



STADIUM SULTAN MUHAMAD 1V 5 OGOS 2009




STADIUM SULTAN MUHAMAD 1V 5 OGOS 2009
Posted in Uncategorized




DI TENGAH LAUT BERHAMPIRAN PELANTAR MINYAK


Posted in Uncategorized
Posted in Uncategorized | Tags: CHERANG RUKU, DALAM RHU, SEMERAK, TOK BALI

PENDUDUK DALAM RHU SEDANG MEMBERSIHKAN KUBUR
[/caption]
YB SEMERAK BERSAMA AYAH MAT DAN POK TEH LOH

YB TURUT SAMA BERGOTONG ROYONG BERSAMA PENDUDUK DALAM RHU
Posted in Uncategorized | Tags: DALAM RHU, SEMERAK

LAWATAN DOKTO HUSM KE PEJABAT YB


lawatan doktor husm ke pejabat yb semerak
Posted in Uncategorized

MAJLIS PENYAMPAIAN JERSI BOLA SEPAK PIALA TOK GURU


Posted in Uncategorized

YB WAN HASSAN BERSAMA DATO' MAHFUZ OMAR
Posted in Uncategorized
ADUN Permatang Pasir meninggal dunia
Jul 31, 09 9:06am
ADUN Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dari PAS meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pagi ini.
Mohd Hamdan, 60, meninggal dunia akibat sakit jantung pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) perlu mengadakan pilihanraya kecil bagi DUN Permatang Pasir dalam tempoh 60 hari.
Permatang Pasir – salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim – adalah kerusi DUN tunggal PAS di Pulau Pinang.
Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.
Dua bulan lalu, pilihanraya kecil diadakan bagi DUN Penanti – juga dalam parlimen Permatang Pauh – ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Fairus Khairuddin.
Pilihanraya kecil itu dimenangi calon PKR, Dr Mansor Othman di mana jumlah pemilih yang keluar mengundi adalah yang terendah dalam sejarah, ekoran Umno tidak meletakkan calonnya bertanding di situ.
Posted in Uncategorized
UALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) – Kawalan Keselamatan sempena Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos ini akan dikendalikan oleh Unit Amal Pusat dan dibantu oleh Unit Amal Wilayah bersama negeri-negeri lain.
Iklan
Timbalan Pengerusi 3 Unit Amal Pusat, Syaripuddin Mat Yatim mengesahkan setakat ini lebih 1000 ahli Unit Amal akan hadir bertugas.
Beliau yang dikenali sebagai Abg Chem juga mengesahkan bahawa Unit Amal akan mengangihkan anggota mereka ditiga tempat iaitu SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara.
Lebih ramai Unit Amal akan diletakkan di Masjid Negara bagi membantu mengawal keselamatan dan mengelakkan pertembungan antara penyokong GMI dan Pro-ISA yang akan berhimpun ditempat yang sama.
Beliau menyarankan agar Penyokong GMI dapat berkumpul di anjung kanan Masjid Negara yang berhadapan dengan bangunan Dayabumi.
Beliau memberikan jaminan bahawa perhimpunan berkenaan akan berjalan dengan aman dan terkawal. Kerjasama semua peserta amat diharapkan bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit./wann _
Posted in Uncategorized
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) – Pakatan Rakyat semalam sebulat suara mendesak agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak dilanjutkan lagi khidmatnya dan perlu digantikan dengan KPN yang lebih berwibawa.
Iklan
ImageMenurut Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, desakan itu dibuat selepas dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dihadiri seluruh kepimpinan parti DAP, PAS dan KeADILan menyetujui bahawa Musa Hassan tidak berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang medianya bersama wartawan di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen pada petang semalam.
Turut hadir ialah, Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden KeADIlan, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib-naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayob dan Dato’ Mahfuz Omar; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali, Dr Lee Boon Chye dan Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh; Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin; Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin selain beberapa pimpinan PR lagi.
Menurut Anwar, masalah jenayah dan rasuah masih terus membelenggu negara hingga persepsi negara lain buruk terhadap Malaysia.
Tambahnya, Pakatan Rakyat akan meminta satu pertemuan diadakan dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berhubung hal tersebut, dan meminta Perdana Menteri mempertimbangkan tuntutan itu.
Musa juga dakwa Anwar, terbabit dengan beberapa skandal yang hingga kini masih disangsikan beberapa siasatan yang tiada keputusan ke atasnya.
Pakatan Rakyat juga melihat, kegagalan Musa mengatasi kemelut jenayah yang berpanjangan dan semakin parah adalah satu kegagalan besar membuatkan rakyat kini semakin bimbang dengan masalah jenayah, katanya.
Sementara itu, Pakatan Rakyat turut memutuskan beberapa resolusi antaranya; Musa tidak sepatutnya memohon perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung dua tahun lagi; pelantikan ketua polis negara yang baru; Perdana Menteri patut memasukkan Indeks Prestasi (KPI) bagi pencegahan jenayah pelbagai kategori yang dicadangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Polis Dzaiddin dan Menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). – mks. _
Posted in Uncategorized
IBRAHIM ALI CUBA CETUSKAN HURU-HARA
Sila baca Berita Harian bertajuk “GMI digesa batal perarakan ke istana“. Maksud kata-kata Ibrahim Ali memang terang dan jelas. Beliau sedaya-upaya mahu negara ini huru-hara. Sebabnya dia adalah opportunis tulen yang sentiasa cari peluang untuk sambung riwayat politiknya. Sejarah hidup dia semua dah tau. Kata-katanya seperti:-
“Dalam pada itu, beliau berkata, jika GMI tidak menarik balik hasrat mereka, Perkasa akan turut serta berarak bersama NGO lain mempertahankan ISA walaupun boleh menimbulkan huru-hara.”
Di samping Ibrahim Ali Dengan PERKASAmnya, lagi satu pertubuhan haram iaitu PERWARIS bersama NGOk-NGOk Melayu lain akan berarak ke Istana Negara untuk menyatakan sokongan pada ISA pada 1 Ogos ini. KALAU MEREKA JUJUR SOKONG ISA, MEREKA BOLEH PILIH TARIKH LAIN. Ini contoh MELAYU BANGANG yang suka cari pasal dan buat hal.
Posted in Uncategorized
Kalut dan kelam kabut beberapa orang pemimpin Umno Kuala Krai yang sudah berada di luar gelanggang dan sudah menjadi “ayam pencen”. Mereka mendakwa Peti Undi Manek Urai Lama salah kira. Isunya BN bukan dapat majoriti 189 tetapi 289.
Benarkah begitu?
Disini saya paparkan keputusan yang disahkan oleh SPR.
Undi PAS – Saluran 1 144 – Saluran 2 181 – Saluran 3 198 – aluran 4 196 = 719 undi
Undi BN – Saluran 1 167 – Saluran 2 277 – Saluran 3 238 – Saluran 4 226 = 908 undi
Majoriti BN 189…
Jadi mananya 289?
Saya rasa mungkin silap tafsir ini berlaku kerana pemimpin-pemimpin Umno tersebut terkeliru dengan cara mengira. 900 – 700 sah dah ada 200. Atau mengigau disiang hari….
Apapun itulah hakikatnya…
Posted in Uncategorized
Petikan BuletinOnline
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ajil, Dato’ Rosol Wahid berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menukar taktik dan teknik untuk berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat.Beliau yang juga bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu berkata taburan janji dan projek segera tidak lagi mampu untuk menarik pengundi
”BN masih tidak mampu untuk menang, ertinya BN perlu menukar taktik dan teknik untuk berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat,
”taburan janji dan projek segera nampaknya tidak mampu untuk menarik pengundi, ini terbukti dalam 6 pilihanraya kecil yang telah kita lalui,
”ini terbukti dalam 6 pilihanraya kecil yang telah kita lalui, kita kalah 5-0…,”tulisnya dalam mengulas kekalahan terbaru BN dalam pilihanraya Kecil DUN Manek Urai.
Beliau menolak pandangan pemimpin UMNO yang mengatakan kemenangan tipis calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah (Abe uji) seolah-seolah BN telah menang.
Katanya BN perlu menerima realiti bahawa kalah tetap kalah walaupun satu undi.
Mengulas lanjut, beliau menulis secara sinis dan mempersoalkan, adakah BN terlalu parah ketika ini sehingga lawan ‘Tok Peraih Ikan’ pun kalah!
Rosol yang juga bekas Exco kanan kerajaan Terengganu berkata ‘brand’ BN tidak popular dan tidak laku lagi masakini.
Oleh itu, katanya, imej BN yang parah itu perlu dipulihkan dan perlu di lakukakan ‘Rebranding’.
”Orang putih sebut ‘Rebranding’…Kalau brand kita telah dipandang enteng, maka apa sahaja yang kita lakukan tidak akan berkesan malah dipandang negatif.
”Pihak pembangkang dengan senang sahaja memanipulasikan apa sahaja yang kita buat,”katanya.
Beliau turut meluahkan perasaan bimbangnya dengan yang menimpa UMNO/BN sekarang dan menyifatkan ia adalah ‘satu nasib malang’ kepada parti itu.
Katanya, oleh kerana BN tidak popular lagi, segala apa yang berlaku, BN akan dipersalahkan.
”Kematian Beng Hock baru-baru ini juga kerajaan disalahkan, kematian seorang India di dalam lokap…kerajaan juga dicemuh, kenaikan tambang pengangkutan awam, bertambahnya penagih dadah, kerajaan dikeji,
”apa-apa sahaja yang negatif, kerajaan juga jadi mangsa…pengumuman PM seperti penurunan Tol, pakej rangsangan ekonomi dll seolah-olah tidak memberi kesan apa-apa kepada rakyat, malah ia dipandang sepi begitu saja,”tulisnya lagi.
Beliau mengakhiri tulisannya dengan memetik kata-kata orang tua;
”kalau pokok sudah condong, bukan sahaja kambing mampu panjat, malah kura-kura juga akan cuba merangkak naik”, tulisnya dalam posting terbaru blognya.
Posted in Uncategorized

YB WAN HASSAN BERSAMA PELAJAR SMU NURUL FALAH CHERANG RUKU
Posted in Uncategorized | Tags: SEMERAK, YB SEMERAK, YB WAN HASSAN WAN IBRAHIM

PARA PELAJAR YANG BERJAYA KE IPT MENERIMA SUMBANGAN DARIPADA YB WAN HASSAN

SUMBANGAN KEPADA PELAJAR YANG BERJAYA KE IPT

Posted in Uncategorized | Tags: ADUN SEMERAK, CHERANG RUKU, DALAM RHU, SEMERAK

yb wan hassan bersama pelatih pusat giat mara bachok

Posted in Uncategorized

laman web yb wan hassan
Posted in Uncategorized | Tags: ADUN SEMERAK, CHERANG RUKU, DALAM RHU, PASIR PUTEH, SEMERAK, TOK BALI
Terbaru ialah bekas Naib Presiden MCA, Chua Jui Meng mengumumkan keluar daripada MCA dan menyertai PKR semalam. Pengumuman Chua yang memilih PKR itu ialah kerana perjuangan PKR sesuai dengannya dan menyamai manifesto sewaktu merebuat jawatan presiden dulu.
Sepanjang kempen merebut jawatan dulu Jui Meng melaung-laungkan yang beliau ingin melakukan reformasi dalam parti terbesar kaum Cina itu. Bagaimana pun hasrat beliau ditolak apabila beliau beliau gagal memenangi jawatan presiden. Dua kali Jui Meng kalah dalam perebutan jawatan itu.
Jui Meang tidak keseorangan menyertai PKR. Ikut sama bersamanya, bekas ahli Partlimen Lumut, Dr Yap Yit Thong dan bekas ahli Dewan Negara, David Yeoh.
Walaupun ketiga-tiga tokoh itu tidak mengumumkan jumlah pengikut masing-masing yang ikut bersama mereka, tetapi sudah tentu kemasukan itu tidak keseorangan. Memandangkan mereka merupakan pemimpin kanan dalam MCA tentu pengikutnya ramai. Plaing-paling komeng pun isteri dan anak-anak mereka akan ikut sama menyertai PKR. Sesungguhnya penyertaan tokoh berpengalaman MCA ini memberi pukulan kepada parti berkenaan.
Hakikat ini terserlah sekali apabila beberapa pemimpin MCA terkejut dan sedih atas keputusan yang diambil oleh Jui Meng itu.
Manakala kemasukan itu juga memberi suntikan dan semangat baru kepada PKR. Apa lagi Jui Meng ialah bekas Menteri Kesihatan seorang tokoh MCA yang tidak boleh dipandang ringan. Anwar Ibrahim telah mengumumkan Jui Meng akan dilantik menjadi ahli kepimpinan parti berkenaan. Apakah PKR akan memberi tanggungjawab baru kepada Jui Meng untuk mengepalai PKR Johor terlalu awal untuk diramalkan.
Sekiranya telahan ini benar ini bermakna Jui Meng akan menjadi bukan Melayu pertama yang mengetahui badan perhubungan PKR negeri.
Kemungkinan itu ada memandangkan kepimpiann PKR Johor waktu ini tidak menyerlah dan mampu untuk menyaingi Umno Johor yang terkenal sebagai negeri kubu kuat Umno. Adalah diharap kalau Jui Meng diberi tanggungjawab itu beliau akan membuka ruang popilit baru kepada masyarakat Cina menerusi PKR.
Sebulan lalu PKR juga menerima kemasukan Zaid Ibrahim yang juga bekas menteri Kabinet. Walaupun kemasukan Zaid itu tidak diulas dan diperkecilkan oleh Umno namun hakikatnya kemasukan Zaid itu memberi suntikan semangat kepada PKR khasnya untuk PKR Kelantan. Zaid juga terus dilantik menjadi salah seorang ahli pimpinan PKR.
Penyertaan mereka yang gagal mendapat tempat dalam parti asal mereka ataupun tidak sesuai dengan prinsip parti masing-masing masih ramai. Ada beberapa tokoh parti komponen yang dikatakan sedang menunggu masa dan ketika saja untuk berbuat demikian.
Salah seorang yang dikatakan sudah membuat perhitungan terakhir akan ikut sama menggabung diri dalam PKR ialah tokoh politik India dari MIC. Tokoh ini dikatakan akan membuat keputusan mengenai masa depan politiknya selepas parti itu selesai mengadakan perhimpunan tidak lama lagi. Kita tunggu! [wm.kl. 1:00 t/hari
Posted in Uncategorized
KUALA KRAI, 20 Julai: 5,000 tilam yang telah digunakan anggota polis sepanjang pilihan raya kecil Manek Urai akan dilelong, lapor media hari ini.
Tilam itu akan dilelong oleh Mad Global Resources Sdn Bhd pembekal tilam itu.
Dengan pengumuman ini semacam polis membuat pengakuan sekurang-kurangnya 5,000 anggotanya bertugas di Manek Urai baru-baru ini.
Ia tidak termasuk polis yang ditempatkan di rumah-rumah yang mereka sewa di kawasan pilihan raya itu di samping mereka yang ditempatkan di balai-balai polis sekitarnya.
Juga tidak termasuk anggota polis yang bertugas di kawasan berdekatan yang diarahkan bertugas di Manek Urai sepanjang pilihan raya ini.
Posted by Siasah at 8:39 P
Posted in Uncategorized
Saya tidak sempat mengenali mendiang Teoh secara dekat walaupun pernah hadir dalam majlis bersama beliau. Teoh adalah Setiausaha Politik YB Ean, EXCO kerajaan Selangor yang mayatnya dijumpai terperosok di Plaza Masalam Shah Alam setelah dikatakan jatuh secara misteri dari Pejabat SPRM Selangor di tingkat 14.
gambar MStar
Teoh pergi ke SPRM sebagai seorang saksi bagi membantu SPRM dalam siasatan mereka terhadap bosnya. Beliau pergi (menurut rakan dari DAP) dengan senang hati dan tenang, memandu kereta sendiri jam 5 petang, disoal-siasdat sehingga jam 3.45 pagi dan esok tengaharinya mayatnya dijumpai.
Teoh bukan suspek tetapi saksi, Teoh dilaporkan akan melangsungkan perkahwinannya hari mayatnya dijumpai………dan hari ini beliau sudah tiada.
Tidak kiralah siapa Teoh, anak Cina yang mungkin anda tidak kenal pun, tetapi beliau seorang insan yang dijadikan oleh Allah swt, punya keluarga dan keturunan, bukan haiwan bukan tumbuhan. Malah haiwan dan tumbuhan pun kalau mati secara misteri, kita prihatin tetapi inikan pula sesama insan.
Bayangkan hati ibu-bapa dan kaum keluarganya, bayangkan hati tunangnya.
Ini bukan soal DAP atau Pakatan Rakyat atau BN. ini soal kemanusiaan. Beliau mati dan alasan kematiannya tidak meyakinkan sesiapa pun yang waras. Lantas demi meredakan suasana, demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pihak-pihak yang terlibat samada secara lansgung atau tidak dan demi mematikan spekulasi wajarlah kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Di Raja yang dianggotai oleh ahli-ahli yang bebas namun berwibawa.
SPRM tidak boleh menyiasat, begitu juga polis, biarlah dalam hal ini semuanya bebas belaka.
Siapa pun kita, saya percaya kebenaran dan keadilan itulah yang kita mahukan.
Takziah kepada kamu keluarga mendiang. Allah selamatkan Malaysia!
Posted by roslan sms at 6:15:00 PM 0 comments
Posted in Uncategorized
Pada 18hb jam 6 petang semerak sekali lagi dilanda ribut kencang mengakibatkan sebanyak 38 buah rumah,4 buah rumah rosak teruk,YB Wan Hassan Wan Ibrahim mengarahkan semua penghulu tampil untuk membantu dan membuat lapuran.
YB Dato Husyam Musa telahpun bersetuju untuk turun padang menyampaikan bantuan segera pada 23hb Julai 2009.Mangsa diminta bersabar dengan ujian Allah
Posted in Uncategorized
TAHNIAH KEPADA ABE UJI
UNDI PAS : 5348
UNDI BN : 5283
MAJORITI : 65
JUMLAH UNDI ROSAK : 92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI : 10 722 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG :14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG : 4 DARIPADA 9
MASA 8.29 PM (rasmi)
************************************
Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66 undi
6. Undi pos – 35 undi
Peti Undi PAS menang dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi
Posted in Uncategorized | Tags: KEPUTUSAN RASMI PRK N41 MANEK URAI
3.56 petang – Beberapa pemerhati daripada MAFREL masih kelihatan berada di peti undi memantau perjalanan pilihan raya kecil Manek Urai.
3.50 petang – Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab – dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.
3.47 petang – Di Temali, calon PAS tiba di pusat pengundian. Beliau disambut oleh kira-kira 150 penyokong dan diiringi dengan bacaan doa
3.46 petang – Seramai 150 hingga 200 penyokong PAS kembali berkumpul di hadapan pusat pengundian Sungai Peria
3.30 petang – Timbalan Perdana Menteri berlepas ke Kota Bharu daripada MRSM Kuala Krai dengan menaiki helikopter
3.20 petang – Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin sampai di MRSM Kuala Krai
3.09 petang – Di Sungai Peria, dua orang petugas muslimat PAS dari Kuala Kangsar, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah akibat balingan batu dari kumpulan penyokong BN
3.00 petang – Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh
2.55 petang – Calon PAS, sebentar tadi tiba di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Lama. Keadaan di sana tenang berikutan tiadanya petugas perayu undi dari BN.
2.53 petang – Di Sungai Peria, kedua-dua penyokong PAS dan UMNO mula berehat. Aliran pengundian semakin berkurangan
2.50 petang – Perayu-perayu undi BN mula meninggalkan tempat di Manek urai Baru. Hanya kelihatan 5 orang puteri Umno sahaja di sana, lagak gayanya pasif seperti malu mahu merayu undi.
2.49 petang – Di Manek Urai Baru, pihak SPR telah membenarkan pemerhati barung dari PAS berada bersama barung SPR selepas berunding dengan pihak polis oleh YB datuk Takiyuddin
2.46 petang – Pengundi luar berpihak kepada PAS. Sebanyak 81.75 % daripada 2200 orang telah keluar mengundi.
2.38 petang – SPR menjangkakan sebanyak 85 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.
Calon PAS, Abe Uji sedang berada di UPU Manek Urai Lama
2.30 petang – Mengikut culaan selepas 75% keluar mengundi, PAS mendahului lebih kurang 1000 undi.Jika peratus undi bertambah, BN mungkin akan kalah teruk
2.00 petang – Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat di UPU Chuchu Puteri
1.50 tengahari – Anak-anak Abe Uji turut serta mengiringinya dalam sesi konvoi ke tempat-tempat pengundian.
Di Lata Rek setekat jam ini, petugas Pas masih kelihatan kuat meraih undi berbanding petugas BN yang nampaknya semakin putus asa, namum pada masa yang sama masih melalukan perangai yang tidak baik.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang telah melawati 4 buah UPU memberitahu, PAS mendahului 52%.
1.14 petang – calon PAS kini berada di Sekolah Kebangsaan Kg karangan, major
1.10 petang – Sehingga jam 12 tengahari tadi, kira-kira 68.4 peratus atau 8,475 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini.
12.59 tengahari – Pusat Pengundian Laloh – Dilaporkan, Seorang tua yang tidak mengundi pada tahun 2008 telah dibawa keluar oleh wanita UMNO Pulau Pinang tanpa pengetahuan penjaganya.
Wanita UMNO Pulau Pinang tersebut membawa orang tua tersebut bersama kad pengenalannya ke pusat pengundian Sk Laloh.
Walaubagaimanapun orang tua tersebut telah ditinggalkan bersendirian di dalam pusat pengundian dan kad pengenalannya tidak bersamanya.
Kini Mafrel sedang menguruskan isu tersebut, dan melaporkan kad pengenalan tersebut hilang. Orang tua itu sekarang ini berada di dalam pondok pos SPR.
Calon PAS juga kini kelihatan berada di pusat pengundian tersebut
12.34 tengahari – Peratusan keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi kira-kira 57%
12.30 tengahari – Keadaan di Pria kembali terkawal oleh pasukan polis
12.19 tengahari – Pusat pengundian Pria – keadaan tidak terkawal ekoran penyokong kedua-dua pihak menyerbu ke dalam tempat pusat pengundian
Ini bermula ketika pegawai spr datang memasuki pusat pengundian, ia telah diikuti pula oleh kereta berlambang Dacing. Penyokong PAS tidak berpuas hati dan mnyerbu pusat pengundian tersebut. Akhirnya penyokong BN turut menyerbu sama. Penyokong kedua2 pihak juga salin baling botol dan batu antara satu sama lain. Polis dilihat tidak dapat mengawal keadaan yang semakin teruk itu.
11.59 pagi – Peratus keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi ini sudah mencecah 57.6 peratus atau 7,085 pemilih menunaikan tanggungjawab – tiga jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.
11.46 pagi – Pertambahan crowd penyokong PAS di Sungai Sok bertambah 500 orang, BN hanya 300 orang sahaja.
11.46 pagi – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sedang meninggalkan Sekolah Kebangsaaan Manek Urai Lama, menuju ke tempat mengundi lain.
11.43 pagi – Keadaan di Sungai Peria diberitakan tegang, keadaan sekarang kelihatan kedua-dua penyokong parti bertanding berbalinagn botol. Polis sedang cuba mengawal keadaan.
11.38 pagi – Di Manek Urai baru, pengundi semakin berkurangan, kerana ramai pengundi yang telah keluar pagi tadi. Peratusan keluar mengundi 52%.
Keadaan semakin lengang, provokasi antar dua parti juga sudah tiada.
11.35 pagi – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sekarang berada di Sekolah Kebangsaaan Manek Urai Lama.
11.30 pagi – Bilangan crowd PAS di Sungai Peria meningkat 350 orang berbanding UMNO lebih kurang 250 orang sahaja, keadaan saling memprovokasi tetapi masih dalam keadaan terkawal.
11.22 pagi – Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.
Mereka meminta identiti mereka. Polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan mereka beredar dari situ.
Penyokong PAS itu turut mengoyak pelekat tersebut sambil melaungkan ‘penyamar’.
11.22 pagi – 200 orang penyokong PAS mula merapati pagar di sebelah pejabat kisdar, tempat pembayaran pengundi.
Jalan dari Kuala Krai – Manek Urai ketika ini sesak tidak bergerak.
11.20 pagi – Calon PAS, Abe Uji bersama pengiringnya masuk ke tempat pengundian di Sekolah Kebangsaan Lata Rek, bertemu dengan penyokong-penyokong PAS.
11.15 pagi – Lata Rek ketika ini, petugas semakin bertambah 4 kali ganda berbanding BN, mereka bertakbir, bertahmid dan bersama membaca doa Qunut Nazilah.
Sementara itu, petugas BN masih dalam keadaan pasif, tidak bergerak meraih undi mereka.
11.05 pagi – Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kelihatan sampai di UPU Manek Urai Baru.
10.58 pagi – Menurut Ketua Muslimat Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, di Lata Rek bilangan keluar mengundi ikut saluran 127 daripadanya penyokong PAS, manakala 20 lagi penyokong BN.
Setakat ini 50% bagi ketiga-tiga saluran telah keluar mengundi.
10.57 pagi – Di Temalir – lebih 40.59% pengundi telah keluar mengundi.
10.50 pagi – Di SK Manek Urai Lama, kira-kira 250 penyokong PAS balas-membalas sorakan dengan lebih kurang 200 penyokong BN.
Penyokong PAS menjerit “rasuah” dan “Altantuya” (Shaariibuu) kepada lawannya, dan kedengaran ungkapan lucah dari arah kumpulan BN yang berada di seberang sebatang jalan kampung.
10.45 pagi – Di UPU Manjor – 400 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mengundi, masih berbaki 646 pengudi lagi yang masih tidak keluar mengundi.
10.35 pagi – Peratus keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi ini sudah mencecah 38.3 peratus atau 4,706 pemilih menunaikan tanggungjawab – dua jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.
10.30 pagi – Daripada UPU Temalir, keadaan penyokong kedua-dua parti saling berhujah sesama mereka tetapi keadaan terkawal. Walaubagaimanapun penyokong PAS dilihat lebih bersemangat berbanding BN. Nisbah penyokong PAS : UMNO = 60 : 40.
10. 27 pagi – Dari kubu kuat UMNO, UPU Manjor, polis kelihatan ramai berada di pintu utama masuk ke kawasan mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Karangan, saluran 1 dan 2 semakin ramai yang telah mengundi, saluran 3 masih lagi kurang dan lengang.
Kawasan Kota Raja yang diketuai Dr. Siti Mariah Mahmod membantu keadaan di sana.
Manakala, petugas Pas UPU manjor dalam masa yang sama sedang menyediakan jamuan makan tengahari untuk para petugas PAS, 2 ekor kerbau dimaklumkan tumbang.
10. 25 pagi – Di UPU Laloh suasana agak tegang apabila penyokong BN dan PAS menyerbu sebuah rumah pengundi berebut untuk membawa pengundi ke tempat pengundian. Pengundi tersebut dimaklumkan pengundi luar.
9.50 pagi – Calon Pas, Abe Uji sedang berada di Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri, calon terpaksa menaiki matorsikal berikutan jalan masuk ke tempat pengundi yang sesak.
Keadaan disana dilaporkan tegang, muslimat dan puteri UMNO saling berperang mulut.
9.45 pagi – Di Pusat mengundi Manek Urai Lama, anggota keselamatan polis menggunakan sebuah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) meleraikan ketegangan yang berlaku disana.
Laporan memberitahu, ketegangan berpunca dari Umno Ketereh yang cuba membuat provokasi antara mereka dan PAS Ketereh. Umno Ketereh didakwa cuba melepasi had kawasan merayu undi parti masing-masing.
9.35 pagi – Di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru ketika ini, hanya saluran 1 dan 2 yang memenuhi dewan tempat mengundi, di saluran 4 masih ketara sedikit bilangannya waktu ini.
9.15 pagi – Laporan dari peti undi Sungai Sok, calon PAS, Abe Uji dengan diiringi isterinya, Kak Nah sedang bertemu dengan pengundi-pengundi di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.
Keadaan tegang disana berikutan pertembungan petugas perayu undi Muslimat PAS dan Wanita Umno, provokasi yang diberitakan dimulakan pihak Wanita Umno itu walaubagaimanapun dapat dikawal petugas keselamatan PAS.
9.10 pagi – Helikopter peronda polis mulai sesak diudara, memantau keseluruhan tempat seolah-olah Manek Urai di duduki pengganas.
9.08 pagi – Laporan dari 9 tempat mengundi, saluran 3 masih lagi lengang. Hanya saluran 1 yang di penuhi pengundi.
Kemungkinan pengisytiharaan cuti umum hari ini menyebabkan golongan muda dari saluran 3 mengambil sikap untuk mengundi tengahari nanti.
9.04 pagi – Laporan dari Sekolah Kebangsaan Manek Urai, takbir dan selawat bergema mengiringi pengundi-pengundi PAS.
9.00 pagi – Sementara itu, laporan dari Sekolah Kebangsaan kampung Karangan UPU Manjor, jalan ketika ini sesak berikutan laluan sempit menuju tempat mengundi.
Petugas jentera PAS lebih menguasai keadaan dalam merayu undi, hanya sebilangan kecil kumpulan puteri Umno kelihatan di kawasan tersebut.
Turut kelihatan pimpinan Muslimat, Dr. Siti Mariah Mahmud memerhati keadaan di sana.
8.30 pagi – Setelah 20 minit melihat keadaan di Sungai Peria calon Pas, Abe uji menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sok pula.
8.29 pagi – Kebanyakkan yang turun mengundi awal pagi ini adalah dari saluran satu.
8.20 pagi – Abe Uji telah masuk ke dalam tempat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria memerhati perjalanan proses pembuangan undi yang sedang berlangsung.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat telah beredar menuju ke tempat pengundian lain.
8.00 pagi – Kesemua 9 tempat mengundi rasmi telah dibuka.
Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sekarang berada di Sekolah Kebangsaaan Peria menyakskan pengundi-pengundi membuang undi.
7. 40 pagi – Suasana di empat-tempat pengundian meriah terutamanya di tempat calon PAS berada. Orang ramai sudah mula beratur untuk menyemak saluran mengundi masing-masing.
7. 30 pagi – Orang ramai mulai bertumpu di pusat-pusat pengundian.
7.00 pagi MANEK URAI, 14 Julai – Jalan utama Gua Musang – Kuala Krai kelihatan mula dipenuhi kenderaan, trafik bergerak lancar dari kedua-dua arah.
Laluan menuju ke tempat-tempat pengundi masih boleh dikawal. Di kiri kanan bahu jalan perayu-perayu undi mulai kelihatan.
Petugas jentera PAS mula mengambil posisi kerja masing-masing, mereka kelihatan lebih bersemangat
Posted in Uncategorized | Tags: TERKINI DARI MANEK URAI

