Ketika pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) beriya-iya mencanang persetujuan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Umno-BN Bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Ahli Parlimen Gua Musang itu menafikannya.

Malah, sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan persetujuan Tengku Razaleigh menyandang jawatan itu, Timbalan Presiden Umno turut mencadangkan beliau sebagai calon DUN Galas.

“Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,” katanya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Kenyataan ringkas itu adalah reaksi sulung Tengku Razaleigh yang kini berada di luar negara kerana melawat Queen’s University di Belfast, Ireland, terhadap pelantikan kontroversi itu.

Rentetan paparan twitter itu, bekas Presiden Semangat 46 yang dijadual pulang 9 Oktober ini, mendapat reaksi pengikut twitter yang bertanya: “Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari.”

Tanpa memberi sebarang kata putus, Teng Razaleigh hanya berkata: “Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan.

Galas: Ku Li tidak akan rasa hina jika jadi calon, kata Nazri
October 04, 2010KUALA LUMPUR, 4 Okt – Cadangan untuk menamakan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan tidak akan menjatuhkan darjatnya sebagai kerabat raja.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz berkata sebaliknya ia memberi penghormatan yang besar kepada veteran Umno itu kerana dapat mewakili rakyat.

“Sebagai seorang ahli Umno dan Majlis Tertinggi Umno, saya sokong kalau Tengku Razaleigh (gambar) bukan sahaja bersetuju jadi pengarah pilihan raya BN, tetapi juga menjadi calon.

“Tak ada soal darjat. Saya tidak merasa hina kalau kita menawar diri mewakili rakyat.

“Pada saya, Tengku Razaleigh tidak akan merasa hina kerana mewakili rakyat kerana itu adalah satu penghargaan yang paling tinggi yang boleh rakyat beri kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat Terminal Bas Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cadangan itu sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh sebagai seorang pemimpin veteran bertanding di peringkat DUN.

Kerusi DUN Galas itu kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Che Hashim Sulaima, 46, akibat barah usus pada 27 September lalu.

Dipetik Bernama, Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata dalam keadaan sekarang, adalah penting bagi Umno dan BN memastikan kemenangan berpihak kepadanya.

“Dalam politik, kita nak menang dan begitu juga dengan parti pembangkang. Tak ada yang masuk bertanding (pilihan raya) nak kalah. Itu politik gila namanya.

“Kita merasakan Tengku Razaleigh pemimpin yang boleh dapat sokongan padu bukan sahaja dari Umno tetapi juga dari rakyat dan kita nak menang,” katanya.

Hari ini, Setiausaha Agung BN yang juga Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata Tengku Razaleigh bersetuju untuk menjadi pengarah pilihan raya BN pada pilihan raya kecil Galas

Posted by: wanhassan | October 2, 2010

Muhyiddin pengecut lari dari tanggungjawab

Muhyiddin lari dari tanggungjawab

Tindakan Timbalan Perdana Menteri yang juga timbalan presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yaasin menyerahkan jentera pilihan raya kecil dewan undangan negeri (DUN) Galas dianggap sebagai “lari daripada tanggungjawab”, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Download:
FLVMP43GP

Katanya, telah menjadi kelaziman bagi BN meletakkan tanggungjawab pengarah pilihanraya di atas bahu timbalan perdana menteri tetapi kali ini, Muhyiddin menyerahkan beban itu untuk digalas oleh Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

“Kenapa Umno lari daripada norma biasa di mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin, yang mana (beliau) akan menjadi pengarah pilihan raya setiap kali pilihan raya kecil berlaku bagi BN.

“Kali ini kenapa dia (Muhyiddin) lari. Mana janjinya untuk jambatan di Manek Urai. Mana janji dia untuk memberikan sumbangan untuk warga tua di Manek Urai. Ke mana dia lari?” katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Salahudin berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung keputusan BN melantik Tengku Razaleigh mengetuai jentera BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaiman Isnin lalu.

Pada sidang media itu juga, Salahudin berkata PAS tidak menghadapi masalah walaupun ketua Umno Gua Musang yang mesra dengan panggilan ‘Ku Li’ itu akan mengetuai jentera pilihan raya kecil BN.

Ini kerana, dakwanya, parti itu mempunyai hubungan “sangat akrab” dengan ahli parlimen Gua Musang berkenaan kerana puteran raja tersebut pernah dan sedang bersama-sama PAS memperjuangkan isu royalti minyak di Kelantan.

Bagaimanapun, Salahudin turut mengingatkan supaya ahlinya tidak meremeh dan merendah keupayaan jentera pilhan raya lawan untuk mempertahankan DUN tersebut.

Menurutnya, PAS akan menghadapi “cabaran yang cukup besar”.

“Jentera pilihan raya parti perlu bersiap sedia. Jangan ada (ahli) yang terlalu yakin, (dan) rasa selesa untuk menghadapi pilihan raya. Tingkatkan keupayaan dan komitmen untuk mengadapi pilihan raya. Kita perlu menghadapinya dengan penuh kebjaksanaan,” katanya.

Katanya, PAS pusat akan bermesyuarat bagi membincangkan persediaan parti itu termasuk melantik pengarah pilihan rayanya yang akan diumumkan dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, mesyuarat berkenaan akan diadakan di Pusat Khidmat DUN Gombak Setia Ahad ini jam 3 petang.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim menewaskan calon BN Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Calon PAS itu mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi yang memperolehi 3,753 undi.

Majoriti pengundi di kawasan ini terdiri daripada seramai kira-kira 6,200 pengundi Melayu, diikuti 2,000 Orang Asal, 1,900 pengundi Cina dan juga India (170)

Posted by: wanhassan | October 2, 2010

APABILA JAHIL, REZEKI ALLAH PUN DITOLAK

APABILA JAHIL, REZEKI ALLAH PUN DITOLAK

KESIHAN tengok orang-orang tua yang telah diperbodohkan oleh Umno di P.Pinang. Sudahlah mereka dulu azab di bawah Bn, bila tiba masanya mereka ingin merasai sedikit kesenangan dan nikmat di bawah kerajaan PR, mereka dihasut oleh `Syaitan’ berwajah manusia. Begitulah nasib apabila kita tidak berilmu, sentiasa diperbodohkan oleh orang.

Bukan banyak pun, cuma dapat seratus ringgit sebagai sumbangan Kerajaan Negeri kepada mereka. Oleh kerana bodoh sombong, mereka pulangkan semula sumbangan itu. Paling menyedihkan, yang menghasut mereka untuk itu adalah sebangsa dengan mereka tetapi mereka itu jauh lebih kaya.

Ada di antara mereka itu sudah kekenyangan memakan gaji dan elaun dari Kerajaan Negeri sebagai Adun, tidak pula mereka mengatakan gaji atau elaun mereka hasil dari judi. Mereka mentekedarah semuanya dan memberi makan minum anak bini mereka.

Bukankah itu semua datangnya dari kewangan Negeri juga sama seperti seratus ringgit yang diterima oleh orang-orang tua tersebut?

Kerajaan Negeri telah mengesahkan duit itu datangnya dari sumber yang halal, tetapi mereka masih percaya kepada hasutan `Syaitan’ bertopengkan manusia itu. Kadangkala ada orang yang sudah biasa makan hasil dari yang haram, mereka tidak lagi mahu menerima hasil dari yang halal. Mungkin memakan bangkai lebih sedap dari memakan binatang halal yang disembelih.

Jika mahu pulangkan juga duit itu, mengapa tidak pulangkan terus kepada Kerajaan Negeri yang memberi wang itu kepadanya? Mengapa mesti menemui bapak penipu itu? Rugikah Kerajaan P.Pinang jika mereka pulangkan semua wang sumbangan itu? Sudah tentu tidak, kerana masih ramai lagi yang suka memakan hasil yang halal walaupun sedikit

Posted by: wanhassan | October 2, 2010

WANG HASIL JUDI DIPENANG ….?

TASEK GELUGOR, 2 Okt — Pemimpin PAS mencabar kerajaan pusat mendedahkan kepada umum jumlah kutipan wang cukai dosa sejak memerintah negara sepanjang lima dekad lalu ekoran tindakan Umno Pulau Pinang mempertikaikan ‘kesucian’ wang ihsan RM100.

Demikian dinyatakan oleh ahli jawatankuasa kerja pusat PAS Mohamad Sabu dalam ceramah isu semasa di Markas PAS, Pongsu Seribu di sini malam tadi berkata, kerajaan wajib berbuat demikian.

Menurut beliau lagi, kerajaan wajib mendedahkan kepada rakyat negara ini supaya perbezaan antara wang dari cukai dosa seperti pungutan dari sumber judi, arak, cukai rumah urut da pusat hiburan dapat diketahui.

“Tolong hebahkan melalui media massa termasuk media milik BN bahawa sehingga tahun 2010 berapa pungutan dari Toto, Magnum, Kelab Lumba Kuda, Carlsberg serta rumah-rumah urut yang bertaburan dalam negara telah mereka kutip.

“Ke manakah hasilnya jika bukan disatukan sebagai dana disatukan.

“Dari hasil penyatuan inilah gaji kepada kakitangan awam turut dimanfaatkan.

“Oleh kerana itu, sepatutnya Umno dan BN jangan memainkan isu sumber judi yang boleh memudaratkan mereka sendiri,” katanya lagi.

Mohamad juga menyelar tindakan Umno Pulau Pinang yang menimbulkan isu sumber judi di Pulau Pinang bagi membuktikan kepada rakyat kononnya kerajaan negeri tidak layak untuk memerintah.

“Umno di Pulau Pinang sepatutnya sedar, kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan apa-apa lesen judi.

“Kerajaan pusat yang mereka pimpinlah yang telah meluluskan lesen judi kepada Sports Toto, Magnum Corporation, Genting Berhad, agensi empat nombor ekor serta kilang-kilang yang mengeluarkan arak, pusat penjualan arak dan sebagainya,” katanya.

Mohamad berkata, seandainya isu ini terus dipermainkan oleh Umno dan BN, beliau yakin ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR), sebaliknya “tamparan seperti meludah ke langit akan mengenai batang hidung mereka sendiri.”

Katanya lagi, tiada perbezaan antara wang ‘sin tax’ yang dipungut oleh kerajaan pusat yang disatukan dengan pendapatan yang diterima oleh mana-mana kerajaan negeri sekiranya ia tidak diasingkan.

“Dalam konteks kerajaan negeri Pulau Pinang, mereka telah menyatakan terdapat lebihan dari peruntukan sebanyak RM20 juta bagi program penghargaan warga emas.

“Hanya RM10.7 juta yang telah digunakan. Lebihan sebanyak RM9.3 juta lagi masih ada hasil dari sistem cekap, akauntabiliti dan telus yang dilaksanakan,” tegas beliau.

Tambah Mohamad, usaha yang diambil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN kerusi Penaga, Datuk Azhar Ibrahim baru-baru ini supaya warga emas memulangkan wang penghargaan sebanyak RM100 yang diterima daripada kerajaan negeri juga tidak akan berjaya mempengaruhi majoriti masyarakat Melayu.

Beliau juga tidak menafikan kemungkinan sebilangan warga emas yang telah dibawa ke Pusat Khidmat ADUN Penaga dalam program mengembalikan wang tersebut adalah warga emas yang tidak mendaftar dengan kerajaan negeri atau pun telah diperdayakan bagi retorik politik Umno dan BN.

Baru-baru ini isu wang dari sumber judi yang dislaurkan kepada warga emas dan program miskin tegar telah ditimbulkan oleh Umno Pulau Pinang.

Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican telah meminta Ketua Menteri menjelaskan dakwaan yang telah dibuat oleh sebuah blog.

Ketua Menteri turut menafikan dakwaan yang disifatkan sebagai fitnah dan bohong oleh Umno dan BN di Pulau Pinang bagi meraih sokongan masyarakat terhadap mereka.

Ketua Menteri Lim Guan Eng sekali lagi menafikan dakwaan terbaru Reezal bahawa kerajaan negeri menggunakan sumber yang haram bagi program miskin tegar pula.

Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim juga telah menegaskan dakwaan bahawa wang dari Kelab Lumba Kuda sebanyak RM500,000 digunakan bagi program miskin tegar termasuk masyarakat Islam adalah satu pembohongan.

Sekretariat Pemuda PR sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan supaya kesemua 11 ADUN Umno di Pulau Pinang mengembalikan gaji dan elaun yang mereka terima sebelum ini sekiranya mendakwa sumber yang mereka terima itu adalah dari punca yang haram.

Posted by: wanhassan | October 2, 2010

UMNO MENCARI TALIAN HAYAT.TERSEPIT

TUAN tubuh masih belum mengesahkan apakah beliau menerima atau tidak tawaran BN untuk menjadi Pengarah pilihan raya kecil Galas. Beliau masih diluar negara dan diberitakan akan pulang ke tanah air pada 9 September ini. Cuma media sudah mengwar-warkan kononnya beliau, (Tengku Razaleigh Hamzah) sedia untuk menggalas tanggungjawab itu.

Kenyataan Muhyiddin Yassin itu yang mengatakan beliau telah bercakap sendiri dengan Tengku Razaleigh, dikuatkan dengan kenyataan orang kanannya, Adun Nenggeri, Mat Yusuf Abdul Ghani yang memberi tahu sebuah portal berita kononnya bosnya itu sudah menerima jawatan itu.

Sejauh manakah Yusuf mempunyai autoriti untuk mengesahkan kenyataan Muhyiddin itu bagi pihak Tengku Razaleigh.

Selagi pengakuan terima tanggungjawab itu tidak keluar dari mulut Tengku Razaleigh sendiri ia tidak boleh dipercayai. Kerja dilakukan kini bolehlah dianggap kerja memancing dan mengumpan Tengku Razaleigh semata-mata. Kalau Tengku Razaleigh kelabu mata mungkin kailnya akan mengena.

Tengku Razaleigh memang layak dan sesuai menjadi pengarah pilihan raya kecil Galas. Dialah paling berwibawa kerana sudah lama menjadi ahli parlimen Gua Musang. Sebab itu BN beriya mahukan dia. Sebab itulah Muhyiddin tiba-tiba memuja dan memuji Tengku Razaleigh Hamzah tidak semena-mena.

Muhyiddin bukan saja menawarkan Razaleigh sebagai pengarah, bahkan calonnya sekali. Benar kata Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub, Muhyiddin lari dari tanggungjawabnya apabila menghulurkan jawatan itu kepada Tengku Razaleigh. Apakah itu bukan pengecut? Selalunya kalau ada pilihan raya maka timbalan presidenlah menjadi pengarahnya.Mungkin Muhyiddin masih menghidu jebat kemaluan semasa di Manik Urai dulu.

Muhyiddin mungkin sudah serit dengan beberapa pilihan raya sebelum ini. Kemenangan BN di Hulu Selangor tidak memberi kepuasan kepadanya kerana beliau sendiri tahu rahsia kemenangan itu tidak berapa halal. Manakala kekalahan di pilihan raya kecil Manik Urai pula menjadi Muhyiddin tahu sejauh mana ledakan rakyat Kelantan kepada Umno. Jadi beliau tidak mahu lemas dalam lubuk sama dalam satu masa.

‘Tok Empat Umno Kelantan’, Mustapa Mohamed nampaknya tidak berkata apa-apa dengan cadangan Muhyiddin itu. Mungkin Muhyiddin langsung tidak menanyai dirinya. Apakah Mustapa sudah mulai sedar yang Umno Kuala Lumpur sudah tawar hati benar kepadanya?

Begitu pun Muhyiddin kena ingat, Tengku Razaleigh bukan pelahap nak jadi MB Kelantan. Dia nak jadi PM. Dia tidak perlu bertanding kerusi Dun. Dia mahu bertanding kerusi presiden Umno. Sebenarnya kalau Muhyiddin ikhlas menghormati Tengku Razaleigh, menyanjungi Tengku Razaleigh dia tidak berikan kerusi Galas, tetapi kerusi Perdana Menteri. Muhyiddin seharusnya berusaha memberi laluan kepada Razaleigh kalau beliau sudah tidak yakin dan tahu sejauh mana kredibiliti Najib Razak sebagai Perdana Menteri.

Semacam ada juga iras-iras yang Muhyiddin mahu menggunakan Tengku Razaleigh agar menjatuh Najib demi menyelamatkan kedudukannya. Apakah cadangan itu satu konspirasai yang diilhamkan Dr Mahathir Mohamad?

Justeru dalam tilikan saya bukan mudah Tengku Razaleigh hendak buat keputusan. Dia mungkin menghormati tawaran Muhydidin itu. Tetapi dia kena fikir. Dalam hal ini Tengku Razaleigh tidak boleh memikirkan maruah Umno Kelantan, tetapi beliau kena fikir kedudukan dan maruah sendiri dulu. Itu lebih penting.

Kalau Umno menang dalam pilihan raya itu ia tidak memberi banyak kelebihan kepadanya. Kedudukannya dalam politik Umno tidak berubah. Cita-citanya juga tidak akan tergamit. Beberapa hari saja selepas kemenangan Umno akan lupa peranan dan jasa Tengku Razaleigh memenangkan kerusi Galas itu. Umno akan mendabit dada kemenangan itu adalah hasil gembleng tenaga yang mantap sesama mereka. Lepas itu Tengku Razaleigh hanya akan terkulat-kulat macam cicak mabuk kapur.

Tetapi kalau kalah Umno akan persalahkan kepada Tengku Razaleigh. Umum akan melihat Tengku Razaleigh juga sudah hilang pengaruh dan taring. Dalam hal ini Umno sengaja nak menguji pengaruh Tengku Razalegih dalam pada itu kalau menang mendapat untung. Kalau BN kalah, Tengku Razaleigh akan dipersalahkan. Kehinaan yang besar akan diperolehi anak raja itu.

Penerimaan Tengku Razaleigh itu juga boleh merosakan reputasinya dengan Pakatan Rakyat khasnya Pas dan PKR. Ura-ura kononnya beliau akan mengganti atau diharap mengganti tempat Anwar Ibrahim juga akan termusnah. Sudah tentu Pas dan PKR akan melihat Tengku Razaleih bukan kawan tetapi lawan mereka. Demikian juga hasrat nak wujudkan kuasa ketiga bagi penentukan kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13 nanti akan rosak.

Saya tidak fikir kalau Tengku Razaleigh akan jadi sejinak itu. Pun begitu sukar juga nak tolak sebab dia orang politik apa lagi anak raja, mudah dipuja dia pujuk. Asalkan ada orang memikul tandunya ke hulu ke hilir ia akan ikut saja. Anak raja memang suka ketawa dari atas tandu.

Tengku Razakeigh perlu menoleh ke belakang dan mengenang sejarah jatuh bangunnya dalam politik serta apa yang Umno sudah perlakukan kepadanya. Tengku Razaleigh kena ingat kegemilangannya dan pengaruhnya di Gua Musang sudah mengecut sesuai dengan usianya. Hakikat ini boleh dilihat kepada sejarah pencapaiannya dalam pilihan raya di kerusi Parlimen Gua Musa sejak tahun 1974 hingga 2008.

Sebanyak sembilan kali Tengku Razaleig menyertai pilihan raya itu. Kesemua pilihan raya itu beliau menang. Tetapi kemenangannya naik turun. Ini dapat dilihat kepada majoriti yang diraihnya. Yang jelas selepas beliau kembali semula ke dalam Umno takala membubarkan Semangat 46, (1995) pengaruhnya terus menurun. Sokongan juga merosot. Dalam pilihan 1999 beliau menang dengan majoriti 2,923. Itupun kerana lawannya orang baru dalam Pas, iaitu Razak Abbas. Sudah pasti kalau Pas meletakkan calon lebih berwibawa Tengku Razaleigh mungkin kalah dalam pilihan raya 1999.

Pilihan raya 2004 majoriti Tengku Razaleigh naik kembali, tetapi ia tidak melebih 10,000. Majoriti tertinggi dicatatnya ialah dalam pilihan raya 1990 ketika bergabung dengan Pas di mana majoritinya 13,246 undi.

Majoriti Tengku Razaleigh dalam pilihan raya 2008 terus merosot di mana dalam pilihan raya itu beliau meraih majoriti 4,394 undi saja.

Putaran atau pasang surut pengaruh dan kekuatan ini perlu direnung oleh Tengku Razaleigh. Beliau tidak boleh syok dengan masa lalu. Beliau juga kena faham keadaan politik hari ini yang jauh berbeza. Jumlah pengundi muda juga sudah mengatasi pengundi tua yang mana sebelum ini menjadi penyokong kuatnya. Begitu juga sikap pengundi Cina sudah banyak berubah. Demikian juga Orang Asli yang selama ini menjadi rakyat marhaennya, tetapi kini sudah ada yang tahu membezakan warna bendera parti.

Dan apa yang saya bimbangkan sekiranya Tengku Razaleigh terpesona dengan pujian dan tepokkan Umno terhadapnya kini ianya sebuah perangkap terakhir untuk menghancurkan kerjaya politiknya. Pada saya kalau takdir calon BN kalah manakala Tengku Razaleigh menjadi pengarahnya kekalahan itu akan disandarkan kepadanya, walaupun apa yang dipikulnya hanya tanggungjawab demi cintanya kepada Umno namun beliau tetap menerima risikonya.

Catatan pencapaian Tengku Razaleigh dalam pilihan raya Gua Musang dari tahun 1974 hingga 2008.

1. 1974 – Menang tanpa bertanding
2. 1978 – 4,562 lwn Khaidir Khatib (Pas)
3. 1982 – 5,763 lwn Pak Chu Hji Hassan Tok Wali (Pas).
4. 1986 – 7,319 lwn Wan Rahim Abdullah (Pas).
5. 1990 – 13,246 Wan Ismail Wan Ibrahim (BN).
6. 1995 – 8,980 lwn Nik Ismail Wan Idris (Akim).
7. 1999 – 2,923 lwn Razak Abbas (Pas).
8. 2004 – 6,548 lwn Zulkefli Mohamad (Pas).
9. 2008 – 4,394 lwn Zulkefli Mohamad.

Posted by: wanhassan | September 30, 2010

SPR mesyuarat 6 Oktober tentukan tarikh Pilihan Raya Galas

SPR mesyuarat 6 Oktober tentukan tarikh Pilihan Raya Galas

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 6 Okt di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPR hari ini, satu sidang media akan diadakan oleh Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar selepas mesyuarat itu yang dijangka membincangkan tarikh penamaan dan pengundian untuk pilihan raya kecil itu.

SPR berkata ia telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berhubung kekosongan kerusi di kawasan DUN Galas pada Selasa lepas.

Kerusi DUN Galas itu menjadi kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, Ahad lepas ekoran barah usus dan beliau meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di sini.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim (PAS) berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi.

Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

Posted by: wanhassan | September 25, 2010

DEWAN PEMUDA PAS KELANTAN CABAR TUNJUKAN BUKTI

1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Saudara Anuar Safian seperti yang tersiar di beberapa media massa pada 22 September 2010. Beliau dilaporkan mengulas isu derma RM4 billion kepada Badan Perhubungan PAS Kelantan dengan meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat PAS Kelantan atas dakwaan kemungkinan melakukan penyelewengan.

2. DPPNK menyifatkan kenyataan Anuar Safian sebagai kenyataan melatah yang dikeluarkan atas sentimen politik yang keterlaluan. Sewajarnya Anuar Safian menggunakan pertimbangan akal yang waras sebelum mempercayai dakwaan adanya derma sebanyak itu. Atau adakah sebenarnya UMNO Kelantan khususnya Pergerakan Pemudanya sendiri kecut perut sekiranya derma tersebut benar-benar wujud lantas menyukarkan usaha UMNO menawan Kelantan?

3. Barangkali sudah lama UMNO khususnya di Kelantan menunggu-nunggu isu yang boleh menjatuhkan kredibiliti kerajaan Kelantan lantas bertindak pantas mengeluarkan kenyataan walaupun dakwaan yang wujud hanyalah samar-samar sahaja. DPPNK menasihatkan, jangan terlampau gelojoh memperlihatkan keghairahan menangani isu.

4. Selain itu, DPPNK juga kesal dengan dakwaan Anuar Safian yang mendakwa bahawa terdapat banyak isu penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan akhir-akhir ini. Anuar Safian yang mendakwa dirinya sebagai Pengerusi Orang Muda Anti Korupsi (OMBAK) sepatutnya bercakap berdasarkan fakta dan bukannya rekaan semata-mata. DPPNK dengan ini mencabar beliau supaya mendatangkan bukti sekiranya benar terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan. Amatlah sekali Pemuda UMNO Kelantan jika dipimpin oleh individu yang hanya tahu melemparkan tuduhan tanpa asas sama sekali.

