Sah, wakil rakyat tunggal DAP di Kedah Lee Guan Aik isytihar diri jadi ADUN bebas dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong kerajaan PAS Kedah.
Memanglah masa mula-mula ni bolehlah kata bebas dan tak sokong mana-mana pihak, pasal pancing yang dihayun BN tak sampai lagi, esok lusa belum tentu Guan Aik oiiii.
Awak ni pun satu, takleh ke duduk bincang dengan pucuk pimpinan negeri dulu, jumpa MB sebelum buat keputusan nih.
kalau dah Adun tu, buat cara Adunlah, kena da hormat, bagi salam masa nak masuk rumah orang dan nak keluar. Walaupun MB tu orang Pas tapi awak tu wakil Dap, semua sama-sama dalam ketiak Pakatan Rakyat, janganlah buat macam orang tak ada mengaji sekolah.
cara awak keluar macam tu memang beri ruang kepada lawan buat spekulasi, jadi bahan politik, jadi umpan porak perandakan kerajaan Kedah. kalau awak tu dah pandai sangat dan ada ramai penyokong, janganlah isytihar diri jadi Adun bebas, umum terus letak jawatan kerana tidak boleh bekerjasama lagi dengan Pakatan Rakyat.
Betul, awak dipilih rakyat, kalau betul rakyat pilih awak bukan pilih parti, jom letak jawatan, masuk calon semula sebagai calon bebas pada PRK nanti. Isytihar sebagai bebas pun sudah kira khianat kepercayaan rakyat, mereka mahu you khidmat menerusi DAP bukan bebas.
Awak buat macam ni akan menyebabkan orang buat andaian awak sedang cari “peluang” untuk “cari makan”. Tak suka cerai sajalah, jangan tergantung tali tak putus macam tu. Perbuatan awak seolah sengaja “menawarkan diri” secara terbuka, kot-kot ada yang berkenan menawarkan bermacam habuan, lepas tu secara megah bolehlah berdiri senget sebelah ke arah BN atau terus masuk dakap MCA alias Gerakan.
Buruk betul kelakuan awak macam tuh, kesian Liam Guan Eng kelam kabut kena jawab pertanyaan reporter dahlah dia ni tengah tension dengan kediaman rasminya yang tenat dimamah anai-anai. Guan Aik, tolonglah fikir cara orang sekolah, kalau nak jadi Adun jadi Adun DAP baik-baik, kalau dah tak serasi dengan Pas, letak jawatan. Tu je, bukan payah pun, tapi perbuatan awak sekarang buat ramai orang payah oo0…
SATU LAGI BABI PUNYA HAL