suasana hari mengundi di manek urai
Posted in Uncategorized

Posted in Uncategorized

RAKYAT DIDAHULUKAN
Posted in Uncategorized

NAK UNDI LAGI KO BN
Posted in Uncategorized
Kedatangan menteri-menteri ke Manek Urai tidak dihiraukan oleh masyarakat di sini. Timbalan Perdana Menteri yang sering berulang alek dengan helikopter dari Kuala Lumpur tidak dipedulikan oleh penduduk tempatan, ceramahnya tidak sampai 100 orang yang menghadirinya, sekiranya tidak ada penyokong-penyokong BN dari luar, kerusi yang disediakan kosong.
Ketua Wanita UMNO Malaysia hanya sempat beberapa ketika sahaja di Manek Urai Lama, dia sendiri mengakui payah nak dapat sokongan dari penduduk tempatan, sehingga sekarang, ketua Wanita UMNO tidak lagi nampak kelibatnya di Manek Urai. Menteri Pelancongan , Dr Ngah Yeng Yeng datang berkempen di rumah penduduk keturunan Cina di Kampung Manek Urai Lama juga mengalamai nasib yang sama apabila tidak dihiraukan tuan rumah dan ahli keluarganya. Kejadian itu berlaku ketika beliau berkunjung ke rumah Ong Guan Chong yang rumahnya berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai. Tuan rumah tidak mahu keluar menemuinya walaupun mereka sesama orang Cina.
Berbeza sekali apabila calon PAS Abe Uji berkunjung pula ke rumahnya sehari selepas itu, kehadirannya disambut oleh Ong atau Pak Chong, malahan Pak Chong menghimpunkan seluruh ahli keluarga besarnya untuk turut menyambut Abe Uji. Pak Chong merupakan pengurus pasukan Seri Muay (tomoi) yang ramai pelatih-pelatihnya orang Melayu. Abe Uji diberi penghormatan besar oleh Pak Chong dan ahli keluarganya.
Posted in Uncategorized
“Keputusan kabinet yang di umumkan oleh Muhyiddin Yasin semalam yang memansuhkan PPSMI bermula 2012 merupakan langkah terdesak UMNO dalam menghadapi pilihanraya kecil di Manek Urai. Kabinet juga yang telah meluluskan strategi baru untuk memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.
Malah keputusan kerajaan untuk melaksanakan semula Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek Sains Dan Matematik dalam bahasa Malaysia, dan pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil di ajar dalam bahasa ibunda masing-masing berkuat kuasa pada 2012 adalah tidak berbaloi.
Ramai pemerhati melihat keputusan Muhyiddin itu adalah”political survival” UMNO di pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai ini. Persoalan timbul, kenapa umumkan pemansuhan PPSMI 2012 ketika kempen pilihanraya di Manek Urai rancak berjalan ? Kenapa 2012 dipilih untuk memansuhkan PPSMI? Sepatutnya tindakan itu boleh segerakan jika mereka melihat kepentingan rakyat perlu di utamakan. Di fahamkan projek mega PPSMI ini yang dianggarkan menelan belanja mencecah RM6 billion termasuk kontrak dengan pihak pembekal buku, komputer serta peralatan lain telah dimonopoli oleh kaum kerabat serta kroni-kroni terapat UMNO.
Semasa pelaksanaan PPSMI di buat pada 2003 kerajaan melakukan dengan tergesa-gesa tanpa membuat kajian mendalam mengenai impak dasar ini kepada masa depan pelajar. Sekarang kerajaan berkira-kira pula untuk memansuhkan dasar “gila” ini sepertimana di ucapkan ole Prof. Di Raja Ungku Aziz. Wajarkah kerajaan berbuat demikian ataupun ada maksud tersirat supaya di mansuhkan PPSMI pada 2012 untuk menjadi satu lagi “modal politik” UMNO pada PRU ke 13 nanti ?
Posted in Uncategorized
“Keghairahan UMNO untuk bersombong dengan calunnya yang kononnya bekas CEO , sedangkan PAS hanya meletakkan seorang penjual ikan, sangat menggambarkan UMNO masih bangang dan belum sedar kebangkitan rakyat marhaen yang merupakan akar umbi pengundi seluruh Malaysia secara total menolak UMNO dalam pilihanraya lalu dan sekarang sedang bersatu untuk menamatkan riwayatnya. Masakan tidak UMNO dengan Pak-Pak Menterinya memperlekeh sang penjual ikan dalam media elektronik dan massa.
Dimana lucunya gula-gula “rakyat didahulukan” dalam onemalaysia, billboard terbaru selepas “Islam Hadhari”.”
Posted in Uncategorized
“Keghairahan UMNO untuk bersombong dengan calunnya yang kononnya bekas CEO , sedangkan PAS hanya meletakkan seorang penjual ikan, sangat menggambarkan UMNO masih bangang dan belum sedar kebangkitan rakyat marhaen yang merupakan akar umbi pengundi seluruh Malaysia secara total menolak UMNO dalam pilihanraya lalu dan sekarang sedang bersatu untuk menamatkan riwayatnya. Masakan tidak UMNO dengan Pak-Pak Menterinya memperlekeh sang penjual ikan dalam media elektronik dan massa.
Dimana lucunya gula-gula “rakyat didahulukan” dalam onemalaysia, billboard terbaru selepas “Islam Hadhari”.”
Posted in Uncategorized
Nasharuddin Mat Isa akan berceramah satu pentas dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lama lagi selepas ketidakhadiran timbalan presiden PAS itu menjadi tanda tanya dan isu politik di Manek Urai.
Penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengesahkan Nasharuddin akan datang seawal-awalnya esok jika tiada aral melintang.
Posted in Uncategorized