5. DPPNK mencadangkan agar Pemuda UMNO Kelantan khususnya Saudara Anuar Safian supaya dapat menumpukan perhatian kepada isu-isu penyelewengan yang benar-benar berlaku. Atau sekurang-kurangnya mengawal pembahagian duit wang ehsan yang dirompak daripada royalti minyak Kelantan agar tidak dijadikan senjata politik oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

YB HAJI ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK)
Bertarikh : 13 Syawwal 1431H beersamaan 22 September 2010M

Posted by: wanhassan | September 25, 2010

Umno Terus Meniupkan Api Perkauman

Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) menyelar kenyataan Tun Dr. Mahathir yang juga merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia yang terus menerus meniupkan api perkauman. Terbaru, kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar ‘lidah rasmi’ UMNO iaitu Utusan Malaysia yang bertajuk Melayu Hilang Kuasa. Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata demikian dalam wawancara khas yang dipetik daripada laman web http://www.umno-online.com.

Persoalannya sekarang, benarkah apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir itu? Benarkah Melayu akan hilang kuasa dan ‘suara’ sekiranya pakatan pembangkang (disebut Pakatan Rakyat @ PR)? Jika diteliti kembali akan kenyataan beliau seolah-olah kenyataan tersebut dikeluarkan oleh mereka yang ‘tidak cerdik’ dan bukannya datang daripada seorang yang dianggap tokoh negarawan. Fakta-fakta yang diberikan menunjukkan beliau sememangnya mengesahkan teori beliau sendiri iaitu Melayu Mudah Lupa.
Mengambil contoh Kelantan yang diperintah oleh PAS selama 20 tahun dan 18 tahun sebelumnya, berapa inci tanah orang Melayu yang PAS telah khianati? Sedangkan kalau dilihat ekonomi Melayu di Kelantan lebih hebat jika dibandingkan dengan negeri yang diperintah oleh UMNO/BN. Terbaru, sebanyak 118 projek di Kelantan telah dibekukan sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991. Jumlah itu meliputi 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar tanah dari sepuluh jajahan di negeri ini. Bukankah Kelantan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat orang Melayu? Mengapa dihalang pembangunan negeri yang majoritinya orang Melayu jika UMNO benar-benar memperjuangkan Melayu?

Begitu juga ketika PAS & Barisan Alternative (BA) memerintah Terengganu setelah berjaya mengambil alih teraju pemerintahan negeri daripada UMNO/BN pada tahun 1999 yang mana ketika itu YB Dato Seri’ Tuan Guru Hj.Abd.Hadi Awang selaku Presiden PAS menjadi menteri besar telah memberi tanah kepada orang Melayu namun dirampas kembali setelah UMNO berjaya menawan semula Terengganu pada tahun 2004. Apakah ini tidak khianat namanya?

Fakta jelas menunjukkan bahawa PR ketika memerintah Perak selama 10 bulan, hanya 3,000 ekar tanah sahaja yang diberikan kepada orang cina sedangkan orang melayu juga mendapat 7,000 ekar. Itu pun setelah mereka menduduki tanah tersebut selama 70 tahun. Jika UMNO menuduh PAS boneka DAP, mengapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Hj.Abd.Latif (Pondok Pak Teh Kroh, Grik Perak) yang dipohon sejak 1996 telah diluluskan oleh EXCO PR pada tahun 2008 (setelah 12 tahun) sebanyak 45 ekar. Jika Dato’ Seri Nizar adalah merupakan boneka DAP, pastinya permohonan beliau ditolak. Kenapa tidak pemberian tanah seluas 7,000 ekar yang diberi kepada orang melayu tidak disebut? Siapa yang memerintah Perak sebelum ini kalau bukan UMNO/BN yang sanggup menahan permohonan orang Melayu walaupun untuk pembinaan sekolah agama. Berikut ini adalah bukti UMNO mengkhianati tanah orang Melayu di Perak :-

- 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

- 5,000 ekar di Bruas yang mana 1,500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR)

- 200 ekar Tanah Rizab Melayu (TRM) digadai kepada Perak Hanjoong (sekarang YTL) di Padang Rengas, Kuala Kangsar (dekat sebelah Lebuhraya PLUS)

Dan berikutnya tanah-tanah yang dikhianati oleh UMNO di negeri lain :-

- Pada tahun 1990 seramai 80 penduduk di Pantai Chenang, Langkawi yang tinggal di atas TRM dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort

- Sebanyak 930 hektar TRM di Kampung Mambau, N. Sembilan telah diambil untuk Projek Seremban 2 pada 1990.

- Juga pada tahun yang sama, 600 orang yang tinggal di situ, 26,000 hektar TRM di Tanjung Langsat – Tanjung Piai, Johor diambil oleh Kuok Brother Collabratioan UEM

Dan banyak lagi fakta-fakta lain. Hakikatnya UMNO menjadi punca tanah rezab melayu banyak tergadai terutamanya dizaman Tun Mahathir sewaktu menjadi PM dahulu. Ini baru isu tanah. Belum lagi bab saham bumiputera yang tinggal 2 bilion daripada 52 bilion, isu rasuah dan salah laku pemimpin. DPPP mencabar Tun Mahathir untuk berdebat secara terbuka siapa sebenarnya pengkhianat melayu.

DPPP merasakan sudah sampai masanya rakyat bersama-sama PR untuk mengubah lanskap politik Malaysia supaya kuasa menerajui negara tidak lagi diletakkan di ataskan bahu UMNO/BN kerana terlalu banyak bukti yang terang lagi nyata yang UMNO sememangnya penyebab utama Melayu mundur setelah 52 tahun memerintah. Bahkan buka sahaja Melayu, malah bangsa lain juga merasakan tidak selamat selagi mana ada UMNO yang jelas memperjuangkan dasar perkauman yang mengancam keselamatan negara.

Disediakan Oleh

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO DPPP

Posted by: wanhassan | September 23, 2010

CERITA PENGLIPOR LARA UMNO DAN 4 BILLION

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Cerita Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pada Hari Terbuka Program Transformasi Ekonomi (ETP) tidak ubah seperti cerita penglipurlara menyumbang derma RM4 bilion.

“Dua-dua penglipurlara. Tidak ada bezanya cerita Pendapatan Negara Kasar (GNI) meningkat hampir RM1.7 trilion yang didakwa dalam program ETP di Kuala Lumpur dengan kisah derma RM4 bilion kepada PAS Kelantan di Kota Bharu.

“Yang seronoknya, Umno percaya kedua-duanya. Penglipurlara ETP sudah tentulah Umno percaya sebab mereka hendak paksa rakyat pula turut mempercayainya. Dengan pemikiran ala ETP itu, kisah penglipurlara derma RM4 bilion juga mereka telan dengan rakus,” kata beliau sambil merujuk gesaan supaya ‘derma’ RM4 bilion itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga laporan polis mengenainya.

Posted by: wanhassan | September 22, 2010

MINYAK OOO MINYAK TAK KABAR PUAK 2 KITA

Siapa perasan? Siapa yang sedar? Mungkin taukey minyak tahu. Sibuk sangat kita dok bace kisah Datuk Sosilawti kena bunuh, kena songlap duit berjuta, rupanya kerajaan BN dalam senyap menaikkan harga minyak masa dekat raya baru-baru ini. Kerajaan BN dah macam penyamun tarbus. Rakyat sedang sibuk berposa. Sedang sibuk menguruskan persiapan raya. Sedang memandu untuk pulang berhari-raya… alih-alih tup! Dinaikkan minyak.

Takde sepatah haram pun berita dalam surat khabar ke? Pengumuman di Media TV akhbar ke? Yang ada pengumuman Hari Raya lepas tu dok pusing sampai hancur cerita pembunuhan kejam Datuk Sosilawati. Tapi tahukah kita Kerajaan BN ini menjadi pencekik darah secara senyap. Para pemimpin membuat keputusan dan tindakan dalam selimut seolah-olah Negara ini mak bapak dia yang punya. Apa peduli dia kepada kesusahan rakyat.
Bagi Umno apa dia kisah harga minyak naik ke tidak. Penulis sendiri pun dok isi minyak tak perasan. Itupun setelah sahabat memberitahunya dan ditunjukkan resit pembayaran minyak samada diesel dan petrol sudah dirembat oleh Kerajaan BN kenaikan 0.5 sen setiap satu liter. Bagi penyokong UMNO mungkin tak kisah. 5 Sen pun bising ke? Tetapi berapa banyak penggunaan minyak sehari di Malaysia? Jika merujuk Statistical Review of World Energy yang dikeluarkan oleh British Petroleum, penggunaan minyak di Malaysia juga menunjukkan peningkatan sehingga 499 ribu tong sehari pada tahun 2006. Sekarang 2010 sudah pasti dah lebih. Letaklah 500ribu tong sehari X 159 X 5 sen ( 1 tong = 158.987 liter). Hah RM 3975000!

Tapi siapa yang sedar? NGO PROTES yang selalu protes harga minyak naik pun tak sedar. Apatah lagi penyokong UMNO.Bagi pendokong UMNO memang bersyukur dengan segala tindakan pemimpinnya mungkin sujud syukur kot. Nak cari macammana pemimpin bijak seperti pemimpin UMNO-BN yang memerintah kini. Kalau tanya pemimpin UMNO pasti jawapannya: “RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik.” Hah… nasib ko le Labuuu….

Bagi rakyat ada dua pilihan sahaja. Samada lingkupkan kerajaan UMNO-BN dalam pilihanraya ke-13 nanti dan kita sama-sama martabatkan kerajaan PR di Putrajaya atau pilihan kedua buat seperti pakcik ni. Diam aje. Tak menyusahkan orang. Biarlah UMNO memerintah sampai kiamat!

Posted by: wanhassan | September 22, 2010

TUKAR SAJA KERAJAAN SATU MALAYSIA

“Assalamualaikum,,..
Dasar manusia yang menghalakan cara untuk mencapai matlamat tidak akan sedar.Apabila kita menentang keujudan sekolah hamil tampillah mereka membela kononya untuk membantu anak gadis yang hamil kerana berzina.Kononnya anak gadis yang hamil ini akan dikaunseling kearah memberi mereka peluang kedua.Tapi apakah corak kaunseling itu?Adakah kelas kelas mengaji agama sejak dari asas sehinga ke peringkat paling advance?Kalau tidak ada, tak usah melaunglah kaunseling yang berasaskan ideologi akal tidak akan berjaya.

Di samping itu kenapa kaunseling hanya kepada mereka yang sudah hamil? Di mana kaunseling kepada yang belum hamil dan yang belum pandai berzina.Sikap kepada idea sekolah hamil ini tidak ubah cari penyakit dan kemudian ubati penyakit serta pertahankan tindakan mengubat penyakit yang sengaja dicari dengan alasan alasan yang menarik sambil menyalahkan pihak lain yang menentang.

Kalau beginilah sikap orang melayu jangan terperanjat satu hari nanti negara kita akan menjadi macam negara negara barat dan orang orang melayu sama macam orang orang barat yang sudah hilang pedoman.Kalau ditanya siapa jua pun dari kalangan orang melayu, pasti mereka tidak mahu anak anak mereka terjebak dengan kehamilan luar nikah tetapi mampukah mereka menghalang arus maksiat yang melanda negara?Maka di situ jawabnya kepada soalan apa yang kita buat ketika menentang penubuhan sekolah hamil.Kita menentang maksiat dan menentang maksiat turut melibatkan usaha menukar kerajaan yang ada.Kita tidak akan terjebak dengan hujah hujah orang orang yang mempertahankan penubuhan sekolah hamil sebagai satu usaha membasmi masalah kerana kita yakin kalau keseluruhan pembasmian maksiat termasuk penguatkuasaan undang undang Islam tidak dibuat segera, tak ada satupun idea mengatasi masalah akan membawa kepada kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat.

Oleh itu, kenapa peningkan kepala memikirkan langkah mengatasi kejadian hamil luar nikah, ayuh bersama kita usahakan agar kerajaan yang ada ditukar pada PRU akan datang.

Kepada pembela sekolah hamil, tak usah angkuh dengan usaha kamu itu dan tak usah sombong kononnya kamulah yang pandai mencari penyelesaian kepada masalah yang kamu sendiri puncanya..Insaflah kawan dan ayuhlah bersama kita menukar kerajaan.

Posted by: wanhassan | September 22, 2010

Anwar Persoal Akaun 1 Malaysia Development Fund Berhad

KETUA Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan beberapa perkara mengenai akaun 1Malaysia Development Fund Berhad (1MDMB). Berikutan itu satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Berikut disiarkan sepenuhnya kenyataan beliau itu yang dikirimkan kepada saya lewat tengah hari ini.

Seperti yang diumumkan, 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) diperuntukkan RM5 bilion pada tahun 2009 melalui penerbitan bon jaminan kerajaan. Baru-baru ini, 1MDB juga bercadang mendapatkan pinjaman tambahan sebanyak RM5 bilion. Pinjaman RM5 bilion baru ini tidak akan dijamin oleh kerajaan Malaysia secara langsung, malah akan diselesaikan melalui penerbitan beberapa bon sejumlah RM10 bilion yang disokong oleh kerajaan (state-backed bonds).

Ini bermaksud 1MDB akan menanggung liabiliti jangka panjang sebanyak RM15 bilion menjelang tahun 2013. Jumlah itu 4 kali ganda besar jumlahnya berbanding dengan nilai bon yang dikeluarkan untuk projek Port Klang Free Zone (PKFZ), iaitu bernilai sekitar RM3.685 bilion.

Kini bertiup kencang berita bahawa audit akaun untuk tahun fiskal yang sepatutnya berakhir pada Mac 2010 belum dapat dimuktamadkan. Terdapat spekulasi bahawa juruaudit enggan menandatangani akaun tersebut kerana terdapat banyak percanggahan. Lazimnya, juruaudit enggan menandatangani akaun yang diauditnya apabila wujud masalah serius dalam akaun tersebut.

Oleh kerana jumlah yang membabitkan dana awam sebegitu besar, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskan kepada khalayak samada berita mempunyai kebenaran atau tidak.

Difahamkan berdasarkan kunci kira-kira (balance sheet), kenapakah 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) boleh mengaut keuntungan yang tidak diasingkan (unappropriated profit) sebanyak RM121.79 juta.

Ianya menjadi satu tanda tanya apabila liabiliti bukan semasa (non-current liability) adalah sebanyak RM4.39 bilion sahaja dan bukan RM5 bilion seperti yang diumumkan oleh 1MDB. Ke mana hilangnya sejumlah RM610 juta? Kita difahamkan juga berdasarkan kunci kira-kira tersebut, pinjaman sejumlah RM37 juta diperlukan sedangkan deposit kategori aset semasa (Deposits with licensed financial institutions) adalah sebanyak RM782.12 juta.

Lazminya, kategori aset semasa (current assets) merujuk kepada kategori di mana transaksi dapat dilakukan bila-bila masa dalam tempoh waktu kurang daripada 12 bulan. Sebaliknya, jika deposit kategori aset semasa tidak dapat digunakan untuk membuat pembayaran, bagaimana Other payables sebanyak RM99.43 juta dapat dibayar dengan Other receivables yang hanya berjumlah RM16.15 juta?

Manakala itu kita difahamkan menurut penyata pendapatan pula, dana tersebut mendapat keuntungan sebanyak RM439.83 juta tetapi tidak pasti bagaimana sesebuah dana sebegitu boleh mendapat keuntungan tersebut. Biasanya ‘keuntungan’ diperoleh melalui pelaburan. Butiran hasil (Other income) diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan lain yang berkaitan.

Di samping itu, apakah status pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada 1MDB? Apakah kerajaan memberikan pengecualian sepenuh kepada 1MDB dan apakah rasional kerajaan dalam hal ini? Adakah item ini merujuk kepada status kewangan Terengganu Investment Authority Berhad sebelum bertukar nama kepada 1MDB? Pada 11 Jan 2010, kerajaan mengumumkan bahawa Yayasan 1MDB telah ditubuhkan bagi mengendalikan satu dana tanggungjawab sosial (CSR) yang bernilai RM100 juta. Adalah difahamkan juga, jumlah RM100 juta tersebut tidak muncul sama ada dalam penyata pendapatan atau kunci kira-kira.

Semenjak 1MDB yang sebelum ini bergelar Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) diperkenalkan oleh pentadbiran Najib, pelbagai pertanyaan wujud berhubung peranan 1MDB, pelaburan 1MDB dan perkembangan-perkembangan berkaitan khususnya dalam peranan PetroSaudi dan jutawan bernama Jho Low. Apakah peranan Jho Low dalam 1MDB khususnya dalam projek pembangunan semula pangkalan Sungai Besi?

PetroSaudi hanya dikenali ramai selepas penubuhan sebuah syarikat usaha sama bersama 1MDB dengan modal berjumlah AS$2.5 bilion (RM8.5 bilion).

Akibat dari pengurusan yang tidak telus, makanya begitu banyak persoalan yang muncul. Ini mengingatkan kita kepada dengan penubuhan ValueCap yang bernilai RM10 bilion pada 2002. ValueCap tidak membawa sebarang makna selain memangkin segelintir syarikat sahaja dalam pasaran saham, mengulangi bentuk salah guna kuasa dan salah agih dana awam yang berlaku pada tahun 1997.

Operasi ValueCap penuh dengan misteri (rahsia) sehingga orang ramai tidak mengetahui transaksi apakah yang telah dilakukan. Lebih-lebih lagi, ValueCap mendapatkan pinjaman daripada KWSP dengan kadar faedah rendah. Ini menimbulkan kebimbangan dana tersebut digunakan untuk menyelamatkan kroni besar dalam Bursa Malaysia.

Kini kita khuatir dana awam yang disalurkan kepada 1MDB juga akan mengalami nasib yang sama sepertimana dengan beberapa usaha kononnya untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Berselindung di sebalik hasrat yang dipamerkan sebagai satu langkah yang bermakna, akhirnya hanya menguntungkan segelintir sahaja dari kalangan mereka yang rapat dengan pemerintah.

ANWAR IBRAHIM

KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Posted by: wanhassan | September 22, 2010

Tengku Faris Sultan Kelantan Ke-29

Tengku Faris Sultan Kelantan Ke-29

PENGISTYHARAN pemasyhuran Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Fariz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 41 yang disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Bentara Setia Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di Istana Balai Besar Kota Bharu hari ini, 4 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010, merupakan Sultan Kelantan yang ke-29 dalam sejarah kesultanan Kelantan.

Baginda Tengku Faris diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu Kelantan. Baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelatan tanggal 6 Oktober 1985 dalam usia baginda 16 tahun.

Baginda mempunyai tiga orang adik beradik, Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Muhamad Fakry dan Tengku Amalin A’Ishah Puteri.

Tengku Faris yang dianggap sebagai anak raja yang berjiwa rakyat dan kuat beragama, tidak menghairankan kerana baginda mendapat didikan agama sejak dari kecil lagi. Sejak kecil lagi baginda diasuh dengan didikan agama di istana dan diajar oleh beberapa ulamak terbilang.

Baginda mendapat pendidikan sekolah di Sekolah Sultan Ismail I, Kota Bharu (1976 – 1981). Selepas mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dengan mendapat 5A, baginda dimasukkan di Sekolah Alice Smith School Association Jalan Balemy Kuala Lumpur (1981 – 1983).

Sebelum berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran di Okham School Rutlanda sehingga tingkatan 3. Baginda juga menamatkan A Lavel di sekolah yang sama pada tahun 1987. Sebenarnya sebelum berangkat ke England baginda sudah khatam Quran.

Pemilihan baginda sebagai Sultan Kelantan bagi mengganti ayahandanya, Tengku Ismail Petra Ibni Amarhum Sultan Yahaya Petra dilihat tepat kena pada masanya. Pemilihan baginda juga seperti sireh dipulangkan ke ganggang kerana baginda adalah anakanda Sultan Ismail Petra yang pertama dan baginda juga merupakan Tengku Mahkota Kelantan. Permasyuran hari ini juga dinanti-nanti dan ditunggu sekalian rakyat Kelantan.

Sesungguhnya selain dari pemasyhuran hari ini yang dibuat dibawah Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua), mencatat sejarah tersendiri, ia juga memberi signifiken lain kepada kerajaan Kelantan yang diperintah Pas hari ini. Semasa menjujung duli pada upacara pemasyhuran itu perkataan atau laungan lazim didengar, iaitu Daulat Tuanku diganti dengan takbir Allahuakbar sebanyak tiga kali. Kejadian ini belum pernah berlaku pada upacara-upacara persis itu selama ini.

Pertukaran ini menunjukkan betapa Baginda Sultan Kelantan ingin mengubah atau meletak sesuatu yang tinggi nilainya ditempatnya dan menggambarkan kehambaan beliau sebagai seorang hamba Allah dan tidak mahu bersubahat dengan sesuatu yang syirik dan biadaah.

Seperti mana kata Nik Aziz upacara penabalan akan dilakukan tidak lama lagi. Apapun majlis pada hari ini sangat penting kerana ia akan menamatkan kemelut dan pergeseran Istana Kelantan yang berlaku sejak lebih setahun lalu.

Pergeseran berlaku bila mana ada pihak tertentu yang kurang senang sekiranya pengganti kepada kepada Sultan Ismail diambil alih oleh Tengku Fariz Petra. Justeru ada beberapa tindakan mahkamah untuk menghalang taradisi berkenaan. Di mana mengikut perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan, sepatutnya anakanda sulung yang sihat, bersih dan mulia budi pekertinya diangkat menjadi sultan sebagai mengganti ayahanda baginda.

Mengenai perwatakan dan syaksiah Tengku Faris ini ia memang mendapat pujian dan sanjungan rakyat jelata. Kemurahan dan kerajinan baginda berangkat dan mencemar duli, melihat sendiri keadaan hidup rakyat dengan mata kepala sendiri menjadi sebutan dan sanjungan. Baginda juga tidak mementingkan protokol dan senantiasa membuat lawatan dalam keadaan mengejut.

Apa yang pernah saya sendiri saksikan sungguh mengejutkan. Semasa Tuan Guru Abdullah Abdul Rahman (Pondok Lubuk Tapah) meninggal dunia, baginda berangkat menziarahi jenazah kemudian berangkat sekali lagi untuk sama-sama menyembahyangi jenazah Allahyarham. Tok Guru Abdullah Lubuk Tapah dianggap sebagai tok gurunya sendiri. Semasa Allahyarham hidup baginda kerap mengunjungi tuan guru berkenaan.

Baginda datang tanpa ada protokol, dengan berpakaian jubah putih dan kopiah banginda berada di saf hadapan menyembahyangi jenazah bersama orang ramai. Tidak ada kelihatan baginda mengutamakan kedudukan dan darjatnya. Tempat duduknya juga sama seperti makmu lain saja. Baginda juga senang bersalam dengan sesiapa saja.

Begitu juga semasa Ramadhan tahun lalu baginda turut sama bersembahyang tarawaih di Qhariah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Mohamamad ke-IV bersama segenap lapisan rakyat. Kedatangan baginda secara mengejut itu benar-benar memeranjatkan para pegawai istana dan juga pegawai kerajaan dan orang politik Kelantan.

Bayangkan bagaimana gelabahnya para pegawai kerajaan dan pemimpin politik apabila tahu yang baginda sudah berada di Qhariah Ramadhan itu tanpa dibentangkan apa-apa carpet merah untuk lalauan baginda, dan keberangkatan itu pun tidak dihebahkan.

Selain itu baginda juga sering turun ke daerah-daerah untuk mendirikan solat Jumaat. Baginda Tunku Faris akan membuat kunjungan rambang untuk mendirikan solat tanpa memberi tahu terlebih dahulu kepada imam atau pembesar setempat. Cara begitu untuk membolehkan baginda mengetahui realiti sebenar di masjid berkenaan dan tidak mahu menyusahkan rakyat menyambut keberangkatannya.

Misalnya seperti mana dituturkan Datuk Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud, semasa baginda berangkat ke masjid Siram, Pasir Mas baru-baru ini tidak semena-mena selepas solat Jumaat baginda menziarahi seorang Guru Pondok, Haji Sulaiman yang sakit. Baginda tidak pun ada jadual untuk melawat Haji Sulaiman tetapi sebaik diberitahu baginda terus ke rumah Guru Pondok itu.

Lawatan secara tiba-tiba itu menyebabkan para pegawai istana, pegawai daerah yang menjadi pengiring sedikit kelam kabut dan rasa bersalah. Namun baginda tidak peduli kepada protokol itu dan tidak berkecil hati atas apa yang berlaku. Apa yang penting baginda dapat berjumpa dan melakukan ziarahi tuan guru berkenaan.

“Tuanku tidak sagan silu dan kekok. Baginda duduk di kerusi buruk saja di samping Tok Guru Haji Sulaiman dan bertanya khabar penuh ramah mesra,” begitulah cerita Nasaruddin.

Pada masa lain baginda juga pernah bersama rakyat melakukan korban Aidiadha. Apa yang meruja dan mengejutkan rakyat, baginda sendiri yang melalukan penyembelihan. Darah lembu yang mercik ke jubah baginda dilihat rakyat sebagai indah dan disitulah kerendahan budi dan kebesaran hati Tengku Faris sebagai seorang raja.

