNO SENDIRI…! MANIFESTO UMNO, LAMBANG UMNO, BENDERA UMNO……. BUKAN ATAS NAMA BEE END. CUBA SEKALI ANAK JANTAN!!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: