Posted by: wanhassan | November 3, 2009

Hentam Tsu Koon:Mohamad Aziz tak akan mohon maaf

Walaupun berdepan dengan protes dari sayap Pemuda dan Wanita Gerakan kerana mendesak presiden parti itu,Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon letak jawatan sebagai menteri, Ahli Parlimen BN Sri Gading Datuk Mohamad Aziz tetap tidak berganjak dari kenyataan kontrovesial yang dibuatnya masa perbahasan di Parlimen Khamis lalu.

Ketika dihubungi Agendadaily petang Sabtu untuk ulas aksi protes oleh lebih 30 anggota Pemuda dan Wanita Gerakan di hadapan Dewan Wawasan, Menara PGRM di Kuala Lumpur beliau menegaskan tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataan berkenaan.

“Saya tegur sebagai Ahli Parlimen jadi kenapa perlu saya minta maaf.Dulu Ketua Wanita Gerakan buat kenyataan guris hati orang Melayu tiada pun tindakan dikenakan terhadapnya,”katanya.

Dalam aksi protes selama kira-kira 15 minit itu yang diadakan sempena persidangan Perwakilan Nasional Gerakan 2009 mereka menuntut Mohamad Aziz yang juga Timbalan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka kepada Tsu Koon.

Mereka juga mahu tindakan dikenakan keatasnya.

Sementara itu Tsu Koon yang mengulas kenyataan Mohamad Aziz itu menyifatkannya sebagai “kuasa negatif” dan bercanggah dengan semangat BN.

Beliau yakin dengan sokongan semua parti, kuasa positif akhirnya akan mengatasi kuasa negatif itu.

“Sudah tentu, akan ada kuasa negatif yang tidak bersetuju…dalam BN, dalam kalangan parti-parti komponen, malahan dalam Gerakan. Mereka akan terus menyalahkan pihak lain,” katanya.

Katanya beliau tidak tercalar dengan kenyataan itu.

Beliau berkata, di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berlaku banyak perubahan dan juga cabaran dan seseorang perlu bertanya bagaimana seseorang itu dapat menyumbang kepada proses perubahan itu.

Tsu Koon berkata, Gerakan berdepan dengan tempoh sukar dan pelbagai cabaran selepas pilihan raya umum 2008.

“Kami perlu balik kepada asas, kepada rakyat, dengan mengkaji semula sejarah dan perjuangan kami untuk beralih ke era baru. Banyak yang perlu kami lakukan dan kerja keras,” katanya.

Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe, pula kesal dengan kenyataan Mohamad Aziz yang tidak menghormati Perdana Menteri yang telah melantik Koh sebagai menteri.

“Ia tidak akan menyelesaikan kemelut politik dan BN boleh diibaratkan sebagai bahtera yang bocor. Ia kenyataan yang angkuh dan bongkak,” katany


Leave a response

Your response:

Categories