Atas kemurahan, kerajinan dan mesra rakyat baginda itu semualah menggambarkan kehambaan dan sikap tawaduk yang tinggi yang ada kepada Tengku Muhammad Faris Petra, Sultan Kelantan yang baru

Posted by: wanhassan | September 22, 2010

politik pak mat trafik kata sayuti pada awang adek

KATA Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Awang Adek Hussein Kelantan akan dibekalkan air bersih sekiranya Umno memerintah Kelantan. Selagi lagi Awang Adek patah balik ke belakang dan terus bermain dengan tektik politik Pak Mat Trafik. Tahukah macam mana politik Pak Mat Trafik.

Pak Mat ini gila. Dia selalu duduk dekat bulatan Tuan Padang di Kota Bharu bertindak sebagai polis trafik. Bila lapar dia akan minta duit dengan orang seringgit. Kalau bagi dua ringgit atau lima ringgit dia tidak akan ambil. Dia hendak seringgit saja. Pak Mat Trafik tidak pernah mengubah nilai mata wangnya, seringgit dari awal hingga ke akhir. Nah begitu jugalah politik Umno di Kelantan tak pernah melakukan anjakan paradigma.

Budak bodoh pun akan dapat menduga dan menilai politik rendah mutu oleh Awang Adek itu.

Kalau benar Umno nak bantu rakyat Kelantan, Awang Adek tidak payah tunggu Umno menang, perintah Kelantan beliau boleh bekalkan air bersih kepada rakyat Kelantan pada hari ini juga. Masalah air bersih di Kelantan sudah sampai ke tahap yang menggerunkan sekali. Benar kata Awang Adek di mana-mana orang memperkatakan tentang air berwarna perang di Kelantan. Kalau rendam baju putih bertukar jadi merah. (Mungkin air di rumah wakil rakyat saja yang bersih dan putih).

Kenapa Awang Adek hendak mendenda rakyat Kelantan. Bila beliau berjanji begitu, kalau Umno tidak menang bermakna rakyat Kelantan terus menikmati air berwarna. Apakah begitu yang harus dilakukan oleh seorang pemimpin? Seorang berkelulusan Phd memilik doktorat seharusnya tidak bingung seperti ketua cawangan yang hanya lulus SRP dan SPM gread tiga.

Berhantilah melakukan politik hukum, denda yang telah diamalkan sejak berzaman dulu. Politik sedemikian dilakukan Umno sejak Awang Adek belum menganggotai Umno lagi. Tidakkah Awang Adek menyedari hukuman atau politik denda begitu tidak pun merubahkan keadaan. Orang Kelantan tetap juga memberi sokongan kepada Pas.

Awang Adek asalnya orang kampung. Kampungnya di Perupuk Bachok Kelantan. Dia anak petani dan pemajat pokok kepala. Dia seharusnya bersimpati dengan nasib orang kampung. Orang kampung gembira bila orang cerdik seperti Awang Adek jadi pemimpin. Mereka ingat boleh tumpang. Yalah orang kampung yang susah dan miskin akan mengetahui penderitaan dan denyut nadi orang kampung.

Tetapi bila Awang Adek juga berperangai macam golongan bangsawan, mendenda orang kampung, memperolok-olok orang kampung apa bezanya Awang Adek dengan golongan bangsawan. Biarlah golongan bangsawan saja yang memperolok-olokkan orang kampung. Yang menjadikan orang kampung sebagai badut, kemudian mentertawakan rami-ramai. Kita orang kampung bantulah nasib orang kampung.

Saya tidak yakin ugutan Awang Adek itu akan diendahkan oleh rakyat Kelantan. Mereka akan tetap minum air perang atau berkeladak daripada memangkah Umno cara Awang Adek hendak lakukan itu. Belajarlah keperibadian dan perangai unik orang Kelantan. Kalau kamu melakukan ugutan, desakan ataupun nak tunjukkan babil henelan, mereka sedikitpun tidak hairan.

Kalau kamu seribu kali henelan, mereka berjuta-juta kali henelaan. Sebab itulah walaupun susah, payah, daif mereka tetap memilih Pas parti yang berlemah lembut.

Cuba Awang Adek kata Umno akan salurkan air bersih walaupun tak menang pilihan raya, saya percaya ada orang Kelantan yang istyharkan menyokong Umno sampai mati. Kalau Awang Adek tetap juga bermain politik Mat Trafik itu saya kira tak guna beliau masuk politik, baik duduk di Bank Negara saja.

Orang berfikir macam Awang Adek dan Setopa anak lelaki Setwa tidak memberi guna satu setengah dinar Kelantan pun kepada rakyat Kelantan. Tidak. Tak percaya tanya Mat Maslan? [wm.kl. 11:10 am 14/09/10]

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan apakah kemungkinan tragedi yang menimpa empat mangsa ini termasuk Datuk Sosilawati dapat dielakkan jika polis telah dapat bertindak dengan tegas sejak awal sebaik sahaja menerima laporan mengenai suspek utama tahun lalu..

Kes Sosilawati: Mangsa mungkin selamat jika empat aduan awal diselesai?

Beberapa pihak mempersoalkan apakah kemungkinan nyawa jutawan produk kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dapat diselamatkan jika polis telah menyelesaikan empat aduan termasuk membabitkan seorang ahli perniagaan dari India yang didakwa hilang sebelum ini.

“Yang saya mempersoalkan ialah apakah kemungkinan tragedi yang menimpa empat mangsa ini termasuk Datuk Sosilawati (gambar) dapat dielakkan jika polis telah dapat bertindak dengan tegas sejak awal sebaik sahaja menerima laporan mengenai suspek utama tahun lalu?” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar

Sehubungan itu kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini, pihak polis perlu memberi penjelasan terperinci status laporan yang dibuat terhadap suspek utama yang kini dikaitkan dengan pembunuhan Sosilawati sepanjang tahun lalu.

“Polis mengakui mereka pernah menerima aduan mengenai kehilangan sebelum ini termasuk laporan mengenai kehilangan seorang warga India.

“Oleh itu saya hendak bertanya apa tindakan polis ke atas aduan-aduan ini… apakah hasil siasatan ke atas aduan-aduan itu,” kata beliau.

Mahfuz menambah, apakah suspek utama ini kemungkinan tidak dapat ditangkap sekiranya tragedi terbaru ini tidak berlaku dengan suspek akan kekal bebas.

“Nampaknya suspek ini hanya dapat ditangkap selepas Sosilawati dan tiga lagi mangsa sudah menjadi abu,” kata beliau lagi.

Dua orang peguam adik-beradik termasuk seorang yang bergelar “Datuk” yang dipercayai menjadi “dalang” kejadian pembunuhan Sosilawati dan tiga mangsa lain yang dibunuh, dibakar dan abu mereka dibuang ke dalam sungai.

Semalam, polis juga mendedahkan pihaknya ada menerima aduan terhadap adik-beradik itu yang berusia 38 dan 41 tahun berhubung kehilangan tiga orang lain tahun lalu.

Seorang jutawan dari Chennai, India dikatakan pernah terlibat dalam perniagaan usaha sama dengan adik-beradik berkenaan.

Mengikut laporan media, ahli perniagaan berkenaan dikatakan telah dipujuk agar datang ke Malaysia tahun lalu dan menyewa sebuah rumah di Bandar Sungai Emas, Banting.

Ahli perniagaan itu dilaporkan kelihatan bersama adik-beradik berkenaan selama beberapa bulan sebelum hilang.

Pada Februari lalu, keluarga ahli perniagaan berkenaan datang ke Banting tetapi tidak dapat berhubung dengannya.

Keluarga berkenaan kemudian membuat laporan polis tetapi tidak ada perkembangan selepas itu.

Semalam polis mengesahkan pembunuhan Sosilawati dan tiga lagi selepas dilaporan hilang sejak awal bulan ini.

Sosilawati kali terakhir dilihat berada di Banting pada 2 September lalu ketika membeli kerepek.

Termasuk adik-beradik itu lapan orang ditahan setakat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.

Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.

Selain Sosilawati, pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Mengenai motif kejadian tragis itu, Bakri berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Malah menurut Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka.

Dalam kenyataannya, Mahfuz menambah, penahanan suspek utama ini juga ada kaitan dengan dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang berkata, polis tidak harus dikenakan tekanan dalam menjalankan tugas dan operasi mereka.

“Apakah ini menandakan apa yang diperkatakan oleh Musa adalah betul, di mana polis menerima tekanan daripada pihak atasan,” katanya.

Musa memberikan kenyataan itu beberapa hari sebelum bersara semalam.

Dalam pada itu, kenalan rapat Sosilawati menganggap peristiwa tragis dan kejam yang menimpa jutawan kosmetik itu sebagai sesuatu yang sukar diterima.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang merupakan rakan serta jiran Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak berkata selagi DNA tulang yang ditemui belum mengesahkan ia adalah Sosilawati, selagi itulah beliau masih berharap ada harapan untuk melihat rakannya itu pulang.

“Saya masih berharap akan berlaku keajaiban dan sehingga belum dapat dipastikan saya tidak menganggap dia telah menjadi arwah,” katanya ketika mengunjungi keluarga Sosilawati hari ini.

Beliau berkata penduduk di sekitar Taman Harmonis yang prihatin atas apa yang menimpa Sosilawati telah membuat solat hajat sejak beliau dilapor hilang dan ia akan berterusan sehingga mendapat pengesahan.

Bagi Datuk Suhaimi Ibrahim yang merupakan setiausaha politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pembunuhan yang berlaku itu sukar dipercayai kerana ia sesuatu yang sangat kejam, zalim serta tidak bertamadun.

Beliau yang merupakan kenalan rapat Sosilawati sejak tujuh tahun lepas, berkata kali terakhir beliau dihubungi Sosilawati ialah pada 29 Ogos lepas iaitu sehari sebelum Sosilawati bersama tiga lagi mangsa ke Banting bagi urusan pembelian tanah.

“Sosilawati menghubungi saya untuk berjumpa pada tarikh itu bagi mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai penjualan tanahnya di Bukit Jambul, Pulau Pinang tetapi saya tidak boleh menemui beliau pada hari itu kerana ada urusan lain dan saya maklumkan padanya untuk bertemu pada 31 Ogos,” katanya.

Beliau berkata pada 31 Ogos, beliau cuba menghubungi Sosilawati untuk mengesahkan pertemuan itu tetapi panggilannya tidak dijawab.

“Sangat pelik bila dia tidak jawab telefon sebab Sosilawati jarang buat begitu, kalau ada ‘miss call’ dia akan cepat-cepat telefon semula. Pada 1 September saya cuba menghubungi beliau lagi tetapi telefonnya dimatikan,” katanya.

Beliau berkata pada pertemuan mereka sebelum bulan puasa, Sosilawati pernah memaklumkan kepadanya tentang tanah itu selain hasrat untuk menyenaraikan syarikatnya dalam bursa saham.

“Beliau merupakan ikon wanita, beliau salah seorang pelopor usahawan kosmetik yang menjadi ikutan dan contoh pada usahawan lain,” katanya.

Sementara itu adik Sosilawati, Masturi Lawiya berkata malam ini solat hajat dan kenduri tahlil akan diteruskan di kediaman Sosilawati manakala solat hajat dan tahlil turut diadakan di rumah ibu bapanya di Batu Pahat semalam.

Pengusaha stokis produk kecantikan Nouvelle Visages di Kampung Baru pula berkata beliau mengenali Sosilawati sejak tahun 1985 dan sepanjang perkenalan itu Sosilawati adalah seorang wanita yang baik hati dan dermawan.

“Kali terakhir kami berjumpa sebelum Ramadan lalu dan amat sukar untuk mempercayai apa yang berlaku. Diharapkan anak-anak dan keluarga Sosilawati tabah dan redha dengan apa yang berlaku,” katanya yang enggan namanya disiarkan

Posted by: wanhassan | September 15, 2010

UMNO dan PERKASA.. sama-sama nak MAMPUS

UMNO dan PERKASA.. sama-sama nak MAMPUS!!
Posted by Anak Sungai Derhaka at Tuesday, September 14, 2010

Ini adalah artikel yang disiarkan oleh sebuah Blog yang menyokong UMNO menyentuh tentang isu pertelingkahan UMNO dan PERKASA yang mana disifatkan oleh sesetengah pihak hanyalah sandiwara..

Perbalahan UMNO/ PERKASA membunuh diri masing-masing.

Lanjutan kepada apa yang saya tulis dalam ‘posting’ saya semalam saya sukacita memberikan pandangan peribadi saya terhadap apa yang sedang berlaku diantara UMNO/BN dengan PERKASA.

Dengan selaran yang dilemparkan kepada PERKASA dan pemimpinnya Ibrahim Ali, dengan sendirinya PERKASA nampak sebagai satu NGO yang digeruni oleh BN dan UMNO.

Jika tidak geruni masakan PERKASA dijadikan ‘target’ selaran oleh pemimpin UMNO dan MCA. UMNO menunjukkan garangnya dengan kenyataan-kenyataan Ketua Pemudanya, Khairy yang tidak habis waktu dan masa membidas Ibrahim Ali dengan ‘name calling’ yang saya anggap keterlaluan datang dari seorang yang mempamirkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang hebat.

Tindakkan pemimpin UMNO dan BN memutuskan untuk berputus arang dengan PERKASA sudah pasti memberi sumbangan yang bukan sedikit kepada kejatuhan UMNO dan seterusnya BN.

Masalahnya jika kesemua pemimpin-pemimpin UMNO bersatu untuk menjauhkan PERKASA, mungkin UMNO boleh memberikan ‘consequence’ yang ‘negative’ terhadap PERKASA, tetapi hakikatnya ada dikalangan pemimpin besar UMNO memainkan jari-jaru kecil mereka dengan memberikan sokongan sencara senyap-senyap kepada PERKASA; baik dari moral dan belanja penyelengaraan badan NGO yang berbau politik itu. Kos untuk bergerak untuk PERKASA bukannya kecil.

Tetapi untuk menyalahkan UMNO menyelar PERKASA juga tidak wajar kerana UMNO benar-benar terjejas dengan apa yang dilakukan oleh NGO itu. Akhirnya UMNO ditempatkan diposisi yang tersepit, tetapi UMNO sebagai sebuah parti tentulah terpaksa menentukan sikap dengan kehadziran badan yang dipelopori Ibrahim Ali ini.

PERKASA dengan ‘attribute’ dan penampilan sebagai kumpulan ‘ultra’, telah menjadikan MCA rakan kongsi pemimpin UMNO dalam politik dan perniagaan itu merasa terancam telah menyalahkan UMNO kerana membiarkan PERKASA menjadi perkasa, maka MCA juga memberikan reaksi yang sama ‘chauvinistic’ dengan PERKASA untuk mendapatkan dokongan dari bangsa Cina.

Seperti UMNO, MCA juga mempunyai masalah yang besar dengan bangsa yang dipimpinnya. Orang-orang Cina lebih cenderung untuk memberikan dokongan kepada DAP. DAP yang selama ini dimomokkan dengan imej negatif oleh media massa sudah tidak lagi mempunyai masalah untuk diterima rakyat terutamanya bangsa Cina.

Malahan orang Melayu juga sudah mula menerima parti ini sebagai parti yang tidak seburuk yang dimomokkan oleh pemimpin BN dan media massa sejak berdekad yang lalu. Malahan dalam isu PERKASA yang mana MCA begitu vokal menyebabkan MCA pula dianggap sebagai parti yang sangat ‘chauvinistic’; melebihi DAP.

Malahan usaha yang dilakukan oleh DAP untuk meletakkan beberapa calun Melayu diperingkat Parlimen dan Dun-Dun diseluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang telah dapat mengambil hati ramai pengundi-pengundi Melayu. Dalam keadaan orang Melayu yang sedang tidak berpuas hati terhadap MCA, sedikit sebanyak kompromi dari DAP mereka (Melayu) akan memberikan dokongan kepada DAP dengan agak mudah.

Apa kah kemungkinan yang akan berlaku kepada PERKASA? Didalam sesuatu pergaduhan yang menag juga akan merasakan kesakitannya. Bagi PERKASA ianya akan hanya membantu mengurangkan undi BN dengan pergaduahn secara terbuka ini.

PERKASA sedang melakukan apa yang kita tidak terkejut dilakukannya; iaitu untuk berdedia meletakkan calun-calun dalam pilihanraya yang akan datang. Ramai diantara pemimpin-pemimpin PERKASA sedang membuat ‘sampling survey’ untuk menilai samada mereka akan mendapat sokongan orang ramai jika mereka meletakkan calun-calun bebas menetang BN dan PR dalam pilihanraya yang akan datang.

Dalam politik negara kita selalunya calun-calun bebas hanyalah merupakan calun perosak undi melainkan calun itu ada keistimewaan khusus yang boleh membawa kemenangan kepada mereka. Dalam sejarah adalah nama seperti Cik Gu jabar dari salah satu kawasan DUN yang telah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri diatas keistimewaan nama beliau dan tiket bebas.

Beliau hanya boleh menang diatas tiket bebas dan beliau telah tewas dalam pertandingannya buat penggal yang keempat apabila beliau bertanding dengan tiket parti PEKEMAS. Tetapi dalam keadaan sekarang rakyat tidak akan memilih mana-mana calun bebas kerana calun bebas akan hanya dianggap sebagai pengacau kepada parti-parti yang serius bertanding.

Dr Mahathir pun kalah didalam pertandingan untuk menjadi perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu walaupun telah menjadai Perdana Menteri selama 22 tahun, apa tah lagi jika beliau bertanding diatas tiket bebas dalam pilihanraya umum misalnya.

Jika ada pun yang berkemampuan untuk dipilih sebagai calun bebas dikalangan yang ada pada hari ini ialah Tengku Razaleigh Hamzah diGuaMusang bagi UMNO dan Anwar Ibrahim diPermatang Pau dari PKR.

Jadi jika PERKASA bercita-cita untuk meletakkan calun bebas didalam pilihanraya nanti ianya hanyalah mimpi disiang hari. Bagi saya PERKASA mesti kekal sebagai NGO yang memperjuangkan apa yang sekarang dilalaikan oleh UMNO. Jika itu pendirian kekal PERKASA maka NGO itu akan menjadi NGO yang mempunyai ‘consequence’ yang penting untuk menentukan siapa yang akan berkuasa selepas ini.

Bagi PERKASA ianya patut tetap dengan pendiriannya untuk memperjuangkan orang Melayu seperti yang telah dilakukan oleh UMNO dulu dulunya. Hanya sekarang ini sahaja UMNO dan pimpinan sudah merasa takut untuk memperjuangkan bangsanya. Pemimpin UMNO sekarang penuh dengan kepura-puraan; depan orang Melayu cakap mereka berlainan jika mereka bercakap dihadapan bangsa asing. Ini merupaka ‘indication’ jelas yang pimpinan UMNO sudah tidak lagi ‘berpelir’ dan sentiasa berada didalam keadaan was-was dalam menentukan arah tuju perjuangan mereka.

Bagaimana tidak was-was jika pemimpin-pemimpin UMNO sendiri mempunyai isu-isu besar masing-masing. Bagaimana hendak menyuruh anak berjalan betul jika mereka sendiri berjalan benkang bengkok. Masakan seseorang itu mampu berjalan lurus diatas jalan yang bengkok. Sebaliknya tidak ada sesiapa pun boleh berjalan bengkok diatas jalan yang lurus.

Kita tunggu sahaja apa yang akan UMNO lakukan kepada ahli-ahlinya yang menjadi orang-orang kuat PERKASA ini. Mungkin UMNO kena tunggu arahan dari MCA dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakkannya terhadap PERKASA. Khairy mungkin terpaksa tunggu arahan Wee Ka Siong dulu


Posted by: wanhassan | August 29, 2010

Sekali Lagi Rakyat Kelantan Cipta Sejarah

HARI ini Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarah supaya Felda membayar ganti rungi sebanyak RM11 juta kepada 554 orang peneroka Felda Kemahang, Tanah Merah Kelantan.

Arahan itu muktamad dan ini bermakna Felda tidak ada ruang lagi untuk mengelak bagi tidak membayar ganti rugi berkenaan. Dengan arahan mahkamah itu ini bermakna sah bahawa Felda telah menipu dan menganiaya 554 orang peneroka berkenaan.

Setiap orang peneroka akan menerima bayaran sebanyak RM25,000 hingga RM35,000. (Banyak tu?) Mereka terpaksa tunggu selama lebih 10 tahun bagi mendapat hak mereka yang disonglap oleh Felda.

Mungkin peneroka berkenaan tidak lagi berhajat kepada wang berkenaan, dan ada setengahnya sudah meninggal dunia. (Abang sepupu saya yang juga peneroka awal di situ telah meninggal dunia dua tahun lepas. Selain beliau saya ada tiga lagi sepupu dan empat bapa tiga pupu).

Keputusan Mahkamah Persekutuan itu memalukan Felda berkenaan. Sebuah agensi kerajaan yang disanjung dan dipuja untuk membangun dan merubah nasib orang mikisn, tetapi didapati menipu para peneroka. Felda secara rakus telah memakan harga titik peluh peneroka.

Sepatutnya para pegawai Felad Kemahang memohon kemaafan kepada para peneroka atas kejadian itu. Kalau pengurusnya sudah meninggal dunia tetapi pengurus yang masih hidup harus menjadi galang ganti. Kalau boleh menteri bertanggunjawab terhadap Felda, Mat Maslan juga perlu memohon maaf atas apa yang berlaku sebagai mewakili anak pencetus idea menuduhkan lembaga berkenaan. Kalau Tun Razak masih hidup tentunya dia merasa malu dengan apa yang berlaku itu.

Apa yang berlaku itu satu pengajaran kepada Felda. Sudah tentu ia akan menjadi percedent kepada peneroka lain untuk mengambil tindakan yang sama. Baru-baru peneroka Felda Serting, Negeri Sembilan mengemukakan saman di mahkamah di Seremban. Rasanya selepas ini akan banyak lagi peneroka di tanah-tanah rancangan di seluruh negara akan mengambil tindakan yang sama. Ha… jaga Mat… jaga.

Bukan itu saja agensi kerajaan lain juga akan mengambil tindakan sama. Era kini eza agensi kerajaan mengambil tindakan ke atas kerajaan. Semua ini kerana penyelewengan, salah guna kuasa sudah tidak terbendung lagi.

Kemenangan dan kejayaan peneroka Felda Kemahang ini juga satu sejarah dan kemenangan kepada rakyat Kelantan. Ia sekali lagi membuktikan kehebatan dan keberanian orang Kelantan. Inilah kes pertama membabitkan peneroka dengan pengurus Felda. Hanya orang Kelantan saja yang berani menyaman Felda.

Syabas kepada peneroka Felda Kemahang Kelantan dan tahniah juga kepada dua orang peguamnya, Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusuff atas kejayaan itu. Mungkin sudah lama peneroka ingin menyaman Felda tetapi tidak ada peguam yang berani dan sanggup berdepan dengan Felda yang dikawal oleh kerajaan. Sekali lagi syabas kepada semua pihak terlibat dalam kes saman berkenaan.

Posted by: wanhassan | August 29, 2010

brahim ali gomo belako

Ogos — Perkasa pimpinan Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali hari ini memberi tekanan baru ke atas Datuk Seri Najib Razak dengan meminta Perdana Menteri menjelaskan konsepnya 1 Malaysia, yang sesetengah pengkritik menganggapnya sebagai slogan cetek dan tidak membantu meredakan ketegangan kaum.

Ibrahim berkata, konsep 1 Malaysia telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak dengan mendakwa ia merujuk kepada soal kesamarataan antara kaum.

“Kami meminta Perdana Menteri menjelaskan konsep 1 Malaysia,” kata wakil rakyat Pasir Mas ini kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Ibrahim (gambar), Perkasa mahu konsep itu berasaskan pada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 153 merujuk kepada hak keistimewaan Bumiputera dan membolehkan kerajaan mengadakan kuota di institusi pengajian tinggi, peluang pekerjaan sektor awam dan permit.

Malah, Penasihat DAP Lim Kit Siang juga mempersoalkan keberkesanan konsep 1 Malaysia, yang dibawa Najib sejak dilantik sebagai Perdana Menteri April 2009, ekoran insiden-insiden bersifat perkauman dengan dua pengetua mengeluarkan kenyataan berbaur rasis.

Perkasa mengemukakan gesaan itu ketika negara membuat persediaan untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 Selasa ini.

Ibrahim juga mencabar Najib agar membentangkan resolusi Parlimen untuk menggugurkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan jika konsep 1 Malaysia benar-benar merujuk kepada soal kesamarataan.

“Adakah beliau boleh berbuat demikian?” kata Ibrahim lagi.

Najib menyatakan pendirian terbukanya dua hari lalu berhubung kenyataan rasis pengetua sekolah di Johor dan Kedah terhadap pelajar Cina dan India.