YB Semerak bersama pimpinan APS Pahang di penginapan petugas UPU Manjor
Posted in Uncategorized
Pengundi Luar dijangka mulai pulang pada 11hb Julai 2009 untuk sama sama memberi sokongan kepada Calon Abang UJI,Seramai lebih kurang 1700 pengundi luar DUN manik urai dan luar parlimen beikrar akan pulang memberi sokongan kepada PAS.YB Wan Hassan selaku Pengarah Pengundi Luar terus melipat gandakan usaha membawa pulang pengundi luar yanng sudah dikenali sehingga ketahap 85 peratus.Katanya halangan utama adalah hari pengundian adalah jatuh pada hari bekerja namun demikian tidak mematahkan semangat pera pengundi luar mu untuk pulang dan memberi sokongan kepada pas
Posted in Uncategorized
Nasharudin Jalani Pembedahan
Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa pagi ini menjalani pembedahan kecil di Hospital Serdang, Selangor ekoran masalah pendarahan usus kecilnya. Beliau dimasukan pagi tadi dan baru sekejap tadi pembedahan selesai. Beliau dijangka keluar petang ini.

Posted in Uncategorized
Pengerusi Kelab Penyokong Pas Pusat (Kaum Cina), Vincent Lee menyifatkan perjuangan Pas yang berlandaskan Islam merupakan wadah terbaik merealisasikan pentadbiran jujur, ikhlas dan adil untuk seluruh umat termasuk bukan Islam.
Oleh demikian, katanya orang Islam sendiri wajar berjuang seiringan dengan Pas bagi memastikan rakyat negara ini memdapat layanan dan pembelaan yang sepatutnya tanpa membeza-bezakan kaum.
“Perjuangan Pas berlandaskan tuntutan Islam jelas terbukti mendatangkan kebaikan kepada semua kaum, sebab itulah Pas beroleh sokongan luar biasa pada Pilihan Raya Umum lalu.
“Saya merayu kepada orang Melayu (Islam), jika bukan Islam sudah menaruh keyakinan sedemikian rupa terhadap perjuangan Pas, kenapa anda (orang Melayu) sendiri tidak ikut dan menyokong sebuah parti yang menjadikan ajaran Islam sebagai landas perjuangannya?
“Oleh itu, saya harap pengundi-pengundi di Manik Urai sedar bahawa inilah masa untuk mereka memberi sokongan kepada Pas yang selama ini tidak pernah berhenti memperjuangan keadilan untuk rakyat dan memartabatkan Islam sebagai panduan hidup ke arah kemuliaan dan perpaduan semua kaum,” katanya kepada MEDIA BYPASS ketika ditemui di Manik Urai semalam.
Vincent Lee yang juga Pembantu Khas kepada YB Dr Lo’Lo (Ahli Parlimen Titiwangsa)berkata, pelbagai isu membabitkan pemimpin BN telah membangkitkan rasa muak rakyat, mereka merungut kerana hak rakyat tidak dibela sepenuhnya kerana sikap sesetengah pemimpin lebih mengutamakan kepentingan diri.
Menurutnya, rakyat khususnya di manik Urai patut buat perhitungan dengan pengkhianat bangsa seperti itu dengan menggunakan kuasa undi memberikan kemenangan kepada calon Pas.
“Kita ada undi di tangan, kitalah yang berhak tentukan siapa pemimpin yang akan mewakili dan membela nasib kita kerana rakyatlah yang membayar gaji mereka. Jadi, jangan terpengaruh dengan umpan gula-gula BN kerana mereka datang hanya pada masa pilihan raya sahaja.
“Pengundi Manik Urai sudah kenal dengan permainan BN yang hantar bermacam peruntukan semasa pilihan raya, kita kena tetapkan hati untuk tidak tertipu, pastikan undi hanya untuk memperkukuhkan kerajaan Kelantan yang membangun bersama Islam,” katanya.
Posted in Uncategorized
Posted in Uncategorized
Posted in Uncategorized | Tags: DIKIR PRK MANEK URAI
Posted in Uncategorized | Tags: MANEK URAI, PILIHANRAYA KECIL N41-MANEK URAI, PRK MANIK URAI
Posted in Uncategorized | Tags: MANEK URAI