Kata beliau, pentadbirannya tidak akan bertolak ansur dalam isu-isu berkaitan dengan perkauman.

Perkembangan itu membawa kepada Lim semalam memberi tempoh 60 jam agar Najib mengambil tindakan terhadap pengetua-pengetua terbabit, menjelang Hari Kemerdekaan, jika tidak ia akan membuktikan dasar tidak bertolak ansur itu hanya pendekatan perhubungan awam semata-mata.

Hari ini, Ibrahim turut membidas masyarakat Cina yang menuntut agar kuota 30 peratus bagi Bumiputera digugurkan.

“Kaum ini tidak menghormati orang Melayu sebagai bangsa ketuanan,” katanya.

“Mereka tidak menghormati kerana tamak. Orang Melayu merupakan 67 peratus penduduk negara ini. Kami hanya meminta 30 peratus,” katanya.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik.

Berita ini pastinya disambut gembira oleh ahli dan penyokong Umno-BN. Bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat kenyataan ini silap hari bulan sebagai satu perangkap kepada mereka.

Jika sebelum ini bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat segala sokongan dan aktiviti mereka dilakukan secara senyap-senyap kerana pelbagai tekanan dan ugutan yang diterima. Ancaman itu datang daripada guru besar atau pengetua yang menjadi penyokong kuat Umno atau pemimpin Umno setempat.

Bagi mereka yang dikesan terlibat dengan politik selain daripada Umno mereka berdepan risiko dikenakan pelbagai tindakan. Antaranya ditukar ke pedalaman atau tempat berjauhan dengan keluarga serta dinafikan Anugerah Cemerlang dalam perkhimatan walaupun menunjukkan prestasi dan sumbangan yang jauh lebih baik daripada penyokong dan pengampu Umno di sekolah.

Manakala ahli dan penyokong Umno selama ini secara terbuka terlibat aktif dalam politik. Pentadbir sekolah akan hanya memekakkan telinga dan memandang sebelah mata seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Mana-mana guru besar dan pentadbir yang menyokong Pakatan Rakyat juga tidak berani menegur kerana bimbang daripada pengaruh pemimpin Umno setempat.

Kenyataan KSN ini sebenarnya akan menjadikan ahli dan penyokong Umno di sekolah lebih ‘besar kepala’ dan bermaharajalela menyebarkan dakyah politik mereka.

Bagi guru-guru kumpulan A yang pro Pakatan Rakyat yang hendak tunjuk berani pastinya akan berdepan pelbagai risiko. Bagi saya kebenaran kepada kumpulan A berpolitik sebenarnya hanya menguntungkan politik Umno semata-mata bagi ahli dan penyokong Pakatan Rakyat langkah ini sebenarnya hanyalah satu perangkap dan jerat kepada mereka.

Posted by: wanhassan | July 28, 2010

LAGI ISU PASIR

SHAH ALAM 27 Julai – Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron berkata masalah yang bakal didepani rakyat negeri itu bukan krisis kekurangan air, tetapi kenaikan kadar air disebabkan kerajaan Umno-Barisan Nasional enggan menyerahkan pengurusan industri air kepada kerajaan negeri tetapi sebaliknya meneruskan agenda penswastaan air yang diberikan kepada syarikat milik kroni.

Kata beliau tindakan kerajaan pusat yang sengaja melambatkan penyelesaian penstrukturan semula syarikat pengurusan air di Selangor menyebabkan usaha kerajaan negeri menyediakan perkhidmatan bekalan air terbaik kepada rakyat terhalang.

Sehubungan itu Dr Badrulamin membidas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air supaya berhenti mengelirukan rakyat dengan menimbulkan kemungkinan krisis air di Selangor menjelang 2014.

“Dakwaan Selangor menghadapi krisis bekalan air bertujuan memberi alasan untuk menaikkan kadar air. Hujah Datuk Seri Peter Chin mengulas Menteri Besar Selangor adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

“Pandangan Menteri tersebut jelas sekadar bertujuan untuk mengalihkan tumpuan terhadap isu pengambilalihan pengurusan industri air di Selangor, bukannya melihat pada pokok pangkal masalah sebenar yang berpunca daripada kerajaan Umno-BN,” jelas beliau dalam satu kenyataan.

Menurut beliau lagi, sekiranya kerajaan Umno-BN terus menghalang penstrukturan semula industri air di Selangor, pihaknya yakin kadar air akan meningkat disebabkan oleh pembinaan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor dengan kos RM8 bilion, sementara kerajaan negeri mampu melaksanakan projek tersebut pada kos RM2 bilion sahaja.

Kedua, pihak pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang tidak telus, antaranya gaji tahunan Pengerusi Eksekutif Syabas mencecah RM5.1 juta setahun atau RM425,000 sebulan.Ketiga, kegagalan pihak Puncak Niaga Bhd menaiktaraf loji rawatan air yang sudah uzur dan tidak mampu untuk merawat air dan kadar pembaziran air yang berterusan akibat air tanpa hasil (NRW) yang tinggi.

Tambah Dr Badrulamin, dasar penswastaan industri air itu juga hanya menguntungkan kroni pimpinan politik Umno-BN.

Air, tanah, sumber mineral merupakan milikan negeri Selangor, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk menjaga hak rakyat Selangor kata beliau.

“Antara usaha kerajaan negeri untuk menghalang Syabas yang bertindak sebagai alat kerajaan pusat bagi merampas hak rakyat Selangor ialah mencadangkan pengambilalihan industri air di Selangor, serta memberikan air percuma bagi setiap penggunaan 20 meter padu.

“Rakyat lebih berkeyakinan di bawah kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kerajaan negeri mampu mengurus pentadbiran industri air dengan jauh lebih telus dan berkesan,” jelas beliau.

Posted by: wanhassan | July 28, 2010

Sahkan penglibatan pegawai yang sokong BN sahaja

KUALA LUMPUR, 27 Julai: Pengumuman Ketua Setiausaha Negara (KSN) bahawa pegawai pendidikan (guru) grad DG41 ke DG48 boleh aktif politif bukan satu dasar baru kerana ia telah diamalkan sebelum ini.

Namun pengumuman KSN itu hanya mengesahkan penglibatan mereka dalam Umno atau lain-lain parti BN sahaja, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

“Apabila mereka memerlukan pengesahan pihak atasan bermakna mereka tidak bebas sebenarnya. Hanya mereka yang menyokong BN sahaja akan mendapat kelulusan dan yang hendak sokong pembangkang hanya menghulurkan kepala mereka sahaja untuk dipancung.

“Hasilnya tiada kebebasan sebenarnya,” kata Mustafa dalam satu kenyataannya kepada media.

Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini yang memaklumkan, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pegawai pendidikan kumpulan itu aktif politik dengan syarat ia mendapat kelulusan bertulis dari Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.

Sebelum ini, hanya kumpulan sokongan dibenarkan aktif politik iaitu bertanding atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik.

Sementara itu, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim juga mempunyai pendapat yang sama dengan Mustafa dalam hal ini.

“penglibatan pegawai pendidikan dan kerajaan hanya boleh aktif politik BN dan bukan sebaliknya,” kata Zaid dalam Twitternya.

Bagi beliau, langkah ini hanya untuk mengesahkan (formalise) apa yang telah sedia berlaku sebenarnya, ia tidak menghairankan,” tulis Zaid lagi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad pula yang menyambut baik pengumuman Mohd Sidek itu berkata, kebenaran itu harus dibenarkan kepada semua pihak, tidak kira mereka menyokong kerajaan atau Pakatan Rakyat.

“Sepatutnya sudah lama kerajaan benarkan guru terlibat dengan politik. Tapi jangan dibenarkan untuk parti kerajaan sahaja sebaliknya kena diberikan kepada semua terpulanglah kepada mereka untuk menyokong parti politik mana.

“Tidak kisahlah mana-mana ideologi politik. Sebelum ini kita pun tahu walapun mereka tidak dibenarkan berpolitik tapi banyak aktivis mereka (BN) terlibat,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, kerajaan tidak perlu gusar untuk membenarkan guru atau pegawai-pegawai jabatan kerajaan terlibat dalam politik khususnya pakatan Rakyat kerana mereka tidak pernah mengabaikan tugas di tempat kerja atau melanggar arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

“Selama ini kita lihat orang yang terlibat dengan Pakatan Rakyat khususnya PAS, mereka orang yang profesional dalam tindakan mereka. Mereka berkerja dengan tekun walaupun kerajaan yang ada ini kerajaan BN. Mereka tidak sabotaj kegiatan atau arahan kerajaan di peringkat pusat,” katanya yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau juga mahu kebenaran berpolitik itu turut diberikan kepada penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) supaya mereka mempunyai kesedaran politik sejak awal lagi.

Ujarnya, masalah lambakan orang muda yang tidak mendaftar sebagai pemilih berpunca daripada tiadanya kesedaran politik sewaktu mereka di kampus.

“Kita harapkan pelajar-pelajar juga dibenarkan untuk terlibat dengan supaya ada satu kesedaran politik di peringkat kampus lagi. maka tidak timbullah sekarang ini masalah orang muda tidak mahu daftar mengundi kalau mereka diterapkan dengan kesedaran politik sewaktu belajar,” katanya.

Sementara itu, nada yang sama turut diutarakan pengerusi lajnah pendidikan PAS, Datuk Abu Bakar Chik yang mahukan kerajaan telus dalam memberikan kebenaran itu.

“Kita mahu biar peraturan ini jadi satu peraturan yang telus untuk dipraktikkan oleh guru dan rakyat untuk bekerja membantu parti-parti politik, tidak kira kerajaan atau pembangkang,” katanya.

Beliau juga berharap kebenaran itu dimanfaatkan oleh guru-guru untuk memperjuangkan Islam.

“Kita harap kebenaran ini diambil oleh guru-guru bagi memperjuangkan keadilan Islam dalam negara ini. Sebagai guru dia boleh memimpin pelajar dan memimpin masyarakat.

Namun beliau menyuarakan sedikit kebimbangan kebenaran itu digunakan Umno BN untuk kepentingan politik meraka.

Hal ini kerana katanya, beliau mendapat maklumat bahawa terdapat guru besar yang ditawarkan untuk memegang jawatan di cawangan dan bahagian Umno.

“Saya mendapat maklumat ada pejabat pelajaran negeri yang pengarahnya pro Umno meminta guru supaya memegang jawatan di cawangan dan bahagian.

“Jadi saya minta kementerian telus dalam memberi kebenaran ini. Jangan digunakan untuk memperalatkan guru untuk kepentingan mereka,” katanya.

Hari ini, Mohd Sidek membuat pengumuman bahawa kebenaran itu berkuat kuasa mulai 1 Ogos ini.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

Posted by: wanhassan | July 28, 2010

hubungan sulit dengan saiful

“Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan timbalan pendakwa raya Farah Azlina Latif sebagai anggota pasukan pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan hubungan romantik dengan saksi utama dan pengadu.

Tan Sri Abdul Gani Patail mengumumkan tindakan itu ekoran dakwaan bahawa Farah Azlina menjalin hubungan romantik dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes itu.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan terhadap dakwaan bahawa Farah Azlina mempunyai “hubungan romantis” dengan saksi utama kes tersebut. Farah Azlina turut digugurkan daripada Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara atas faktor yang sama, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Sidang akhbar berkenaan diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini sekaligus menjawab persoalan mengenai hubungan Farah Azlina dan Mohd Saiful seperti yang disiarkan oleh laman web Malaysia Today baru-baru ini.

Abdul Gani berkata, Farah Azlina terpaksa digugurkan bukan kerana beliau didapati bersalah tetapi bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif daripada orang ramai terhadap pasukan pendakwa. “Jabatan Peguam Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan nama baik atau kredibiliti jabatan dan kami sangat memandang serius perkara seumpama ini. “Ini boleh menjadi sangat sukar bagi kita, tetapi sebarang perkara peribadi sekiranya boleh memberikan kesan dalam apa juga bentuk terhadap jabatan ini akan ditangani dengan amat serius,” katanya.

Tindakan itu diambil untuk memastikan kelancaran kes tidak terganggu, katanya. Beliau menjelaskan penglibatan Farah Azlina dalam kes itu sangat terhad iaitu sekadar membantu mencatatkan segala nota mengenai perbicaraan tersebut. “Beliau tidak mempunyai akses langsung kepada kertas siasatan kes atau mempunyai apa-apa sebab untuk mengakses kertas siasatan atau apa-apa maklumat sulit yang ada pada pihak pendakwaan.

Semalam peguam Anwar mendesak Peguam Negara memberi respons kepada dakwaan Raja Petra Kamarudin dalam blognya minggu lalu. Raja Petra mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwa, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008. Ketika dihubungi The Malaysian Insider minggu lalu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini. “Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof. Pasukan pendakwa terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina sendiri.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu. Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain. “Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia… ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.

Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi. Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu. Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Apa UMNO Pulau Pinang buat ketika jadi ‘tunggangan’ Gerakan?

Ahmad Tajdid

“JIKA pemimpin Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan PAS berterusan membiarkan mereka menjadi tunggangan DAP, jangan terkejut sekiranya Pulau Pinang muncul sebagai Singapura kedua satu hari nanti,” kata Ketua Penerangan Umno negeri, Dato’ Musa Sheikh Fadzir.

Itu bukanlah pertama kali ungkapan-ungkapan berbentuk hasutan dan berbau perkauman itu dilafazkan para pemimpin Umno Pulau Pinang sejak negeri itu terlepas dari tangan BN.

Sejak Mac 2008, muncul pelbagai ‘gerakan Melayu’ dari pelbagai NGO yang beriya-iya mahu memperjuangkan nasib Melayu Pulau Pinang. Ironinya gerakan-gerakan ini muncul setelah BN kecundang di tangan Pakatan Rakyat dan Umno yang menjuarai kepentingan Melayu hanya menjadi pembangkang di Dewan Undangan Negeri. seolah-olah orang Melayu di negeri itu ‘tidak apa-apa’ ketika diperintah BN dan hanya merasa tertindas dan terpinggir di bawah teraju Pakatan Rakyat khususnya DAP.

Apa yang cuba ditonjolkan pemimpin Umno adalah masyarakat Melayu Pulau Pinang kini ‘menderita dan merempat’ kerana diperintah oleh seorang Ketua Menteri dari DAP yang dilabel “anti-Melayu” dan “anti-Islam”.

Dan bagi mereka, KeADILan dan PAS tidak sewajarnya bersekongkol dengan DAP untuk menindas Melayu Pulau Pinang yang kini bagaikan berada di hujung tanduk.

Sentimen dan tuduhan liar yang dilemparkan pemimpin Umno negeri terhadap Lim Guan Eng sebenarnya tidak langsung disandarkan kepada fakta dan angka. Ia sekadar strategi untuk membuai sentimen Melayu dan mengingatkan mereka terhadap nostalgia silam bahawa Melayu pernah bertapak di pulau mutiara itu.

Mungkin mudah bagi para pemimpin Umno melemparkan pelbagai tuduhan berunsur hasutan kerana mereka seolah-olah punya imuniti dan kebal dari pelbagai akta drakonian yang hanya dikuatkuasakan ke atas pemimpin politik bukan kerabat BN.

Bagaimanapun jika pemimpin Umno negeri itu masih mempunyai sedikit rasa malu dan sekelumit maruah diri, mereka wajar menilai prestasi dan “jasa-jasa” mereka sejak lebih 50 tahun menjadi “kuda tunggangan” MCA dan Gerakan ketika bersama-sama mentadbir Pulau Pinang.

Isu terpinggirnya Melayu dari pulau mutiara itu bukan berkisar sejak dua tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat. Ia bermula sejak puluhan tahun lalu apabila satu demi satu perkampungan Melayu di pulau tersebut ‘dihanyutkan’ oleh arus pembangunan.

Lebih mendukacitakan apabila proses penghijrahan masyarakat Melayu dari bahagian pulau ke tanah besar Semenanjung (Seberang Prai dan selatan Kedah) turut didalangi oleh pemimpin-pemimpin politik Melayu yang mendapat ‘faedah’ daripada projek yang dibangunkan.

Bagi mengelakkan isu ini dari terus diputarbelitkan para pemimpin Umno, kerajaan Pakatan Rakyat negeri perlu mendedahkan fakta tentang jumlah sebenar kampung Melayu (termasuk kampung setinggan) yang ‘hilang’ daripada peta Pulau Pinang akibat projek pembangunan ketika Umno dan BN mentadbir negeri itu.

Pastinya fakta dan angka itu turut melibatkan perkampungan Melayu Jelutong yang kini diancam projek pembangunan hasil keputusan yang dibuat ketika Umno dan BN memerintah Pulau Pinang.

Lebih memualkan, kini para pemimpin Umno negeri dilapor keluar masuk kampung menyebarkan pembohongan kononnya pemimpin PAS dan KeADILan berpakat dengan kerajaan DAP untuk melenyapkan perkampungan Melayu!

Seperti dakyah Musa yang dilaporkan Utusan Online: “Pemimpin PKR dan PAS di negeri ini sebenarnya kalau hendak bantu selesai apa jua masalah membabitkan orang Melayu, mereka sebenarnya boleh.

“Tapi disebabkan sudah menjadi tunggangan DAP, jadi mereka takut nak bersuara. Kalau kita tengok di Pulau Pinang ini apa yang mereka dah buat untuk bantu orang Melayu, bila gerai atau rumah Melayu ‘dicuit’ mereka buat apa, takkan dah hujung baru nak sedar, masa tu dah tak boleh nak buat apa dah.”

Begitulah mudahnya pemimpin Umno melemparkan tuduhan sedangkan segala permasalahan dan kemelut Melayu Pulau Pinang hari ini adalah hasil daripada sikap tidak endah, tidak acuh, tidak ambil peduli dan tidak bertanggung jawab mereka ketika lebih 50 tahun berkongsi kuasa mentadbir negeri itu.

Tambah Musa lagi: “Ketua Menteri, Lim Guan Eng orang Melaka, jelas dia pun bukan tahu jaga kepentingan orang Melayu, tidak sama semasa Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mentadbir negeri ini, apa pun yang diminta tidak kira kaum apa, beliau pasti ambil perhatian.”

Ketika terlanjur memuji Tsu Koon, mungkin Musa terlupa bahawa Presiden Gerakan itu pernah dikecam dan dikoyak gambarnya oleh pemimpin Umno negeri khususnya bahagian Jelutong kerana didakwa mengetepikan kepentingan Melayu.

Musa juga terlupa bahawa Umno negeri itu kini diterajui oleh anak Bagan Datoh, Perak yang tiada kena mengena langsung dengan Melayu Pulau Pinang.

Satu lagi yang pemimpin Umno negeri perlu sedari, Guan Eng kini disifatkan sebagai ‘pro-Islam’ oleh seorang pemimpin Gerakan negeri, parti kerabat BN di Pulau Pinang.

Tapi apakan daya sudah menjadi resam Umno, telunjuk lurus kelingking berkait. Memang benar ungkapan Tun Mahathir Mohamad, “Melayu mudah lupa!”

Posted by: wanhassan | July 23, 2010

PILIHANRAYA SERAWAK

Pilihan raya Sarawak, peluang PR?
Posted on Thursday, July 22 @ 23:37:52 PDT
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Open Artikel Oleh: wanibrah

“Premis asal dan agak matang dalam menilai politik Sarawak sekarang ialah “Sarawak tetap kubu kuat Barisan Nasional (BN).” Maka tugas menumbangkan BN dalam pilihan raya negeri ke-10 nanti dijangka berdepan laluan sukar dan mencabar. Sesungguhnya, tugas menumbang BN itu terletak di tangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan dua pertiga daripadanya berada di luar bandar. Mana-mana parti atau pakatan politik menguasai majoriti DUN atau setidak-tidaknya 36 kerusi selayaknya parti itu membentuk kerajaan negeri. Namun hasil pilihan raya negeri 2006, didapati BN memenangi 62 kerusi DUN dan parti-parti pembangkang hanya sembilan DUN. Semua kerusi dimenangi pembangkang adalah berada di sekitar bandar. Ia bermakna pengaruh BN amat tegar di kalangan 50 peratus daripada 2.5 juta penduduk yang tinggal di luar bandar.

Demografi politik perkauman

Demografi politik Sarawak adalah terdiri daripada 28 suku kaum; Iban 33 peratus, Cina 26 peratus, Melayu 21 peratus, Melanau tujuh peratus, Orang Ulu lapan peratus, dan Bidayuh lima peratus. Pengundi luar bandar adalah terdiri daripada suku Bumiputera (Iban, Melayu, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh). Sementara pengundi bandar merupakan campuran, dengan majoritinya orang Cina. Ia bermakna, pengundi Cina lebih berpihak kepada pembangkang, khsusnya DAP. Disebabkan demikian, BN agak kuat di kawasan bandar yang majoriti pengundi Melayu.

Justeru landskap politik Sarawak kini masih dibayangi dengan gambaran penaungan dan keutuhan perkauman yang kuat. Jika landskap ini belum berubah untuk tempoh pilihan raya akan datang, maka BN kekal selamat untuk terus memerintah Sarawak. Namun, landskap politik pasca pilihan raya kecil Sibu ada petunjuk khusus untuk membuat bacaan politik di bumi yang kuat asas perkauman ini. Tatkala keputusan di Sibu pada 16 Mei lalu telah membuktikan DAP mendapat sokongan baru 2,942 undi. Jika asas ini dianalisis seacara mudah, maka kesemua DUN yang BN menangi dengan majoriti kurang 2,500 undi adalah tidak selamat. Apa pun itu bergantung kepada kestabilan mood pengundi Cina dan faktor-faktor politik seamasa.

Jangkaan pilihan raya

Namun, kemungkinan pilihan raya negeri Sarawak nanti dijangka akan berlaku dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang. Jika tempoh itu memberi implikasi besar kepada perubahan mood pengundi untuk kembali kepada normal, ia akan menyebelahi BN. Sekiranya mood itu berkekalan dan mengalami bauran (diffusion) kalangan pengundi Bumiputera, seperti mana arus penolakan terhadap BN di negeri-negeri lain, khususnya di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ia pasti menggugat peluang BN mencapai majoriti selesa di Sarawak.

Nilai-nilai perubahan itu akan berlaku di Sarawak jika demografi politik mengalami transisi sosiopolitik seperti pengundi luar bandar ramai celik maklumat, penduduk di luar bandar memprotes tahap kemajuan yang mereka alami sekarang, disokong pula dengan ramainya pengundi muda mendaftar sebagai pemilih, tinggi kadar kematangan berpolitik apabila keinginan naungan mulai longgar dan tinggi pendedahan kepada maklumat melalui media alternatif. Di samping, kesan gerakan politik PR yang menjadi fenomena semasa pilihan raya kecil Sibu mula terbaur ke kawasan luar bandar. Realiti ini cukup menghantui pemikiran politik pemimpin BN Sarawak. Lebih-lebih lagi berlaku perkembangan terbaru pihak PR di Sarawak menunjukkan pihak DAP, PAS dan KeADILan serta SNAP sudah mula mengukuhkan gerakan politik masing-masing. Misalnya pihak PAS telah sedia tampil di Sibu, Miri dan Bandar Raya Kuching. Kesemua kawasan ini amat berpotensi bagi PR untuk menang apabila mengambil kira petunjuk pasca Sibu dan langkah-langkah penubuhan cawangan baru serta persefahaman kukuh PR mula mendapat sambutan hangat kalangan pengundi tempatan.

Walau bagaimanapun, pihak PR seharusnya dapat memperkasakan lagi beberapa pendekatan persefahamana pakatan bagi menghadapi pilihan raya nanti. Antaranya yang paling berpengaruh di dalam membina keyakinan pengundi ialah formula pembahagian kerusi yang mengutamakan keupayaan menyumbang kepada nilai kemenangan. Mungkin di antara formula itu ialah mempersetujui kerusi-kerusi di kawasan bandar untuk semua parti dalam PR. Maksudnya semua empat parti dalam PR diberi hak untuk bertanding di Miri, Sibu, Bandar Kuching, Bintulu dan Mukah. Jika formula ini dipakai, PAS setidak-tidaknya boleh bertanding satu kerusi di semua DUN di bandar-bandar tersebut. Selain itu, tumpuan untuk bertanding di beberapa DUN di luar bandar yang dominan pengundi Melayu.

Pilihan raya 2006

Pada pilihan raya negeri 2006, daripada 71 kerusi dipertandingkan. Undi popular diraihnya BN telah merosot sebanyak 8.3 peratus (71.2 peratus pada 2001 kepada 62.9 peratus pada 2006). Rekod pencapaian BN menunjukkan PBB amat utuh apabila memenangi kesemua 35 kerusi yang ditandinginya. Demikian juga SPDP memenangi kesemua lapan kerusi. Manakala SUPP kalah lapan daripada 19 kerusi dan PRS kecundang di satu daripada sembilan kerusi.

Sementara pihak pembangkang pula menguasai sembilan kerusi melalui DAP yang memenangi enam kerusi, manakala KeADILan, Bebas dan SNAP masing-masing menang satu kerusi. Apa pun perkembangan dalam pembangkang selepas itu didapati wakil SNAP yang mengalahkan SUPP di DUN Engkilili telah menjadi Bebas tidak lama selepas memenangi kerusi itu. Begitu juga wakil Bebas, Gabriel Adit Demong yang bertanding di DUN Ngemah telah menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) pada Disember 2009.

Peluang tambahan kerusi PAS

Perubahan kedudukan parti tidak berlaku kalangan wakil rakyat DAP dan KeADILan. Ini menunjukkan semangat PR amat kukuh di Sarawak. Tinggal lagi, PAS sendiri yang hanya bertanding satu kerusi di DUN Beting Maro wajar menagih simpati rakan dalam PR untuk mendapatkan tambahan kerusi di kawasan bandar. Harapannya, kepimpinan PAS Sarawak wajar melakukan kesepakatan mesra, terutama dengan DAP yang dominan di kawasan bandar. Peluang tambahan itu wajar bagi PAS disebabkan realitinya PAS berupaya untuk mewujudkan petugas parti di semua kawasan bandar, di samping bersedia membantu calon-calon DAP dan KeADILan di tempat-tempat PAS bertanding.

Pilihan raya yang dijangka Mac atau April tahun depan dijangka menyaksikan dua pertembungan politik permuafakatan: BN dan PR. Pihak BN sebagai pihak hegemoni dianggotai PBB, SUPP, SPDP dan PRS, dan PR sebagai pakatan pembangkang setakat ini gandingan DAP, KeADILan SNAP dan PAS. Sementara PCM belum pasti menyertai mana-mana permuafakatan, di samping terdapat satu lagi parti, Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu (PERSB) yang baru mendaftar.

Kemunculan parti baru

Walau bagaimanapun, ketika pakatan pembangkang bersatu hati untuk mengemukakan calon di semua kawasan dalam perlawanan satu lawan satu dengan BN, PERSB dan PCM selaku parti baru muncul dengan impian masing-masing. PERSB mempamerkan hasrat untuk bertanding di semua kawasan. Ia meletakkan PERSB sebagai pihak ketiga di dalam persaingan pilihan raya Sarawak. Manakala PCM hanya akan meletakkan calon di 10 hingga 15 kawasan, sekali gus membayangkan PCM sebagai parti baru yang bakal bergabung sama ada dengan BN atau PR. Berdasarkan latar belakang PCM Sarawak asalnya diketuai seorang wakil Bebas, kemungkinan besar beliau akan bersendirian yang akan bertanding di kawasan popular bagi calon-calonnya.

Menilai dari segi peluang mencapai kemenangan, nyata sekali BN masih berkeyakinan besar dan selesa mempertahankan dominasi dan menguasai majoriti dua pertiga. Meskipun berlaku hambatan keyakinan berikutan mood pengundi pasca pilihan raya kecil Sibu, permasalahan pengundi Cina belum cukup menggugat nilai majoriti dua pertiga tersebut. Kerusi yang pengaruh pengundi Cina agak tinggi hanya sekitar 15 kerusi. Jika BN kehilangan semua kerusi itu, masih ada lagi 56 kerusi. Nilai majoriti dua pertiga ialah 47 kerusi, maka keselesaan bagi BN cukup mantap ke arah kelangsungan hegemoni BN di Sarawak.

Impak pasca Sibu

Meskipun begitu, impak pasca pilihan raya kecil Sibu itu mungkin boleh menggugah keyakinan tersebut sekiranya pihak PR mampu mempamerkan persetujuan mantap dari segi isu calon, pembahagian kerusi, kerjasama petugas parti dan manifesto parti. Misi PR di Sarawak adalah untuk memastikan tidak berlaku peluang BN berkuasa dengan dua pertiga. Sebagaimana kenyataan Haji Mohamad Sabu ketika di Miri (20 Julai lalu), pilihan raya Sarawak merupakan peluang bagi rakyat bertindak sebagai kuasa check and balance untuk menafikan kuasa dua pertiga BN. Bagi mencapai misi ini, BN tidak akan tergugat, cuma mungkin terjejas moralnya seperti mana dihadapi di peringkat Pusat sekarang yang agak sulit menguruskan kuasa di parlimen tatkala memerlukan sokongan dua pertiga. Manakala bagi PR pula, ia cukup berat untuk dicapai kerana jumlah kerusi yang harus dimenangi ialah sebanyak 25 kerusi dan BN pula memenangi 46 kerusi. Apa pun sekiranya berkehendak, maka seribu daya harus diusahakan.

Sejauh mana keupayaan pihak PR untuk meraih tambahan kerusi akan terjawab sekiranya persiapan yang ada tinggal kira-kira enam bulan sahaja lagi. Ia satu tempoh yang singkat bagi PR untuk menjayakan sekurang-kurang lima persiapan asas: ketetapan kerusi bertanding bagi masing-masing parti, memilih bakal calon yang teruji, mengurus penyokong agar mendaftar sebagai pemilih, melatih pasukan dan petugas pilihan raya dan tidak kurang penting adalah persediaan kewangan pilihan raya yang secukupnya.

Peranan parti baru

Tidak harus juga diketepikan peranan dua parti baru (PCM dan PERSB) dalam merancakkan pilihan raya Sarawak akan datang. Ada pihak yang meramalkan PCM akan ditolak mentah-mentah oleh rakyat ekoran sikap Gabriel Adit Demong yang dianggap tokoh lompat parti kerana pernah keluar daripada KeADILan menjadi Bebas. Justeru itu, kerusi yang dimenangi atas tiket Bebas hanya dengan majoriti kecil pada pilihan raya 2006 dijangka menghadapi lalui sukar untuk mempertahan kemenangannya. Melainkan jika berlaku persefahaman semula dengan PR atau BN melalui straight fight menghadapi lawan. Apa pun, tidak mungkin bagi BN bekerjasama dengan PCM sebagai parti yang belum dilihat berjasa kepada rakyat.

Demikian pula dengan PERSB yang diasaskan sekumpulan ahli perniagaan dan golongan professional muda. Berbekalkan komitmen untuk mengubah nasib penduduk luar bandar dijangka terlalu sukar untuk bertapak dan merubah status penaungan pengundi di luar bandar oleh BN. Ia akan menghadapi lalun sama dengan PCM kerana sebagai parti baru, sukar baginya untuk bertapak dalam waktu singkat. Amat sesuai bagi PERSB adalah bergabung di bawah PR dan boleh menerima prinsip pembahagian kerusi yang seimbang menghadapi BN.

Misi PR membawa arus perubahan

Persoalan yang berputar kalangan penganalisis politik kini adalah sejauh mana komitmen PR yang membawa misi arus perubahan dalam senario politik Sarawak; mampukah PR menawan kerusi-kerusi panas yang dimenangi BN sekian lama? Apa pun di sana sudah ada petunjuk, iaitu sikap penolakan pengundi Cina terhadap BN cukup jelas kepada SUPP, di samping sudah berlaku penerimaan baik dan harapan tinggi pengundi kepada misi arus perubahan yang sudah berjaya digerakkan semasa pilihan raya kecil Sibu. Penerimaan dan harapan pengundi itu masih segar dan komitmen pemimpin PR sudah terserlah. Tinggal lagi, bagi memenuhi peluang itu adalah pengisian program mendepani pengundi dan connecting pihak kepimpinan PR dengan pengundi harus diatur secara tuntas.

Sungguh pun begitu, BN negeri Sarawak di bawah kepimpinan Abdul Taib Mahmod cukup sedar dengan perkembangan mutakhir ini dan sedang merungkai segala permasalahan yang tertangguh selama ini kerana janji ditaburkan dalam pilihan raya lalu masih belum terlangsai. Soalannya, apakah rakyat sekian lama terbuai dengan janji akan terus terlena dan pemimpin BN terus gebu dengan keempukan kuasa anugerah rakyat? Hanya rakyat selaku pengundi bakal memberi jawapannya dalam pilihan raya nanti.
Oleh:

Wan Nik Wan Yussof
Setiausaha Politik Meneri Besar Kelantan.

Posted by: wanhassan | July 21, 2010

UMNO IBARAT KAPAL BURUK

“Umno sepatutnya sudah berubah, tetapi lambat. Umno ibarat kapal lama. Kita tidak dilihat bergerak lancar, jadi ini lebih kritikal jika hendak menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 yang kurang tiga tahun lagi. Kata Muhyiddin.

Kapal Lama boleh juga ditafsirkan sebagai Kapal Buruk, jadi kalau kapal dah buruk mana mungkin ianya bergerak lancar apatah lagi bila lautan bergelora.

Dan Kapal Lama yang dah buruk jika masih digunakan untuk belayar ditengah lautan, risiko untuk tenggelam adalah tinggi, kebocoran kerana kakisan atau karat pasti amat banyak…

Jadi buat penyokong-penyokong UMNO tu… tinggalkanlah kapal buruk itu.. sebelum ianya tenggelam..

Posted by: wanhassan | July 21, 2010

Harussani hanya mahu Bodek Najib…

Perpaduan Melayu : Harussani hanya mahu Bodek Najib..

Walaupun beberapa ketika yang lalu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menegaskan PAS sama sekali tidak bersetuju cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bersama Umno.

Beliau berkata, “Kerajaan perpaduan di antara PAS dan BN tidak mungkin berlaku walau pun ada dakwaan kononnya saya akan bersetuju sekiranya PAS ditawarkan jawatan penting termasuk Menteri Pelajaran atau Menteri Kewangan.

“Saya sudah tidak percaya kepada keikhlasan mereka yang pernah menipu PAS. Mereka pernah menendang PAS keluar daripada kerajaan Perikatan pada 1978.

Tiba-tiba Isu mengenai Kerajaan Perpaduan ini dihidupkan semula oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan diberi tajuk yang baru pula iaitu Perpaduan Melayu selepas beliau merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak.

Mufti Perak itu berkata beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti UMNO dan PAS.

Mufti Perak itu juga bersedia menjadi perantara jika UMNO dan PAS mahu bekerjasama dalam perkara perpaduan masyarakat Melayu serta umat Islam.

Harussani berkata, perjumpaan beliau bersama beberapa pemimpin kedua-dua parti itu baru-baru ini menguatkan lagi hasrat berkenaan.

Walaubagaimanapun kenyataan Mufti Perak itu disanggah oleh dua naib presiden PAS, iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang menyifatkan kenyataannya itu sebagai “satu fitnah dan pembohongan.” Lantas mencabar Mufti Perak itu mendedahkan nama-nama mereka yang menemuinya itu.

Kata Idham Lim “Tan Sri Harussani Zakaria sepatutnya menzahirkan perkara yang sebenarnya demi Islam, bukannya agenda asobiah Melayu yang sempit dan ditolak oleh Islam.”

Sebenarnya ramai yang tertanya-tanya kenapakah Harussani beria-ia benar hendak menyatukan UMNO dan PAS atas nama ‘Penyatuan Melayu’.

Hari ini dalam kenyataannya yang disiarkan oleh The Malaysia Insider menjelaskan kepada kita semua kenapa Mufti Perak ini yang sepatutnya berkecuali dari politik, bercakap tentang Penyatuan Melayu seolah-olah beliau merupakan seorang Ahli UMNO.

Menurutnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS demi untuk mempertahankan perpaduan Melayu dan Islam negara ini, dan mahu usaha itu disegerakan tanpa sebarang prasyarat.

Jelas.. hanya kerana Najib mahu mempertahankan ‘Perpaduan Melayu’ kononnya maka Mufti Perak itu dengan tidak berlengah lagi bercakap tentang ‘Perpaduan Melayu’ yang diingini oleh Najib itu.

Mufti Perak itu berusaha menunjukkan kepada Najib betapa bersunguhnya dia dalam menjadikan cita-cita Najib itu kenyataan.

Sudah-sudah lah Harussani.. kalau teringin sangat nak jadi Ahli Politik, letak jawatan Mufti tu.. sertai UMNO

Posted by: wanhassan | July 21, 2010

Jangan cari pasal Ustaz..

Hai.. lain macam saja kenyataan dia ni.. nampak selari pulak dengan info yang aku ada. Jangan cari pasal Ustaz..

UMNO, Pas perlu pelan damai

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 20 Julai – UMNO dan Pas perlu mempunyai satu pelan damai atas nama Islam supaya persengketaan yang panjang antara kedua-dua parti tersebut berjaya ditamatkan.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, hasrat itu wajar disegerakan kerana UMNO dan Pas tidak mempunyai banyak masa lagi untuk menyelesaikan masalah yang telah dihadapi oleh dua parti berkenaan sejak berdekad-dekad lalu.

Tambahan pula, katanya, umat Islam ketika ini terlalu bosan dengan pertelagahan tersebut terutama gelagat pemimpin tertentu yang memburu kepentingan politik dengan mengeksploitasi sentimen kebencian antara UMNO dan Pas.

‘‘Kita juga tidak mempunyai banyak masa. Untuk menjayakan pelan damai yang saya cadangkan ini, semua pihak mesti berlapang dada. Korbankan perasaan dan kemahuan (masing-masing), bertolak ansur mencari noktah damai atau gencatan senjata.

‘‘Laksana kaum Aus dan Khazraj yang bersengketa ratusan tahun akhirnya dengan tali Allah (Islam) yang dibawa oleh Nabi Muhammad (SAW) hati mereka diikat dan ditambat kukuh untuk menjadi ‘satu’ di bawah kanopi Islam,’’ katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam blognya http://episodeperjuangan.blogspot.com dalam artikel yang bertajuk ‘Pelan Damai Untuk UMNO dan Pas’ hari ini

Nasrudin mengakui akibat persengketaan yang panjang itu banyak agenda pembangunan masyarakat dan negara tergendala.

‘‘Banyak agenda membangunkan ilmu pendidikan, pentarbiyahan diri dan masyarakat, tamadun dan peradaban negara serta pertumbuhan ekonomi dan zon sosial yang harmoni tergendala akibat pergeseran dan pertelagahan yang begitu lama tempohnya,’’ katanya.

Kata beliau, selain tidak memberi kebaikan, persengketaan itu turut memberi kelebihan kepada musuh-musuh Islam untuk meneruskan usaha memporak-perandakan perpaduan ummah.

‘‘Masing-masing enggan mengaku kalah dan bertolak ansur. Saling tuding menuding jari antara satu sama lain sementara musuh-musuh Islam tentu sahaja tersenyum lebar melihat persengketaan yang kelihatan seperti tiada tepinya ini.

‘‘Musuh tentunya galak menyuburkan benih persengketaan dan menyalakan api permusuhan sesama kita umat Melayu Islam,’’ katanya.

Beliau di dalam blognya itu turut menyentuh mengenai hubungan UMNO dan Pas dalam konteks hidup berkeluarga.

‘‘Ahli UMNO rata-ratanya Melayu dan beragama Islam dan demikian juga ahli Pas yang sudah pasti berbangsa Melayu dan beragama Islam. Malah seorang ahli UMNO pasti sahaja memiliki ahli keluarganya yang menjadi ahli Pas .

‘‘Demikian sebaliknya yang mana ahli Pas juga mempunyai ahli keluarganya dari kalangan UMNO. Persoalannya sampai bila Melayu UMNO dan Pas ini mahu bertelagah sehingga menjejaskan keharmonian berkeluarga,’’ katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pengalaman penyatuan Melayu Islam pernah tercatat dalam sejarah politik tanah air apabila Pas menyertai Perikatan.

‘‘Namun 1,001 masalah lampau telah menjadi sejarah apabila akhirnya penyatuan itu gagal dan akhirnya Pas ditolak keluar dari Perikatan pada masa itu.

‘‘Tidak mengapalah pada sejarah lampau. Demi sebuah penyatuan Melayu yang hari ini yang dicanang sendiri oleh para pemimpin UMNO, kita sedia membina sejarah baru khasnya generasi muda hari ini,’’ katanya.

Beliau berkata, Pas boleh melupakan segalanya walaupun parti itu pernah melalui sejarah perit seperti ditolak daripada Perikatan, peristiwa Memali dan pemimpin-pemimpin Pas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), demi penyatuan ummah.

‘‘Sebagaimana Pas boleh melupakan kenyataan serta tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Sebagaimana Pas boleh melupakan kenyataan serta tindakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terhadap Pas sebelum ini apabila beliau mendesak royalti dikembalikan kepada kerajaan Kelantan,” jelasnya.

Maka, tegas Nasrudin, apalah salahnya jika kini UMNO pula mengambil giliran dan langkah serupa seperti dulunya Pas pernah menyertai Perikatan di era Tun Abdul Razak.

‘‘Kini giliran UMNO di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan tangan dan sedia bersama Pas menyertai pakatan pembangkang memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu Islam.

‘‘Agar kita dapat membina sebuah negara yang aman, makmur, sejahtera, adil, telus, saksama tanpa sebarang pertelagahan atau persengketaan yang merugikan umat Islam dan bangsa Melayu itu sendiri,’’ katanya.

Posted by: wanhassan | July 20, 2010

HARUSANI BOHONG

Perpaduan Melayu: Kenyataan Harussani satu fitnah, kata PAS

G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 19 Julai — PAS mengulangi pendirian hanya akan bersama Pakatan Rakyat sambil menyifatkan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa wakil parti Islam itu ada menemuinya untuk meminta menjadi orang tengah sebagai “satu fitnah dan pembohongan.”

Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

“Kenyataan Tan Sri Harussani (kelmarin) satu fitnah dan pembohongan,” kata Salahuddin pada sidang media di sini hari ini.

Pendirian itu disokong oleh Mahfuz dengan menegaskan, PAS tidak pernah membincangkan isu berkenaan sama sekali.

“Tidak ada, ia (kenyataan Harussani) cuba memburukkan dan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat seolah-olah ada pemimpin PAS yang hendak membelakangkan parti dalam isu ini,” kata Mahfuz yang turut menghadiri sidang media itu.

Tambah Mahfuz, Harussani perlu mendedahkan jika benar ada pemimpin PAS yang telah menemui beliau memandangkan komponen Pakatan Rakyat tidak pernah berbuat demikian.

Salahuddin menjelaskan, beliau dan Mahfuz lazimnya menghadiri kesemua mesyuarat utama parti tetapi setahu mereka PAS tidak pernah membincangkan langkah untuk menghantar wakil menemui Harussani bagi tujuan tersebut.

“Kami sudah memutuskan… kami sudah tutup bab tentang perbincangan mengenai kerjasama politik dengan Umno,” kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

“Kalau PAS ada membincangkan soal ini, sudah pasti saya dan Datuk Mahfuz sudah tahu,” katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada ada pihak tertentu dalam PAS yang menemui Harussani, Salahuddin berkata, “yang itu saya tidak tahu.”

Mahfuz bagaimanapun menambah, beliau menghargai kenyataan terbuka Mufti Perak bahawa “kuasa orang Melayu di bawah pimpinan Umno” akan hilang.

“Saya tabik kepada Tan Sri Harussani kerana dapat membuat tilikan politik dengan tepat, dan membuat perakuan macam itu, tetapi orang Melayu tidak perlu risau dan bimbang kepada kuasa orang Melayu akan tetap kekal tetapi menerusi kepimpinan PAS dalam Pakatan Rakyat, kuasa Melayu akan lebih mulia dan dihormati tanpa Umno-BN,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata kenyataan Harussani dengan sendiri menunjukkan bahawa akan wujud “satu kuasa baru orang Melayu dengan kerjasama pelbagai kaum” menerusi Pakatan Rakyat.

“PAS akan menghadapi pilihan raya umum dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad juga menafikan pihaknya pernah menghantar wakil untuk bertemu dengan Harussani agar mengaturkan perbincangan bersama Umno bagi membincangkan usaha menyatupadukan orang Islam dan Melayu.

Idris memberitahu, Harussani kemungkinan bercakap berdasarkan perbualan tidak formal dengan beberapa pemimpin PAS tetapi ia tidak direstui oleh parti itu.

Kelmarin, Harussan mendedahkan bahawa beliau mahu terus menyatupadukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau ini.

Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.

“Masih ada harapan (ke arah perpaduan orang Melayu), jika kita bijak mengutamakan perkara yang lebih penting ke arah mencapai matlamat ini.

“Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya,” katanya di Ipoh selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak.

Harussani berkata, terdapat pemimpin kedua-dua parti Melayu berkenaan yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti tersebut.

Bagaimanapun katanya, beliau telah menjelaskan kepada mereka bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara tersebut bagi kedua-dua belah pihak.

Posted by: wanhassan | July 20, 2010

SIAPA PERDANA MENTERI

Cuba perhatikan gambar dalam keratan akhbar dibawah, gambar yang dirakamkan ketika Najib dan Rosmah tiba di Kota Kinabalu International Airport.

Gambar yang jelas menunjukkan siapa sebenarnya Boss atau Perdana Menteri Malaysia.

Sudah tentulah Rosmah, dimana lagi didunia ini, isteri seorang Perdana Menteri berjalan mendahului Perdana Menteri sendiri dan seluruh kabinet.

Cuba bayangkan bagaimana agaknya jika isteri President US atau isteri PM England tiba disini dan berjalan dihadapan rombongan atau delegasi mereka..

Pernahkah anda melihat kejadian seperti ini iaitu isteri Perdana Menteri mendahului Perdana Menteri dalam majlis rasmi semasa pemerintahan Mahathir?

Pernahkah anda melihat Isteri Pak Lah sekarang Jeanne Abdullah berjalan mendahului beliau dalam sebarang majlis rasmi?

Tentu tidak.. inilah Rosmah isteri Najib yang jelas tidak tahu apa itu protocol dan tak tahu MALU…

Posted by: wanhassan | July 20, 2010

PAS atau mufti yang retorik? Wan Nik Wan Yussof

PAS atau mufti yang retorik?
Wan Nik Wan Yussof

Seorang Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas Islam Agama Islam (Jasa) telah diserang demam akibat jangkitan virus “teori retorik” semasa berwacana di Kota Bharu dua minggu lepas (10 Julai). Panel itu ialah Lokman Nor Adam bekas pemuda KeADILan yang menyertai Umno yang kini mendapat ‘bahagian’ dengan menduduki kerusi panel pemikir Jasa.

Dr. Mujahid dan Dr. Mohd Asri yang juga ahli wacana anjuran Kerajaan Negeri Kelantan itu didapati tidak dapat mengawal Lokman daripada serangan virus retorik itu. Mungkin juga, Affandi Yusof rakan sekapal Lokman turut membiarkannya agar diserang virus itu. Kandungan virus retorik itu adalah sarat dengan rupa kebencian terhadap misi perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS selama ini.

Kenyataan Lokman di dalam wacana tersebut ketika mengomel perjuangan PAS sudah dilihat terluah dengan kepanasan suhunya melonjak. Luahan sinisnya tentang pencapaian PAS sekarang mungkin berpunca daripada kejayaan PAS mentadbir Kelantan berpendomankan Islam. Atau mungkin juga kerana terkedunya akibat wacana anjuran Kerajaan Negeri Kelantan itu membincangkan khusus mengenai isu keMelayuan yang menjadi darah daging perjuangannya. Betapa keterbukaan kerajaan Negeri dalam melihat persoalan bangsa yang menjunjung ketinggian beragama telah membuka ruang pihak pemimpin Umno (meskipun pemimpin kerdil) untuk membidas pencapaian kerajaan Negeri Kelantan.

Kelantan hub ilmu

Apa pun, ahli exco terbabit, Dr. Mohamed Fadhli Datuk Hassan merupakan mantan pensyarah UIAM suka melihat Kelantan sebagai hub ilmu yang terkenal sedikit masa lagi. Setakat ini sudah enam kali wacana serupa diadakan di Kota Bharu. Mungkin pihak Urusetia Penerangan di bawah bimbingan Haji Abdul Rahman Yunus bakal menerbitkan dokumen rasmi siri wacana tersebut. Ia bakal memlengkapkan lagi sifat ‘Serambi Mekah’ di bawah kepimpinan ulama terkenal Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Teori retorik disanggah

Teori retorik biasanya dipakai di dalam kajian sastera bagi melihat asas-asas genre atau jalan penulisan yang bersifat sastera dan komunikasi. Di sebalik teori ini juga terkandung nilai-nilai retorik krtikan mengenai kuasa, dominasi dan ideologi. Ia menyentuh soal politik dan pemerintahan, namun ia masih tertumpu kepada nilai-nilai falsafah yang berasal dari idea Plato. Di dalam penggunaan moden retorik difahami sebagai seni berbahasa bagi komunikasi berkesan dan berlaku dalam lima asas, iaitu penemuan atau pencarian sesuatu, tatacara, gaya, ingatan dan penyampaian. Justeru retorik selalu disesuaikan dengan pendekatan politik demokrasi yang mengutamakan prinsip kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan politik. Namun, retorik tidak terlepas dari nilai-nilai ‘mengada-adakan’ sesuatu yang belum pasti dan pura-pura, tetapi dibahas secara logik, etos dan bersandarkan fakta yang mungkin direka-reka.