JOM KITA PAKAT UNDI ABE UJI
Posted in Uncategorized
Makluman Terkini Dari Manek Urai
CERAMAH UMUM PRK N41 MANEK URAI
PENCERAMAH :
YB. Dato’ Mahfuz Bin Hj. Omar (Naib Presiden PAS)
YB. Ustaz Nasaruddin Daud (Speaker DUN Kelantan)
Ustaz Hamid Derani (Bekas Penceramah UMNO/BN)
Tarikh : 6 Julai 2009 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Padang Manek Urai Lama, Manek Urai.
Semua dijemput hadir.
PROGRAM CAKNO KELUARGA UPU MANEK URAI LAMA
Tarikh : 7 Julai 2009
Hari : Selasa
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Padang Manek Urai Lama
Acara :
1. Sukaneka Dewasa
2. Sukaneka Warga Emas
3. Sukaneka Kanak-Kanak
4. Cabutan Bertuah
5. Penyampaian cenderahati kepada warga emas
6. Persembahan Silat Tomoi
7. Pertandingan Gubahan
8. Pertandingan Memasak Bubur
9. Pertandingan Motor Bersih dan Cantik
6. Dan pelbagai acara menarik disediakan
Dijemput semua penduduk Manek Urai Lama dan penduduk sekitar hadir memeriahkannya.
PROGRAM DSAI DI MANEK URAI
SELASA 7 JULAI 2009
CERAMAH PERDANA :
TEMPAT : KAMPONG CHUCHUH PUTERI
MASA : 9.00 – 12.00 MALAM
PENCERAMAH : 1. YAB TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT
2. YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
3. YB DATO’ HUSAM MUSA
4. YB DATO’ SERI NIZAR JAMALUDDIN
Posted in Uncategorized | Tags: PILIHANRAYA KECIL N41-MANEK URAI