Sesungguhnya umat Islam tidak harus terperangkap dengan momokan teori retorik yang dilontarkan pada malam wacana tersebut. Asasnya kerana ajaran Islam tidak membenarkan umatnya mengambil pendekatan retorik berhubung sikap dan keyakinan serta tindakan mengenai perintah agama. Di sisi Islam, manusia diciptakan Allah atas tujuan menjadi khalifah di bumi bagi memastikan kehidupannya berpandukan konsep pengabdian (ubudiah) kepada-Nya. Justeru dalam soal bernegara umat Islam tidak boleh bertindak secara retorik. Ajaran Nabi Muhammad SAW telah meninggalkan contoh teragung untuk diikuti dan dilaksanakan oleh umatnya, iaitu “bernegara secara beragama.” Oleh itu, manusia sebagai khalifah Allah tidak diizinkan untuk menyakini berasaskan retorik yang bersumberkan sekularisme (menepikan ikatan agama). Ini kerana sebagai khalifah Allah, maka Allah memberi tugas bernegara secara beragama –melaksanakan apa yang diperintah dan menjauhi apa yang dilarang. Justeru itu dalam urusan bernegara, PAS sentiasa berpegang kepada prinsip bernegara mengikut apa yang disunahkan oleh Nabi Muhammad yang meletakkan dasar-dasar pentadbiran Islam sebagai teras utama.

Oleh kerana itu, umat Islam tidak boleh beretorik di dalam hal-hal keagamaan. Misalnya, perintah sembahyang (solat) lima waktu, puasa bulan Ramadhan, berhaji ke Tanah Suci Mekah dan berzakat bagi yang sampai had rezekinya adalah tidak boleh ditunaikan secara retorik. Mungkin pendukung sekular sahaja yang tergamak mengatakan ibadat sembahyang, pergi haji atau tunai zakat sebagai amalan retorik.

Hakikatnya semua amal ibadat di dalam Islam, termasuk pekerjaan rutin tidak boleh dianggapkan retorik. Pada asasnya semua amal ibadat adalah perintah Allah SWT dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Sehubungan itu, di sebalik amal ibadat adanya nilai pahala, syurga, keikhlasan dan paling penting bukti pengabdian kepada al-Khaliq.

Umno sebenar parti retorik

Tidak wajar sama sekali menuduh PAS sebagai parti retorik dalam soal perpaduan Melayu dan umat Islam. Paling tidak wajar juga apabila menuduh PAS menjanjikan dasar-dasar pentadbiran Islam sebagai retorik. Sedangkan dunia telah tahu, malah sebahagian ahli Umno juga tahu, dan mungkin juga Panel Pemikir Jasa semua tahu (tetapi buat-buat tidak tahu), betapa dasar Islam yang dipakai dalam Umno ibarat gelombang ombak di lautan yang berbuak bergulung bila ada ribut, tetapi hanyut dan terdampar bila lautan kembali tenang. Misalnya, Umno era Mahatirisme terkenal dengan dasar Islamisasi, kemudian bertukar kepada Islam Hadhari ketika era Pak Lah dan bertukar lagi menjadi ‘Islam satu Malaysia’ pada era Najib. Selepas ini Islam jenis apa pula?

Kemudian, bagi rakyat Kelantan mereka tidak akan lupa, sejarah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Hudud yang diluluskan tahun 1993. Namun, Perdana Menteri ketika itu mempersoalkan hukum hudud itu dan tidak menerimanya, meskipun telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan. Malah Kerajaan Negeri Kelantan turut menerima surat daripada Perdana Menteri yang melarang penguatkuasaan hudud di Kelantan. Apakah tindakan sedemikian tidak retorik?

Oleh itu, kalau ada suara-suara sebelah Umno yang melalak (jangan sampai peringkat menyalak) dalam menyeru PAS bersatu melaksanakan dasar Islam, maka katakan, “Umno pembohong.” Lihat sahaja Umno era Najib, mana satu dasar Islam untuk kita banggakan? Sebaliknya, apa yang dilaksanakan tidak lebih daripada mengharu-biru keadaan, sehingga berlakunya pertelagahan sesama mufti dan tidak sependapat dalam pelbagai isu. Muncul pula tali barut yang tuduh menuduh dengan ungkapan sesat, wahabi dan syiah. Paling teruk terdedah akhlak segelintir rakyat yang mempamerkan petunjuk prestasi utama yang buruk seperti peningkatan kes jenayah seksual, jenayah along, jenayah ragut, jenayah buang anak dan amalan rasuah.

Umno – buang Melayu terima Islam

Mengenai pemakaian dasar Islam dalam perjuangan parti, PAS amat komited memperjuangkan Islam. Dasar perjuangan Islam adalah kesinambungan daripada perjuangan Hizbul Muslimin yang ditubuhkan 1948, tetapi diharamkan penjajah Inggeris beberap bulan selepas itu. Pengharaman itu dipercayai disebabkan desakan pemimpin Umno yang menganggapkan Hizbul Muslimin yang dianggotai alim-ulamak sebagai ancaman kepada Umno serupa dengan komunis. Kemudian pemimpinnya ditangkap dan saki baki pemimpin Hizbul Muslimin telah bergabung semula menubuhkan PAS tahun 1951.

Umno pula sebuah parti Melayu yang diwujudkan atas sentimen marahkan penjajah Inggeris yang memperkenalkan Malayan Union. Malayan Union difahami sebagai mencabar hak kerakyatan dan kedudukan raja-raja Melayu. Atas asas ini, amat jauh sekali untuk mengatakan tujuan Umno ditubuhkan untuk menjayakan dasar Islam. Oleh itu, berlakunya golongan ulama yang meninggalkan Umno disebabkan mereka tidak mahu bersubhat dengan isu judi loteri yang dilaksanakan kerajaan Umno. Justeru tiada asas untuk mendakwa Umno sebagai pejuang Islam. Jika ada yang mengatakan Umno berjuang Islam, maka ia adalah retorik.

Demi Islam, PAS-Umno bergabung?

Berpandukan kontradiksi antara PAS dan Umno tersebut, sudah tentu dasar perjuangan kedua-duanya tidak mudah dikompromikan. Apa pun, sekiranya wujud political will, mungkin sampai ketikanya Umno menukar dasarnya kepada dasar Islam. Apabila bertukar kepada dasar Islam, ia akan serupa dengan PAS. Lantas PAS boleh bergabung dengan Umno, sebagaimana bergabungnya Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia lalu membentuk Parti Keadilan Rakyat (singkatan KeADILan). Maka dalam soal politik PAS-Umno, sekiranya PAS bergabung dengan Umno, mungkin nama yang sesuai ialah Parti Islam Bersatu Malaysia singkatan BERSATU). Soalnya, inginkah pemimpin Umno menukar dasarnya lalu memakai dasar Islam semata-mata untuk bersatu dengan PAS?

Apa pun, sekiranya BERSATU itu menjadi realiti, suatu pemilihan kepimpinan yang baru perlu dibuat. Ketika itu, pemimpin yang layak mengetuai sebuah parti Islam semestinya mereka yang faham dengan perjuangan dan pergerakan Islam. Maka, tidak semestinya semua pemimpin Umno hari ini akan dipilih. Ini dilemma sesetengah pemimpin Umno yang memang tidak ingin terlepas jawatan. Sudah tentu mereka ini tidak bersetuju. Maka akan ada yang kecewa dan bertindak melawan sebarang usaha menukar dasar parti untuk bersatu dengan PAS.

Jika demikian sikap sesetengah pemimpin, mungkinkah Umno boleh membuang retoriknya selama ini? Namun, demi bersatu atas nama Islam sewajarnya Umno membuang retorik perjuangan kebangsaannya.

‘Ikhtiar’ Umno menolak Islam

Realiti Umno sekarang adalah menolak Umno dengan penuh sedar. Ia dilakukan dengan penuh ‘ikhtiar’. Umno memakai dasar kebangsaan adalah dilakukan dengan penuh sedar, iaitu mengutamakan kebangsaan daripada Islam. Berbeza dengan DAP yang tidak memakai Islam, ia tidak dianggap suatu ‘ikhtiar’ kerana DAP tidak mewakili kelompok parti yang ahlinya beragama Islam. Sebaliknya DAP menjayakan perjuangan yang tidak berteraskan mana-mana agama disebabkan terbawa-bawa dengan prinsip politik sekular yang diadu domba oleh Barat, terpengaruh dengan aliran sekular Umno dan pelbagai kecaman pihak musuh Islam.

Retorikkah berjuang Islam?

Apabila umat Islam tidak mahu memperjuangkan Islam, maka perjuangan umat Islam boleh dianggap kosong. Sementara Islam sendiri selaku fikrah dan wadah kehidupan dunia akhirat boleh mengisi kekosongan itu. Apabila Umno tidak bersedia untuk menerima dasar Islam, sebenarnya Umno akan terus membiarkan ahlinya berada di dalam kekosongan. Di sinilah hujah tepat untuk Umno menerima Islam sebagai wadah perjuangan demi memastikan umat Islam tidak terperangkap dengan sebarang perjuangan yang kosong.

Sebaliknya PAS yang sejak awal menerima Islam telah menghubungkan kehidupan ahlinya dengan panduan Islam. Hanya Islam sebagai landasan perjuangan politik yang boleh mengisi kehidupan ahlinya mencapai keredaan Allah SWT. Ini kerana komitmen PAS apabila berkuasa ialah melaksanakan prinsip Islam di dalam urusan kerajaan dan rakyatnya. Justeru apa yang PAS perjuangkan telah mengambil kira maslahah umat dan syariat, sekaligus menurut apa yang disunahkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Maka, amatlah dangkal sekiranya ada pihak yang berstatus ulama atau mufti yang mencadangkan perpaduan orang Melayu berwadahkan bangsa bukannya agama. Sepatutnya, cadangan itu hendaklah di atas prinsip perpaduan berwadahkan Islam. Amat tidak masuk akal apabila seorang bertaraf mufti (Berita Harian, 18 Julai 2010) menusuk cita-cita sampai terungkap kata-kata “saya tidak pernah berputus asa” mahu menyatukan orang Melayu atas sentimen perjuangan bangsa. Maka, kita boleh anggapkan sikap dan cita-cita ulama atau mufti itu sebagai pemakaian teori retorik yang keterlaluan sehingga lupa jawatan ulama atau mufti itu sebenarnya adalah atas nama Islam bukannya bangsa.

Perjuangan Islam di tempat yang salah?

Bayangan daripada kisah seorang ulama atau mufti di atas, ternyata wujud di dunia ini sikap orang berpengetahuan agama yang hidupnya dengan pakaian agama, tetapi pemikiran dan falsafah akidahnya masih terpaku pada perjuangan kebangsaan Melayu. Sehingga dipetik kata-kata (dalam Berita Harian, 18 Julai 2010), “perpecahan wujud kerana kita meletak keutamaan di tempat salah, jika diletakkan di tempat betul,.. kita boleh berjaya.” Persoalannya di sini, apakah maksud ‘meletak keutamaan di tempat yang salah’?

Sebagai orang beragama, wajar diperjelaskan, apakah meletakkan keutamaan kepada kebangsaan Melayu itu adalah tindakan yang betul? Adakah dengan mengutamakan perjuangan Islam itu adalah tindakan yang salah? Realiti daripada apa yang berlaku, kelihatan amat jelas natijah kenyataan mufti tersebut adalah mendahulukan sentimen keMelayuan berbanding keIslaman.

Semoga Allah SWT mengampuni segala kesilapan hamba-Nya yang serba kekurangan dari segi iman dan takwa. Hanya kemuliaan iman dan takwa kepada Allah akan memuliakan manusia dan bangsanya. Ingatlah, manusia dan bangsa itu dianggap umat yang berjaya di sisi Allah dan Rasul-Nya apabila berjuang tidak di atas dasar bangsanya, tetapi berjuang atas dasar fisabilillah. Bukan fisabilillah jika berjuang atas sentimen perpaduan bangsanya sedangkan Islam di kesampingkan, maruah Islam terus dihina dan penghayatan Islam terlalu minimum, hatta pemimpin dan isteri-isterinya tidak menjaga kesempurnaan maruah dan aurat peribadinya. Insaflah dan kembalilah dengan menjadikan Islam sebagai landasan perjuangan sebenar. Sesungguhnya perjuangan PAS menjadikan matlamat pelaksanaan cara hidup Islam dalam diri, masyarakat dan negara bukanlah retorik. Maka katakan, perjuangan Islam itu adalah satu tanggungjawab bagi seluruh umat Islam.

Penulis adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

Posted by: wanhassan | July 19, 2010

HILANGKAH KUASA MELAYU

Tak kan hilang kuasa politik Melayu

Isu perpaduan Melayu sekali lagi secara tiba-tiba dimainkan. PAS dan Umno perlu berkerjasama demi perpaduan Melayu. Mufti Perak mahu jadi jurucakap banyak pihak mahu turut membantu. Soalnya mendesakkah isu ini?

Ada yang sehingga menggambarkan jika inisiatif tidak diambil menjelang PRU ke 13 nanti orang Melayu akan hilang kuasa di Tanah Airnya sendiri, menolak sama-sekali kata-kata hikmat Hang Tuah: ”Tak Melayu hilang di dunia!”

Berderau darah jika orang Melayu hilang kuasa! Macam mana boleh jadi begitu atau yang sebenarnya akan hilang kuasa adalah parti siasah tertentu?

Disaat ini kerajaan Pakatan Rakyat khasnya di Selangor dan amnya dilain-lain negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan semakin kukuh kedudukannya. Kemampuan memimpin dan membawa perubahan meyakinkan rakyat bahawa mereka telah membuat pilihan yang tepat.

Inilah sebenarnya yang merungsingkan sesetengah pihak. Lebih tepat lagi Umno. Kerana jika rekod ini kekal maka PRU ke 13 nanti yang jadi mangsa adalah Umno.

Kalau Umno jadi mangsa ditolak rakyat dalam PRU ke 13 nanti hilangkah kuasa politik Melayu? Saya rasa tidak, kerana realitinya Umno berentap dengan calon dari PAS dan kalangan calon Melayu dari PKR setiap kali pilihanraya termasuklah nanti PRU ke 13.

Kalah Umno menang PAS dan menang calon Melayu PKR oleh itu macam mana kuasa politik Melayu boleh hilang?

Kerana risiko kehilangan kuasa Umno lah maka barangkali didendangkan lagu perpaduan Melayu ini. Mengapa semasa PAS kalah teruk dalam PRU 2004 atau beberapa PRU sebelum ini tidak didendangkan lagu ini?

Kesimpulannya lantaran itulah PAS dan saya yakin ramai umat Melayu tidak berapa terhibur dengan dendangan lagu ini. Bukannya sombong bukannya jual mahal tetapi ianya tidak relevan dan ianya dilihat penuh tipu-muslihat.

Posted by: wanhassan | July 19, 2010

cukai 5 tahun

KUALA KRAI, 17 Julai: Pakatan Rakyat sedia mencari jalan untuk memansuhkan cukai selama lima tahun sekiranya rakyat sedia memberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Demikian tawaran AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) semalam pada suatu majlis Pakatan Rakyat negeri di sini.

“Kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih (kerajaan) Pusat lepas PRU13, cukai pendapatan akan dimansuhkan sepenggal atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tak perlu bayar sepenggal,” ujar beliau.

Menurut beliau, kepemimpinan Pakatan Rakyat mempunyai formula tersendiri untuk urus tadbir kewangan negara secara adil, dinamik dan tidak membebankan rakyat.

Disebabkan itu, beliau menganggap langkah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri menaikkan harga barangan asasi rakyat sebagai tindakan yang tidak bijak serta tidak menguntungkan rakyat.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya mengutamakan keperluan rakyat dengan menangguhkan beberapa projek mega yang nyata menguntungkan pihak tertentu semata-mata.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut menganggap pentadbiran Najib bertindak menipu rakyat kerana tidak terlebih dahulu membawa cadangan menaikkan harga minyak RON95, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) ke Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tambahnya, indakan Najib yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan kenaikan harga beberapa barangan tersebut sejurus selesai sidang Dewan Rakyat seolah-olah tidak mengiktiraf kedudukan Dewan Rakyat dalam sistem demokrasi negara.

Impak dari kenaikan harga beberapa komoditi tersebut, katanya lagi, meninggalkan kesan berantai seperti inflasi yang nyata cukup menghimpit kehidupan kaum nelayan, petani, peniaga hatta pengguna sendiri.

Turut hadir mengisi pentas bantahan adalah Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (Adun Mengkebang), Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) serta Tony Phua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara).

Posted by: wanhassan | July 13, 2010

DISIKSA

N Tharmendran, seorang bekas sarjan RMAF yang telah didakwa berhubung kehilangan dua enjin jet pejuang, mendakwa dia ditahan dan diseksa oleh pegawai perisikan tentera selama tiga minggu berhubung siasatan kes tersebut.

Walaupun setahun telah berlalu, tetapi semunya masih jelas di mata Tharmendran, 42, siasatan dalaman tentera yang telah dilaluinya, seolah-olahnya ianya baru berlaku semalam.

Tharmendran mendakwa cara yang digemari penyiasatnya – yang didakwa diketuai pegawai berpangkat mejar dan pembantunya, juga seorang mejar – adalah memakaikannya dengan topi keledar dan berkali-kali memukulnya sekuat mungkin.

“Mereka menggunakan kayu golf dan sesuatu yang panjang seperti kayu kriket. Alasannya ialah apabila memukul topi keledar yang saya pakai, tidak ada kesan. Anda tidak dapat temui kesan apa-apapun, tapi ia adalah sakit dalaman, “katanya kepada Malaysiakini.

“Itu yang mejar (nama dirahsiakan) kata kepada saya. (Dia kata) ‘Saya boleh memukul anda sekuat mana yang sama mahu, tapi tidak akan ada kesan apapun. Bahkan (jika) anda pergi menemui doktor pun, dia akan kata anda hanya sakit kepala.”

Dan akibat penderaan fizikal itu, Tharmendran berkata dia menderita sakit teruk di leher serta bahu dan sukar menggerakkan lengan kirinya selama beberapa hari selepas soal siasat itu berakhir.

Dia juga mendakwa berulangkali dibogelkan hanya tinggal seluar dalamnya, disuruh berdiri di atas ketulan ais sehingga sejam, dan diancam dengan kematian.

“Saya diberitahu oleh mejar ini, yang dia mempunyai kawan dalam UTK (unit tindakan khas) dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) dan tidak sukar baginya untuk mendapatkan beberapa orang untuk menembak dan membunuh saya.

“Seperkara lagi, dia kata, tak seorang pun akan percaya pada saya (jika saya melaporkan penyeksaan tersebut), kerana dia adalah IO (pegawai penyiasat) dan ia mempunyai kuasa. Bahkan, katanya, jika saya pergi ke hospital dan mengatakan yang saya telah diseksa oleh orang-orang ini, dia kata tak seorang pun akan percaya pada saya.”

Tharmendan berkata, dia tidak dibenarkan menghubungi sesiapa pun untuk memberitahu mereka di mana dia berada selama tiga minggu tahanan.

Bapa N Nagarajah telah membuat laporan polis bulan lalu untuk melaporkan mengenai apa yang didakwa telah dialami oleh Tharmendran selama tiga minggu dalam tahanan tentera.

‘Hilang maruah’

Tharmendran berkata, berat badannya merosot 20 kg selepas diseksa dan selama enam bulan dia ditahan reman di Penjara Sungai Buloh kerana tidak mampu membayar ikatjamin RM150,000 berhubung tuduhan terhadapnya itu.

Dia percaya dia bukan satu-satunya yang diseksa oleh pegawai perisikan, dan mendakwa sekurang-kurangnya 30 orang lagi turut melalui pengalaman yang sama atas sebab-sebab yang tidak diketahuinya. Dia tidak tahu apa yang berlaku terhadap mereka.

Posted by: wanhassan | July 13, 2010

CNN NAFI MENDAPAT BAYARAN DARI DSAI

Hah!! Apa nak jadi Utusan Malaysia ni.. sudah dua berita yang digunakan untuk menyerang DS Anwar Ibrahim boleh dikatakan tidak berasas..

Mula-mula mereka menuduh Anwar membayar CNN dalam menyiarkan temubualnya.

Shafie Afdal dalam mengulas berita yang disiarkan oleh Utusan yang mendakwa Anwar membayar CNN dalam usaha untuk menyakinkan kembali para pelobi Yahudi bahawa beliau bukannya anti-Yahudi. Berita penuh sila baca di SINI. telah berkata bukan sesuatu yang menghairankan sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim membiayai program temubualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini dalam usaha untuk meyakinkan kembali para pelobi Yahudi bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.

Bagaimanapun hari ini jurucakap bagi CNN yang beribu pejabat di Hong Kong telah menafikan dakwaan yang dibuat oleh Utusan pada hari Jumaat 9 July yang lalu.

Menurutnya “ Cerita mengenai CNN menerima bayaran dari Anwar Ibrahim untuk muncul dalam rancangan ‘Connect the World’ jelas dirancang.”

Kemudian pula mereka menyerang DS Anwar Ibrahim dengan menyiarkan berita yang bertajuk penulis blog AS dedah Anwar ‘alat’ CIA.

Dalam edisi Ahad lalu – Mingguan Malaysia memetik tulisan Elaine Meinel Supkis, yang digambarkannya sebagai “seorang penulis blog terkemuka”, mendedahkan bahawa Anwar merupakan “alat” CIA .

Akhbar tersebut menterjemah tulisan Elaine dalam blog – Culture of Life News – seperti berikut: “Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segala-galanya dan merupakan ejen CIA yang menyamar.”

Dengan sifat taksub dan yakin yang melampau terhadap laporan Media UMNO itu Menteri Bakar Jambatan Rais Yatim telah menggunakan laporan media UMNO itu untuk menyerang Anwar.

Berita ini telah dipertikaikan oleh Bekas Duta US ke Malaysia dari tahun 1995 hingga ke tahun 1998 John R. Mallot di SINI.

Dalam keghairahan mereka menyerang DS Anwar Ibrahim, Utusan sebenarnya telah menjadikan pemimpin-pemimpin UMNO yang menggunakan artikel atau berita yang disiarkan Utusan itu sebagai asas untuk menyerang Anwar kelihatan semakin bodoh sebenarnya.

Bodoh kerana mempercayai berita yang tidak benar tanpa memeriksa kesahihan berita tersebut..

Posted by: wanhassan | July 13, 2010

lebih-1000-cawangan-umno-kelantan-haram.

KOTA BHARU, 13 Julai: Khamis, 15 Julai adalah tarikh akhir yang diberikan kepada pucuk pimpinan tertinggi Umno untuk menyelesaikan pertikaian mengenai kedudukan lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di Kelantan yang didakwa tidak sah mengikut akta Pertubuhan 1960.

Kemelut yang melanda Umno bahagian Tanah Merah yang gagal diselesai dengan baik sejak lebih setahun lalu menjadi punca sehingga terdedahkan kedudukan cawangan Umno di Kelantan yang didakwa tidak sah. Implikasi dari situasi itu menyebabkan Umno boleh diisytihar sebagai pertubuhan haram.

Demikian dedah akhbar politik Siasah dalam keluaran terbarunya yang kini berada di pasaran.

Satu sumber memberitahu Siasah, kegagalan penyelesaian Umno Bahagian Tanah Merah itu yang memberi implikasi kepada Umno Kelantan dengan membawa perkara itu ke mahkamah terpaksa diambil sekiranya pucuk pimpinan peringkat pusat berdegil untuk menyelesaikannya.

Mengenai kenapa tarikh 15 Julai dijadikan dateline kerana pada tarikh itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yaassin dijangka merasmikan persidangan Umno Bahagian Tanah Merah.

“Sekiranya Muhyiddin hadir merasmikan mesyuarat bahagian itu satu laporan polis akan dibuat ke atas Muhyiddin atas alasan merasmikan persidangan Umno yang haram,” kata sumber berkenaan dalam pertemuan eksklusif dengan Siasah baru-baru ini.

Umno bahagian Tanah Merah dianggap dalam keadaan haram bila mana kedudukan ketuanya kini, Datuk Ikhmal Hisyam Abdul Aziz dikatakan tidak sah.

Kedudukan Ikhmal sebagai ketua tidak sah bila mana cawangan yang mencalonkan beliau dalam pemilihan lalu juga tidak sah kerana ianya telah dibubarkan.

Sebagai rekod Umno Bahagian Tanah Merah telah diheret ke mahkamah ekoran kemelut berkenaan. Bekas Setiausaha bahagian, Amran Abdul Rahman telah memohon injuksi di mahkamah tinggi Kota Bharu menghalang Umno bahagian itu menggunakan aset dan dua akaun bank Umno bahagian berkenaan ekoran kesamaran kedudukan Ikhmal itu.

Gara-gara tindakan itu keahlian Amran digugurkan atas alasan membawa perkara itu ke mahkamah dimana ianya bertentangan dengan Perlembagaan Umno yang menghalang ahlinya membawa apa-apa kes ke mahkamah.

Bagaimana pun pemerhati melihat pengguguran Amran itu sebagai untuk menyelamatkan individu tertentu di mana tindakan itu sesuatu yang tidak adil dan melanggar semangat perjuangan parti.

Sekiranya laporan polis ke atas Muhyiddin diteruskan 15 Julai nanti dan masalah cawangan Umno itu dibawah ke mahkamah besar kemungkinan Umno beberapa bahagian di Kelantan boleh diistyharkan tidak sah kerana mesyuarat perwakilan bahagian sebelum ini membabitkan cawangan-cawangan yang tidak sah.

Dalam perkembangan lain satu carian dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) mendapati lebih separuh daripada 2,181 cawangan Umno di negeri itu tidak sah.

“Daripada 2,181 cawangan Umno di seluruh Kelantan hanya 1,800 saja yang mempunyai fail dengan ROS manakala dari jumlah itu hanya 70 cawangan saja yang sah,” tegas sumber itu.

Posted by: wanhassan | July 13, 2010

Minggu ini Brahim Ali berlaga dengan Nazri Aziz pula

Minggu ini Brahim Ali berlaga dengan Nazri Aziz pula..

Minggu lepas dia berlaga dengan Khairy.. sebelum berlaga dengan Khairy di berlaga dengan Ketua Pemuda MCA .. apa nama tah..

Ibrahim pula gesa Nazri Aziz ‘disisih’ jika Umno, BN mahu pulih

Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Datuk Ibrahim Ali membidas Datuk Seri Nazri Aziz dengan menggesa agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu “disisihkan” dari Umno jika parti tersebut dan Barisan Nasional (BN) mahu kembali memperoleh sokongan rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.

Ini kali kedua dalam tempoh sebulan ini Nazri dan Ibrahim bertembung pendirian berhubung peranan dan aktiviti Perkasa.

“Perkasa hanya NGO… tidak ada apa yang nak rugi. Jadi ketepikan Nazri jika Umno dan BN mahu dapat kembali sokongan rakyat,” kata beliau sambil menegaskan, pihaknya tidak kisah kenyataan Nazri di lobi bangunan Parlimen awal hari ini.

Presiden Perkasa ini menyifatkan kenyataan Nazri sebagai satu “pandangan daripada orang yang hilang waras berfikir dan pendapat peribadi.”

“Nazri tak layak dilayan kerana tiada nilai dan buang masa. Saya amat simpati tapi apa boleh buat, kenyataan nya membuat umat Melayu lagi membenci pada Ummo.

“Pada masa yang sama tidak tambah nilai pada BN. Perkasa hanya NGO, tidak ada apa yang nak rugi,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini dalam respons berhubung kenyataan Nazri.

Terdahulu Nazri menegaskan, Umno tidak sama sekali menyokong atau mengiktiraf Perkasa yang mendakwa perjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menambah, Umno menentang amalan sebarang bentuk sikap perkauman.

Oleh itu katanya, idealisme Perkasa, pertubuhan yang berusia hampir dua tahun itu, tidak selari dengan fokus pentadbiran Najib yang menekankan pluraliti dan perpaduan.

“Kita harus mengetepikan sama sekali Perkasa. Mengapa saya kata begitu? Ini kerana Perkasa tidak seiring dengan konsep 1Malaysia Datuk Seri Najib,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

“Kami menentang sebarang bentuk perkauman dan sudah pasti (Perkasa) tidak disokong oleh Umno,”

Posted by: wanhassan | July 2, 2010

Jurang Antara Kaum dan Kelas Meluas

Jurang Antara Kaum dan Kelas Meluas

SEPERTI telah selalu disebutkan berulang kali, jurang pendapatan antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera dan antara yang kaya dengan yang miskin telah meruncing sejak sedekad lalu, khasnya selepas krisis kewangan serantau 1997/98.

Jika diukur mengikut skala Gini (Gini Coefficient), jurang pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin di Malaysia adalah antara yang terburuk di dunia. Ini semestinya merisau dan memalukan kita apatah lagi dalam usaha melaksanakan dasar keterangkuman di bawah Model Baru Ekonomi.

Inilah yang selalu diungkit, iaitu yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin menjadi semakin miskin.
Inilah akibatnya apabila yang kaya diberikan pelbagai lesen dan francais, termasuk judi, yang mempunyai nilai produktiviti yang rendah tetapi keuntungan yang tinggi bagi pemilik sedangkan industri yang produktif dan membuka banyak peluang pekerjaan terpaksa bersaing di arena tempatan dan global.

Situasi ini akan menjadi lebih buruk jika golongan bawahan tidak diberikan input ekonomi yang lebih besar dan dengan cara yang lebih berkesan bagi membolehkan mereka bersaing.

Inilah yang sedang dibahaskan di peringkat pembuatan dasar, termasuk oleh NEAC, iaitu bagaimana membantu kelompok-kelompok tertentu dalam struktur ekonomi dan pendapatan. NEAC misalnya, telah mengenal pasti tiga kategori pendapatan iaitu 40% yang berpendapatan rendah (low income), 40% berpendapatan sederhana (middle income) dan 20% berpendapatan tinggi (high income).

Malangnya, apa pun dasar yang hendak dilaksanakan, pasti ada yang menyokong dan mementangnya. Inilah yang berlaku dengan cadangan Mohd Nazir. Ada banyak pihak, khasnya dalam media massa bukan Bumiputera, yang memutarbelitkan kenyataan Mohd Nazir dengan memberi gambaran beliau menantang DEB dan mahu ianya dihapuskan.

Mereka ini sama ada buta atau lupa sejarah, tamak, tidak mengenang budi atau memang perkauman (racist) dalam erti kata mereka hanya peduli kaum mereka sahaja. Mereka lupa bahawa negara ini aman dan damai kerana sikap toleransi dan pengorbanan kaum majoriti iaitu Bumiputera.

Mereka bermain dengan api jika mereka berasa bahawa atas nama globalisasi dan persaingan mereka boleh menolak hak kaum majoriti Bumiputera untuk sama-sama mendapat faedah daripada pembangunan negara.

Malangnya, mereka yang anti-Bumiputera dalam arena ekonomi ini termasuklah segelintir Melayu/Bumiputera yang menjadi kaya raya kerana DEB tetapi sudah menjadi kacang lupakan kulit dan kaduk naik junjung. Mereka ini pengkhianat bangsa dan negara.

Kemiskinan Melepasi Politik Kepartian

ADALAH wajar orang Melayu dan kaum-kaum Bumiputera melihat isu ekonomi, atau lebih tepat, kemunduran mereka dalam bidang ekonomi, sebagai isu yang melepasi politik kepartian kerana kelangsungan mereka sebenarnya dalam ancaman.

Kalau dasar ekonomi bebas laissez faire diamalkan semula seperti sebelum 13 Mei, 1969, besar kemungkinan kaum-kaum Bumiputera akan hilang tempat bergantung dan ketika itu kembalilah mereka menjadi buruh dan petani cukup makan sahaja.

Sekarang pun, majoriti Bumiputera berada dalam kategori buruh (labour) dalam struktur pengeluaran kerana modal dan pengurusan umumnya dikuasai oleh bukan Bumiputera. Walaupun Bumiputera menguasai gunatenaga sektor awam, tetapi 80 peratus pekerjaan adalah di sektor swasta.

Hatta tanah milik Bumiputera pun semakin hari semakin berkurangan kerana diambil alih untuk pembangunan atau terlepas ke tangan bukan Bumiputera.

Majoriti daripada 40 peratus dalam kategori berpendapatan rendah yang dikenal pasti oleh NEAC itu adalah Bumiputera.

Jadi adalah amat wajar kita memberi perhatian kepada saranan Mohd Nazir kerana dia adalah contoh Bumiputera yang berjaya, anak orang besar dan pengurus sebuah bank raksasa. Cakapnya bukan cakap kedai kopi.

Kalau beliau berkata matlamat DEB membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masih relevan dan perlu dikekalkan, saya tidak segan silu menyokongnya 100%.

Apatah lagi saranan beliau agar dibina dan diwujudkan masyarakat Bumiputera yang lebih kompetitif demi kelangsungan orang Melayu dan keamanan negara.

Tidak ada negara boleh dianggap bertamadun dan sejagat jika bangsa dan kaum majoriti tertindas dan terpinggir. Keamanan dan toleransi tidak wujud dengan sendirinya

Posted by: wanhassan | July 2, 2010

Jadi penceramah buruan selepas digelar ulama muda Umno

Jadi penceramah buruan selepas digelar ulama muda Umno
KUALA LUMPUR, 30 Jun: Baru minggu lepas, Ustaz Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27 tahun, digelar salah seorang dari 40 ulama muda yang menyertai Umno.

Kini, Mohd Hosni (gambar) adalah antara penceramah yang top di dalam PAS dan Pakatan Rakyat. Hampir setiap malam beliau mendapat undangan untuk memberikan ceramah di seluruh negara.

Malam tadi beliau bersama dengan Haji Mohamad Sabu berceramah… dan malam ini beliau akan ke Klang pula. Esok dan lusa beliau akan ke Johor dan Melaka untuk memberikan ceramah.

Semuanya kerana gelaran ulama muda yang diberikan oleh Umno kepada beliau dan 39 yang lain.

“Saya sebenarnya rasa tertipu dengan apa yang berlaku….itulah yang saya terangkan di setiap kali ceramah saya,” kata Mohd Hosni ketika datang berkunjung ke pejabat Harakahdaily.

Mohd Hosni bersama tiga rakannya yang belajar di Universiti Al Albyt, Jordan adalah antara mereka yang bersama dalam majlis menyerahkan borang menyertai Umno oleh 40 ulama muda kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Keempat-empat mereka diperdaya oleh ayah kepada salah seorang rakan mereka kononnya Perdana Menteri mahu berjumpa dengan bekas pelajar Jordan.

“Jadi, pada saya apa salahnya berjumpa dengan Perdana Menteri,” kata Mohd Hosni yang kini menjadi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Intergrasi dan Teknologi Selangor yang terletak di Klang.

Mereka diberitahu pertemuan akan diadakan di Hotel Legend yang terletak di seberang jalan bangunan Umno.

Namun, apabila sampai ke hotel itu, beliau dan rakan-rakan di bawa turun dengan eskalator dan seterusnya menyeberang jalan ke bangunan Umno dan di bawa masuk ke dalam satu dewan.

Di sana sudah ada ramai orang yang kelihatan macam orang PAS, orang Tabligh dan sebagainya berdasarkan pakaian mereka.

“Jadi saya senang hatilah,” kata Mohd Hosni lagi. Namun tidak lama kemudian, kesemua mereka disuruh berbaris kerana PM sudah mahu sampai.

Lalu mereka berbaris menyambut ketibaan PM dengan dihujani oleh lampu flash juru gambar yang memenuhi majlis itu.

Selepas itu, Datuk Seri Shahidan menyerahkan satu sampul surat kepada PM dan memberitahu itu adalah borang-borang permohonan menyertai Umno dari 40 ulama muda yang ada dalam majlis itu.

Najib tanpa bercakap apa-apa terus meninggalkan majlis selepas itu dan Shahidanlah yang mengendalikan sidang akhbar selepas itu.

Mulai dari situ, barulah Mohd Hosni dan tiga rakannya lagi sedar bahawa mereka telah tersalah tempat dan terpedaya kerana bukanlah hajat mereka mahu menyertai Umno.

Namun, kesan dari situ, Mohd Hosni kini menjadi buruan majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat khasnya majlis ceramah PAS.

Nama beliau dan isu ulama muda menyertai Umno menjadi pelaris kepada majlis ceramah PAS kerana orang ramai ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku di majlis itu.

Bersalam dengan PM

Sementara Mohd Husni menolak beliau datang ke PWTC untuk bersalam dengan Perdana Menteri.

“Tentang hendak bersalam dengan Najib, adalah lebih munasabah saya pergi ke Kelantan bersalaman dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, itu lebih baik dari bersalaman dengan orang yang didakwa,” jelas Mohd Husni.

Ini susulan respons Umno menafikan empat pelajar lulusan Jordan tidak dijemput menghadiri majlis 40 ulama muda menyertai parti itu Jumaat lalu, sebaliknya hanya dijemput oleh orang kuat Umno disifatkan sebagai amat melucukan.

Beliau juga menolak dakwaan mereka beria-ia untuk hadir ke situ untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, satu malam sebelum itu, seorang orang kuat Umno telah memujuk beliau untuk menyertai Umno dan mengajak hadiri majlis tersebut dan kebetulan merupakan bapa kepada kawan rapatnya, beliau tidak dapat menolak jemputan itu.

“Logiknya bagaimana kami boleh hadir jika tidak mendapat sebarang jemputan malah cara masuk juga ditipu, dari bangunan sebelah Mall, naik escalator, turun tangga, tiba-tiba muncul di Bangunan Umno.

Beliau yang sebelum ini mendedahkan penipuan Umno ini di dalam majlis Pentas Pemuda anjuran Dewan Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini menyatakan, mereka dijemput datang ke majlis itu kerana Perdana Menteri hendak bertemu dengan lulusan Jordan.

Dalam pada itu, Hosni berkata, beliau mendapat maklumat terdapat seorang lagi lepasan Madinah yang dijemput ke majlis berkenaan kerana terdapat majlis diskusi sebaliknya yang berlaku adalah penyerahan borang menyertai Umno oleh beberapa orang yang digelar sebagai sebagai ulama muda yang ‘ori’.

Katanya, seorang di Perlis, Ustaz Abdul Wahab Abdullah berkata, beliau hadir untuk bertemu dengan perdana menteri bagi membersihkan nama kumpulan mereka yang dikaitkan dengan keganasan.

“Terbukti Umno menggunakan banyak cara untuk menarik ulama muda menyertai mereka kerana jika untuk alasan biasa pasti mereka tidak didekati, lalu mereka gunakan berbagai cara,” ujarnya.

Menjawab hasrat mereka untuk membuat laporan polis terhadap penafian beliau yang disiarkan oleh Harakahdaily, dua hari lalu, Hosni bersetuju, artikel tersebut langsung tidak menyebut nama orang berkenaan.

Posted by: wanhassan | July 2, 2010

PETANDA HARGA MINYAK NAK NAIK

Petronas mencatat penurunan dalam keuntungan sebelum cukai sebanyak 24.5 peratus kepada RM67.3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010 berbanding RM89.1 bilion tahun sesebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata, perolehan juga menurun sebanyak 18.1 peratus kepada RM216.4 bilion berbanding RM264.2 bilion tempoh yang sama sebelumnya.

Menurutnya, keuntungan bersih Petronas merosot kepada RM40.3 bilion berbanding RM52.5 bilion pada tahun sebelum.

Shamsul Azhar menjelaskan, penurunan itu disebabkan oleh pengurangan permintaan terhadap minyak dan gas.

“Tahun kewangan lalu merupakan tahun yang luar biasa sukar dan mencabar bagi Petronas seiring pula dengan keadaan kemelesetan global memberikan kesan kepada industri minyak dan gas.

“Di sebalik pengurangan perbelanjaan pengguna dan output industri yang berkurangan, permintaan terhadap sumber tenaga utama dunia mengalami penguncupan kali pertama sejak hampir tiga dekad,” katanya ketika mengumumkan keputusan kewangan Petronas di sini semalam.

Posted by: wanhassan | July 2, 2010

30 Tahun Lagi Pun Umno Kelantan Tetap Kulum Jari!

30 Tahun Lagi Pun Umno Kelantan Tetap Kulum Jari!

SERONOK juga mendengar khabar politik di kawasan sendiri Rantau Panjang, Kelantan mengenai Umno bahagian itu mengadakan dua persidangan kawasan serentak. Satu pasukan mengadakan persidangan di Lati dan satu lagi di Lubuk Jong. Jarak tempat persidangan itu diadakan tidak sampai 3 kilo menter. Kata orang kalau laung pun dengar.

Pasukan yang mengadakan persidangan di Lubuk Jong diketuai oleh Abdullah Mat Yassin. Manalala pasukan yang bersidang di Lati diketui oleh bekas Ketua Umno Rantau Panjang, Mohd Zain Ismail. Abdullah diangkat jadi ketua apabila keahlian Mohd Zain bersama tiga yang lain; Ghazali Ismail (bekas Bendahari), Fauziah Ab Rahman (bekas Ketua Wanita) dan (Fauzi bekas calon Ketua Pemuda) digantung atas dakwaan membantu calon bebas dalam pilihan umum lalu.

Bagaimana pun perlantikan Abdullah yang katakan ada hubungan baik dengan orang atasan termasuk dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Fatmi Che Salleh tidak diikhtiraf oleh dua pertiga daripada ahli jawatankuasa bahagian sekarang. Bahkan satu undi tidak percaya berjaya dibuat ke atasnya.

Seronok saya kata, kerana persidangan itu dihadiri oleh Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi. Selepas merasmi persidangan di Lubuk Jong, Zahid juga menghadiri persidangan di Lati.

Tentulah bagi orang yang rasional dan arif berorganisasi sukar untuk memahami keadaan di Rantau Panjang. Apa lagi dengan kehadiran Menteri Pertahanan itu tambah memeningkan lagi. Bagi ahli di bawah akan menganggap kedua-dua pasukan Umno itu sah. Sebaliknya orang yang arif mengenai undang-undang akan bingung sampai ke Subuh. Macam mana Naib Presiden boleh hadir kedua-duanya yang mana maksud kehadiran itu mengesahkan kedua-dua pihak.

Kalaupun persidangan diketuai Mohd Zain tidak sah dengan kehadiran Zahid itu ia akan dilihat sebagai sah. Mohd Zain bersama kuncu-kuncunya juga akan menjadikan kehadiran Zahid itu sebagai modal dan dalil untuk mengatakan mereka adalah pasukan yang sah. Kalau tidak sah masakan Zahid sedia mencemar kaki ke persidangan mereka?

Memerhati politik Umno Rantau Panjang Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin juga jadi bingung kelu. Beliau menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku. Bercakap di Jakarta katanya apa yang berlaku itu menggambarkan Umno Rantau Panjang berpecah belah. Lantas beliau mengarahkan Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed menyiasat dan mencari puncannya.

Sebenarnya arahan Muhyiddin itu membazir air liur sahaja. Ia sia-sia saja. Mengarah Mustapa samalah mengarah mayat kura-kura matik dilanggar terelar supaya berjalan. Mustapa sudah tidak berdaya untuk menyelesaikan pergolakan Umno Rantau Panjang. Sudah lama Umno Rantau Panjang terutamanya kumpulan Mohd Zain mengadu masalah di Rantau Panjang kepada Mustapa. Berbagai formula penyelesaian juga sudah dikemukakan. Mustapa juga telah mengetahuinya dan apa yang termampu olehnya hanya berjanji saja.

Tetapi janji Mustapa hanya tinggal janji sahaja. Mustapa tidak menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Perhubungan untuk menyelesaikan masalah di Rantau Panjang. Beliau lebih bersikap menjaga hati kedua-dua pihak, yang mana akhirnya Umno terus jadi berkucah dan bergelora.

Inilah kelemahan sejak dalam perut yang ada kepada Mustapa Mohamed. Kegagalan menyelesaikan kemelut di Rantau Panjang menandakan kelemahan dan ketumpulan beliau sebagai pemimpin. Sebab itu saya katanya Mustapa bukan layak menjadi ketua Umno Kelantan melainkan sesuai untuk jadi Tok Empat Umno sahaja. Tok Empat adalah penghulu yang boleh diberikan tugas menjaga Umno bahagian Jeli saja di mana beliau sebagai ketua. Kalau Umno bahagian Pasir Mas atau Kota Bharu belum tentu juga Mustapa mampu menanganinya.

Kalau beliau ada wibawa beliau panggil kedua-dua kumpulan yang bertelagah itu. Cara menggantungkan keahlian Mohd Zain dan tiga yang lain bukan penyelesaian terbaik. Tindakan itu tidak akan memberi keuntungan kepada Umno Rantau Panjang khasnya dan Umno Kelantan seluruhnya.

Apa yang Mustapa perlu buat ialah panggil kedua pihak untuk bersemuka. Beliau boleh meminta pandangan masing-masing untuk menyelesaikan perbalahan. Sebagai ketua, kedua-dua pihak harus akur dan taat apa-apa keputusan yang akan dilakukan nanti. Beliau kena tegas dalam hal ini dan bukannya bersikap ‘klu klek’.

Tetapi kalau apa juga keputusan yang dibuat tidak sedia diakur oleh kedua pihak ini bermakna Mustapa harus sedarkan diri. Bahawa dia tidak mampu untuk menjadi ketua dan elok kalau beliau dengan suka rela meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan. Tidak ada guna kalau menjadi ketua tetapi tidak dihormati orang.

Penerusan kemelut di Rantau Panjang, pada saya salahnya terletak di tangan Mustapa. Begitu juga dengan apa yang berlaku di Tanah Merah yang menimpa bekas Setiausaha bahagian, Cikgu Amran. Amran sudah beberapa kali mengadu masalahnya kepada Mustapa. Namun Mustapa tidak memperdulikannya hingga jalan terakhir terpaksa diambil membawa masalah beliau ke mahkamah. Tindakan memecat Amran sebagai ahli Umno yang dlihat cuba hendak membela Ikmal Hisham tidak membawa kebaikan kepada Umno melainkan ia akan dilihat orang Umno parti yang bertindak mementingkan bulu dan berkasta.

Kalau Umno Malaysia ingin Kelantan diperintah oleh Umno, Najib Razak kena membuat penilaian semula kepada Mustapa. Tidak semestinya Mustapa cemerlang dalam bidang ekonomi dia juga arif dan bijak dalam soal mengurus parti. Beliau tidak boleh terus membiarkan Umno Kelantan dipimpin oleh seorang yang penakut, tidak tegas dan tidak tahu bertanggungjawab. Najib harus memilih seorang yang berani mengambil risiko dan sedia memikul tugas.

Apa juga perjuangan mesti menghadapi risiko. Dalam hal ini Mustapa langsung tidak mahu mengambil risiko. Bukan itu saja pandangan-pandangan orang lain juga tidak diterima pakai. Sikap kepegawaian yang diamalkan Mustapa tidak sesuai di bawa ke dalam politik. Masalah yang dihadapi Khalid Ibrahim di Selangor yang tidak mengambil berat soal kepentingan parti, tidak bijak mengurus manusia politik, itulah juga yang dibawa oleh Mustapa di Kelantan. Mustapa lebih memikirkan keselamatan dirinya saja daripada keselamatan Umno seluruhnya. Sebab itu lantiklah jadi menteri apa pun dia akan terima walaupun menteri itu bidang kuasanya tidak ada kena mengena dengan kebolehannya atau pun menjejaskan reputasinya. Yang penting jawatan menteri. Sikap dan pendirian ini menjelaskan kepada umum siapa Mustapa?

Dari sisi lain apa yang berlaku di Rantau Panjang itu, itulah juga yang berlaku dilebih separuh bahagian Umno di Kelantan. Sikap berpuak-puak dan berpasukan masih wujud dalam Umno di Kelantan. Macam-macam bentuk dan jelmaan puak-puak ini. Ada ketua tidak sebulu dengan timbalan, ada timbalan yang tidak sebulu dengan ahli jawatan kuasa bahagian. Dan ada juga ketua sama ketua tidak sama panjang bulunya!

Ada ketua pemuda tidak ngam dengan ketua bahagian, ada ketua wanita yang bergaduh dengan ketua pemuda kerana cemburu hati. Perbalahan dan pertelingkahan ini tidak ada tanda-tanda untuk surut atau pun damai. Sebab apa, sebab ketuanya di atas sana tidak pernah memikirkan bagaimana untuk menyatupadukan Umno di peringkat bahagian. Umpama sebuah keluarga anak-anak bergaduh sesama sendiri kerana sang bapa seorang yang dungu.

Jadi dengan keadaan Umno yang ‘hentuk henyuk’ ini apakah Umno Kelantan mampu untuk menumbangkan Pas dalam pilihan raya akan datang? Jawabanya 30 tahun lagi pun Umno tetapi mengulum jari saja! Awang Adek Hussein yang berangan-angan untuk jadi MB Kelantan juga akan terus terlena dalam angan-angan Mat Jenin itu kalau Umno liat untuk berubah.

Posted by: wanhassan | July 2, 2010

Zahid Jangan Tutup Tahi Dengan Telapak Tangan

Zahid Jangan Tutup Tahi Dengan Telapak Tangan

KATA Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menyiasat pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam Scorpene kerana pembeliannya mengikut prosuder biasa. Ia juga tidak perlu katanya sebab pembelian itu dilulus oleh Kementerian Kewangan. Apakah setiap yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan itu tidak terkecuali dari berlaku penyelewengan?