UNDILAH PAS-TOK GURU MEMIMPIN MANEK URAI BERKAT
Posted in Uncategorized

UNDILAH PAS
Posted in Uncategorized

PENAMAAN CALON PRK N 41 MANIK URAI

PERARAKAN PENAMAAN CALON PRK N41 MANIK URAI
9.30 pagi : Pegawai SPR bertugas sedang menyemak dan meneliti borang yang serahkan calon PAS, Mohd Fauzi dan BN, Tuan Aziz.
9.22 pagi : Giliran calon PAS, Fauzi melengkapkan borang dan menyerahkannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin.
Setakat ini hanya dua calon yang menyerahkan borang penamaan calon. Masih tiada calon-calon bebas yang kelihatan di Dewan Petra ini.
9.10 pagi : Calon PAS, Fauzi mula memasuki Dewan Petra untuk menyerahkan borang penamaan calon selepas calon BN, Tuan Aziz calon pertama yang berbuat demikian.
9.30 pagi : Dato’ Paduka Husam Musa ketika ditemui menyucapkan ribuah terima kasih kepada semua penyokong PAS dan ahli Kelab Penyokong PAS yang tidak putus-putus memberi sokongan walaupun hari ini merupakan hari bekerja.
Beliau turut melahirkan rasa berpuas hati dengan mutu kerja yang diberikan oleh petugas keselamatan seperti pihak polis trafik kerana keadaan jalan berjalan lancar.
9.00 pagi : Kelihatan ramai anak muda dalam perarakan pagi ini. Takbir bergema di kawasan penamaan calon. 44 orang india dan cina dari ahli Kelab Penyokong PAS Perak turut hadir sama dalam perarakan pagi ini.
Posted in Uncategorized | Tags: PENAMAAN CALON PRK MANIK URAI N41
Tindakan Umno yang mahu menggunakan tentera untuk memenangi pilihan raya kecil Manek Urai disifatkan bacul
Saya menuntut Umno supaya tidak bersikap bacul dengan menyalahgunakan sumber-sumber ketenteraan dalam pilihanraya. Untuk mengalahkan calon PAS di Manek Urai, Umno akan membawa masuk Angkatan Tentera Darat untuk meraih undi daripada penduduk.
Saya mengemukakan pertanyaan kepada Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan mengenai perkara itu. Bagaimanapun, Awang Adek membisu. Malah, kesemua menteri dan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional diam.
video sidang akhbar di sini ( http://www.youtube.com/watch?v=0uJgyTuSpl0 )
Operasi meraih undi untuk Barisan Nasional menetapkan misi khas kepada anggota tentera melalui perlaksanaan beberapa projek kebajikan di kubu kuat PAS di DUN Manek Urai untuk menyakinkan pengundi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional.
“Bersama saya surat dari staf perisikan di Kementah kepada Panglima Angkatan Tentera, yang mengarahkan satu projek awam mesti dibuat di bawah Angkatan Tentera Darat di kawasan-kawasan peti undi kelabu dan hitam di mana Barisan Nasional (diharapkan) mampu memperkukuh tahap sokongan berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-12,”
Walaupun angkatan tentera melaksanakan projek-projek itu seolah-olah untuk membantu rakyat, dokumen berkenaan jelas menunjukkan tentera turut “diseret ke dalam kempen politik bagi menjayakan kemenangan Barisan Nasional”. “Ini ayat cukup jelas hasil dari Bahagian Risik dan dipersetujui oleh Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan yang telah pun mengeluarkan arahan melaksanakan projek Jiwa Murni,”
Projek Jiwa Murni dilancarkan bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai nanti.
“Ini semua berkaitan dengan kajian kekuatan dan kelemahan Barisan Nasional yang dibantu oleh Bahagian Perisikan Tentera,”
Mengheret angkatan tentera untuk menjayakan kemenangan Barisan Nasional adalah di luar dari bidang tugas tentera.
“Saya bukan menghalang mereka buat projek membantu masyarakat.
“Di sini jelas menyatakan arahan supaya projek itu tidak dibuat dekat dengan penamaan calon nanti akan dilihat mengatakan pihak tentera terlibat secara langsung,”
bypass308.blogspot.com
Posted in Uncategorized
Sah, wakil rakyat tunggal DAP di Kedah Lee Guan Aik isytihar diri jadi ADUN bebas dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong kerajaan PAS Kedah.
Memanglah masa mula-mula ni bolehlah kata bebas dan tak sokong mana-mana pihak, pasal pancing yang dihayun BN tak sampai lagi, esok lusa belum tentu Guan Aik oiiii.
Awak ni pun satu, takleh ke duduk bincang dengan pucuk pimpinan negeri dulu, jumpa MB sebelum buat keputusan nih.
kalau dah Adun tu, buat cara Adunlah, kena da hormat, bagi salam masa nak masuk rumah orang dan nak keluar. Walaupun MB tu orang Pas tapi awak tu wakil Dap, semua sama-sama dalam ketiak Pakatan Rakyat, janganlah buat macam orang tak ada mengaji sekolah.
cara awak keluar macam tu memang beri ruang kepada lawan buat spekulasi, jadi bahan politik, jadi umpan porak perandakan kerajaan Kedah. kalau awak tu dah pandai sangat dan ada ramai penyokong, janganlah isytihar diri jadi Adun bebas, umum terus letak jawatan kerana tidak boleh bekerjasama lagi dengan Pakatan Rakyat.
Betul, awak dipilih rakyat, kalau betul rakyat pilih awak bukan pilih parti, jom letak jawatan, masuk calon semula sebagai calon bebas pada PRK nanti. Isytihar sebagai bebas pun sudah kira khianat kepercayaan rakyat, mereka mahu you khidmat menerusi DAP bukan bebas.
Awak buat macam ni akan menyebabkan orang buat andaian awak sedang cari “peluang” untuk “cari makan”. Tak suka cerai sajalah, jangan tergantung tali tak putus macam tu. Perbuatan awak seolah sengaja “menawarkan diri” secara terbuka, kot-kot ada yang berkenan menawarkan bermacam habuan, lepas tu secara megah bolehlah berdiri senget sebelah ke arah BN atau terus masuk dakap MCA alias Gerakan.
Buruk betul kelakuan awak macam tuh, kesian Liam Guan Eng kelam kabut kena jawab pertanyaan reporter dahlah dia ni tengah tension dengan kediaman rasminya yang tenat dimamah anai-anai. Guan Aik, tolonglah fikir cara orang sekolah, kalau nak jadi Adun jadi Adun DAP baik-baik, kalau dah tak serasi dengan Pas, letak jawatan. Tu je, bukan payah pun, tapi perbuatan awak sekarang buat ramai orang payah oo0…
SATU LAGI BABI PUNYA HAL
Posted in Uncategorized
JOM KE LAMAN WEB YB SEMERAK
Posted in Uncategorized
Nama Uji Ikan, tidak asing lagi di Kuala Krai. Jarang orang tidak mengenalinya. Apabila menjejak kaki ke pasar kita mudah temui seorang lelaki bertubuh tegak.
Tidak sukar untuk mengenalinya. Biar pun ramai penjual ikan di situ, ada seorang yang berpakaian sedikit kelainan.Ada serban di atas kepala. Dililit kemas. Ekor serban menjuntai ke bawah di bahagian belakang. Sekali tengok macam orang pondok.Dahinya ada tanda hitam, kata orang kampung tanda kuat ibadat.
Hari ini beliau sudah jarang kelihatan di pasar, biar pun masih lagi berniaga ikan. Beliau sudah meningkat maju dalam perniagaan. Abe Uji di antara pemborong ikan di pasar berkenaan.Ramai penjual ikan di pasar itu dan penjaja dengan kenderaan mendapat bekalan ikan daripadanya.Biar pun kini jarang kelihatan di pasar, namun masih mudah ditemui di Masjid Jauhar di hadapan stesen minyak Caltex. Masjid itu menjadi tempat persinggahan bagi musafir yang melalui jalan Kuala Krai – Gua Musang. Kedudukan tidak jauh dari simpang tiga menghala ke bandar Kuala Krai.
Kedudukan agak strategik dan mempunyai tempat letak kereta yang luas. Setiap waktu solat ramai orang yang singgah di situ. Sering kali kita melihat ada sebuah kereta Mercedes model lama berada di tepi masjid. Nombor pendataran bertulis PAS. Itulah kereta milik Abe Uji. Nama sebenarnya Mohd Fauzi Abdullah, 50. Abe Uji Ikan kini semakin dikenali ramai. Seluruh negara memerhati gerak lakunya. Namanya tiba-tiba menjadi sebutan. Kecil besar, tua, muda menyebut nama Abe Uji. Mengapa tiba-tiba Abe Uji menjadi begitu popular, seumpama Mawi. Sedangkan Abe Uji bukan artis yang gila glamour. Atau pemimpin politik yang baru muncul.
Namanya tiba-tiba muncul selepas diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai ini. Moga-moga Abe Uji dapat mempertahankan parti yang berteraskan Islam iaitu PAS. Masyarakat Kelantan termasuklah di Manek Urai inginkan wakil rakyat yang mudah di dekati dan “political engagement”. Sentiasa merapati masyarakat seperti berziarah dan mengeratkan silaturahim ini mampu meletakkan kesan yang berbekas dalam kepada manusia. Aktiviti berziarah ini bukan sahaja kepada golongan al-mala’ tetapi kepada rakyat marhaen tanpa mengira latar belakang inilah membuatkan Abe Uji Ikan calon yang paling sesuai untuk dipilih oleh pengundi Manek Urai./siasah
Posted in Uncategorized
Muhyiddin Hina Calon Pas
Posted on Monday, June 29 @ 23:24:26 PDT by KetamBatu
Surat Pembaca Oleh: Puteragunung
“Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia menghina Calon Pas Manek Urai sebagai ‘penjual ikan’.
Muhyiddin membuat kenyataan tersebut selepas mengumumkan Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dipilih sebagai calon BN untuk PRK Manek Urai di Kampung Sok Luar, Manik Urai, di Kuala Krai.
Semasa mengulas tentang calon BN, Muhyiddin dilaporkan berkata,
“Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi.”
PENJUAL IKAN tersebut dipercayai merujuk kepada calon PAS,Haji Mohd Fauzi Abdullah yang bekerja sebagai peniaga ikan.
Beliau cuba menunjukkan kepada pengundi di Manek Urai bahawa calon BN mempunyai tahap sosial ekonomi dan status pendidikan yang jauh lebih baik berbanding calon PAS.
Mungkin Muhyiddin belum sedar, perbezaan itulah salah satu faktor UMNO hampir terkubur di Kelantan.
Majoriti pemimpin UMNO Kelantan adalah korporat besar. Memiliki status ekonomi yang sangat membanggakan.
Majoriti kalangan mereka tingal di kotaraya metropolitan, Kuala Lumpur.
Jarang-jarang balik ke Kelantan.
Majoriti pemimpin PAS tinggal di Kelantan.
Yang menjadi wakil rakyat (ADUN) pun sentiasa kehabisan duit, apatah lagi yang tidak bergelar wakil rakyat.
Namun mereka dekat dengan rakyat.
Apabila ada rakyat sakit, mereka yang sampai dulu. Bahkan lebih awal berbanding saudara mara si sakit itu sendiri.
Apabila ada kematian, mereka yang sampai dulu. Bukan sekadar ziarah, bahkan ada pemimpin PAS yang turun ke dalam liang lahad meletak jenazah si mati. Kemudian mengepalai tahlil dan doa untuk si mati.
Apabila dijemput ke kenduri, mereka tidak pernah menghampakan.
Begitulah dekatnya mereka dengan rakyat bawahan.
Orang Kelantan terkenal dengan celik politik.
Mereka tidak pernah hairan dan kagum dengan empayar ekonomi seseorang pemimpin.
Mereka lebih mementingkan pemimpin yang ‘boleh numpang apabila sakit demam’.
Sebab itu PAS boleh memerintah Kelantan.
Sebab itu UMNO/BN kalah KO di Kelantan.
Namun Muhyiddin tidak pernah belajar realiti ini.
Posted in Uncategorized