Apakah Zahid tahu nilai apa yang beliau ungkapkan itu? Kalau beliau tahu nilainya dia tidak akan tergamak membuat saranan itu. Hanya orang yang cetek pemikiran saja ataupun kerana bimbang kepada sesutau yang membuat cadangan itu.

Sebagai menteri yang berada di bawah kepimpinan yang telus, berintegriti, Zahid tidak perlu takut kepada SPRM untuk menjalani apa-apa siasatan ke atas apa-apa juga isu yang timbul. Kenapa Zahid perlu begitu takut dan bimbang kalau SPRM menyiasat pembelian itu. Sekiranya pembelian itu benar mengikut prosuder dan tidak ada elemen rasuah di sebaliknya, Zahid bukan ‘halang’, sebaliknya mengalu-alukan kalau ada pihak menyuruh SPRM menjalankan siasatan.

Siasatan itu akan membersihkan pembelian berkenaan yang dianggap sebagai skandal rasuah oleh pihak pembangkang. Tanggapan buruk ke atas pembelian itu yang mencecah ratusan juta komisyen tidak akan lenyap dengan gesaan Zahid itu. Sebaliknya dengan ‘halangan’ Zahid itu menyebabkan semakin tebal rasa was-was orang ramai di sebalik pembelian berkenaan.

Saya tidak tahu kenapa Zahid yang dikenali sebagai menteri yan mengerti hukum hakam dan dikenali seorang kuat beragama tiba-tiba boleh bersikap demikian. Apakah beliau menjadi galang ganti untuk menutup lubang-lubang luas dalam Kementerian Pertahanan yang wujud sebelum ini. Bahwa Zahid tidak mampu untuk berdepan dengan harus kemungkaran dalam parti dan kerajaan yang dianggotai?

Secara peribadi saya suka kalau Zahid kekal di Jabatan Perdana Menteri menjaga urusan keagamaan. Sejak beliau menjadi menteri agama ada beberapa perubahan positif yang dilakukan untuk pembangunan ummah. Beberapa cadangan yang dibuat juga menarik dan dilihat satu cadangan progresif dan dinamik. Jawatan itu juga dirasakan serasi dan sesuai dengan jiwa Zahid dan latar belakangnya yang mendapat pendidikan agama diperingkat sekolah lagi.

Jadi apabila Zauid alih-alih dipindah ke Kementerian Pertahanan di mana bosnya pernah berkhidmat di situ menyebabkan orang terfikir tentu ada muslihat dan strategi bila Zahid bercakap berkadas dengan nalusi rakyat. Makanya bila melihat beberapa kenyataan Zahid berhubung isu di kementerian berkenaan ia seperti dibuat untuk menutup lubang-lubang dalam dan curam yang wujud di kementerian berkenaan.

Tidak menjadi kesalahan kalau kita melindungi keaiban seseorang. Begitu juga kalau bantu melindungi bos sendiri. Tetapi Zahid harus kena sedar dan insaf di sebalik tanggungjawab itu ia perlu lihat apakah ianya bertepatan dengan prinsip Islam atau sebaliknya. Misalnya haram kalau kita melakukan rasuah, melindungi musuh ataupun membela penjenayah?

Saya berharap dan mendoakan tindakan Zahid dalam sesetengah kenyataan dan sikapnya di kementerian itu tidak sampai ke peringkat itu. Adalah malang sekali kalau tindakan Zaid itu umpama orang yang cuba menutup tahi dengan telapak tangan. Jangan pula tahi tidak terlindung dan tetap berbau tangan kita pula ikut berbau busuk. Kalau hendak jadi Pak Sanggup pun biar berpadah-padah sesuai dengan bidalan berbunyi; buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

Berhubung cadangan agar pembelian kapal selam yang tidak boleh menyelam , biarlah kalau SPRM hendak menjalankan siasatan. Ia baik untuk Zaid dan Perdana Menteri dan juga kawan baik Perdana Menteri, Razak Baginda. Bila SPRM menjelaskan bahawa pembelian itu telus ia akan menutup segala cakap-cakap songsang mengenainya. Sebaliknya kalau SPRM dihalang untuk membuka kertas siasatan maka persepsi buruk dan busuk terhadap pembelian itu akan terus berlanjutan. Natijahnya orang akan beranggapan memang ada skandal rasuah di sebalik pembelian kapal berkenaan.

Posted by: wanhassan | July 2, 2010

Ada Menteri Ubah Minit dan Tambah Nilai Tander?

Ada Menteri Ubah Minit dan Tambah Nilai Tander?

PAGI tadi saya cadang nak ‘zoo negara’, bukan zoo tetapi Parlimen. Malamnya sudah janji dengan sdr Kamal Amir Kamal Hijaz, bekas ahli jawatnkuasa Biro Antarabangsa Pemuda Umno dan pernah membantu Encik Ibrahim Ali dalam pilihan raya umum lalu di parlimen Pasir Mas. Kamal sanggup turun dari Kuala Lumpur semata-mata untuk berkempen menjamin kemenangan calon berkenaan.

Bagaimana pun janji untuk jumpa Kamal Amir hari ini terbatal apabila ada hal lebih ‘auliayat’ iaini berjumpa dengan seorang kawan lama. Bukan itu saja kerana ada hajat beradat, maka saya terpaksa ke rumahnya bersama isteri. Kamal pula beriya hendak jumpa, mungkin nak bagi naskah percuma buku barunya – profile perjuangan Tengku Razaleigh Hamzah.

Saya juga tidak sabar untuk membacanya. Apakah pemikiran dan isu yang menjadi fokus penulis kental dan tebal dengan jiwa Melayu ini menerusi buku itu.

Jumpa kawan lama tadi hajatnya sekejap saja. Selepas menyampai segala hajat mahu minta diri dan akan cuba berlari ke Parlimen. Mudah-mudahan Kamal Amir sabar menunggu. Lagipun menjelang jam 11:00 pagi dalam telefon masuk satau SMS memberi tahu yang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan hendak mengadakan sidang akhbar di parlimen jam 3:00 petang.

Disebut dalam SMS itu Ahmad Maslan akan mengumumkan mengenai hasrat Felda nak saman
lidah rasmi parti PKR, Suara Keadilan ekoran akhbar berkenaan menuduh Felda bankrup. Berita mengenai pengumuman Ahmad itu telah pun keluar di beberapa portal dan blog, di mana menurut Ahmad, Felda saman Suara Keadilan dan menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM200 juta. Wau banyak tu…

Mungkin bagi peneroka di Hulu Terengganu ataupun Hulu Pahang, atau Serting Negeri Sembilan merasa gembira mendengar kenyataan Ahmad Maslan itu. Betapa tidak dalam kepala mereka Felda secara atas angin akan menambahkan asetnya sebanyak RM200 juta. Sedikit sebanyak mungkin mereka mengira, wang itu nanti akan menimbus rizab tunai Felda yang dikatakan susut itu?

Biasalah bila lama tak jumpa panjanglah sembang dengan kawan lama tadi. Sebenarnya perkara utama yang hendak dibincangkan tidak sampai pun 10 minit. Tetapi kerana perbualan lain-lain topik dan sub topik memakan masa lebih tiga jam.

Kawan ini seorang ahli perniagaan yang aktif hingga ke peringkat antarabangsa. Dia juga sebagai seorang pemerhati politik. Dia berkawan dengan semua orang, khasnya tokoh-tokoh Umno termasuk beberapa menteri. Jadi banyaklah kepincangan dan penyelewengan yang diketahuinya yang sesetengahnya tidak sampai hati nak disebutkan.

Dari hal mengenai kedudukan kewangan negara yang semakin susut dan menipis sampailah kepada perkara-perkara yang jelek untuk diceritakan. Menurut kawan ini disebabkan berleluasanya rasuah, penyalahgunakan kuasa, menyebabkan negara boleh bankrup. Nasib malang negara ini bukan kerana gimik atau sengaja nak menakut-nakutkan rakyat membolehkan kerajaan mengurangkan subsidi, tetapi menurutnya memang ia satu yang akan menjadi realiti. Malahan dari nada cakapnya dia optimis negara ini akan bankrup.

Beliau lantas memberi contoh dengan apa yang berlaku dalam Felda yang menjadi isu hangat hari ini. Beliau yang juga bekas pegawai Felda tahu benar mengenai salah urus dan tadbir dalam Felda menyebabkan berlaku penyusutan rezeb tunai Felda. “Apa yang dibangkitkan oleh Suara Keadilan itu benar, duit Felda sudah habis,” ujarnya.

Kawan itu memberi satu dua contoh bagaimana dua projek Felda yang tidak menguntungkan tetapi dijalankan juga kerana untuk membantu kroni. Satu katanya pembinaan hotel di Bangi di mana bagi kepentingan Felda pembinaan ini langsung tidak ada apa-apa keuntungan. Untuk apa Felda membina hotel, soal beliau marah.

Tetapi katanya kerana atas permintaan Pengerusi Felda, Yusuf Noor kerana inginkan bangunan tertinggi di Bangi berdekatan kediamannya maka pembinaan itu diluluskan. “Untuk apa hotel berkenaan. Pada saya lebih baik ia dibina sekolah Tahfiz Agama untuk anak-anak peneroka,” katanya.

Satu lagi projek yang menghabiskan wang institusi itu ialah pembelian ladang lembu di Australia bernilai RM600 juta. Peneroka mungkin seronok bila dibertahu Felda menceburi perniagaan di peringkat antarabangsa. Tetapi mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Mengenai projek ladang lembu ini katanya apa membingungkan Felda telah mengeluarkan wang sebanyak RM600 juta, tetapi saham pemilikkan ladan itu bagi Felda hanya 19 persen sahaja. Ini perniagaan bodoh katanya. Ke mana perginya 81 persen lagi walahualam. Katanya dia memilik dokumen berhubung permbelian ladang berkenaan.

Tamat cerita Felda yang katanya masih banyak yang belum dibongkar, timbul pula cerita bagaiaman seorang menteri yang dipercayai amanah, mempunyai integriti tetapi ikut sama terpalut dalam penyelewengan dan penyalah gunaan kuasa.

Apa yang diceritakan ini dialami sendiri kawan ini. Beliau telah menghantar satu proposal kepada menteri berkenaan untuk memajukan aset milik agensi dibawah pengawasannya. Menteri sebelum ini sudah pun mencadangkan supaya aset berkenaan dibangunkan dan proposal beliau itu diterima. Secara prinsipnya projek itu sudahpun dipersetujui. Kerana berlaku pertukaran jawatan maka ia perlu dirujukkan kepada menteri berkenaan.

Malangnya bila ia dirujuk projek itu dibatalkan. Minit keluluasan asal telah diserahkan kepada menteri itu. Alasannya kerana mesyuarat pembangunan kementerian itu sebelum ini tidak meluluskan projek berkenaan. Ini berdasarkan kepada minit katanya.

Para pegawai dalam satu mesyuarat dengan menteri berkenaan membangkitkan isu projek berkenaan. Mereka menunjukkan yang minit asal diluluskan. Menteri berkenaan katanya terkial-kial untuk menjawabnya dan mencari helah mudah dengan mengatakan setiausaha salah mencatat minit. Namun apabila setiausaha dipanggil barulah terdedah cerita sebenarnya, menteri berkenaan mengarahkan setiausaha mengubah minit berkenaan. Paling menyedihkan lagi katanya menteri itu sudah menerima prosal dari kroninya.

Itu satu kejadian. Ada satu lagi kejadian melibatkan nilai tander satu projek di Kuala Lumpur. Satu kontraktor telah membuat tawaran dengan nilai RM72 juta. Tawaran itu telah diterima. Tetapi apabila sampai ke peringkat menandatangani kontrak berkenaan angka berkenaan didapati berubah menjadi RM92 juta. Kontraktor berkenaan terkejut melihatnya kerana harganya di make-up sebanyak RM20 juta.

Kerana menyedari kekeliruan itu, kontraktor berkenaan bertanyakan kepada menteri berkenaan. Apa jawabnya, menteri berkenana suruh saja tanda tangani, dan memberi tahun RM20 juta adalah atas urusan.

Menyedari bahawa apa yang berlaku itu satu penyelewengan kontraktor berkenaan akhirnya menarik diri kerana tidak mahu terlibat dengan rasuah.

Segala apa yang dicerita kawan itu menggambarkan akan kebobrokan orang berkuasa di negara ini termasuk menteri. Dan paling mengejutkan ia bukan saja berlaku di kalangan menteri yang dikenali tidak berlatar belakangkan pendidikan agama yang mampan tetapi di kalangan mereka yang dianggap sebagai ustaz dan diberi tanggungjawab menjaga harta anak-anak yatim juga. Jadi kata kawan ini di Malaysia ini tidak ada siapa lagi yang boleh diharap dan dipercayai khasnya dalam bidang perdagangan.
Posted by mso.im at 11:57:00 PM 0 comments
Labels: Kerenah Orang Politik

Posted by: wanhassan | June 28, 2010

40 KALI KENA KENCING

SEPERTI diduga kemasukan 40 `ustaz muda’ yang digelar oleh sekutu Apco sebagai `ulamak muda’ ke dalam Umno akan dijadikan berita hangat di TV 3 suku dan media Utusan Meloya. Maka, Najib pun memulakan mainannya sebagai langkah pertama untuk memperbodohkan kumpulan 40 ustaz mentah tersebut. Najib memberitahu kemasukan mereka ke dalam Umno menandakan `Ulamak Muda’ tersebut menyokong dasar Umno.

Kita diberitahu kununnya kemasukan kumpulan 40 itu ke dalam Umno adalah untuk berdakwah kepada Umno. Ini bererti Umno dilihat semakin teruk akidahnya, sehinggakan terpaksa kumpulan 40 orang ini menghumbankan diri masuk ke dalam kapal Umno. Jika begitu, mengapa pula Najib membuat kenyataan Kumpulan 40 ini menyokong dasar Umno yang dikatakan oleh Najib turut memperjuangkan Islam mengikut Al-Quran dan Hadith. Jika sudah betul jalannya, mengapa pula Kumpulan 40 ini mahu berdakwah kepada Umno? Belum apa-apa sudah kena `kencing’ oleh Najib. Kesihan ustaz-ustaz muda tersebut yang tidak tahu sepak terajang di dalam Umno.

Benarkah kumpulan 40 yang berkelulusan agama itu menyokong dasar Umno sekarang? Mereka sokong kah lesen judi dikeluarkan dalam keadaan majoriti Non Muslim menolak judi? Mereka juga turut menyokong Akta zalim ISA yang menghukum orang tanpa bicara? Mereka juga menentang hudud untuk dilaksanakan? Itu belum dikira berbagai salah laku dan rasuah kepimpinan Umno yang ada. Bahkan, pemimpin yang terbukti melakukan rasuah tetap kekal sebagai Ketua Menteri dan ada yang menjadi Ketua Pemuda Umno. Ketua Pemuda Umno itu adalah juga bos kepada kumpulan 40 orang ini sebaik sahaja mereka menyembah Umno.

Betapa hina diri mereka apabila berada di dalam kelompok yang secara berterusan menentang syariat Islam. Betapa murah ilmu yang mereka miliki dijual sedemikian rupa. Kita lihat nanti setakat mana Umno akan menerima dakwah mereka, atau Umno akan mendakwah mereka kembali. Kita lihat berapa lama jubah labuh itu kekal ditubuh mereka. Jangan jadi seperti Us Firdaus sudah lah. Masuk Umno saja, sudah pandai sepak menyepak tong undi dan lebih selesa berbaju batik dan bersongkok hitam tinggi. Ke mana Us Firdaus sekarang? Jika mahu lihat beliau, tunggu sahaja ketika acara membaca doa atau tahlil.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menganggap Presiden Pergerakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali sebagai `gedebe politik’ ekoran pendirian pemimpin itu mengecamnya dalam isu biasiswa.

Sehubungan itu tegas Khairy, Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat lebih cenderung mengambil kesempatan terhadap sesuatu isu untuk kepentingan diri sendiri.

Selain kaum-kaum lain, Khairy berkata, sebahagian besar orang Melayu juga kurang senang dengan pendekatan agresif Ibrahim dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera.

“Dia (Ibrahim) tidak sopan dan suka cari gaduh dengan orang lain. Sekiranya kita tidak jauhkan diri daripada Ibrahim, Barisan Nasional (BN) akan terkena tempiasnya,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian serentak Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Rembau dekat sini hari ini oleh Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Mohamad Hasan.

Serang-menyerang kedua-dua wakil rakyat ini bermula sejak Rabu lalu berhubung kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong dalam soal biasiswa.

Semalam, Ibrahim sekali lagi mempertikaikan kepimpinan Khairy dengan berkata, beliau sebenarnya “bangga dengan label jaguh politik kampung” yang diberikan oleh ketua Pemuda Umno itu berhubung isu membela Wee.

“Saya bangga kerana dipanggil jaguh kampung… sekurang-kurangnya saya dekat dengan rakyat, bermakna (saya) barang ‘asli’.

“Sebab itu, saya boleh menghayati perjuangan nenek-moyang dan kasih pada bangsa begitu tebal serta memahami sejarah,” kata Ibrahim dalam respons balas kepada kenyataan Khairy kelmarin, yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung kerana mendesaknya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau.

“Saya adalah seorang jaguh kampung macam lembu jantan berani berjuang… apa yang datang di depan saya, saya akan lawan habis,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.

Ibrahim mendakwa orang Melayu berharap hanya Mara yang dapat membantu mereka dalam meningkatkan taraf hidup mereka.

“Orang kampung hanya mengharapkan pada Mara… sebab itu saya bangga menjadi jaguh kampung,” kata beliau lagi.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, Ibrahim tidak layak memintanya berhenti sebagai wakil rakyat kerana “beliau bukan merupakan pengundi kawasan Rembau atau (sekurang-kurangnya) ahli Umno.”

Ibrahim menggesa Khairy meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan kepimpinannya telah “menggadaikan maruah bangsa” semata-mata kerana mempertahankan Ketua Pemuda MCA dalam isu biasiswa.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional berkata kesediaan 40 ulama muda mengganggotai Umno menunjukkan mereka berminat untuk bergerak bersama sayap Pemuda parti.

“Saya percaya dengan penyertaan mereka, kita boleh menganjurkan lebih banyak program berunsur kerohanian terutamanya di kawasan-kawasan isu-isu politik sering dikaitkan dengan agama,” katanya.

Beliau berkata perkembangan terbaru itu satu tamparan hebat kepada PAS yang selama ini menganggap ia parti politik pilihan golongan ulama.

Bijaknya Najib! Tol Singapura turun 30%, Pulau Pinang naik 34%

Oleh Herman Samsudeen

Ibarat kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan, begitulah nasib rakyat Malaysia khususnya di Pulau Pinang selepas Najib dengan bijaknya menawarkan pengurangan tol 30% bagi jambatan kedua yang menghubungkan Johor dan Singapura sedangkan untuk Pulau Pinang caj tol dinaikkan 34%.

Saya bukan nak kata orang yang gunakan jambatan kedua Johor-Singapura sebagai Kera, tapi itu hanyalah pepatah orang-orang Melayu sebagai mengambarkan ketidakadilan yang berlaku.

Saya setuju dengan pandangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (DAP) yang mengalu-alukan pengurangan tol dijambatan kedua Johor-Singapura itu kerana sebagai rakyat kita mahu semua tol dikurangkan dan dihapuskan terus. Kalau kerajaan nak hapuskan terus Tol berkenaan pun bagus.

Saya yakin, ramai rakyat yang tidak puas hati dengan layanan Najib kepada Singapura yang mungkin sebagai melengkapkan perjanjian Durian Malaysia-Singapura. Tiap kali ada mesyuarat khas antara Malaysia dan Singapura pasti ada Durian, sebab itu saya panggil perjanjian Durian.

Kenapa Kerajaan hanya beri tawaran kepada Singapura. Kenapa tak nak turunkan Tol Jambatan Pulau Pinang dan semua tol yang ada di negara ini khususnya di Lembah Klang.

Pendapatan rakyat yang bekerja dalam negara bukan macam pelancong Singapura yang berulang laik dari tambak Johor setiap minggu. Rakyat Malaysia begitu banyak berbelanja untuk Tol setiap hari. Mana-mana pergi kat lembah klang ini pasti ada tol.

Hapuskan tol, jagalah kebajikan rakyat bukan sibuk makan durian sahaja

Posted by: wanhassan | June 28, 2010

Komen Pilihan

Apakah kenyataan awal Tuan KPN berkaitan dgn JI adalah satu perang psikologi utk mempastikan 40ustaz [ pada saya masih belum layak digelar ulama ] itu masuk UMNO?

Tuan KPN sengaja memainkan isu utk memudahkan UMNO membuat ugutan ke atas para ustaz tersebut menjadi ahli UMNO.Dgn kemasukan mereka ke dlm UMNO akan menampakkan UMNO mula diterima ramai ahli ugama,dgn demikian juga..[pada pandangan strategis UMNO ] akan menarik minat ahli PAS atau mereka yg simpati dgn PAS akan masuk UMNO.

Jika benar mmg wujud gerakan pengganas [ JI ] masakan DSAI sanggup menyanggah kenyataan KPN dan KDN.Saya tertanya2 apakah isu JI itu sengaja dihebahkan ke media massa utk memudahkan UMNO memerangkap para ‘ustaz 40′ tu bersetuju dlm paksa menyertai UMNO?Jika benar demikian..maka UMNO akan hancur dlm PRU13 nanti.

Saya risau isu JI itu sebenarnya utk satu pakatan yg dirancang rapi utk memasang jerat buat para ilmuan agama agar mereka akan ‘terpaksa rela’ menyertai UMNO.Ugutan dan rakaman gambar yg dikatakan Tn. MSO mungkin satu perangkap utk memudahkan tugas pihak yg terlibat utk ‘menarik’ seberapa ramai mereka yg berilmu agama bersama UMNO.Ustaz Asri sudah ada nama, jika diugut sedemikian rupa mungkin liputan media akan memihak kepada Dr. MAZA maka UMNO dan polis terpaksa berlembut dgn beliau.

Penyokong dan para pengkagum Dr. MAZA terlalu ramai jika ada tangkapan dan ugutan mesti pendedahan tersebar dgn meluas. Keadaan ini akan menembak UMNO itu sendiri.Mahu tidak mahu, dari 100 ustaz yg didakwa bakal sertai UMNO akhirnya tinggal 40 org sahaja.Dan saya yakin jika kemasukan mereka itu dgn ugutan dan ‘main belakang’ maka mereka sekadar ahli UMNO dlm borang ahli sahaja tetapi jiwa dan prinsip mereka tetap menentang UMNO.

Proses senyap akan mereka buat jua..kerana mereka org berilmu.Pasti ada cara yg mereka boleh buat utk menentang ugutan itu dari dalam [ melalui keahlian mereka dalam UMNO ]

Jika Dr. MAZA terus ditekan dan dipaksa utk bersama UMNO..maka Dr. MAZA mungkin akan bersama pembangkang..UMNO perlu hati2 dgn risiko tersebut.Pembangkang sebuah parti yg sah dan sedang mendapat tempat di hati rakyat.Jika tekanan dan fitnah terus dibuat utk Dr. MAZA mungkin akibat buruk akan menimpa UMNO.Cuma di mana 60 org lagi ustaz yg dikatakan akan menyertai UMNO itu kerana sudahnya 40 sahaja yg muncul.Sdgkan media arus perdana bersungguh2 menyatakan Dr.

MAZA bersama 100 ulamak akan menyertai UMNO Jumaat lalu.Moral dari cerita itu ialah, media mmg suka manipulasi cerita, media mmg pembohong, media mmg tidak boleh dipercayai, dan media mmg tidak melaporkan cerita benar dalam hal2 berkaitan politik terutama yg melibatkan pembangkang,kalau melibatkan UMNO, gandaan jumlah pasti ditambah berkali2 utk menampak betapa sokongan utk UMNO begitu hebat.

Sebenarnya cara itu lebih menjauhkan rakyat kerana bila berita sebenar terbongkar maka rakyat akan mula hilang kepercayaan kepada media, kepada UMNO itu sendiri.Lebih dari itu, rakyat akan benci dgn UMNO dan benci dgn wartawan arus perdana.

Kita akan mati,maka jgn jadi tukang fitnah di dunia ni kerana hukuman org yg suka buat fitnah itu amat besar seksaannya.Bercakaplah yg benar walaupun pahit.Biar org benci asal Allah sayangkan kita.Buat ustaz G40tu, bercakap benarlah jika kamu benar2 berilmu,dan ada iman serta beramal dgn agama yg kamu anuti itu..jika tidak kamu juga termasuk dlm kumpulan ulamak fitnah yg mmg telah diperingatkan Junjungan Besar kita bahawa di akhir zaman nanti akan muncul sekumpulan ulamak yg menimbulkan fitnah dan diri mereka itu menjadi sumber fitnah..berhati2lah

« Newer Posts - Older Posts »

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.